Monday 31 August 2015

Jatuh Cinta di Tg. Karang

Hujung minggu lepas... cutinya agak pjg kerana sambutan kemerdekaan Malaysia yg ke 58. Lantas aku mengajak en husband ke Tg. Karang utk melawat seorg makcik di sana (ibu mertua kpd kakak ku).

Kami tiba sekitar jam 6ptg kerana kun Allah berkata begitu... senyum!

Memberi laluan kpd en husband berlibur bersama sama teman sekolahnya seketika di waktu pagi. Dan juga menghadiri jemputan seorg sahabat yg ibu bapa nya bakal menjadi jemaah haji2015 di waktu tengahari.

Kesesakkan lalu lintas spjg perjalanan dari Kuala Selangor hingga ke Tg. Karang juga tidak dpt kami elakkan.

Alhamdulillah... kami tiba di destinasi dgn selamat. Setibanya kami di sana, wajah wanita tua yg ku panggil Wak Anjar itu... mengingatkan aku pada arwah emak. Wpun di duga kesihatan nya... namun wajahnya masih mampu tersenyum menyambut tetamu.

Apabila kun Allah menurunkan penyakit kpd insan tersayang, pasti hati kita sayu lagi hiba. Dan apabila diri kita pula yg melihat mereka saban hari... melalui hari hari itu... pasti lebih memilukan!

Sedikit flashback... wpun bukan aku yg menguruskan arwah emak setiap hari... namun aku lah yg sentiasa menemani tidur emak di hospital setiap kali mak menjalani kimoterapi. Aku lah juga yg menggosok kaki arwah emak hampir setiap malam sehingga mak tidur. Dan aku lah juga yg menemani arwah emak pada hari terakhir sebelum mak pergi buat selama lamanya...

Betapa besar cinta kita pada seorg ibu... besar lagi cinta Allah pada hambanya.

Kepada yg terpilih utk menjaga ibu bapa mereka... jaga lah mereka sebaik mungkin. Walau lelah kadang menjengah... berkata lah sentiasa... bersabar lah wahai hati. Kerana itu hanya sebahagian kecil jika dibandingkan jasa mereka membesarkan kita.

..............................................................
Anak2 turut riang gembira. Berbasikal tua tinggi... berpusing pusing keliling kampung sambil menikmati panorama indah... pasti meninggalkan byk kenangan di hati mereka. Seharian di kampung bagaikan lupa akan gadget teman setia di kotaraya.

Memandang rumah kayu yg hampir siap utk di jadikan homestay itu... ibarat melihat kenangan silam satu ketika dahulu. Tempayan gemok di sisi tangga buat tadahan air membasuh kaki sgt nostalgia buat saya.

Makanannya semua sedap krn di masak dgn penuh kasih sayang...

Asam pedas sedap

Ikan masin sedap

Ns lemak sedap

Ns grg sedap

Roti butterscotch cicih kicap pun sedap hehe

Anak2 turut ke pantai bermain pasir bagai bermain di padang luas tidak berpenghujung. Terdetik dalam hati kita... apakah penghujungnya kehidupan kita nanti? Semoga Allah Maha Pengasih... Maha Penyayang... memasukkan kita ke dalam pintu kebaikan... dan mengeluarkan kita dari pintu kebaikan juga.

Memang benar bukan... utk melihat senyum tawa anak2 tidak semestinya berhabisan beribu ringgit. Bahkan... senyum tawa itu lebih bermakna hanya dgn curahan cinta... kasih... dan sayang dari ibu bapa. Mereka cerminan hidup kita di masa lampau.

Anda yg masih punya ibu bapa... kasihi lah mereka selagi mereka masih hidup. Kemudian hari... rasa rindu sgt sgt sgt itu hanya akan terpendam jauh di sudut hati. Ibu bapa cerminan hidup kita di masa akan dtg...

Clothdiapers & BasicH Part2

Alhamdulillah... dah masuk bulan baru. Bermakna dah sebulan baby Umar menggunakan #clothdiapers. Wpun ada masa masih meminjam disposable diapers kakak Fatima apabila keluar berjalan jalan mahupun pada waktu malam bila ummi rasa letih & kurang sihat.

Erm... satu pencapaian yg membanggakan. #beproudtourself selain penjimatan lbh kurang rm70-80... Umar kurang ruam lampin (jimat #nappyrashcream) & yeahhh #gogreen... Proses pencucian yg saya rasa dahulunya susah... kini tidak lagi bila ber'partner' dgn pencuci superpower dari #Shaklee iaitu #basicH. Memang sgt mudah. Cumanya perlu di cuci setiap hari kerana kami cuma ada 10keping CD.

Ada yg bertanya berapakah kos 10keping CD utk permulaan? Bergantung kpd jenama yg anda pilih. Jika yg ada di tgn saya ini... koleksi premium anggaran lbh kurang rm650. Dan koleksi biasa2 anggaran lbh kurang rm280. Sudah pasti kualitinya berbeza. In syaa allah boleh di gunakan sehingga 2-3thn.

Dan berapa pula kos basicH??? Hanyalah rm48.76. Boleh bertahan berbulan bulan bergantung kpd penggunaan anda.

Pilihan di tgn anda!!! Notakaki... saya tak jual CD. Namun jika berminat utk cuba basicH... hubungi saya ya. 0122671054. Boleh cuci satu rumah tau!!!

Bisul & Vivix Part2

Bulan lepas baby Umar di tumbuhi bisul. Doc di klinik biasa menyarankan Umar di bawa ke hospital utk menjalani pembedahan kecil oleh pakar kanak2.

Kami suami isteri minta masa utk berfikir & pulang ke rumah bersama sebotol antibiotik. Saya sbg ibu mengambil keputusan utk memberi antibiotik tersebut & dlm masa yg sama menyapu #vivix di bahagian bisul.

Alhamdulillah... bisul pecah bagai volcano di dlm bilik mandi. Dan baby Umar tidak menangis. Kuat anak ummi ya!!! Darah... nanah... dan matanya turut keluar sekali gus.

Syukur sgt krn tidak perlu di bedah. Dan kini... parutnya tertutup rapat & tidak mengelembung lagi.

Jom cuba vivix utk dptkan manfaatnya bersama.

0122671054

Thursday 27 August 2015

Wanita & Ibadah

1st of all... saya bkn lah layak utk menulis ttg agama krn ilmu saya sgt lah cetek. Namun tulisan ini merupakan perkongsian peribadi saya semata mata.

Bila kita bercakap mengenai ibadah, ada beberapa pihak yg sgt skeptikal menyatakan ibadah hanya merupakan solat, baca alquran dan puasa semata. Jika dia bgn solat tahajud itu lah ibadah. Jika dia puasa isnin khamis itu lah ibadah. Jika tiada tahajud... baca quran se ayat dua... tiada puasa isnin khamis... bermaksud ibadah seseorg itu sempit.

Kesian saya rasa pada diri saya jika itulah konteks ibadah. Syukur alhamdulillah kerana konteks ibadah dalam Islam sgt luas.

Cth... ibu menyusu seperti saya yg kerap kali solat bersama anak kecil yg menangis di tepinya. Bacaan surah pun kdg kala berulang ulang kerana hilang fokus. 7min yg diperlukan kdg kala terasa sgt pjg. Kami cuba juga utk bersolat sunat... tp berakhir tanpa kepuasan dan rs serba salah.

Jadi kami hanya mampu menyempurnakan solat fardhu. Dan meriba bayi kami sambil istighfar... berzikir dan berselawat. Itu jugalah yg kami mampu lakukan setiap kali terjaga dari tidur utk menyusukan anak. Jika d letak anak itu utk mengambil wuduk dan tahajud... kdg kala berjaya. Kdg kala perut bekeroncong. Dan kdg kala bayi kembali berteriakkan. Hehe sungguh indah percaturan Allah bukan... Bagaimana pula jika kami ABC? Adakah mesti juga membaca tafsir alquran jika itu lah pengertian ibadah? Jgn terlalu sempitkan pemikiran. Byk lagi bahan ilmiah yg lain boleh di baca ketika uzur.

Cthnya hadis nabi. Penulisan nota zikir utk fikir. Majalah agama dan sbgnya.

Maaf jika tulisan ini menyentap sesetgh pihak. Namun saya sering cemburu bila melihat rakan2, adik beradik, saudara mara dpt menghadiri kuliah agama. Tapi pergerakkan saya terbatas dgn anak kecil. Lebih terkeluh bila melihat yg tiada halangan namun tidak punya minat. Semoga Allah bukakan pintu hati kita.

Teringat sewaktu d Masjid Nabi dulu... org bersesak ke masjid wpun hanya bersolat di ruang mengadap rak kasut krn terlalu penuh. Tapi d tanah air... ruang solat sgt selesa namun kosong tanpa yg berkunjung.

Semoga ia membuatkan saya sendiri sentiasa berfikir...

Vitamin kegemaran saya - Vit C

Sumber dari mamafaiz.com

Jika ditanya... Apakah vitamin kegemaran saya? Sudah tentu jawapannya adalah Vit C. Saya telah mengamalkan memakan Vit C sejak kecil lagi. Ada lah lbh kurang 30thn tau. Bkn kejap mkn kejap tak tau. Tapi... Secara konsisten. Hidup bagai tak sempurna jika tak makan Vit C sehari. Kenapa ya???

... kerana saya mengidap resdung yg teruk. Saya tak boleh terdedah dgn habuk, cuaca sgt sejuk, sgt panas, tak boleh main dgn kucing, teddy bear, menghidu bau yg kuat spt bunga mahupun perfume. Haaa pendek cerita... allergic sokmo. Bila diserang saya akan bersin tak berhenti, tak boleh buka mata tgk cahaya terang matahari@lampu, dan sakit kepala runsing sgt. Kalau ada jual hidung lain kt kedai... rasa nk cabut hidung yg ada ni... pasang yg lain. Gitu la perasaannya. Teruk kan... tula sbb kenapa Vit C dah mcm sahabat karib saya tak boleh berenggang.

Tapi dari pengalaman sendiri... saya juga telah mencuba Vit C dari perbagai jenama. Yg murah... yg mahal... yg free pun ada hehe Namun bila saya mula mengambil vitamin C Shaklee secara berterusan (sekitar tahun 2012) saya dapat rasakan perubahan lebih baik hari demi hari. Bukan le hari ni makan terus sembuh resdung saya kan...

Kenapa saya cakap mcm tu? Sebab Vit C Shaklee mampu memberikan kesan positif dari segi kecantikan dan kesihatan. Haaa bonus tu sambil menyelam minum air. Mana ada wanita tak suka kan kecantikan kan kan.

Di antara kelebihan Vit C Shaklee ialah...

...Merangsang pembentukan kolagen.

...Mencerahkan kulit.

...Melambatkan proses penuaan.

...Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

...Meningkatkan sistem imunisasi badan.

...Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.

...Mengatasi masalah gusi berdarah.

Malah... kalo saya demam pun saya akan makan Vit C ni lebih dari biasa (4-6biji). In syaa allah... cepat baik.

Itu lah sebabnya saya suka sangattt Vit C yg sudah tentu dari Shaklee. Wit wittt

Nak cuba? PM saya ya 0122671054

Salam Kemerdekaan

Rata2 rakyat Malaysia bakal bercuti pjg sempena sambutan hari kemerdekaan. Namun apakah sbnrnya erti sebuah kemerdekaan khususnya buat anak2 kita? Adakah hanya cuti? Bgn lambat? Makan sambil tgk tv?

Tahun ini... Saya sbg ibu mahu anak2 merdeka tanpa gadget. Mahu cuba alihkan perhatian mereka lebih kepada permainan yg lbh merangsang komunikasi lisan & pemikiran.

Cth... main warna2 ataupun berborak sambil tgk langit.

Kenapa burung warna biru? Khadijah suka pink. Bagaimana Allah boleh nampak semua tempat? Widad kecik pun Allah boleh nampak? Allah kat mana? Haaa ni soalan bombastik terbaru dari anak syurga saya sejak adanya bilik bacaan. Permulaan yg baik kan.

Saya akui... saya terkadang lelah melayan mereka 4beradik serentak. Namun terlihat wajah arwah nenek saya... saya kagum krn beliau mampu membesarkan 13org anak. Pasti pengorbanannya terlalu besar.

Saya juga mahu anak2 kenal erti sebuah pengorbanan apabila mereka dewasa kelak. Semoga gembira... berjaya... bahagia dunia akhirat ya.

Salam sayang...

Wednesday 26 August 2015

Ummi anak 4

Alkesah cincin berukir 'Mat Mas 1 Sept 07'... ia merupakan simbolik bagaimana bermulanya kisah kami sekeluarga 6 beranak. Ia merupakan cincin merisik kami 8thn yg lalu.

Utk entry kali ini... Saya bukan mahu bercerita mengenai kisah percintaan kami. Tapi saya mahu kongsikan toleransi kami suami isteri bila kami punya 4org anak syurga.

Berhenti bekerja sebenarnya telah mengajar saya cara2 sebenar menjadi seorg ibu.
--------------------------------------

Sedikit flashback... dahulunya saya adalah seorg officer di sebuah syarikat peruncitan antara terbesar di Malaysia. Waktu bekerja saya adalah 9am - 6pm. Kadang kala hari gelap keluar rumah. Dan dah gelap juga baru tiba di rumah. Ada masanya hujung minggu juga turut di panggil bekerja. Dan rutin outstation sekurang kurangnya sebulan sekali 3hari 2mlm adalah perkara biasa.

Sewaktu bujang... rutin ini sgt menyeronokkan. Namun bila berkahwin dan punya anak saya rasakan rutin ini telah merampas masa bahagia kami sekeluarga. Hati saya cemburu bila anak sulung saya sgt rapat dgn ayahnya. Padahal sakit melahirkan dia masih terasa hingga kini.

Selepas waktu bekerja... Anak2 di jaga baik oleh suami saya setiap kali saya tiada d rumah. Memang padan lah mereka rapat dgn ayahnya kan. Semakin tidak tenteram hati saya setiap kali mahu meninggalkan Khadijah dulu... saya sgt risaukan susunya tidak cukup. Kerana beliau 100% menyusu susu ibu selama 12bulan. Saya bagai penjual aiskrim susu satu ketika dahulu. Setiap kali kerja di outstation... saya pasti membawa bekas polistrin putih ke hulu ke hilir utk menyimpan susu perahan saya. Hehe kenangan yg tak dpt saya lupakan. Tidur d katil empuk hotel 5bintang juga belum tentu nyenyak bagi saya...

Kemudian... bila mengandung kali ke3 jiwa saya semakin memberontak utk meninggalkan kerjaya. Mana mungkin saya tinggalkan 3org anak pada suami utk di jaga setiap kali saya tiada di rumah. Sudah lah pulang ke rumah sentiasa lewat setiap hari. Dan selama kelewatan itu juga lah suami saya siapkan makan malam utk kami sekeluarga. Hanya Allah yg tahu perasaan saya ketika itu...

Mmg saya pulang dgn senyuman kerana anak2 menjerit riang menyambut saya di muka pintu. Namun kegembiraan itu terbantut bila mereka mula merengek mahukan itu ini. Ummi yg letih baru pulang tiba2 bertukar jadi org asing. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Terjerit termarah bagaikan tarzan di hutan. Terbantut juga perkembangan tumbesaran mereka. Akhirnya mereka tidur hampa. Sangat kesian kan...

Jika di kenang... saya rasa saya lah ummi paling tidak sporting pada waktu itu. Ummi paling tidak mahu mendengar celoteh anak2. Dan ummi paling tidak tahu menyalurkan kasih sayang. Sgt sedih bila di kenangkan kembali. Melihat wajah anak2 tidur tanpa gurau senda. Hukhukhuk

Allah maha mendengar bukan. Allah makbulkan doa saya utk bekerja sepenuh masa di rumah. Ia bermula semenjak Fatima anak ke3 saya berusia hampir 3bln. Saya sgt gembira. Namun ia juga merupakan titik permulaan bila saya rasa saya lah ummi yg sebenar. Jeng jeng jeng

Utk permulaan Widad ke tadika waktu pagi. Pulang tghr di taska. Khadijah di hntr ke taska sepenuh hari. Dan saya di rumah menjaga baby Fatima. Culture shock berlaku kerana saya sudah hilang waktu privasi. Cth... waktu makan tidak lagi menentu. Kalau ada pun hanya sekitar 15min bkn lagi 60min seperti bekerja dulu. Waktu solat pula pasti beserta teriak tangis Fatima. Mandi tanpa sabun itu perkara biasa. Sambil memanggil Fatima... ummi ada sini. Fatima jgn nangis ya. Fatima tunggu ya... haha Dan saya sering menggendong Fatima ketika melakukan kerja rumah. Lenguh seluruh badan. Hanya kerana Fatima mmg tak mahu di letak dan susah utk tidur. Tidurnya hanya boleh senyap sunyi bagai di librari. Adehhh

Dan saya cuba menjaga ke 3 3 mereka bila musim sekolah tiba. Anak2 mmg excited. Namun ummi lunyai hari demi hari. Ada masa ummi menangis kerana rasa letih sangat. Ada masa ummi rasa dah tak mampu dah. Bila ayah balik... widad pasti menjadi CNN. Buat laporan.

Namun bila di kenangkan... apa niat kita yg sebenar? Kenapa meninggalkan kerjaya itu yg menjadi pilihan? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Saya istighfar...

Begitu lah hari demi hari. Saya belajar setiap hari. Mendidik hati & jiwa agar sentiasa bersabar. Agar sentiasa rasa seronok dgn tugasan sebenar sbg ummi. Belajar memasak agar keluarga dapat makan dari makanan air tangan ummi. Belajar menyuap mereka agar mereka kenyang. Belajar buat2 tak nampak rumah yg bersepah sepah. Belajar utk tidak jadi tarzan di hutan walau terkadang terlepas juga jeritan ooo... dan yg utama belajar melayan karenah anak2 yg berbeza beza.

Kini... anak bertambah lagi. Bilangan menjadi 4. Wpun widad ke tadika di siang hari. Wpun Khadijah & Fatima di taska sampai ke petang. Wpun hanya Umar seorg melekap sepanjang hari. Tugas masih tugas kan... tiada kamus mengatakan kami suri rumah hidup senang lenang di rumah. Goyang kaki. Makan tidur. Kami juga bekerja cuma dgn cara yg berbeza.

Ummi terus belajar memperbaiki diri kerana sangat jauh menghampiri sifat kekasih Rasul saw... Siti Khadijah ra.

Namun saya sgt bersyukur kerana kekasih saya... sahabat saya... dan bapa kepada anak2 saya jarang sekali mengeluh bila rumah bersepah sepah. Tidak pernah menolak pinggan bila mana makanan yg di masak tidak sedap. Tidak pernah bermasam muka dgn anak2 yg merengek di depan pintu menyambut dia pulang dari kerja. Masih terus bangun di waktu malam membancuh susu utk anak2. Dan masih masak di hujung minggu lauk hidangan istimewa.

Dia sgt memahami. Dia adalah kekuatan saya. Penyuntik semangat berterusan. Wpun tugasan kami berbeza namun tanggungjawab membesarkan & mendidik anak2 adalah sama.

Kisah ini tidak bermakna kami hebat. Tidak bermakna anda perlu meninggalkan kerjaya utk gembira. Kerana saya telah berukhuwah dgn mereka yg lebih hebat... berjaya dlm kerjaya masing2... dan tetap gembira bersama keluarga. Kita masing2 hebat dgn cara yg berbeza. Kita memilih jalan yg berbeza wpun niat yg sama.

Kisah ini hanya di simpan sbg perkongsian agar satu hari nanti anak2 akan lebih memahami erti sebuah pengorbanan.

Ikhlas... please come to me!!! 😊😊

Vitalea... kini berusia 100 tahun

Di zaman canggih kini... kita dengar 1001 masalah kesihatan di sana sini. Pelbagai penyakit tidak hanya menyapa mereka yg telah berusia. Malah yg masih muda remaja turut menerima tempias akibat cara hidup yg kucar kacir... pemakanan yg tidak seimbang... dan juga masalah pencemaran.

Masalah kesihatan yg sering kita dengar sbg cth... cepat letih, kulit sensitif, diabetis, hypertension, gout, kolestrol tinggi, overweight, underweight, rambut gugur, kulit kering, jerawat, stress, low blood pressure, kurang selera makan, terlebih selera, kurang fokus, resdung, asthma dsb.

So... bila macam2 penyakit menyerang, mula la kena start makan ubat itu ini. Pastu ramai pulak yg suggest ambil supplement itu ini. Kadang kala bukan kita tak mahu... tapi dek kerana fikiran kita serabut. Ishhh biar betul banyaknya nak kena telan. Kenyang telan pil je la jawabnya kan. Tu yg last2... rasa macam malas kan kan kan... sudahnya apa pun tak makan.

Takpe2, jgn setabut2 k... untuk permulaan nah amik ni. VITALEA. Multivitamin pertama di dunia & kini telah berusia 100 tahun. Haaa nampak tak di situ betapa superb nya multivitamin shaklee ni. Sudah pasti tak sama dgn yg berada di pasaran.

Berapa biji nak makan ni??? Ambil 2biji sehari. Ia mengandungi 12 vitamin dan 15 mineral yang diperlukan oleh badan dalam komposisi yang seimbang. Setiap vitamin memerlukan vitamin yang lain dan mineral untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik.

So... anda harus bijak membuat keputusan. Pastikan supplement anda selamat... berkesan k. Jom kita sama2 menjaga kesihatan diri.


Berpantang bersama Shaklee

Alhamdulillah... saya dikurniakan anak syurga pada 21Apr15 yg lepas. Ya... anak lelaki seberat 3kg. Di lahirkan secara czer. Wpun ini afalah anak yg ke4... namun saya tetap mengamalkan tempoh berpantang selama 44hari sama seperti berpantang anak2 yg lain.

Nak tahu amalan yg masih saya amalkan? Jom ikuti kisah ini.
-----------------------------------

Apabila kaedah tradisional bergabung dgn yg moden, pastinya tersenyum gembira...

Walaupun ada yang berfikiran bertungku & bengkung adalah amalan kuno, tapi saya tetap suka. Sebabnya bertungku membantu melancarkan peredaran darah nifas sewaktu berpantang, mengeluarkan darah beku & mengecutkan rahim. Bengkung pula pasti lah utk mengempiskan perut! Utk permulaan, saya gunakan bengkung moden velcro straps hingga luka benar2 sembuh.

Wpun saya bersalin secara czer, tiada alasan utk saya tidak menjaga kesihatan dalaman. Cantik luaran tapi semput di dalam pun tak berguna kan...

#shaklee #alfalfa #GLA #Vivix pula membantu menyahtoksid dari dalam darah, bertindak sbg kacip fatimah moden, menstabilkan hormon & memperbaiki sel2 yg telah rosak.

Baru lah seimbang! Siapa yg sudah cuba sahaja yg tahu kehebatan hasiknya.

Nak cuba???

0122671054
#sayajualshaklee

Monday 24 August 2015

Pembantu no1 wajib di rumah anda

Anda ada masalah dgn kotoran degil?

Jom cuba #basicH dari #shaklee. Dah cuba pasti tak cari yg lain.

Assalam & very good morning. Pagi yg begitu indah dgn udara nyaman yg menyejukkan. Syukur atas setiap rezeki dari Nya.

Bila ibu2 bercerita mengenai mencuci seluruh kawasan rumah... Masa ni la rasanya mcm tgn tumbuh ketul2 💪💪💪. Ok dont worry so much k. #shaklee #basicH ada utk membantu. Kerja mmg jd sgt mudah & cepat dgn pencuci serbaguna ni.

Di antara kegunaannya...

cuci longkang.

🍭cuci cermin tingkap. Meja.

🍭cuci dinding yg anak2 conteng.

🍭cuci bilik air.

🍭cuci dapur yg minyak2 tuh.

🍭cuci pinggan mangkuk periuk belanga yg guna sethn sekali tu.

🍭cuci pakaian or kain putih yg dh tukar kaler jd kuning tuh.

cuci kasut sekolah anak.

cuci lampin@clothdiapers baby.

🍭mop lantai. Haaa sape yg guna steam mop tu kn... very the easy. X yah bilas k. Mop manual pun sempoi. SekalI lalu he tau.

Haaa senang citer mmg bole cuci apa sj. So, kepada para suami yg tampan lagi sado... Kalau tak mampu hire bibik utk isteri. Ataupun tak mampu nak bantu isteri cuci2 rumah tu... Boleh la hadiahkan isteri tersayang dgn pencuci serbaguna hebat ini. Kesian tau kaum isteri. Tertonggeng tonggeng. Terbalik balik. Berpeluh sakan buat semua kerja2 rumah.

So... Jgn komen apa2 dulu. Jom try. Pasti TERPEGUN. Yg penting ianya #berkesan #selamat #mesraalam. Yg #kulitsensitif pd sabun pun pasti gembira. 💕💕💕 Sebab basic H tidal mengandungi sebarang chemical bahaya. Bahan utamanya diperbuat dari sabut kelapa.

Jgn tunggu2 lagi. Mom PM says di 0122671054 utk dapatkan sebotol basic H dgn segera.

Kuasa berkomunikasi

Di zaman canggih bergadget ni... kadang kala kita lupa bagaimana utk berkomunikasi secara lisan yg berkesan & efektif. Cth... penggunaan perkataan yg sesuai utk audience yg sesuai. Tone yg sesuai utk situasi tertentu. Mimik muka yg berkait rapat dgn topik berbualan atau perbincangan. Haaa baca pun macam complicated je kan.

Tapi, situasi ini amat benar kerana rata2 golongan kini lebih suka berkomunikasi secara bertulis. Cth... FB... IG... Tweeter... Whatsapp dsb. Kononnya lebih mudah dgn ayat & perkataan yg ringkas. Saya sendiri kadang kala tak boleh baca apa yg sesetengah golongan ini cuba sampaikan.

Cth yg lain... dalam satu rumah ada bapa. Ibu. Anak. Bapa sibuk baca WA di group surau. Ibu sibuk membalas itu ini di group jual beli. Dan si anak sibuk di group rakan collector. Tiada suara hingar bingar dalam rumah macam zaman saya kecil2 dahulu. Yg saya kira lebih happening yeahhh...

Jika ada yg bersuara pun mungkin ayatnya tidak melebihi 20patah perkataan. Dalam bahasa jahatnya... golongan sekarang tidak tahu bagaimana utk bercakap. Lidah kelu seribu bahasa. Namun sgt hebat bila menaip di papan kekunci gadget di tgn masing2.

Erm... panjang sudah saya rasa mukadimah saya. Hehe begini lah... saya sbg seorg suri rumah sudah lama berangan angan utk menyediakan bilik bacaan@homework room utk anak sulong saya yg bakal bersekolah rendah tahun depan. (Mcm awal sgt je kan... hehe saya mmg begitu). Namun kuderat saya sbg wanita terbatas utk mengangkat perabot yg di perlukan. (Ya... angan2 saya hanya menggunakan perabut sedia ada di rumah. Tak perlu beli yg baru)

Jadi... saya perlu minta pertolongan dari en. Suami yg sado (hehe... sado la sgt kan)

Komunikasi lisan di perlukan dalam situasi ini... (tak kan nak PM pulak). Komunikasi secara berkesan perlu di adakan agar en. Suami sudi membantu dgn rela hati tanpa mengeluh & angan2 saya tercapai. (Hehe utk jadi wanita bahagia)

Namun seperti biasa en. Suami tidak akan terus berkata... baik lah sayang!!! Pasti ada soalan, tawar menawar & timbang tara dari en. Suami. Bagi saya bantahan tidak semestinya tidak bersetuju. Bangkangan juga tidak semestinya peperangan bakal meletup.

Dalam situasi komunikasi 2 hala kita perlu dapat kan kemenangan utk ke2 2 belah pihak kan. Dan saya kira... Mungkin en. Suami menawarkan perkhidmatan yg lebih bagus dari angan2 saya seorg. Namun caranya yg sedikit upphhh sbg ketua rumah patut di hormati oleh ahli yg lain. Termasuk operation manager aka si isteri. Hehe

Yeahhh... dari angan2 penyediaan ruang tulis utk widad... akhirnya en. Suami turut menyediakan ruang utk khadijah kerana dia turut akan ke tadika (alhamdulillah... akhirnya khadijah bebas dari penggunaan diapers) tahun depan. Lebih membahagiakan... ruang kecil utk saya membaca alquran di samping anak2 (secara tersirat... mungkin en. Suami mahu saya lebih masa dgn anak2. Dan kurangkan bergadget... perasan saya la).

Bila lihat kawasan yg telah tersiap... dlm hati saya terdetik utk menambah white board utk fatima mula belajar menulis pula. Tapi yg ni kena beli sebab memang tiada di rumah. Kemudian lah... minggu lain pula gosok si suami.

Akhirnya angan2 saya sejak kecil tercapai. Wpun bkn utk saya... saya cuba sedaya upaya berikan yg terbaik utk anak2. Masa saya sekolah dulu... saya tak pernah punya bilik khas utk belajar. Saya siapkan kerja sekolah di merata rata tempat. Di meja makan. Di ruang tamu. Di atas katil dsb nya. Maaf kan saya ya abah kalau abah berkecik hati dgn entri kali ini. Saya tak pernah berniat utk mengungkit. Saya cuma terkenang zaman dahulu kala. Yg pasti abah adalah abah terhebat buat kami 3beradik... saya sayang abah.

Melihat berkali kali bilik ini... ya... Memang saya wanita paling gembira minggu ini...

Hari pertama khadijah menggunakan bilik ini... dia bebas gadget beberapa jam berbanding hujung minggu sebelum ini. Dan widad mula buat kerja sekolah di meja yg di sediakan. Terima kasih ayah... muah ciket... 😙😙😙

Sunday 23 August 2015

Stress & BComplex

Hasil tulisan blog ini dari sumber www.mamafaiz.com

Cerita seorg ibu menyusu. Ibu ini terjaga dari tidur sekitar pukul 2am. Bayinya menangis kerana CD nya basah. Ohhh ibu terlupa tukar sebelum tidur tadi. Mengantuk & letih sangat. Menyusu si kecil sambil berbaring. Langsung ibunya turut terlena.

Selesai menukar CD... Dari pukul 2am - 5am si kecil langsung tidak mahu tidur. Sudah di susu kan berkali kali. Masih segar biji mata. Di letak baring juga tidak mahu. Di henjut di dalam rocker juga tidak mahu. Asyik mahu berdukung sambil berdiri.

Si ibu semakin letih. Perut berbunyi keroncong. Nak di kejut si ayah rasa tidak sampai hati kerana ayah turut membantu menjaga & bangun membuat susu utk anak2 yg lain. Lagipun esok ayah bekerja. Tentu perlukan tidur yg cukup.

Tanpa di sedari... air mata si ibu mengalir bersama tangisan si bayi. STRESS brgkali...

Jika anda dlm situasi ini, mahukah anda sesuatu yg dpt membantu dlm menangani masalah stress?
--------------------------------------

Kenapa agaknya bcomplex penting dlm menangani stress???

Mari kita lihat ahli keluarga Vitamin B Complex - Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...

Vitamin B1 ~ menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.

Vitamin B2 ~ Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3 ~ Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah; membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan.

Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.

Vitamin B5 ~ Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang.

Vitamin B6 ~ Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.

Vitamin B9 ~ Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan.

Vitamin B12 ~ Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi, tidak tenteram.

BComplex pilihan saya sudah tentu dari jenama Shaklee.

Kenapa?
Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif ~ Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
~Mudah di telan.
~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

Berbalik kpd cerita si ibu tadi. Seandainya anda sentiasa dalam mood yg baik... in syaa allah dgn izin Allah anda pasti dpt menghasilkan susu yg lebih berkualiti utk si manja anda. Selain mampu lebih fokus dgn tugasan harian tidak kira sbg surirumah, wanita bekerjaya, biz women dan sbgnya.

Dan yg lebih menggembirakan, bcomplex ini boleh di kongsi seisi keluarga. Bersama suami, anak2, ibu bapa mahupun adik beradik yg lain. Tentu gembira jika manfaatnya di peroleh oleh insan tersayang.

Semoga perkongsian ini berguna untuk semua kerana kesan daripada stress/depresi amatlah buruk. Jika dibiarkan ia boleh menjurus ke penyakit fizikal. Contohnya ~ overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit birit dan byk lagi. Dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik.

Akhir kata.... sayangilah diri anda kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda.

Saturday 22 August 2015

Family outing 22Aug2015

Family outing

Lama sgt dh rs nya tak bw anak2 syurga ini pg jln2. So hr ni kami...

💛pagi2 keluar rumah menuju ke tmn tasik dato keramat. Melakukan aktiviti fizikal. Lompat. Lari. Panjat. Gelunsur. Buai. Jongkang jongkit. Yg paling excited sudah semestinya khadijah. Bergerak aktif umpama xboleh berhenti. Aktiviti dilakukan dgn sgt yakin. Kelihatan lupa gadget2 di rumah. Lupa juga utk menggaru sana sini. Ayah bilang kamu bakal olahragawati sek dgn syarat dewan itu mesti sejuk. Ada2 aje ayah tu...

💛widad kelihatan control ayu. Hy main buaian pd permulaan waktu. Fatima pula seakan takut melihat ramainya kwn2 hr ini. Peluk ayah sgt erat. Tp akhirnya mereka juga "join the club" krn melihat kegembiraan mereka yg lain. Tak boleh tahan barangkali.

💛 Haaa habisss semua mainan kat situ mereka main. Dah penat. Rehat skjp. Minum milo ais. Pastu smbg main lagi. Hampir 2jam kami biarkan anak2 bermain puas. Lama juga pujuk di ajak pulang. Namun jwpn yg ummi terima adalah "tak nak. Blom habis main lagi". Ummi & ayah sudah lapar sbnrnya. Blom bfast rupanya. Anak2 juga pasti lapar. Tapi mgkn terlupa krn main lbh membahagiakan. Akhirnya kami umpan naik LRT.

💛mula2 ingatkan ummi. Widad. Khadijah & umar je naik LRT blk ke stesen sri rampai. Manakala ayah dgn fatima pula naik kereta ambil kami di sana. Namun rancangan berubah krn fatima menangis nak naik LRT juga. Akhirnya... kami semua naik LRT ke KL Sentral. Kali ini widad pula kelihatan lbh excited. Jln laju tgglkn kami d blkg. Khadijah mata layu di tiup udara sejuk si penghawa dingin. Fatima pula peluk ayah erat krn gayat. Mcm2 ragam dr si anak.

💛Erm... nak buat ya di KL Sentral? Haaa... Makan... yeah... melayan perut keroncong. Tiba d KL Sentral anak2 terberhenti jln minta di belikan jajan dahulu. Alahai anak... kemudian kami smbg brjln mncr foodcourt d tgkt3 NU Sentral. Bole thn cantik di sini. Byk pilihan mknan. Kami cr sudut duduk yg sesuai. ayah belikan nasi ayam utk anak2. Mee kari utk ummi. Dan laksa utk ayah. Air bali & laici kongsi ber5. Hehe

💛selesai mkn kami ke toilet. Cr toilet insan berkerusi roda agar kami semua boleh masuk serentak. Haha... gitu la gayanya bila keluarga semakin ramai & ahlinya comel2 belaka. Jika tidak begitu pasti ada yg berlari mengukur keluasan shopping complex pula nanti. Ummi pula tiba2 tukar jd jaguh pecut mengejar mereka. Haha itu sbb la kurus

💛selesai urusan... kami pun pulang semula menaiki LRT & ambil kereta d tmn tasik. Dlm perjlnan anak2 masih bertanya... kita nk pg mn lg ni? Haha blom puas rupanya. Bila di sebut blk rumah... semua buat muka monyok tanda protes. Lain kali kita jln2 lg ya sgy...

💛tiba d rumah ummi & ayah sangka anak2 akan tidur kepenatan. Tapi rupanya tenaga mereka masih hijau. Ummi & ayah yg beradu krn bateri kami dh merah. Hehe

Thursday 20 August 2015

Basic H sememangnya Selamat

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

#basicH #shaklee #mesraalam kerana ia diekstrak dari sabut kelapa

Wednesday 19 August 2015

Coretan khas utk surirumah

Cerita anak bujang sorg hari ini

Dari pkl 8am sampai 11am... asyik nk berkepit je. Stress sejejap. Mula la nk cari #bcomplex ni. Ummi mkn minum punnn blom lagi syg oiii.

So apa kata ummi ikat awk. Hehe adeh... mak aiii... dia punya melalak bagai nak rak.

Ok... ummi lepas kn awak. Tp dgn syarat awk main sendiri kejap k. Ummi nak meregangkan urat sat. Lenguh oiii 6.2kg dh awk ni.

Wahhh... bkn main happy lagi dh kena lps. Siap ngekek2 lg. Apa lagi... cargas la ummi mkn semangkuk cereal + #esp & 2keping roti sardin.

Eh... awat senyap je bdk ni. Intai2 dah tdo rupanya. Haha apalagi... mcm lipas kudung la ummi grg nasi utk kakak widad blk sek nanti. Basuh pinggan. Kemas dapur. Masak nasi sket. Panas kan lauk smlm utk ummi.

Fuhhh... lega sekejap.

Notakaki... sape kata suri rumah makan tidur je kat rumah tu... sila letak kaki anda dlm kasut saya dulu k... bai...

Anggun bersama Vivix

Hehe gambar kahwin 6thn+++ yg lalu... jan 09. Of course la bersolek bagai kan. Raja sehari la katakan. Berseri seri gitu... ecehhh

Tp gambar 4bln lalu... apr 15. Saya dlm #pantang. Selepas melahirkan anak kami yg ke4. Czer & saya kehilangan 1liter darah waktu itu. Mcm ngeri je kalau membayangkan. Mujur saya dipengsankan kerana beberapa komplikasi. Subhanallah... byk dugaan bersalin anak lelaki ini.

Alhamdulillah segalanya selamat. Cuba lihat gambar saya. Tidak la pucat sgt seperti kebiasaan wanita #bersalin yg lain. Saya masih boleh tersenyum gembira lagi menawan. Wahhh gitu.

Nak tahu rahsia saya??? Saya amalkan #vivix sewaktu #berpantang.

Tuesday 18 August 2015

Diabetis, Tinggi Kolestrol dan ESP

Sumber dari blog PM Cery.
www.mamafaiz.com

Soalan: Boleh ke orang yang diabetis atau high cholestrol makan ESP ni? Tak berlebihan protin ke minum ESP? Makan ayam lagi, daging lagi..

Jawapan:

ESP pilihan tepat untuk semua individu. ESP zero fat, zero cholestrol dan yang penting ia rendah GI (Indeks Glisemik). Maksudnya glukos dibebaskan perlahan2 ke dalam darah. Pesakit diabetis kalau minum ESP memang akan bertenaga tanpa menyebabkan kadar gula naik.

Kita wajib amik protin dalam diet harian, sebab badan tak boleh nak hasilkan asid amino yang diperlukan, maka ESP pilihan yang tepat. Sehari amik 3 sudu besar pun tak jadi isu berlebihan sebab 3sudu besar bersamaan 14gram protin.

14gram tu kalau nak diikutkan tak cukup nak memenuhi keperluan protein harian kita, jadi kita tetap perlukan protein dari sumber makanan lain.

Cuma kita disyorkan mengambil suplemen protin berasaskan non-gmo SOYA yang BERKUALITI untuk dapat kulit yang PEJAL dan LICIN

Jadi amacam? Jom shake segelas ESP pagi ni.

Alahan & Shaklee

Sejak kecil sy mmg ada resdung yg kronik. Cuaca panas sgt tak boleh. Cuaca sejuk sgt pun tak boleh. Habuk... lagi la minta jauh. Kucing... teddy bear... bunga... eee... pls la jgn bg saya. Tu sbb dulu2 kalo ada bf nk ngorat beli bunga or teddy bear mmg sy tak lyn. Hehe sorry la guysss bkn jual mahal atau tak sudi tapi sbb hidung sensitif tahap gaban.

So... allergic tu di warisi kpd khadijah. Dia mengidap asthma & exzema. Kesian kn. Kalo tgk dia menggaru or batuk2 sy yg fobia. Runsing pun ada. Nak bergaduh pun ada.

Tp skrg alhamdulillah. Sejak konsisten consume #shaklee... kehidupan kami lebih sihat & tenteram.

Nak tahu supplement apa jd teman baik kami??? Utk ummi... #vitC #alfalfa #vivix

Utk khadijah plk... #mealshakes  #omega
Psst... sbb mood baik... hari ni khadijah ke taska pakai bj kurung pink. Cantik katanya 😆

MIL ke tanah Suci

Hari ni (13Aug15) saya gembira sgt... ehhh... dari ptg smlm sbnrnya krn saya dimaklumkan MIL tersenarai sbg jemaah #haji2015. Gembiranya tu mcm saya plk yg dpt pergi. Hehe

Pengalaman indah pd dec2014 yg lps terasa masih terang di hadapan mata. Namun rindu utk ke sana semula bagai bertahun tidak bersua muka.

Saya doa semoga segalanya berjalan lancar ya mak.

Utk jemaah yg lain. Selain ilmu... persiapan mental & fizikal & material... saya saran kan bawa la bersama apa jua supplement yg serasi dgn anda bagi membantu anda kekal sihat bertenaga sewaktu menunaikan ibadah di sana.

Dari #shaklee kami menyarankan #performancedrink bg mengelakkan dehidrasi. Minum la bersama sama air zam zam yg sejuk. Pasti menyegarkan tubuh badan anda di sana.



Selain itu #esp #Vitalea #bcomplex #vitC #ostematrix turut membantu.

Saya doakan semoga semua jemaah dpt menunaikan ibadah haji sebaik mungkin. Doakan kami agar kami juga dijemput ke sana suatu hari nanti. In syaa allah... Notakaki... arwah mak pernah bercerita. Sejak mula bekerja dia menanam niat utk menunaikan haji sebelum umurnya 40thn. Alhamdulillah... impiannya tercapai. Saya juga mahu mengikuti jejak langkah arwah mak. 😊

Menyusu & BerClothdiapers

Ku petik bintang lalala🎤🎵🎶🎼 Setiap org layak punya impian setinggi bintang di langit. Dan tiada siapa berhak utk berkata 'jgn harap lerrr' kerana yg berkata itu sbnrnya mereka yg sudah berputus asa.

Ya... saya pernah gagal #menyusu kan widad. Tp alhamdulillah... dgn izin Allah saya capai kejayaan utk Khadijah, Fatima & kini terus berjuang utk Umar. Semuanya kerana kasih sayang & impian.

Kemudian saya cuba utk menggunakan #clothdiapers utk Fatima. Sekali lagi saya gagal. Kini saya kembali berjuang utk Umar agar dunia punyai #alamsekitar yg lbh bersih. Ini juga kerana kasih sayang & impian.

Notakaki... Utk lakukan atau beri sesuatu tidak perlu tunggu punya wang berbillion ringgit. Hatta tanpa serinngit di dalam kocek kita juga mampu lakukan sesuatu utk buat seseorg rs bahagia & gembira.

Apa??? Senyum lahhh & terus punya impian 😍


Monday 17 August 2015

Bisul & Vivix

8Aug15
---------
Saya dapati baby saya yg berumur 3bln+++ mempunyai ketulan kecil berwarna merah di bahagian punggung. Dlm hati saya berkata... "Eh... bisul ke ni? Erm... takpe la. Kita tunggu sehari 2 lagi. Lagipun baby Umar aktif seperti biasa & tidak demam.
14Aug15
----------
Ketulan itu semakin besar sebesar duit syiling 20sen. Warna merah bertukar menjadi merah pekat. Dan baby Umar mulai demam, merengek & kurang aktif. Hati seorg ibu pasti risau. Lebih merisaukan bisul itu tidak berMata seperti bisul2 yg biasa. Tambahan pula saya membayangkan baby comel saya perlu di bedah. Ohhh tidakkk...

16Aug15
----------
Kami membawa baby Umar ke klinik berhampiran. Doc yg entertain kami hanya beri ANTIBIOTIK agar bisul tersebut kecut. Beliau juga advise kami ke HKL jika bisul berlarutan agar di bedah oleh pakar kanak2.
Risau... kesian... kecut perut... eee macam2 perasaan ada tau bila doc ckp gitu. Ya la kan... kecik sgt la lagi baby Umar nak di bedah. Tambahan plk bila ummi lihat dia kurang aktif & asyik merengekkk... Tapi kerana kasih sayang, ummi mesti kuat semangat.
So... bila balik fikir byk kali pulak nak bagi ke tak baby Umar makan antibiotik sbb kt botol tulis start from 9months. Padahal dia baru 3bln+++. Finally... doa & tawakal ku beri juga antibiotik itu mengikut prescription doc iaitu 1.5ml 2x sehari.

17Aug15
---------------
Bisul Umar semakin membesar. Masih tidak berMata. Warna menjadi ungu gelap. Adehhh... hati bertambah risau. Dek kerana itulah aku cekalkan hati untuk cuba Vivix. Ku sapukan sedikit di bahagian bisul yg membonjol itu. Tapi pada masa yg sama aku masih teruskan antibiotik. Kerana mengikut doc ia perlu dimakan selama 5hari.


18Aug15
-----------

Tiba masa utk mandi pagi... Lagi pun Umar poopoo. Masa buka CD tu kan, kelihatan bisul Umar sudah pun ada Mata. Dalam hate cakap... Alhamdulillah... Tak lama lagi pecan la ni. Ok Umar, jom kita basuh punggung. Tetiba kan... Eh eh eh... Terperanjat ummi. Dengan sendirinya bisul tu pecah. Maka keluar lah segala nanah & darah ya ada tanpa perlu dipicit. Ya Allah... Syukur Alhamdulillah. Bila darah dah kurang mengalir, ummi cuba picit sikit2 kot2 ada yg leftover. Sekali keluar seketul nanah & darah lagi. Ummi rasa itu mata bisul agaknya yg terkeluar. Kemudian ummi lalukan air sehingga tiada lagi darah mengalir. Dan ummi basuh tempat bisul dgn beberapa titis basic H yg bercampur air. Utk tujuan pembersihan menyeluruh.

Inilah rupa bekas bisul Umar setelah segalanya selesai. Tiada lagi benjolan besar. Warna merah jambu. Bersih. Syukur Alhamdulillah... Umar tidur lena!



Dan ummi masih meneruskan antibiotik dan top up Vivix bagi membantu mempercepatkan penyembuhan. In syaa Allah 2 3 hari lagi saya akan kongsikan gambar parut bisul ini.

Nantikan ya...

Boleh PM Saya di 0122671054  jika anda berminat utk dptkan mana2 produk Shaklee.
Pos ke seluruh Malaysia.
COD di Wangsa Maju & Taman Melawati, KL. 

Clothdiapers & Basic H

Pilihan bijak dari ibu gojez utk bayi comel2.

Kebiasaannya kulit bayi sgt halus & perlu perhatian yg lebih. Namun bila bayi comel anda mempunyai kulit sgt sensitif terutama di bahagian lampin... pasti memeningkan kepala setiap ibu bapa.

Ruam lampin bukan sekadar perkara biasa2 jika ia tidak pulih  ataupun datang & pergi sesuka hati. Ia merupakan satu penyakit yg perlu diatasi segera.

Jika anda telah cuba pelbagai krim & telah jumpa ramai doktor... namun ruam lampin masih di situ... ia adalah masanya utk anda bertukar kepada #clothdiapers. Ia adalah penyelesaian masalah yg bijak utk bayi comel anda.

Bukan shj bayi anda bebas ruam lampin... anda juga dpt berjimat dgn byk. Sangat byk!!! Bayi sihat... anda gembira.

Dan di sini #basicH pencuci serbaguna organic terhasil dari sabut kelapa turut membantu dalam situasi membersih #cd bayi anda. Ia sgt sesuai utk mereka yg ber #kulitsensitif.

Ya... CD & basic H is a #perfectmatch bagai pinang di belah dua.
Berminat dgn basic H??? PM saya ya 0122671054 😊

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...