Monday 14 November 2016

KUNING

Assalam dunia. Salam subuh.

Pagi ni saya nak kongsi berkenaan KUNING. Tapi kisah ni bukan kisah saya. Namun ia memberi impak kepada saya dalam menghadapi situasi ini.

Ia panjang sedikit. Namun saya kongsikan agar anda juga mendapat manfaatnya.

Apa Nak Buat Bila Anak Prolonged Jaundice?
****************************************

Jika ada yang tanya Yani apa nak bagi kalau anak prolonged jaundice?

Hanya jawapan dia adalah SUSU IBU dan BERSABAR

2 benda Yani pegang selagi baby kencing berak dan berat naik secara normal ianya sudah baik.

Pengalaman anak yang prolonge jaundice buat Yani serik dan belajar banyak perkara. Susu kambing, anggur hitam, sengkuang, mandi air belimbing buluh, ubat homopati dan last sekali SUSU FORMULA!

Cukuplah takut-takutkan ibu, tambah-tambah mereka yang melahirkan anak sulung. Keep bf dan makanlah makanan berkhasiat untuk kualiti susu. Belajar teknik menyusu yang betul. Insyallah anda sudah di landasan yang BETUL 😉
==================

Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini. 

Bermula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi.

Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini.

"Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!"

"Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu."

"Awak ni ada susu ke tak? Kuning makin tinggi ni?! Awak nak tengok anak awak mati?"

Jika sehari dua kata kata sebegini diulangcakap, saya masih lagi boleh tahan. Tapi, bila masuk hari ke 4, nampak saja muka suami keesokan paginya airmata sudah tak tertahan lagi!

Saya menangis bagai anak kecil di hujung kerusi. Mahu balik bawa dengan anak kecil saya tak kira apa yg jadi. Nekad!

Kecoh jadinya Nicu pagi itu. Semua orang melihat saya dengan bermacam aksi wajah. Saya terus menangis menundukkan muka tidak mahu berbincang lagi dengan misi ataupun doktor.

Saya sanggup sain surat keluar hospital tanggung risiko. Tapi tidak berjaya kerana bacaan kuning fathi sangat tinggi! Mencecah 20.

Semasa itu, saya jadi terlalu konfius dan stres. Saya tak suka dipaksa dan itu anak saya!

Hinggalah datang seorang doktor pakar berbangsa cina yg katanya pengarah di situ merendahkan badannya untuk melihat mata saya dan bertanyakan nama staf nurse shift malam itu.

Tapi saya diam tidak memberikan sebarang nama.

Jika mahu tahu, bermalamlah di situ atau tanyalah ibu ibu lain siapakah gerangannya.

Doktor tersebut mencadangkan supaya balik ke rumah dulu dan berurut rileks tidur yg cukup.

Saya tetap tidak mahu kerana tak percaya kepada misi di situ. Empat hari di situ saya melihat sendiri bagaimana misi memberi susu kepada bayi yg ditinggalkan. Cara sendawakan bayi juga mahu jatuh jantung saya melihatnya.

Lama mereka memujuk saya. Semasa itu saya terfikir tiadakah yg dikenali sebagai rakan susu ibu yg boleh berikan pandangan ketiga?

Saya tidak kenal sesiapa. Tiada nombor untuk dihubungi supaya saya boleh dapatkan nasihat untuk susukan anak dengan betul. Anak pertamalah katakan.

Akhirnya, saya mengalah kerana terlalu penat untuk melawan lagi.

Balik ke rumah saya menangis lagi tanpa henti.

Apabila anak masuk kedua, Fatihah (2010), ia berulang kembali. Cuma saya sempat pulang ke rumah dan kemudian memilih untuk ke hospital berbayar supaya hati lebih tenang.

Anak ketiga, Fahmi (2013) sudah tidak sedih lagi dan bersedia secukupnya. Di hospital berbayar dan ambil wad seorang yg boleh letak bayi dan fototerapi di sebelah katil.

2014 barulah saya mendapat ilmu susu ibu seterusnya menjadi peer counsellor penyusuan susu ibu sepertimana azam saya satu ketika dulu.

Hanya selepas anak keempat, Farihin (2015) barulah dapat satu lagi ilmu yg sudah lama saya impikan selama ini.

Satu satunya ilmu yg amat berharga buat saya hingga mahu menangis saya dibuatnya! Ia umpama diberkati kerana akhirnya doa saya termakbul.

Kerana itu apabila Dr. Hairin Anisa buka 10 soalan berkaitan jaundis di grup geng pc untuk dijadikan rujukan aktiviti, saya terpaksa post soalan terlajak lebih kerana ia adalah soalan terkumpul hingga anak 4! Hihi.. Maaf kepada semua geng pc. 🙈

Melalui cakap cakap orangtua, hinggalah paling banyak membaca di FB membuatkan saya lebih tidak yakin selagi tiada fakta yg sebenar yg dapat menenangkan hati saya.

Ya, fatwa terbaik adalah hati. Dan saya perlu bertanya kepada "ahlinya" bagi menghormati ilmunya.

Bukan dengan mencedoknya di mana mana lebih lebih lagi menyamakan pengalaman dengan orang lain tanpa fakta yg jelas adalah proses tabayyun yg tidak betul.

Dan sekarang apabila terbaca tips peria katak yg direndam dengan susu kambing lalu dilumurkan pada badan bayi sebagai cara menghilangkan jaundis, ia membuatkan saya terlalu kecewa.

Apabila ada perkataan tips / cara, cepat sahaja tekan butang share tanpa bertabayyun dengan proses yg betul dan merujuk kepada ahlinya terlebih dahulu.

Selidikilah.

Membaca 5 cara bagi mengelakkan anak jaundis juga sudah lama saya amalkan tapi ia tetap juga berlaku.

Saya merayu. Mohon jangan cepat percaya!

Serba sedikit poin penting yg saya pelajari tempohari :

1. Kemuncak jaundis berlaku pada hari ke 7. Jika anak disahkan jaundis sebelum hari ke 7, adalah normal jika bacaan aob meningkat.

2. Prolonged jaundis berlaku apabila bacaan aob masih 10 ke atas selepas 14 hari.

3. Tiada apa yg dapat mengelakkan jaundis. Tiada juga amalan tertentu untuk menghilangkan jaundis dengan cepat. Ia bergantung kepada metabolisma bayi tersebut membina sel darah sendiri.

Lain bayi, lain tahap metabolismanya.

Tubuh badan manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Jangan sesekali menyamakan pengalaman orang lain dengan diri kita.

4. Apabila anak jaundis, sentiasa perhatikan warna najisnya. Selagi ia berwarna itu ok. Jangan risau.

Pastikan anak bangun menyusu sekurang kurangnya 8 kali dalam 24 jam.

Kerapkan menyusu (tidak sampai 2 jam) jika anak menyusu direct tidak sampai 10 minit tiap sesi. Menyusu pada sebelah yg sama bagi membolehkan bayi mendapat hindmilk (pekat).

⚠ Awas jika najis bayi tidak berwarna atau warna pucat. Perlu bawa berjumpa pakar kanak kanak dengan segera.

5. Prolonged jaundis mudah terjadi jika darah ibu O rhesus negatif. Bertenang. Ambil masa.

6. Apabila anak jaundis, ia hanya mengenai :

- teknikaliti penyusuan yg tidak betul seperti latching, masalah oral bayi, tidak mendapat hindmilk yg sepatutnya dsb

- ibu yg ada sejarah blocked duct atau bengkak susu (berpotensi bila anak kedua dan seterusnya)

- post partum issue seperti bleeding, stres dll

- jenis darah dan rhesus ibu vs bayi.

⚠ Jika terpaksa meninggalkan anak di Nicu sementara ibu selesaikan masalah lain berkaitan teknikaliti penyusuan seperti engorgement atau blocked duct, minta susu diberi kepada anak menggunakan cawan atau sudu bukan guna botol! Ini bagi mengelakkan nipple confusion.

7. Apabila anak jaundis sebab utamanya hanyalah kerana bayi tidak mendapat hindmilk yg mengandungi banyak fat daripada lactose. Manakala foremilk (susu cair) mengandungi banyak lactose daripada fat.

Hanya susu ibu saja yg mengandungi fat (asid lemak yg tidak boleh didapati pada sumber susu lain).

8. Apa jua penggunaan / sapuan luaran juga tidak membantu kerana tidak mengandungi fat untuk dicernakan bagi pengeluaran bilirubin. Malah lebih berbahaya kerana ia boleh menyerap melalui kulit dan boleh terjadinya keradangan.

9. Sebaiknya hubungi PC / LC berhampiran anda kerana ia perlu dilihat apakah masalah teknikaliti penyusuan yg sebenar (isu berbeza dari seorang ibu dengan ibu yg lain) dan bagaimana untuk mengeluarkan hindmilk yg berada hanya di belakang foremilk.

Setiap isu itu unik.

Jangan sesekali pukul rata semua isu berpandukan pengalaman peribadi.

Ia mungkin baik untuk dia belum tentu baik bagi anak kita.

Keep calm and continue bf...❤❤❤

Pesanan penaja :
Burpkan baby selepas menyusu tidak kira direct atau botol. Tidak kira juga ketika di rumah atau dalam kereta. Pastikan anak burp. Wajib!

Thursday 10 November 2016

AFTER 48 HOURS

Sesiapa yang pernah bersalin secara pembedahan mesti fobia dengan 3soalan ni.

1. Puan dah kentut?
2. Puan dah turun katil & jalan ke toilet?
3. Puan dah kencing? Berak?

Haaa tu dia. Pitam nak jawab. Jawab jujur karang tak boleh balik pulak. Kalau tipu karang, apa-apa jadi kat aku kat rumah nanti. Aku jugak yang susah.

Erk...

Akak faham dik. Ini dah kali ke3 dah. Mungkin pengalaman banyak mengajar akak untuk lebih bersedia. Nerves toksah cakap la kan. It always be.

In syaa Allah. Dengan persiapan awal serta doa kepada Allah. Segala urusan kita di permudahkan.

Lets share the latest experience. Kata orang putih la.

Akak melahirkan anak ke5 ni pada pukul 9.55am pada 9 Nov 16. Gedebak gedebuk. Pukul 12pm baru kembali ke wad. So, sebelum masuk OT tu. Akak dah siap membuang apa yang patut la. Sebab tau dah. Nanti depe masukkan tiub kencing. Lama tak boleh ke toilet.

Balik je wad. Akak minta tolong En. Suami ambilkan MINYAK HERBANIKA NR & sapu pada kaki. Dari bahagian peha hingga ke bawah tapak kaki. Maklum la. 3jam dalam OT dik. Kaki tak bergerak kan. So bila sapu minyak ni akan rasa panas & berkeupayaan menggerakkan kaki semula seperti biasa.

Jangan gelak ya dik. Akak bukan manja ke mengada ke. Ini kenyataan tau. Haaa tak lama lepas tu akak pun dok prottt prottt le. Dapat sekali dua pun lega tau dik. Boleh la ulang-ulang 2 3 kali sehari ya.

Boleh juga sapu di bahagian leher. Bahu. Dahi. Tangan. Serta titiskan beberapa titik atas pad untuk efek dalaman juga. Eh... senyum pulak dia. Ini betul-betul ni. Bukan cobaannn.

Ok? Kita sambung ya.

Pastu esok paginya 10 Nov 16. Pukul 6am. Lebih kurang 20jam kemudian. Nurse pun cabut la tiub kencing. Wahhh akak seronok betul. Sebab akak ni penggeli sikit. Benda-benda yang tak basuh ni buat akak geli geleman. Haha

Bila tiup ni dah dicabut. Kita di beri masa 6jam untuk kencing secara normal. Nampak senang kan. Tapi kalau salah gaya. Payah nak keluar tau. So, akak pun pulun la air kosong sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah. 3jam kemudian. Akak pun berjaya la kencing seperti biasa.

Yeeehaaa. Ko jangan gelak dik.

Dan selepas 48jam. Perkara paling di geruni oleh setiap wanita bersalin. Ya. GERUN TAHAP GABAN. Akak berjaya poo poo dengan mudah & lancar. Tanpa perlu meneran. Tanpa sembelit. Sekali nafas je dik. Haaa tu dia. Punya la gumbira akak dalam toilet. Senyum sorang-sorang. Hanya Allah yang maha melihat.

Macamana tu kak? Akak makan apa? Meh akak share.

Akak kan bersalin kat hospital kerajaan. So makan nasi hospital la dik. Tak banyak. Sikit mesti makan. Lapo wei. Bedal je la apa yang ada. Tak boleh nak cerewet sangat masa ni.

Cumanya. Akak memang banyak minum air kosong suam. Atapun OAT + 2 SUDU ESP. Cuba la elakkan minum air milo ke vico ke. Akak takut sembelit.

Cukup masa biasanya selepas sarapan nurse akan bekalkan pada akak vitamin keperluan asas. IRON. ACID FOLIC. B COMPLEX. VITAMIN C. Serta ubat tahan sakit. Semua akak telan ikut jadual.

Tapi lepas lunch. Akak pulun Shaklee pulak. VITALEA MULTIVITAMIN. B COMPLEX. VITAMIN C. ZINC. ALFALFA. Sebelum tidur OSTEMATRIX.

Nak cepat sihat kan. So kita tak boleh la nak ngelat. Nak jaga baby lagi. Nak susukan baby lagi.

Dan kali ni alhamdulillah. Doktor & nurse semua pun beri kerjasama yang memuaskan. Dari segi pembedahan, penyusuan, tolong jagakan baby semuanya saya bagi score 9. Kita pun jangan le asyik nak komplain tak tentu pasal. In syaa allah. Allah bantu & mudahkan urusan kita.

Dan seperti yang dijangka. Akak keluar hospital pada hari ke2 selepas pembedahan. JUMAAT 11 Nov 2016 selepas solat Jumaat. Alhamdulillah.

Wednesday 9 November 2016

BELUM BERNAMA

Aku di tolak masuk ke dalam ruangan OT sekitar jam 9am. Di beri penjelasan sekali lagi tentang beberapa procedure yang akan aku lalui.

Ya. Hari ini 9 Nov 2016. Satu lagi detik sejarah yang bakal aku lalui.

Aku agak berdebar sejak semalam setelah di beri penjelasan terperinci dari SURGEON DR. NURUL JANNAH yang hanya berusia 28tahun. Penjelasan berkaitan risiko yang bakal di hadapi. (Kita tulis kemudian ya).

Dan di akhir penjelasan tersebut. Doktor berpesan agar aku menunaikan solat hajat agar pembedahan berjalan lancar.

Sekitar jam 9.10am. Aku di tolak masuk ke dalam Dewan Bedah 1.

Bermula dengan menerima injection epidural di bahagian tulang belakang. Serta memasukkan tiub saluran kencing. Maka pembedahan pun bermula.

Alhamdulillah. Bayi ke5 dalam keluarga ku lahir ke dunia pada jam 9.55am. Aku dengar suara tangisnya. Lalu salah seorang team menunjukkan bayi tersebut kepada ku untuk mengesahkan jantinanya. Ya. Bayi PEREMPUAN.

Prosedur selebihnya agak panjang. Aku ngantuk. Namun feel bersalin sejak anak sulong. Aku gagal melelepkan mata.

Di antara waktu itu. Aku sekali lagi di pertemukan dengan bayi ku. Namun kali ini dalam keadaan yang sudah dibersihkan.

Pembedahan berakhir sekitar jam 11.10pagi. Tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada Dr. Nurul Jannah. Aku dibersihkan segera. Dan ditolak ke RECOVERY ROOM.

BP kurang stabil kerana aku menggigil kesejukan. Pertugas yang bertugas terpaksa menenangkan badan ku yang menggigil. Dan akhirnya BP normal berjaya di ambil. CIK AMIRA namanya.

Suhu badan ku sekitar 36.5'C. Alhamdulillah. Segalanya normal. Darah beku yang masih bersisa juga telah dikeluarkan.

Sekitar jam 12pm. Aku kembali ke wad. Aku melambai suami ku. Kasihan. 3jam menunggu aku di luar. Sempat lah beliau sarapan serta membaca surat khabar. Untuk mengisi masa lapang.

Alhamdulillah. Kata suami ku. Aku kelihatan lebih tenang dan ceria. Berbanding selepas pembedahan yang sebelum ini.

Aku hanya tersenyum. Aku sangat bersyukur. Proses pembedahan berjalan lancar. Aku juga lebih cergas. Kurang merasai kesakitan. Mahu rasanya melakukan sujud syukur.

Namun belum berupaya. Hanya menyambung zikir di dalam hati.

Terima kasih Ya Allah. Atas segala rahmat dan kasih sayang mu. Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.

Amin.

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...