Thursday 27 August 2015

Wanita & Ibadah

1st of all... saya bkn lah layak utk menulis ttg agama krn ilmu saya sgt lah cetek. Namun tulisan ini merupakan perkongsian peribadi saya semata mata.

Bila kita bercakap mengenai ibadah, ada beberapa pihak yg sgt skeptikal menyatakan ibadah hanya merupakan solat, baca alquran dan puasa semata. Jika dia bgn solat tahajud itu lah ibadah. Jika dia puasa isnin khamis itu lah ibadah. Jika tiada tahajud... baca quran se ayat dua... tiada puasa isnin khamis... bermaksud ibadah seseorg itu sempit.

Kesian saya rasa pada diri saya jika itulah konteks ibadah. Syukur alhamdulillah kerana konteks ibadah dalam Islam sgt luas.

Cth... ibu menyusu seperti saya yg kerap kali solat bersama anak kecil yg menangis di tepinya. Bacaan surah pun kdg kala berulang ulang kerana hilang fokus. 7min yg diperlukan kdg kala terasa sgt pjg. Kami cuba juga utk bersolat sunat... tp berakhir tanpa kepuasan dan rs serba salah.

Jadi kami hanya mampu menyempurnakan solat fardhu. Dan meriba bayi kami sambil istighfar... berzikir dan berselawat. Itu jugalah yg kami mampu lakukan setiap kali terjaga dari tidur utk menyusukan anak. Jika d letak anak itu utk mengambil wuduk dan tahajud... kdg kala berjaya. Kdg kala perut bekeroncong. Dan kdg kala bayi kembali berteriakkan. Hehe sungguh indah percaturan Allah bukan... Bagaimana pula jika kami ABC? Adakah mesti juga membaca tafsir alquran jika itu lah pengertian ibadah? Jgn terlalu sempitkan pemikiran. Byk lagi bahan ilmiah yg lain boleh di baca ketika uzur.

Cthnya hadis nabi. Penulisan nota zikir utk fikir. Majalah agama dan sbgnya.

Maaf jika tulisan ini menyentap sesetgh pihak. Namun saya sering cemburu bila melihat rakan2, adik beradik, saudara mara dpt menghadiri kuliah agama. Tapi pergerakkan saya terbatas dgn anak kecil. Lebih terkeluh bila melihat yg tiada halangan namun tidak punya minat. Semoga Allah bukakan pintu hati kita.

Teringat sewaktu d Masjid Nabi dulu... org bersesak ke masjid wpun hanya bersolat di ruang mengadap rak kasut krn terlalu penuh. Tapi d tanah air... ruang solat sgt selesa namun kosong tanpa yg berkunjung.

Semoga ia membuatkan saya sendiri sentiasa berfikir...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...