Tuesday 30 December 2014

UmrahDec14Entry7 - kisah di Madinah

40minit menuju ke masjid di tanah air mungkin terasa awal benar. Namun, berbeza di sini. Waktu subuh pertama aku ke Masjid Nabawi memberi kejutan budaya utk aku secara peribadi. Setibanya di pintu pagar... Jemaah lain kelihatan berjalan laju seperti mengejar sesuatu. Atau mungkin juga kerana kesejukan. Aku masih berjalan biasa sambil menggendong Fatima yg masih demam & memimpin tgn Widad. Khadijah ku biar berjalan bersama ayahnya. Aku mengambil peluang menikmati keindahan permandangan di sekitar kawasan masjid. Bukaan payung nya... Masya-Allah sungguh damai...

Setiba di muka pintu kawasan solat jemaah wanita, SAF telah pun hampir penuh. Yg tinggal hanya lah ruang jalan. Kami cuba berjalan ke depan yg termampu sehingga kawasan jalan itu juga telah di jadikan tempat solat. Subhanallah... Mata masih meliar ke kiri dan kanan utk mencari ruang. Namun yg ada utk ku ketika itu hanya lah ruang kecil utk ku berdiri & ruang kecil utk Widad duduk. Jemaah di sebelah ku yg sedang mengaji mendongak kan kepala nya sambil memberi isyarat "Tunggu sebentar". Aku faham maksudnya... Bila waktu solat nanti apabila jemaah semua berdiri maka aku boleh bersolat di situ. Ku kira lebih kurang 30minit aku berdiri di situ sambil menggendong Fatima yg merengek- rengek. Sakit juga pinggang ku.

Hati terasa sayu bukan kerana tiada tempat utk bersolat atau ruang solat yg ada agak sempit. Hati aku sayu kerana teringat kealpaan di tanah air. 30minit sebelum solat di tanah air, aku masih sibuk buat itu dan ini. 30minit sebelum solat di masjid tanah air, jemaah masih boleh memilih kawasan solat masing2. Dan 30minit sebelum solat di masjid tanah air, satu SAF bagi wanita belum tentu penuh. Masya-Allah... Sungguh dek kerana keselesaan di tanah air itu, aku tidak pernah pun rasa keindahan beribadah ataupun mahu berebut mengambil peluang seperti masa waktu ini di Madinah. Di Masjid Nabawi ini. Hampir sahaja berlinang air mata. Namun hati ku sedikit tenang bila jemaah di sebelah ku tadi menghulurkan biskut kepada Widad lalu di suruh nya Widad makan. Alhamdulillah... Rezeki Widad di subuh hari.

Hati bertambah sayu mendengar laungan azan. Mendayu dayu... Seumpama merayu agar manusia menunaikan solat berjemaah. Memang syahdu! Alhamdulillah... Apabila jemaah bangkit beramai-ramai, terbuka lah sedikit ruang utk ku bersolat wpun kaw sujud nya sedikit sempit kerana di situ lah Widad duduk. Ku ajak dia berdiri namun dia menggeleng. Mungkin keletihan dgn perjalanan 19jam tadi. Tak apa lah... Aku memujuk-mujuk Fatima agar tenang sepanjang aku bersolat. Namun dia masih merengek. Ya Allah... Mudahkan lah urusan kami ya Allah... Di hati pula terasa... mungkin Allah sedang mengingatkan aku supaya lebih serius beribadat terutama solat bila pulang nanti. Kerana di sana Allah sentiasa beri kita kelapangan, kemudahan & keselesaan utk bersujud pada Nya. Jgn sering beri alasan. Jgn selalu menangguh!!! Aku cuba bertenang... Aku cuba bersabar... Wpun kini... di sini terpaksa bersolat sambil menggendong, hati ku tetap rasa tenang!!! Mungkin itu lah kelebihannya di sini!!! Tq Allah...

Selepas pengalaman ini, kami mengambil keputusan utk ke masjid lebih awal. Sekitar 1jam lebih awal ke masjid utk menunaikan solat berjemaah. Alhamdulillah... Kami mendapat ruang yg lebih selesa!

Namun begitu... Bersolat menggendong Fatima yg merengek-rengek ibarat suatu kebiasaan bagi aku di sini. Aku teruskan kerana aku faham. Anak ini demam. Suasana di kiri dan kanan yg berbeza. Terkejut melihat ramainya manusia di sekeliling. Pakaian mereka yg berbeza. Tak apalah... Selagi aku berdaya, aku akan teruskan. Dek kerana menggendong dan mengandung, aku amalkan 4biji ostematrix di waktu pagi & malam utk mengelakkan sakit pinggang yg teruk. Alhamdulillah... Dengan izin Allah, ia amat membantu!

Pernah sekali, Fatima menangis teruk sebelum solat subuh juga. Puas aku dan jemaah lain cuba tenang kan dgn pelbagai cara. Namun akhirnya, aku bersolat duduk sambil menyusukannya di atas satu rak kasut di dalam Masjid ini. Wpun rak kasut ini bersih... Tidak kotor... Namun, persoalannya... pernahkah terdetik di hati kita yg kita akan bersolat duduk di atas rak kasut di tanah air??? Tentu sekali tidak. Pasti kita memilih di atas sejadah indah di ruang solat di masjid atau kamar bilik rumah kita. Sekali lagi hati ku runtuh kesayuan!!!

Pernah sekali Khadijah bersama aku di ruang solat wanita. Kerana kebiasaannya dia bersama ayah. Dia berlari ke sana ke mari. Menyanyi sesuka hati. Usik org sana sini. Hati ibu mana yg tidak geram melihat kenakalan anak ini. Telah ku cubitnya berkali kali, namun begitu juga lah peel nya. Sewaktu jalan pulang, ada seorg wanita Turki barangkali menegurku. "Its ok dear! Just let them be happy!" Subhanallah... Terkejut aku kerana ada yg memerhati karenah kami anak beranak. Sedikit malu dgn wanita itu.

Tapi pengalaman beberapa hari di Madinah, memang ia mengajar kami erti kasih sayang dan berlemah lembut pada kanak2. Ada di antara mereka yg suka memberi makanan, mainan, air minum pada anak2 kami. Tidak cukup dgn itu, ada yg dtg memeluk cium anak2 kami. Cium muka. Tidak ketinggalan tapak tangan atas & bawah. Umpama mereka berjumpa dgn sesuatu yg sgt INDAH. Subhanallah... Sesuatu yg pasti di amalkan apabila pulang nanti. Oh anak2 ku, maafkan ummi jika ummi terlupa perkara ini...


Gambar ini diantara kenangan kami bersama wanita yg mengagumi kehadiran anak2 di Madinah! Khadijah tiada di dalam gambar kerana sibuk bermain sendirian. Mungkin Khadijah juga telah berkenalan dgn kanak2 lain di alam fantasi nya. Allahualam...

Bersambung...

Monday 29 December 2014

UmrahDec14Entry6 - Assalamualaika Ya Rasulullah 17/12/2014

Apalah sgt dgn perjalanan selama 19jam dgn menaiki kapal terbang & bas. Yg selesa. Berhawa dingin. Boleh tidur. Boleh makan. Boleh minum. Sejuk... Berbanding dgn perjalanan hijrah Rasulullah saw utk berdakwah! Mengambil masa yg lebih lama. Berhari-hari. Hanya menaiki unta & kdg kala berjalan. Kurang selesa. Tiada hawa dingin. Tidur di padang pasir@gua. Makan & minum yg limited. Cuaca yang sgt panas... Apalah sgt dgn dugaan anak kecil yg di serang demam panas. Jika di bandingkan dugaan Rasulullah saw yg di buru@serang kafir Quraish! Terasa diri sgt kerdil... Bila cuba membayangkan perjalanan Rasulullah saw!

Mata ku terkesima melihat kubah hijau di Masjid Nabawi di waktu pagi sekitar jam 3am. Suasana sejuk & hening menambat feeling ku pada waktu itu. Sambil bibir ku perlahan menyebut... "Assalamualaika Ya Rasulullah. Hamba datang Ya Rasulullah..." Berjurai air mata ku... Namun tersekat tatkala Widad menanyakan... "Kenapa ummi sedih?" Aku hanya menggelengkan kepala. Alahai anak... Ummi tgh dok feeling ni sayang oiii...


Di Madinah, kami menginap di Hotel Safwa Mawaddah. Sgt hampir dgn Masjid Nabawi. Alhamdulillah... Proses menurunkan beg serta check-in mengambil masa lebih kurang sejam. Lega rasanya bila dapat masuk ke bilik utk berehat. Gembira kerana dapat melihat perkarangan masjid dari tingkap bilik. Wpun kubah hijau tidak kelihatan. Ia cukup memberi semangat utk melakukan ibadah!

Waktu subuh bermula sekitar jam 5:40am. Dlm hati... Masih sempat berehat seketika. Pukul 5am nanti baru lah turun melangkah ke masjid. Namun apa yg di sangka2 meleset sama sekali. Melangkah ke masjid 40min lebih awal... Mungkin terasa awal benar di tanah air. Tapi tidak di Madinah... Terutamanya waktu solat subuh!!! Tiba2 rasa sedih melalui perbezaan ini...

Bersambung...

UmrahDec14Entry5 - Tiba di Jeddah menuju ke Madinah

Alhamdulillah... Setelah 8jam berada di dalam pesawat, kami tiba di Jeddah sekitar pukul 6pm (waktu tempatan) @ 11pm (waktu Malaysia). Berpijak di bumi Jeddah, udara sejuk mula terasa! Mungkin suhu ketika itu lebih kurang 20C (saya tak pasti). Yg pasti udaranya sejuk berbanding di tanah air. Kami terus menyarung baju sejuk yg di bawa di dalam hand luggage. Fatima yg demam saya tutupkan kepalanya & saya peluk erat2. Urusan kastam & beg collection pula mengambil masa lebih kurang 2jam. 

Kemudian... Kami mengambil masa lagi... kurang dari sejam utk menunggu bas. Bas yg akan membawa kami terus ke Madinah. Kami bersama jemaah lain telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan kami sekeluarga berada di dalam kumpulan SV16 BAS1. Oh ya... Di sini kami berkenalan dgn seorg mutawwif berpengalaman, yg kami panggil USTAZ SYED. Perjalanan dari Jeddah menuju ke Madinah pula mengambil masa lebih kurang 6jam. Ya Allah... Jauh sungguh perjalanan ini. Semoga kami seluruh jemaah terus sihat & selamat sampai ke destinasi!!!

Dalam perjalanan ke Madinah, kami berhenti di sebuah masjid (saya terlupa namanya & kawasannya) utk solat jamak qasar maghrib & isyak serta makan malam. Subhanallah... Tiupan angin di sini sangattt sejuk. Menggigil-gigil kami... terasa sejuk sampai ke tulang!!! Lantas utk mengelakkan saya di serang selsema (saya memang tak tahan sejuk) & sakit2 pinggang (sebab saya mengandung 5bulan)... Selepas makan, saya terus menelan 2biji vitamin C & 4biji ostematrix sebagai langkah berjaga-jaga!!!

Berdasarkan pengalaman... Di sini saya nasihatkan kepada IbuBapa yg membawa anak2 kecil (macam saya), wargamas & golongan yg tidak berupaya menahan buang air kecil... Lebih baik mengenakan diapers. Ini kerana dari sini menuju ke Madinah, pemandu bas tidak berhenti di mana2.

Setelah lebih kurang 19jam kami meninggalkan kediaman, akhirnya bas kami tiba di kota Madinah. Fuhhh... Keletihan yg sukar di gambarkan. Namun suatu pemandangan indah telah menarik perhatian saya... Terus menyentuh hati & perasaan saya sehingga mengalirkan air mata. Sesuatu yg membuatkan saya terlupa rasa sengal2 pinggang. Tapi air mata saya tersekat. FEEEEELING saya sedikit terganggu bila anak sulung saya bertanya... "Kenapa ummi sedih?" Saya cuma menggelengkan kepala dan dalam hati saya berkata... Syukur alhamdulillah!!!

Bersambung...

Sunday 28 December 2014

UmrahDec14Entry4 - Kembara bermula 16/12/2014

Alhamdulillah... Kini tiba masanya kami sekeluarga berangkat menjadi tetamu Allah. Penerbangan bersama Saudi Airlines di jadualkan pada pukul 3pm. Sarapan berat - nasi putih, sardin, bilis goreng, timun potong & teh o panas di sediakan oleh Mak Edah & Kak Atun. Aku pula menggoreng 2bungkus nugget Ramly & 12biji telur dadar. Ianya untuk memastikan kami 18org tidak kelaparan sehingga menaiki kapal terbang. Oh ya... Siapakah kami 18org itu?
1. Abah Haji Hatar seorg wargamas
2. Mak Edah bakal pencen tahun depan
3. 3org anak & 3 orang menantu Haji Hatar dalam lingkungan 30an
4. 10org cucu Haji Hatar berusia bermula dari setahun setengah hingga 13tahun.

Bagaimana kami ke airport beramai-ramai? Hehe utk menambahkan lagi excited di hati cucu2 10org itu... Kami menaiki bas yg di sewa oleh abah Haji Hatar ke KLIA sekitar jam 10am dari kediaman di Wangsa Jaya, KL. Bas 2tingkat lagi tuh... Memang terlihat kegembiraan mereka!!! Alhamdulillah... Kami tiba di KLIA sebelum jam 12pm. Dan berangkat ke Jeddah seperti yg di jadualkan iaitu pada jam 3pm.


Sebelum ini, saya agak sedikit risau. Saya fikirkan mungkin penerbangan selama lebih kurang 8jam sgt membosankan esp utk anak2 kecil. Jadi kami bawa sedikit peralatan sbg aktiviti bagi mereka mengisi masa lapang. Namun, alhamdulillah... Saudi Air sendiri telah membuat persiapan awal. Mereka menyediakan bagpack bagi kanak2 utk mengisi masa. Bagpack ini mengandungi kaler pensil, buku aktiviti, poskad, penutup mata, berus gigi & stokin. Wpun simple bag itu sendiri cukup buat anak2 saya gembira.



Selain itu, setiap Sit juga mempunyai LCD masing2. So... Apalagi? Khadijah dgn kartun nya. Dan Widad dgn lagu Frozen nya. Kdg kala mereka tukar bermain game. Jadi masa mereka sedikit sebanyak di penuhi dgn aktiviti bagi mengelakkan soalan "ummi, bila nak sampai ni? Lama lagi ke?" Hehe ummi sedikit lega. Sepanjang 8jam penerbangan, kami juga di beri 2x makan. Dan selepas makan, perut anak2 dah kenyang... Mereka pun tidur zzz!!!

Wpun begitu... Fatima diserang demam panas sejak penerbangan bermula. Ubat cecair xde. Yg ada cuma vitamin C chewable & panadol kepunyaan ayah. Saya beri Fatima 2biji vitamin c & suku biji panadol ayah. Alhamdulillah... Fatima sedikit lega wpun hanya mkn roti & menolak susu botol. Dia dapat tidur wpun tidak berapa lena. Lalu saya upah kan susu badan setiap kali dia terjaga!

Bersambung...

Monday 15 December 2014

UmrahDec14Entry3

Assalam semua...
Ahli keluarga, saudara mara, guru2, sahabat handai, rakan-rakan perniagaan, pelanggan, kenalan & semua. In syaa Allah... Petang ini 16/12/14 saya & keluarga akan berangkat ke Tanah Suci utk memenuhi jemputan Allah. Saya mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yg telah saya lakukan. Minta halal makan minum, hubungan silaturahim, kasih sayang & segalanya! Doakan segala urusan kami di permudahkan. Semoga berjumpa lagi...


Saturday 13 December 2014

UmrahDec14Entry2

Syukur alhamdulillah... Selesai sudah kelas UMRAH malam tadi 13/12/14 d rumah abah. Ilmu bersama Ustaz Luqman, pengerusi Fa Izin bermula jam 5pm dan berehat solat maghrib, kemudian sambung sehingga 9:30pm. Fuhhh... Byk info yg lebih jelas berbanding kelas sebelum ini. Lebih relex kerana anak2 bebas makan & main di bilik bawah. Bising sket2 tu biasa la kan... Nama pun budak!

Dalam byk2 info yg di terima semalam, ada 2perkata yg menyentuh perasaan saya.

Pertama... Betulkan NIAT kita utk menjadi tetamu Allah. Allah memilih kita mungkin kerana kita sememangnya hamba yg baik & Allah mahu kita jadi lebih baik. Ataupun kita adalah hamba yg berdosa dan Allah beri kita peluang utk bertaubat, mensucikan diri & jadi manusia yg baru seperti mana bayi yg baru keluar dari perut ibu. Subhanallah... Sungguh hebat nikmat & rezeki mu ya Allah! Hampir mengalir air mata kerana sedar akan kekurangan diri sendiri. Tapi mcm tersekat kerana sedikit gangguan dari suara anak2 kecil yg tidak berdosa...

Allah menghantar ustaz utk menyedarkan aku, masih ada beberapa hari lagi sebelum berangkat. Masih sempat memperbetulkan mana2 niat yg terpesong. Hanya niat utk beribadat & bertaubat kerana mu ya Allah kerana engkau adalah tuhan ku... Ustaz pesan, perbanyakkan solat TAUBAT sebelum berangkat. Supaya terhindar dari gangguan syaitan yg jahat yg sentiasa menggoda. Dan tinggalkan lah 3perkara iaitu kekuasaan, pangkat & kemewahan... Supaya niat yg baik itu kekal & mendapat umrah yg mabrur! In syaa Allah...

Dan perkara kedua... Ustaz kata lagi, bagus bawa anak2 kecil bersama kerana...
1. Mereka umpama pistol yg membantu kita org dewasa agar Allah makbulkan doa kita. Jgn di marahi anak2 ini ketika beribadah kerana kita tidak tahu doa siapa yg Allah angkat terima di langit! Karang lah sepanjang mana pun senarai doa yg kita mahu, tapi mungkin doa anak2 ini wpun satu ayat... Itu yg Allah akan terima. Kerana mereka suci tidak berdosa! Doa mereka sememangnya tiada halangan...

2. Sejahat mana pun manusia, mereka akan terpegun apabila melihat KAABAH. Ini kan pula anak2 kecil yg masih suci tidak berdosa. Wpun ibadah umrah itu jatuh hukum sunat utk mereka, namun pasti memori indah itu akan sentiasa terpahat dalam ingatan mereka bila mereka dewasa kelak. In syaa Allah... Anak2 ini akan membesar sebagai anak yg soleh & solehah!!! Dan ustaz kata lagi, aura rumah Allah juga boleh di rasai oleh bayi dalam kandungan! Allahuakbar... Sampai begitu sekali nikmat yg Allah berikan...

3. Jgn rasa susah bersama anak2 kecil di sana. Islam itu mudah. Jgn anggap anak2 yg memakai diapers itu adalah suatu benda yg najis. Selagi najis itu tidak terkena kepada kita, kita bebas beribadah terutamanya solat & tawaf. Saya tak mahu citer lanjut kerana ustaz telah sampaikannya dgn pjg lebar dalam kupasan yg lebih luas. Cth seperti org tua sakit bersama beg air kencing yg di bawa ke hulu ke hilir, wanita berdarah istikhadah, penyakit keputihan, penyakit buasir, penyakit kencing tak lawas dll. Mereka juga bukan benda yg najis. Cuma cara wuduk mereka shj yg berlainan. Saya harap saya dapat menghadiri kelas mengenainya di waktu yg lain utk mendalami ilmu ini.


Banyak lagi ilmu bermanfaat yg kami terima malam tadi. Namun 2perkara ini menyentuh hati saya. Rasa lega kerana keputusan membawa anak2 bersama adalah keputusan yg tepat! Semoga Allah membantu kami memudahkan segala urusan di sana. Dan semoga kami semua sihat fizikal, mental & emosi sepanjang mengerjakan ibadah & mendapat umrah yg mabrur! In syaa Allah...

Selesai kuliah, kami menjamu selera dgn bihun goreng & nasi ayam rempah. Sedappp sgt! Dinner sekitar jam 10malam memang semua kelaparan & keletihan. Tapi kami 5beranak masih meneruskan perjuangan mengemas segala kelengkapan utk di bawa ke sana. Alhamdulillah... Selesai packing 4beg besar & 3beg kecil. Hehe masih di bawah kuota yg di benarkan. Dan kami selamat pulang ke rumah sekitar 12:30pagi. Anak2 terus melabuhkan kepala & bermimpi. Kesian mereka keletihan. Sabar ya anak2... Semoga mimpi yg indah melihat rumah Allah!



Bersujud lah...

Alhamdulillah...
Minggu ini sudah masuk minggu yg ke 19 usia kandungan.
Pengalaman kali ini terasa lebih mudah berbanding yg sebelum ini. Wpun tetap mabuk, tapi hanya seketika. Hanya sehingga sekitar minggu ke 12. Lebih berselera menjamu rezeki Allah. Bahagia bila meneguk air kosong kegemaran saya! Subhanallah... Tq Allah!

Wpun mabuk, saya tetap mampu menjalani tanggungjawab menjaga 3org puteri di rumah. Namun bateri mulai surut selepas waktu zuhur. Dan berdoa agar En. Suami pulang lekas setiap kali solat asar. Bila mana saya tak mampu masak utk makan malam, hanya kirimkan whatsapp kpd En. Suami agar mengambil alih tugas tersebut. Tak kisah lah wpun santapan dari kedai makan. Hehe...

Setiap kandungan itu sememangnya UNIK! Ia tak akan sama dgn yg lain. Sudah 2x saya melihat anak ini dalam keadaan telungkup melalui mesin scan. Kali pertama, doktor kata ia umpama berenang-renang. Dan kali kedua, doktor kata ia sedang BERSUJUD! Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Anak2 yg sebelum ini tidak pernah begini. Saya hanya tersenyum sendiri!


Ya Allah... Jadikan lah kami & zuriat keturunan kami di kalangan hamba mu yg sentiasa bersujud & menunaikan solat.



Friday 12 December 2014

UmrahDec14Entry1

Syukur alhamdulillah...

Aku di jemput Allah untuk kali ke2 menjejak kan kaki ke tanah suci. Sejak hari pertama di beritahu oleh abah, aku rasa teruja. Dan kini lebih suspen kerana... Lagi 4hari sebelum tarikh penerbangan yg di jadual kan oleh travel agency, VISA kami masih belum mendapat kelulusan! Fhewww... Namun persiapan tetap di lakukan kerana tak mahu kelengkapan penting tertinggal.

Oleh kerana aku akan bersama 3puteri, berumur 5tahun, 3tahun & 1tahun setengah... maka persiapannya lebih cerewet! Segala kelengkapan WAJIB di bawa. Susu, diapers, ubat2an, toiletries yg sesuai, botol susu, pembersih botol, penyidai baju kecil, pakaian sejuk, stroller, SSC, biskut, bla bla bla... Macam2 lah. Rasa macam nak bawa satu bilik. Hanya utk pastikan mereka selesa. Hanya positif kan diri... Bila kita rasa mudah... In syaa Allah mudah lah urusan kita.

Manakala kelengkapan ummi & ayah hanya sekadar yg perlu shj. Syukur kerana ramai yg membantu. Tudung umrah ada anak saudara yg tolong belikan. Sandal yg selesa, telekung, stroller, SSC ada yg sudi beri pinjam. Baju arwah FIL turut di bawa bersama oleh En. Suami. Kami hanya beli apa yg tak ada shj. Pakaian pun bawa apa yg ada dlm almari shj. Pergi dgn niat utk beribadah. Jika di izinkan... Kami mahu bersolat berjemaah di masjid pada setiap waktu. Dan yg utama, utk lakukan ibadah umrah yg TERBAIK!



Ya Allah ya tuhan ku... Hanya kepada mu tempat aku memohon pertolongan. Permudahkan lah segala urusan. Beri lah kami kekuatan fizikal, mental & emosi utk menjadi tetamu MU. Hanya kepada mu kami sandarkan harapan! Amin...

Monday 22 September 2014

Monopod

Kegilaan berselfie semakin menjadi-jadi. Walaupun aku sendiri belum memiliki monopod, namun aku juga tidak melepaskan peluang bergaya sakan bila di antara kami bawa monopod milik mereka (Credit kpd cik kah tuan empunya monopod ini). Cuti sekolah yg lepas memberi peluang kpd seluruh susur galur Hj. Hatar Abdul Karim menghabiskan masa bersama-sama. Trendmark yg sentiasa kami ucapkan... " bila tak jumpa tanya2. Rindu... Tapi bila dah berjumpa, pening... Serabut! Bila la dorg ni nak balik? " hahaha...

Gambar kenangan yg bersahaja, telus dan penuh aksi ini di rakam kan di perkarangan Masjid Besi, Putrajaya pada hari Sabtu 20.09.14 yg lalu. Kami singgah utk bersolat Zuhur selepas menghadiri majlis kahwin anak sepupu di Sg. Merap, Selangor. Jujur saya katakan... Saya syukur atas penciptaan monopod kerana setiap gambar yg terhasil pastinya menyimpan 1000 kisah yg menggembirakan!

Oh ya... Dalam gambar ini terdiri drpd keturunan seorg bapa hebat... 3org anak. 3org menantu. 10org cucu. 1org anak buah menantu. Siapa pun kami... Yg pasti kami di lahirkan oleh ibu yg hebat. Mendidik kami sehingga menjadi siapa kami skrg. Dan yg penting... Kami GEMBIRA! Ya Allah... Jadikanlah kami hambamu yg berjaya & bahagia dunia akhirat!

Monday 19 May 2014

Anak Sembelit

Assalam semua...
Bercerita ttg anak2 mmg sgt mengujakan. Setiap hari ada je perkara menarik yg di lakukan mereka. Dan ada shj soalan tidak dijangka keluar dari mulut kecil mereka. Nyanyian & zikir yg di luahkan dgn yakin, bersahaja & lenggok irama mereka sendiri. They never care what people thing about them... Janji gembira!!! Itu lah keadaannya bila sel2 otak sedang berhubung.

Bila bercerita mengenai shaklee & kanak2, saya suka kaitkan Khadijah (anak ke2 saya). Khadijah adalah anak yg manis, active, independent, peramah, tak takut org & sentiasa fokus bila melakukan sesuatu. Namun, beliau adalah anak yg perlu penjagaan rapi. Dari segi sabunnya, lotion nya, cuaca persekitaran, makan minum nya & jugak pakaiannya. Kenapa? Kerana beliau mengidap asthma, Ezema & kdg kala sembelit.
Tapi entry kali ini saya nak focus pada sembelit. Apabila Khadijah di serang sembelit, hati ummi mana yg tidak risau. Kesian sgt kerana proses mengeluarkan najisnya perlu di tolong! Hukhuk... Apa puncanya? Yup, masalah utama Khadijah kurang minum air kosong. Minuman kegemaran nya yg manis2. Teh O, kopi, sirap, milo, vitagen, Oren sunquick. Dan sbb itu lah saya jarang bancuh air manis2 di rumah. Hanya bila keluar shj keadaan kurang terkawal. Makanan nya pula Khadijah suka kan kek, spaghetti, cheese, buah2an, sayur2an terpilih, dan kurang mahu makan nasi. Makanan utama nya setiap hari adalah susu. Susu formula utk Khadijah lebih kurang 4kg sebulan. Erm... Jika di lihat, mmg lah anak ini kurang seimbang pemakanan nya. Kerana itu jugalah, tubuh badan nya comel lote sj. Hanya 9kg - 10kg di USIA 2thn 8bln.
So, kita ada pilihan kan.
1. Samada biarkan shj Khadijah begitu
2. Ataupun paksa Khadijah minum air kosong & mkn mknan seimbang sambil nangis & stress
3. Ataupun mencari alternative dgn memberi supplement utk Khadijah iaitu Mealshakes Shaklee

Agak2nya, mana satukah pilihan anda? Hehe pilihan saya adalah yg no3. Kenapa?
1. Ianya adalah berkesan & selamat
2. Rasa vanilla yg di gemari kanak2
3. Multivitamin yg mampu membekalkan nutrient seimbang
4. Mudah di sediakan, hanya campur kan ke dlm susu
5. Murah & tahan 1-2bln hanya RM113.75

Alhamdulillah... Kini Khadijah boleh membuang dgn senang hati & gembira. Dan saya tidak Susah hati lagi.

Jika anda mempunyai anak dgn masalah yg sama & mahu kan pilihan no3, sila2 lah hubungi saya ya.
FB Nor Maslina Hatar
IG #maslinahatar
Email cik_mut@yahoo.com

Nota kaki: tanpa langkah pertama, maka tiadalah langkah yg seterusnya. Saya berdoa agar Khadijah membesar sbg anak solehah, sihat, Cergas & Pintar. Amin...

Monday 5 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalam semua. Maaf ya kerana tiada pengisian d blog ini sejak kebelakangan ini. Saya terpinggir kerana sering mencari diri sendiri. Saya mohon teman2 d luar sana memaafkan saya jika saya pernah melakukan apa jua kesalahan secara seng ajar ataupun tidak.

Ok lah. Xmau sedih byk2. Kali ini saya terpanggil utk bercerita pengalaman saya sebagai seorg ummi yg nak masuk hampir 5thn ini. Sket je kan... Tapi bermakna buat saya.
Anak sulung saya bernama Nur Widad Kamilah lahir pada 01.11.09. Saya sakit selama lebih kurang 4jam sebelum melahirkannya secara vacuum. Saya akui saya kurang ilmu sewaktu melahirkannya. Ada waktu nya saya mcm xpercaya bhw saya sudah pun bergelar seorg ummi. Macam xboleh terima kenyataan. Walau pun gembira, tapi... Byk perkara seperti berubah sekelip mata... Saya xboleh tido. Saya xboleh buat byk perkara yg saya suka. Mujurlah saya mempunyai suami yg sgt memahami. Sewaktu kecil mmg Widad mempunyai lebih masa bersama ayahnya. Dan perkara yg paling saya sedih sehingga skrg... Saya xberjaya menyusukan Widad sebagaimana ummi lain mampu lakukan. Ini semua kerana kurangnya ilmu pengetahuan.

"Penyusuan ibu adalah perkara semulajadi yg tidak Akan berlaku secara semulajadi tanpa ilmu & usaha!"

Nak di jadikan cerita lagi, Widad adalah bayi yg allergic kepada susu lembu. Dia mengalami simptom nafas berbunyi bila dia meminum susu lembu buat kali pertama. Sejak itu sehingga umurnya setahun, Widad hanya meminum susu Nestle NAN HA yg harganya rm70+++/900g. Haha mahal kan! Saya bukan bercerita mengenai duit tapi NILAI setitik susu ibu yg mungkin kita tak mampu bayar sampai bila2. So, please appreciate ya!
Anak kedua saya pula manis orgnya. Nur Wafiy Khadijah nama di beri. Kelahiran dia pula seumpama drama melayu d tv1. Saya mengalami pendarahan yg teruk lebih kurang pada pukul 3am@27.09.11. Meleleh-leleh hingga ke kaki. Sehingga keluar ketulan2 darah. Kami bergegas ke hospital dalam keadaan hujan yg xberapa lebat Tp basah jugak la kan. Tiba d hospital, pintunya ber kunci pula kerana pak guard tidur di dalam sbb hujan. Terpisat-pisat dia Bgn utk membuka pintu. Tiba d tgkt labour room plk, pintunya juga ber kunci. Saya faham, cuaca nyaman mmg sedap melayan mimpi indah. Make it short... Doc tiba lebih kurang pada pukul 4:30am & saya di nasihatkan agar bersalin secara pembedahan dgn segera. En suami bergegas menghantar Widad ke rumah pengasuh awal pagi itu sblm dia masuk serta ke dlm OT. Alhamdulillah... Saya sudah boleh membiasakan diri menjadi seorg ummi & berjaya menyusukan Khadijah selama setahun. Dengan azam yg cekal, usaha gigih, sokongan suami & taska. Tidak lupa doa yg berpanjangan. Serta percubaan bersama #shaklee yg tidak menghampakan.
Dan ini anak ke3 saya... Si putih salju... Nur Adra Fatima. Kelahirannya juga saya kira sgt unik. Saya tidak mengalami sakit contraction yg teruk sehingga 6cm. Ada lah sakit sikit2 je. Tapi... Proses megeluarkannya mengambil masa sgt lama. Lbh kurang 2jam. Saya xberapa ingat. Yup... Saya xpandai meneran. Fatima di lahir kan pada 11.06.13 seberat 3.1kg yg paling berat antara mereka bertiga. Fatima seorg bayi yg xmahukan org lain Selain saya. Tidurnya xboleh bising seumpama di dlm library. Minumnya hanya lah susu ibu secara direct. Walau pun susu beku masih penuh dlm deep freezer. Tengah fikir nak buat apa dgn susu ni. Huhhuh... Memang meletihkn namun Demi anak tercinta saya teruskan jua & YES... Itu adalah hak2 anak2 yg mesti kita tunaikan.
Utk ibu2 di luar sana, ini adalah pengalaman saya yg ingin saya kongsikan. Jangan bersedih jika xdapat menyusukan anak2 anda. Saya pernah mengalami situasi yg sama. Tapi jgn biarkan diri anda terus tidak berilmu. Cari lah ruang utk memperbaiki diri sendiri. Saya terbaca post seorg kwn bertanya kan Susa apa yg elok jika anaknya alah pada susu lembu. Apa pun jawapan dari org lain, anda adalah org yg paling berhak menentukannya. Sememangnya susu ibu adalah yg terbaik. Namun, jika segala usaha telah di lakukan tapi tidak berhasil... Minta lah bantuan dari Allah. Semoga anda. Bertemu jalan yg sebaik baiknya.

Dan kepada ibu2 yg masih berusaha gigih dalam menjayakan penyusuan susu ibu, teruskan usaha anda. Jgn pernah mengalah kerana Allah pasti membantu kita jika niat kita itu baik. Berdoa lah dan terus berdoa. Pohon restu & sokongan suami kerana bila suami redho, in syaa Allah mudah segala urusan kita. (En suami... Sila restu & sokong isteri anda ya. Susu ibu ni mahal ya. Xde Jual kt kedai. Dan NILAI nya sgt berharga. Saya pasti en suami gembira bila melihat anak yg di susu isteri anda sihat. Anda juga Akan gembira kerana anda pasti jimat lebih kurang RM2000-RM4000 setahun sbb Xperlu beli susu tin kat kedai. Pembelanjaan hospital juga kurang. Dan macam2 lagi lah. Jgn lupa reward isteri anda. Para isteri yg menyusu ibu ni mudah letih ya cik abang semua. Sekurang kurang nya hargai lah titik peluh mereka. Keringat mereka. Calsium mereka yg banyak hilang tuh. Para isteri pasti gembira!)

Saya tak lupa dengan supplement kesayangan saya #shaklee. Tak salah kalau kita melabur sedikit utk menambah NILAI kesihatan diri. Yup... #shaklee bukan ubat. Namun ia membantu memastikan ibu2 seperti saya mendapat khasiat yg secukupnya utk memastikan susu yg terhasil utk anak kesayangan adalah berkualiti. Bila dah usaha, doa & tawakal... Tambah kan NILAI kasih sayang pada diri sendiri. Atau pun hadiahkan nya kepada insan tersayang! Saya yakin semua org pasti gembira...
Akhir kata... Selamat menyambut hari ibu. Semoga Allah merahmati semua kaum ibu di dunia ini. Alfatihah utk arwah Hajah SUPINAH Tumin... Anda tetap hidup di hati saya.






SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...