Monday 20 March 2017

Penyusuan di dalam AlQuran

Breastfeeding: Part 1

Why to choose breastfeeding?

Seluruh dunia mengiktiraf susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. Ia telah disokong oleh perbagai bangsa & agama kerana ia telah terbukti melalui banyak kajian sains & teknologi.

"Human milk for human".

Namun sebagai muslim, topik penyusuan telah di sebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Surah Al-Baqarah ayat 233. Mari kita baca sama2.

Bismillahirrahmanirrahim.

Al-Baqarah:233 - Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Pesanan Rasulullah kepada Fatimah

Breast feeding: Part 6

Zikir Berpanjangan
----------------------

Tidak di nafikan menguruskan rumah tangga, berkerjaya & dalam pada masa yang sama menyusukan anak kita Akan rasa letih, stress serta kurang tidur. Mula la rasa mahu bertukar warna. Bukan setakat hijau. Macam-macam warna pun ada. Warna-warni bagai pelangi. Haha

Solusi?

Jom kita amalkan pesanan Rasulullah saw kepada anaknya Fatimah. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Psstt...

Kepada kaum lelaki. Tidak kira anda seorang bapa, abang, adik, suami, rakan. Saya mohon anda agar sentiasa menyokong usaha kami kaum wanita untuk menyusukan anak-anak dengan susu ibu.

Tidak kira apa jua bentuk sokongan - moral, wang ringgit, tenaga, serta bantuan lain-lain.

Percaya lah! Ia Akan memberi banyak manfaat kepada banyak pihak. Dan yg utama. Sokongan tersebut Akan memudahkan & sentiasa menggembirakan kami!

In syaa allah.

Saturday 18 March 2017

4elemets Penyusuan

Breast feeding: Part 3

Keazaman, hati yg cekal, sabar & sokongan

Saya kumpulkan 4elements ini kerana saya rasa ia perlu bergerak seiring. Dalam melalui perjalanan menyusukan bayi, saya kira kita sebagai emak/mama/ibu/ummi/mommy/bonda (apa jua panggilan yang digunakan) akan berhadapan dengan banyak dugaan & cabaran.

Saya sendiri berpengalaman bekerja di syarikat besar di mana:

1. penyusuan ibu di anggap tidak penting.
2. Berada di mother's room utk memerah susu dianggap "spelet"
3. Outstation bersama polystren putih dianggap penjual aiskrim
4. Mengatakan tidak untuk ke outstation/oversea trip dianggap tiada career development.

Hahaha

Panjang lagi listnya jika mahu dikirakan. Tapi cukup la saya rasa.

Yang ingin saya tekankan di sini, tanpa 4elements yang saya sebutkan tadi, proses penyusuan tidak akan berjaya. Tidak kira apa jua rintangannya, akan ku teruskan juga pengembaraan ini.

Oleh itu SABAR. SABAR dan terus SABAR.

Proses penyusuan bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan. Bermula di hospital, breastfeed should start IMMEDIATELY.

Para suami terutamanya, perlu terus menyokong kami walau apa jua cara. Alhamdulillah, suami saya Yuszamir Che Aman sentiasa menyokong sehingga sekarang. Pulang ke rumah, dalam proses berpantang, ibu mertua saya juga amat menyokong usaha ini. Bapa saya Hatar Karim & makcik Subidah Tumin juga telah menghadiahkan kami deep freezer dalam menjayakan breastfeed feeding.

Siapa lagi? Oh ya. Saya tak lupa team taska Shaz Mokhtaruddin, di mana saya menghantar anak-anak sewaktu bekerja. Bee Bea, Aryanti Primaturi, Nurul Shahida Sheda, Norhidayah Remlee & Norhazila Kurmin terima kasih ya kerana menyayangi anak2 sayang. Saya tabik anda semua!

Kami ibu menyusu, tidak akan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak!

SUPPORT US TO SUPPORT OTHERS.

Niat Penyusuan

Breast feeding: Part 2

Niat

Saya masih ingat akan kata- sepupu saya Hanany Mohamad Yazid (4tahun yang lalu ketika mengandungkan Nur Widad Kamilah binti Yuszamir Che Aman):

"Kak Lina... Kalau mahu menyusukan anak, mesti berniat dari sekarang!"

Tapi sayang, pesanan itu tidak saya peduli & ambil kisah.

Akibatnya, saya gagal menyusukan Widad. Widad hanya mendapat hak itu selama sebulan. Sehingga sekarang sebagai ummi, saya sedih! Saya terkilan & MENYESAL.

Namun, kerana Widad saya berazam, berniat & terus menggali limu penyusuan sehingga berjaya menyusukan Khadijah selama setahun. Dan kemudian ia berterusan - menyusukan Fatima selama 18bulan. Umar 14bulan. Dan baby Aamina kini telah mencapai 4bulan & masih berjuang.

2perkara untuk Widad. Maafkan ummi. Terima kasih kerana mengajar ummi menunaikan hak adik-adik untuk mendapat khasiat susu ibu.

...

Oleh itu kawan-kawan. Tetapkan niat anda. In syaa allah. Perjuangan kita menjadi mudah kerana Allah sentiasa membantu kita.

Doa Penyusuan

Breast feeding: Part 5

Doa-doa yang boleh di amalkan. credit to Onyang Cery
-------------------------------------------

"Ya ALLAH. Permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan." AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yanh cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman:

"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Semoga amalan2 rohani ni dapat diamalkan dan bermanafaat buat semua. Salam sayang dari saya yang jauh di mata. dekat di hati.

Thursday 9 March 2017

IBU MENYUSU & LECITHIN

Kenapa ibu menyusu perlu ambil Lecithin?
"Lecithin is converted into acetylcholine, a substance that transmits nerve impulses."
...
FAKTA yang PERLU anda TAHU!
1. Lecithin mengandungi Choline atau Kolina.
2. Choline adalah elemen paling penting untuk bergabung dengan ACETATE untuk membentuk acetylcholine pada hujung saraf.
3. Acetylcholine akan melompat pada SYNAPSE untuk sampai ke reseptor (penerima mesej).
4. Dan pergerakan ini berterusan sehingga ke organ.
5. Jika banyak choline maka akan lajulah pergerakan mesej dari otak untuk sampai ke reseptor.
6. Jika kita kekurangan Choline maka pergerakan mesej juga mengambil masa yang lama untuk sampai ke receptor.
...
Kesimpulannya, Lecithin amat penting untuk ibu menyusu bagi membantu ibu-ibu lebih ALERT serta pantas berfikir.
Maklum la. Selepas bersalin banyak WAYAR YANG PUTUS kan. Yang menyebabkan kita mudah lupa serta kadang kala lembab. Lambat pick up.
Oppsss.
...
Selain itu, Lecithin juga sangat-sangat membantu mengurangkan masalah BENGKAK SUSU yang biasa berlaku di kalangan ibu menyusu.
REMINDER! Jangan biarkan breast membengkak. Ia boleh mengakibatkan demam serta mengganggu supply susu anda.
...
Dan yang paling menggembirakan adalah bila berat badan pun mulai menurun. Ini kerana Lecithin juga berfungsi sebagai PEMECAH LEMAK bagi proses kelangsingan.
Tuan Suami pun apa lagi? Mengaummm la kan. Tidak la dikatakan "kurus kononnn". Hakikatnya nak pakai seluar pun tersekat di skala punggung.
Hihi
...
Ni akak nak bagi testimoni Lecithin.
Kes 1: Dalam seminggu lebih (10 hari) konsisten makan Lecithin, hilang 1kg. Happy nya, sebab A jenis susah sangat nak turun berat. Menyesal katanya sebab tak makan Lecithin tu secara konsisten dari dulu. Beliau juga mengamalkan senaman 10-15minit sehari. Atau selang sehari.
Kes 2: Wawa (bukan nama sebenar). Beliau kehilangan 1.5kg. Dan sekarang membuang setiap hari. Perut lebih flat. Alhamdulillah syukur.
Dan saya sendiri kekal berat badan ideal seperti sebelum mengandung. 47kg. I'm ummi of Ruddin 5. Ya. Saya mempunyai 5 orang cahaya mata.
Selain dari Lecithin, mereka juga pengamal tegar ESP dan Alfalfa. ESP di minum sebagai pembekal tenaga segera. Dan Alfalfa sebagai milk booster bagi penghasilan susu ibu yang lebih pekat dan berkhasiat.
...
March 2017. Shaklee masih menawarkan promosi hebat.
Beli sebotol Lecithin PERCUMA sebotol. Berharga RM63.10 termasuk postage di Semenanjung Malaysia.
Klik di sini untuk membuat belian SEKARANG. Sebelum menangis di bucu katil bila kehabisan stok nanti.
Atau hubungi saya di 012-2671054 untuk keterangan lanjut.
Nor Maslina Hatar
Kak Sue Subur
Kredit to Master Zura.
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

TIPS MEMBERI EBM KEPADA BAYI

Ada beberapa faktor kenapa bayi diberi SUSU PERAHAN atau EBM. Contohnya:

...Masalah puting kecil atau ke dalam
...Ibu bekerjaya
...Bayi di bawah jagaan pengasuh
...Masalah kesihatan bayi yang memerlukan bayi tinggal di hospital
...Bayi sendiri menolak menyusuan secara terus

Dan sebagainya.

...

Bagaimana mahu mulakan?

1. Menyediakan puting susu yang bersesuaian dengan kehendak bayi. Contohnya saiz aliran yang palinggg kecil. SS, XS. Untuk mengelakkan masalah tersedak.

Mungkin ibu-ibu manis boleh memilih jenis material latex ataupun soft silicon yang agak penyek.

2. Botol susu bersaiz 5oz.

3. EBM yang bersuhu lebih kurang 35'c-37'c (suhu badan).

...

Untuk permulaan. Mulakan dengan kuantiti yang sedikit. Lebih kurang 2oz.

Posisi bayi: Riba bayi anda di atas pangku anda. Kepala bayi berkedudukan tinggi sedikit. Gunakan lengan atau bantal sebagai alat menyokong.

Mulakan dengan BISMILLAH.

Letak puting susu di tepi mulut bayi anda. Acah-acah sedikit. Atau cuba bercakap dengan bayi anda agar dia menangkap puting susu dengan sendiri. Beritahu bayi agar minum secara perlahan-lahan.

Setelah habis. Rehat seketika dan ambil masa untuk burp kan bayi anda. Sesudah burp. Cuba letak bayi anda.

Jika bayi masih menangis atau menunjukkan tanda-tanda masih kelaparan. Tambah 2oz lagi. Dan ulangi teknik yang sama.

...

JANGAN mulakan dengan kuantiti yang banyak. Ini akan menyebabkan bayi anda muak/muntah. Ia menyakitkan bayi anda pembaziran EBM.

Beri masa bayi anda untuk menerima  puting susu yang baru. Serta aliran susu botol yang lebih laju berbanding penyusuan semulajadi dari puting ibu.

...

Tips tambahan.

Untuk permulaan. Mungkin ibu-ibu manis boleh meminta bantuan suami untuk menyusukan bayi anda. Ibu-ibu harus lah memerhati dari kedudukan agak jauh sedikit. Ada kes di mana bayi menolak EBM yang di berikan oleh ibu sendiri. Ini kerana dipercayai. Bayi boleh menghidu bau ibunya ataupun bau susu ibunya.

SELAMAT MENCUBA

...

Nor Maslina Hatar
Kak Sue Subur

Wednesday 8 March 2017

TIPS MEMBASUH BUAT IBU SUSU

Basuh?
Basuh apa kak?
Pinggan? Kain?
Haha
Basuh perkakas menyusu la. Contohnya pum assessori. Breast shield. Storage bottle dan lain-lain.
...
No.1. Pum assessori.
Masa saya kerja dulu sampai la kerja di rumah ni. Saya memang agak malas nak basuh setiap kali sesi mengepam. Maklum la. Banyak tugas lain menanti.
So solusinya. Setiap kali sesi mengepam. Saya simpan dalam bekas. Sebaiknya yang BUKAN TRANSPARENT. Labelkan nama anda. Serta sign "DON'T TOUCH. DANGEROUS."
Haha sign tu akak main-main aje. Terpulang la uols nak tulis apa pun. Kemudian bekas tu. Simpan dalam peti ais.
Awat pula kak?
Suhu sejuk ni dapat menyekat pertumbuhan organism seperti kulat di bahagian yang terkena susu anda. Selain dari itu, suhu sejuk pada breast shield mampu memberi kelegaan pada payu dara anda sebelum sesi mengepam bermula.
Jadinya. Setiap kali nak mengepam. Keluarkan dan guna semula. Cara ni lebih menjimatkan masa anda.
Tak perlu basuh langsung ke kak?
Aishhh kau ni. Agak-agak la. Lepas 3 atau 4 kali sesi mengepam. Kau basuh le ya.
...
No.2. Bottle storage.
Bagi yang suka menggunakan botol untuk menyimpan susu (macam akak). Bila balik kerja. Penat-penat. Nak masak. Nak layan anak. Nak layan suami dan sebagainya.
Boleh cuba cara simple ini.
Ambil basin yang agak besar. Letak air SUAM. Jangan panas sangat nanti melecur tangan. Titiskan sabun pencuci anda (akak guna GET CLEAN HAND DISH WASH LIQUID CONCENTRATED). Kocak-kocak sehingga berbuih.
Kemudian. Masukkan semua botol-botol serta pum assessori anda. Biarkan lebih kurang 5minit.
Kemudian lagi. Ambil berus botol. Berus semua peralatan yang telah di rendam dalam basin tersebut.
Boleh menyanyi "di kocok kocok di kocok kocok" sehingga selesai memberus. Bilas dan keringkan.
SIAP.
...
Ada juga yang tanya. Pencuci lain tak boleh ke? Boleh. Ikut keselesaan masing-masing.
Cumanya akak pilih GET CLEAN sebab ia:
NONTOXIC.
NATURAL.
HYPOALLERGENIC.
BIODEGRADABLE SURFACTANTS.
NO PHOSPHATES.
So tak perlu risau bahan-bahan merbahaya masuk dalam perut baby.
Lagipun ia sangattt la JIMAT. Guna beberapa titis je. Kalau setakat cuci barang mengepam. Boleh tahan 4 5 bulan.
Dan memang BEST SANGATTT sebab boleh membersih dengan mudah. Tak perlu goyoh lama-lama. Jimat masa.
...
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan GET CLEAN HAND DISH WASH LIQUID CONCENTRATED 16oz. Akak jual dengan harga RM38.60. Harga termasuk postage. Boleh whatsapp akak di 012-2671054.
Atau...
Boleh klik link ni untuk terus membuat belian.
Jika ada sebarang pertanyaan. Boleh hubungi saya di 012-2671054.
Nor Maslina Hatar
Kak Sue Subur

Wednesday 1 March 2017

SUAMI KU HERO KU

Rakan-rakan FB saya ramai yang buat bisness kan. Tak kesah la business apa pun. Janji bisness.

Jual tudung. Jual baju. Jual kek. Jual biskut. Jual macaroni. Jual jamu. Jual ayam. Haaa macam-macam la kan.

Saya? Mesti la jual Shaklee.

Mesti ada di antara kita. Ataupun kawan atas kawan. Yang perempuan ya. Tanya sesama sendiri.

"Eh Tipah! Ko berniaga. Jual sana sini. Anak-anak berderet. Urusan rumah tangga bagai. Suami kau sokong business kau tak?"

Haaa biasa dengar kan.

Meh akak kongsi kisah suami akak.

...

Suami akak ni kan. Nak kata sokong. Tak la sokong giler-giler. Sebab kadang-kadang dia kutuk juga MLM ni. Maklum la. Shaklee kan syarikat MLM.

Cuma yang akak perhatikan & syukur sangat-sangat.

Bila akak nak pergi kelas mesti dia izin kan. Tak pernah dia tak bagi. Tak pernah juga dia cakap jegil biji mata "Dah tak payah pergi kelas tu. Jangan nak mengada-ngada."

Lagi best. Akak pergi kelas dengan hati tenang. Sebab boleh pergi sorang-sorang. Belajar dengan tenang. Boleh fokus.

Sebab?

Suami akak tolong jagakan anak-anak di rumah. Siap masak. Siap kemas rumah lagi.

Kalau akak ajak suami sekali pun dia akan ikut. Bawa semua anak-anak kami. Tapi perang la dengan anak-anak kat belakang ataupun luar bilik kelas tu. Dan tak pernah pun akak dengar dia merungut.

Paling tidak pun. Suami akak akan bawa anak-anak balik rumah. Atau pergi kedai beli roti & air kotak. Supaya mereka tenang.

...

Lagi?

Bila-bila akak minta teman pergi COD waktu malam. Lepas balik kerja. Penat. Stress. Mesti dia teman kan. Memang la akak boleh bawa kereta sendiri. Tapi demi keselamatan, kena la ajak suami teman kan.

Tu tak kira tolong pergi branch. Beli stok. Tolong pergi pejabat pos. Pos bungkusan. Bukan sekejap. Kadang orang ramai. Jenuh juga kena tunggu.

...

Ada lagi?

Bila kawan-kawan suami akak tanya pasal Shaklee. Dia akan tanya akak sebelum beri feedback.

Contoh.
Bro. Isteri kau jual Shaklee eh? Wife aku nak beli boleh?

Bro. Vitamin C harga berapa?

Bro. Ostematrix ada stok tak?

Bla bla bla.

Bila akak post di FB tentang Shaklee. Akak tag suami akak. Tak pernah pun dia marah atau suruh akak remove nama dia.

...

Sembang-sembang Shaklee?

Sembang suami isteri. Cerita pasal orang lain pergi umrah dengan Shaklee pun suami akak senyum je.

...

Lagi terharu?

Minta izin nak pergi Jepun dengan team #ProjekSusu pun suami akak dah izinkan. Siap suruh kumpul duit sendiri.

...

Tapi erm...

Memang betul. Kadang kita orang perempuan ni. Akak tak cakap orang lain. Akak cakap akak sendiri.

Akak tak nampak yang sebenarnya suami tu menyokong. Sebab suami tu tak pernah menyokong dengan kata-kata. Yang lagi rasa nak berasap mata. Bila dapat tahu yang suami tu. Siap doakan kejayaan business kita lagi.

Akak?

Asyik la nak membebel je kan. Macam kita sorang je sibuk buat banyakkk kerja.

Hihi

...

Moral of the story?

Orang lelaki. Para suami ni. Walaupun tak pernah cakap. Tak bermakna mereka tak menyokong. Tapi mereka sokong melalui perbuatan. Tingkah laku.

Kita cuma perlu faham body languange mereka.

Dan sekali sekala. Bila bonus masuk tu. Ajak la suami makan di luar. Bagi tahu mereka. "Hari ni ummi belanja." Walaupun Roti Boy semata. Tanda syukur & terima kasih tak terhingga.

...

Tuan Yuszamir Che Aman. Terima kasih ya. Saya sayang awak ketat-ketat.

Nor Maslina Hatar
Suami ku paling sweet

#GelombangShaklee
#Zi2MFamily

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...