Sunday 22 May 2016

IBU MESTI BERILMU

IBU MESTI BERILMU

Pernah tak dulu-dulu kita dengar? Orang perempuan tak perlu la belajar tinggi-tinggi. Nanti ke dapur juga akhirnya.

Haaa ni akak nak kongsi cerita sikit.

Akak dulu kerja juga. Saya berkelulusan Ijazah 2nd Class Upper. Saja nak bagitau la. Lama tak lama 9tahun juga akak kerja tau. Tapi akak ambil keputusan duduk di rumah. Uruskan rumah tangga & #JualShaklee. Eh terMarketing pulak.

Ok. Back to the point. Bila akak mula duduk di rumah. Akak rasa down. Sebab kurangnya ilmu RumahTangga. Kurangnya ilmu tangani anak-anak. Kurangnya ilmu masak memasak. Serba serbi rasa tak kena. Menangis juga di bucu katil.

Tapi oleh kerana akak ingat. Cari la ilmu selagi hayat di kandung badan. So kita jangan cepat putus asa. Yang penting kita tak perlu aim untuk jadi SUPERWOMEN sangat. Kerana kita manusia LUAR BIASA. Hihi

Yang akak nak tekankan. Bila kita ni punya anak. Terutama lebih dari seorang. Kita perlu kenali karektor anak-anak. Mereka ni berbeza tau walaupun keluar dari perut yang sama. Nak tangani & dekati mereka pun mesti cara yang berbeza.

Bagaimana nak buat tu? Haaa yang itu ibu sendiri perlu kaji selidik. Banyak baca buku. Dekati mereka berpengalaman. Dan sabar. Sabar. Sabar.

Tapi satu yang saya pegang. Yang salah tetap mesti di hukum. Dan yang benar tetap di beri penghargaan. Caranya... you decide!

Hihi kasut kegemaran mereka pun dah menggambarkan karektor mereka. Nampak sangat mereka berbeza kan. Ok. Good luck untuk semua ibu di luar sana.

Anda ibu LUAR BIASA! 😍😍😍

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...