Wednesday 25 November 2015

Jom Baca AlQuran

Jadikan AlQuran bahan rujukan utama selagi hayat masih ada.

Ummi sayang kamu

Alhamdulillah. Cuaca semakin baik walaupun anggota di dalam rumah bergilir gilir di uji kesihatannya. Saya juga terkena tempiasnya. Namun perisai #vitc terus terusan menjadi sahabat baik.

Ummi perlu kuat untuk kamu. Ummi tak mahu kelihatan lemah di mata kamu. Walaupun tulang temulang kadang kala terasa lemah longlai. Hahaha memang benar kaum ibu, emak, mama, bonda atau ummi gelarannya memang penipu terbesar di dunia. Semuanya demi anak mereka.

19 Sept 15. Cuti sekolah bermula dengan lawatan ke tempat gajah. Widad sangat excited beli tebu untuk di beri makan. Khadijah geliii eeeyekkk. Fatima bye epent bye epent. Umar tiada perasaan.

Pulang ke rumah. Khadijah terus terusan bertanya. Kenapa gajah makan dengan hidung? Kenapa gajah minum banyak? Mana rumah gajah? Ummi jawab dengan geli hati.

Balik semua gembira terus tidur. Tapi ummi tetap tidak lupa beri mereka vitamin C sebagai senjata melawan habuk jerebu. Dan hari ini kita menyorok semula di dalam tempurung ya. Sambil fikir ke mana lagi esok esok hari.

#kttshaklee
#storytellingZi2M
#yesshaklee

Who can spot the elephant?

Bertugas sebagai suri rumah bukan lah semudah yang di sangka. Saya sudah tidak punya lebihan masa untuk berhadapan cermin. Menepek 3 4 jenis krim muka mahupun mengenakan pelbagai jenis make up hatta bedak sekali pun.

Sungguhpun begitu, sebagai wanita saya tetap mengutamakan kecantikan demi keyakinan diri. Dengan mengambil langkah yang lebih mudah & cepat, saya mengamalkan minum #ESP pagi & malam untuk kulit yang lebih sihat.

Hasilnya, saya sangat gembira. Kulit lebih lembab & licin. Dan saya kekal bertenaga.

012.267.1054

#kttshaklee
#storytellingZi2M
#yesshaklee

PERKUBURAN MA'LA DI MAKKAH

Bahagianya bila mendengar sendiri si suami mengatakan 'syurga lah tempat mu wahai isteriku!'

PERKUBURAN MA'LA DI MAKKAH

Dari Abdullah bin Masud ra, bahwa Rasulallah saw bersabda “Allah membangkitkan dari tempat ini (pemakaman Ma’la) dan dari seluruh tanah Haram 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dari mereka dapat membawa 70 000 orang. Wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama" (Al-Jundi Fi Fadhailil Makkah)

Manusia pertama yang dikubur di Ma’la adalah Qushay bin Kilab (ketua bangsa Quraish). Kemudian  keturunan Nabi saw lainnya diantaranya; Abdu Manaf bin Qushay, Hasyim bin Abdu Manaf, Abdul Muthalib bin Hasyim. Selain  itu Abu Thalib datuk Nabi saw, al-Walid ibnu Al-Mughirah, Al-Qasim dan At-Thayib (putra-putra Nabi saw), Sumayyah bin al-Khabbath (wanita pertama yang mati syahid), Abdullah bin Yasir (saudara ‘Ammar bin Yasir), Asma’ binti Abu bakkar Siddiq ra,  Abdurahman bin Abubakar Siddiq, Abdullah bin Umar bin Khattab, Abdullah bin Zubair, dan masih banyak lagi sahabat Nabi saw yang dimakamkan di Ma’la.

Inilah al-Ma’lah, pemakaman keluarga besar Bani Hasyim, keluarga Rasulullah saw, yang kemudian dijadikan pemakaman umum, terletak sekitar 1 km utara masjidil Haram.  Pemakaman ini dikenal juga dengan nama Jannatul Ma’la yang artinya syurga al-Ma’lah. Siapa gerangan yang tidak tergiur untuk dimakamkan di pemakaman ini?

Yang paling hebat terletaknya maqam Saidatina Khadijah binti Khuwailid ra. Isteri yang tidak pernah dimadukan dan isteri yang disebut-sebut oleh nabi setelah kewafatan beliau.. Khas untuk beliau
“Aku telah sediakan baginya rumah di syurga yang dibuat dari emas dan tiada kesusahan baginya atau kepayahaan”

Credit to Haji Umrah & Ziarah.

#copypaste

Siapa tu? Siapa tu?

Ayahanda Hatar Karim & kekandanya yang kami gelar Uncle sedang bercuti di sekitar Perak sambil melawat beberapa orang adik beradik & saudara mara di sana. Saya doakan semoga ukhuwah yang baik terus terjalin, sihat & gembira selalu.

Saya terkenang di zaman bujang dahulu. Saya sering mengikut abah membuat ziarah. Tidak kira musim perayaan, cuti sekolah atau hujung minggu. Setiap rumah yang kami singgah pasti ada ceritanya.

'Eh Maslina. Ini nama dia Si Polan bin Si Polan. Dia anak kepada bla bla bla. Dulu dia kerja di sini sini sini. Masa abah di sana, abah pernah menumpang tinggal di rumah mereka. Bla bla bla'

Hehe abah memang suka mencari ahli keluarga dekat & jauh. Kemudian di ceritakan bagaimana susur galurnya. Ada yang masih saya ingat & ada yang sudah lupa.

In syaa allah akan saya teruskan usaha ini bersama anak-anak nanti.

#happyfamily

Demi titisan titisan emas

Anda sedih kerana niat penyusuan tidak mendapat sokongan?

Anda stress kerana susu ibu berkurangan? Hatta sebenarnya anda kurang ilmu penyusuan.

Anda malu atau tak tahu untuk mengadu pada siapa?

Saya di sini bersedia untuk membantu.

Saya sudi berkongsi pengalaman suka duka penyusuan anak anak saya.

Yaaa. Sembang santai dan bina ukuwah. Semoga bermanfaat.

Whatsapp 0122671054.

Asingkan Bahan Buangan

Korang tau tak?

Bahan buangan perlu diasingkan.
Jom mula.

#kttshaklee

Teringat kemalangan di tanah suci Mekah

Assalam semua.
Walaupun cuaca di KL masih berjerebu (13 Sept 2015).
Hidup perlu diteruskan jua.

Hari bermula dengan solat subuh.
Sidai kain & lipat kain.
Teringat kemalangan di tanah suci Mekah.
Apa pun kritikan mereka yang berfikiran sempit itu, aku tetap rasa ia satu nikmat kekuasaan Allah.

Korang tahu tak sebelum ribut hujan melanda, cuaca terang benderang panas terik?

Korang tahu tak mereka yang terkorban itu meninggal sambil beribadah tawaf & saei?

Korang tahu tak tempat mereka menghembuskan nafas terakhir itu di Masjidil Haram?

Korang tahu tak hari itu adalah hari Jumaat?

Sungguh mereka pergi dengan rahmat Allah. Dan aku mencemburui mereka.

Ahli keluarga yang terlibat semoga anda kuat jiwa & melihat perkara ini dari sudut yang baik.

Hentikan spekulasi yang menambah dosa.

#kttshaklee
#storytellingZi2M

Persiapan Widad Darjah 1 2016

Hasil pergi ke jualan gudang tengahari tadi (11 Sept 2015). RM10 sepasang. Ummi borong sampai 3.

2pasang saiz 12
1pasang saiz 13

Harap cukup setahun untuk Widad tahun depan. Kan mama Nor Suhadila Hatar & ayah Yuszamir Che Aman.

Vitalea For Kids

Korang tau tak?

Dengan menambah #vitaleaforchildren #shaklee dalam diet harian anak anda, ia dapat membantu pertumbuhan & perkembangan mereka secara optimum.

Tubuh badah sihat
Otak cergas

012.267.1054

#kttshaklee
#pickyeater

Anak Soleh

Jom jadi anak yang soleh.

Jom didik anak-anak supaya jadi soleh & solehah.

Alfatihah untuk arwah mak Hjh. Supinah Tumin. Semoga berjumpa lagi ya.

#kttshaklee

RM1

Tahukah anda bahawa #tonyfernandes membeli #airasia hanya dengan RM1? Tapi menanggung jutaan RM hutang tertunggak?

Namun hasil usaha keras & kebijaksanaan, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya sekarang. Kini... Air Asia terkenal di seluruh dunia.

Dan kita juga sudah tentu mahukan sesuatu bernilai jutaan RM. Terkenal seluruh dunia. Dengan bayaran serendah RM1.

APAKAH itu?

Korang tahu tak harga sebiji #vitalea berharga RM1? (Jika sertai ahli harganya lebih rendah dari RM1).

Mesti korang cakap, hekkk elehhh sebiji je?

Korang tahu tak vitalea kini berusia 100tahun?

Korang tahu tak #shaklee telah melabur jutaan ringgit dalam Research & Development? Untuk memastikan setiap biji supplement yang korang makan tu #selamat #berkesan #mesraalam.

Korang tahu tak kajian menunjukan individu yang mengambil multivitamin shaklee aka vitalea mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mengambil jenama lain atau tidak mengambil langsung?

Korang tahu tak shaklee terkenal seluruh dunia?

Haaa nampak tak? RM1 tu sebenarnya bernilai jutaan ringgit. Dan kita tak perlu pun buat pelbagai pelaburan untuk langsaikan hutang jutaan RM macam Tony Fernandes.

Bijak kan.

#kttshaklee
#storytellingZi2M

Get Clean Water

Anak-anak yang mengidap #exzema sangat sensitif dengan persekitaran. Termasuk air yang di gunakan sebagai mandian.

Penyediaan #airtapis biasa menelan belanja ribuan ringgit. Bukan semua golongan mampu bukan.

Tapi kini #shaklee menawarkan #getcleanwater dengan harga mampu milik. Bukan sekadar sebagai air minuman malah sesuai juga sebagai air mandian.

Ibu paling gembira kerana jug ini mudah di bawa ke sana ke mari.

Maslina
012.267.1054
SID 935356

#kttshaklee
#korangtautak
#storytellingZi2M

Benarkah Surirumah adalah kerjaya yang paling memenatkan?

Soalan ini ditanya sendiri oleh suami saya. Macam susah je nak jawab. Saya senyum dulu.

Saya jawab: mungkin YA jika semua kerja-kerja A to Z dibuat oleh kami.

Cth. Bangun awal pagi. Pukul 4am mungkin. Basuh kain. Sapu sampah. Kemas mainan anak yg main malam tadi. Masak. Sidai kain.

Sambil kejutkan anak. Kadang kadang kejut baik baik tak jalan. So kena jerit sikit. Tak pun main tarik tarik pulak. Angkat. Haaaa Bangun. Mandi. Solat.

Pastu pastikan anak & suami sarapan. Kalau ada baby nangis, susukan kejap. Kalau poo poo basuhkan. Mandikan.

Kul 7am hantar anak pergi sekolah pulak. Balik tepuk tepuk baby bagi tidur. Sambung masak untuk makan tengahari. Keluar rumah balik ambil anak.

Balik rumah gaduh sat dengan anak anak. Nak suruh mandi. Solat. Makan. Siap pergi sekolah petang pulak. Sambil sambil susukan baby.

Balik dari hantar anak sekolah petang, makan,basuh CD, mop lantai, cuci bilik air, lipat kain. Gosok baju. Lepas asar keluar lagi. Ambil anak lagi.

Sampai rumah. Masak nasi untuk dinner pulak. Tapi kali ni goreng ikan je sebab gulai tengahari dah masak banyak kan. Tunggu suami balik. Muka kasi comei comei sikit.

Siap siapkan anak. Tunggu solat maghrib. Solat sama sama. Ajar anak mengaji. Makan malam. Kemas dapur. Solat isyak.

Mata ngantuk tapi check homework anak pulak dulu. Dah siap bawa mereka tidur. Mata separuh tertutup sembang sikit dengan suami. Tau tau dah berdengkur dah.

Haaa kalau gini la memang la letih. Tapiii... kalau kerja kerja kat atas tu di sub kan, contoh ada bibik kemas rumah. Baju gosok hantar dobi. Makanan order je. Anak naik bas sekolah dan sebagainya. Mungkin kami suri rumah boleh meluruskan badan sikit.

Walaubagaimanapun saya bagitau suami, kami ni manusia ada juga pasang surutnya walaupun takde bos kat depan mata. Kalau macam saya bila masa saya rasa letih sangat, saya biarkan je la yg sepah sepah tu. Tunggu awak balik kerja buatkan. Masak pun simple simple. Kalau malas saya call le minta awak belikan. Hehe kata toleransi kan kan. Belikan #shaklee ya. Bagi 💪

Just imagine zaman nenek kita dulu. Semua manual...

Tuesday 24 November 2015

Laman Haji Munjar 1

Hidup gembira.
Kekal sihat bertenaga.
In syaa allah bahagia.

Semoga Allah memberkati hidup kita semua!

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...