Monday 31 August 2015

Jatuh Cinta di Tg. Karang

Hujung minggu lepas... cutinya agak pjg kerana sambutan kemerdekaan Malaysia yg ke 58. Lantas aku mengajak en husband ke Tg. Karang utk melawat seorg makcik di sana (ibu mertua kpd kakak ku).

Kami tiba sekitar jam 6ptg kerana kun Allah berkata begitu... senyum!

Memberi laluan kpd en husband berlibur bersama sama teman sekolahnya seketika di waktu pagi. Dan juga menghadiri jemputan seorg sahabat yg ibu bapa nya bakal menjadi jemaah haji2015 di waktu tengahari.

Kesesakkan lalu lintas spjg perjalanan dari Kuala Selangor hingga ke Tg. Karang juga tidak dpt kami elakkan.

Alhamdulillah... kami tiba di destinasi dgn selamat. Setibanya kami di sana, wajah wanita tua yg ku panggil Wak Anjar itu... mengingatkan aku pada arwah emak. Wpun di duga kesihatan nya... namun wajahnya masih mampu tersenyum menyambut tetamu.

Apabila kun Allah menurunkan penyakit kpd insan tersayang, pasti hati kita sayu lagi hiba. Dan apabila diri kita pula yg melihat mereka saban hari... melalui hari hari itu... pasti lebih memilukan!

Sedikit flashback... wpun bukan aku yg menguruskan arwah emak setiap hari... namun aku lah yg sentiasa menemani tidur emak di hospital setiap kali mak menjalani kimoterapi. Aku lah juga yg menggosok kaki arwah emak hampir setiap malam sehingga mak tidur. Dan aku lah juga yg menemani arwah emak pada hari terakhir sebelum mak pergi buat selama lamanya...

Betapa besar cinta kita pada seorg ibu... besar lagi cinta Allah pada hambanya.

Kepada yg terpilih utk menjaga ibu bapa mereka... jaga lah mereka sebaik mungkin. Walau lelah kadang menjengah... berkata lah sentiasa... bersabar lah wahai hati. Kerana itu hanya sebahagian kecil jika dibandingkan jasa mereka membesarkan kita.

..............................................................
Anak2 turut riang gembira. Berbasikal tua tinggi... berpusing pusing keliling kampung sambil menikmati panorama indah... pasti meninggalkan byk kenangan di hati mereka. Seharian di kampung bagaikan lupa akan gadget teman setia di kotaraya.

Memandang rumah kayu yg hampir siap utk di jadikan homestay itu... ibarat melihat kenangan silam satu ketika dahulu. Tempayan gemok di sisi tangga buat tadahan air membasuh kaki sgt nostalgia buat saya.

Makanannya semua sedap krn di masak dgn penuh kasih sayang...

Asam pedas sedap

Ikan masin sedap

Ns lemak sedap

Ns grg sedap

Roti butterscotch cicih kicap pun sedap hehe

Anak2 turut ke pantai bermain pasir bagai bermain di padang luas tidak berpenghujung. Terdetik dalam hati kita... apakah penghujungnya kehidupan kita nanti? Semoga Allah Maha Pengasih... Maha Penyayang... memasukkan kita ke dalam pintu kebaikan... dan mengeluarkan kita dari pintu kebaikan juga.

Memang benar bukan... utk melihat senyum tawa anak2 tidak semestinya berhabisan beribu ringgit. Bahkan... senyum tawa itu lebih bermakna hanya dgn curahan cinta... kasih... dan sayang dari ibu bapa. Mereka cerminan hidup kita di masa lampau.

Anda yg masih punya ibu bapa... kasihi lah mereka selagi mereka masih hidup. Kemudian hari... rasa rindu sgt sgt sgt itu hanya akan terpendam jauh di sudut hati. Ibu bapa cerminan hidup kita di masa akan dtg...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...