Monday 23 January 2017

MAKE UP REMOVER. ITEM WAJIB! KENAPA?

Siapa kata MAKE UP REMOVER HANYA UNTUK MEREKA YANG BERMAKE UP? TAK BERMAKE UP TAK PERLU!

Mari saya cerita & kongsikan.

Kenapa penggunaan NUTRIWHITE OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM pada muka adalah penting? Sebab kandungan cream tu adalah:

🌻 LINDEN yang menyuburkan & menghidrat kulit diperingkat dalam

🌻 SCULLCAP yang mencerahkan & mengurangkan keradangan kulit

Bahan-bahan ini membantu memperbaharui sel kulit dengan cepat kerana ia mengeluarkan sel-sel kulit mati yang membawa kepada blotchiness. Serta mencerahkan & menjadikan kulit lebih bercahaya.

So bila kita bangun dari tidur. Kulit muka akan dipenuhi dengan sel-sel kulit mati. Dan perlu dibersihkan bagi menonjolkan sel-sel kulit yang baru. Yang lebih sihat. Lebih cerah. Dan lebih bercahaya. Senang cerita. Kulit baru yang gebu gebas tuh.

Bagaimana kita nak bersihkannya?

So kena bersihkan muka dengan menggunakan NUTRIWHITE ACTION MAKE UP REMOVER aka gentle scrub. Apakah pula kandungan make up remover ni?

🌻 BEECH TREE BUDS yang secara lembut akan menyingkirkan sel kulit mati tanpa cela

🌻 ALOE VERA bantu menyegarkan dan menegangkan kulit muka.

Selain menyahkan sel kulit mati. Ia juga bantu mengurangkan blackhead & whitehead. Maka... Kulit muka akan lebih licin, lembut dan cerah.

Serta memudahkan proses menyerapan secara optimum bagi skin care range yang lain. Contohnya deep clenser, softerner, essence & moisturiser.

Cuba bayangkan. Jika sel kulit mati tidak dibersihkan. Tepek la banyak mana pun segala aneka cream. Hatta yang mahal superpower sekalipun. Ia pasti tidak memberi apa-apa kesan yang memuaskan.

Kan membazir namanya tu.

Haaa apa lagi. Jom beli make up remover power dari akak. Jangan bimbang. Tiada kandungan merbahaya yang merosakkan kulit anda.

Whatsapp akak ya. 012-2671054.

KURUS & MULUS

Assalam semua.

Hari ini saya suka berkongsi lagi tentang PEMAKANAN SIHAT VS PEMAKANAN TAMBAHAN.

Rata-rata, customer yang datang bertanya.

"Jika saya nak ambil supplement. Dari segi makanan, kena patang tak bagi orang yang darah tinggi, gaut, kolestrol tinggi, kencing manis, asid urik tinggi dan lain-lain?"

Saya senyum terlebih dahulu. Kemudian saya menjawab:

"Kami sering di nasihatkan oleh pakar pemakanan. Bukan orang sakit je perlu berpantang. Orang sihat pun kena jaga makan juga.

Kurangkan gula.
Kurangkan minyak.
Kurangkan lemak.

Lebihkan air.
Lebihkan buah.
Lebihkan sayur.

In syaa allah. Dengan izin Allah kita sihat."

Kemudian ada juga yang bertanya.

"Akak makan apa ya boleh jadi kurus begini? Skin care apa ya akak guna kulit jadi mulus?"

Kurus & mulus bagi saya adalah bonus. Yang lebih penting bagi saya adalah rasa lebih sihat. Terutama selepas bersalin. Seperti yang anda tahu. Saya baru sahaja selesai berpantang bersalin secara czer pada November 2016 yang lalu.

Ramai yang telah tahu. Saya memang pengamal tegar supplememt SHAKLEE sejak tahun 2012. Itu bukan satu rahsia lagi.

Tapi kali ini saya lebih suka share apa yang saya makan dalam pantang. Walaupun saya tak boleh detox 100%. Sebab detox tidak digalakkan untuk wanita berpantang mahupun wanita menyusukan bayi.

So saya ambil langkah-langkah dan amalkan apa yg boleh.

Contoh. Makan sayur mentah. Salad & ulam banyak-banyak. Setiap kali makan mesti makan semangkuk sayur. Semangkuk penuh. Saya guna mangkuk IKEA kanak-kanak yang warna-warni tu ya. Kalau yang masak pun saya cuma bakar atau rebus je. Saya suka carrot. Brokoli. Radish. Sawi.

Sebiji epal adalah menu wajib saya dalam pantang. Waktu bfast. Tak kira la epal merah ke hijau ke. Tapi mesti sebiji habis.

Kemudian. Kurma dan air putih.

Dan supplement shaklee of course.

"Eh kak. Akak langsung tak makan nasi ke? Langsung tak minum air manis?"

"Makan dik oi. Akak ni perut melayu. Perut jawa. Mesti la makan nasi. Tapi dalam pantang akak makan nasi beras perang. Tapi, air manis memang tak minum masa dalam pantang. Banyak minum air suam aje."

Jadinya. Jika anda mampu maintain makan makanan sihat penuh nutrisi dalam kuantiti yang disarankan. TAHNIAH untuk anda.

Tapi jika air suam setengah cawan pun dah terkulat-kulat. Sebiji epal dari pagi bawa ke petang. Sampai malam. Sampai esok pagi pun tak habis-habis. Sayur apatah lagi. Pandang pun tidak.

Yang sedap. Yang lalu hanya lah keepchi. PakDonal. Donut warna warni. Kek bertingkek tingkek. Sagu gula melaka. Pulut mangga hijau kuning. Haaa apa lagi eh? Coklat almond. Hihi

Erm... saya kira golongan ini bukan sekadar memerlukan pemakanan tambahan. Bahkan perlukan azam yang cekal.

So. Tanya diri. Laksana lah sendiri.

😊😊😊

Sunday 22 January 2017

PEMAKANAN IBU MENYUSU

BREAKFAST LIKE A QUEEN

Mula-mula,

💡kita rendam 1sudu teh #ChiaSeed ke dalam air suam. Biarkan 5-10min.
💡kemudian masukkan #Nestum & #SusuSegar.
💡lagi, masukkan 1sudu besar #ESP & #MealShakes.

Shake la semuanya sambil menari & menyanyi. Suka hati la tarian & lagu apa yang uols suka.

Kemudian ambil sebiji #Epal. Potong comel-comel. Senang nak makan. Saya suka makan bersama kulitnya. Baru la kruk kruk kruk.

Duduk la dengan sopan dibmeja makan.

Minuman shake tadi saya makan bersama #CornFlakes. Satu sudu bijirin dikunyah. Satu gigit epal. Satu sudu bijirin dikunyah. Satu gigit epal. Haha ulang la sehingga habis.

Akhir sekali. Telan 2biji #Alfalfa bersama 200ml air kosong.

Inilah antaranya #MilkBooster saya. Anda punya resipi bagaimana?

Monday 9 January 2017

SENTIASA POSITIF SERTA RIANG GEMBIRA

Aku boleh! Aku pasti boleh menyusukan anak aku selama 2tahun!

Ini lah kata-kata yang wajib di sebut sentiasa oleh setiap ibu yang menyusu. Sebutlah berulang-ulang agar ia sebati dalam diri kita.

Sebutlah seawal sebelum melahirkan. Agar hormon kasih sayang itu merembes seawal mungkin. Jangan tunggu sehingga bersalin kerana proses menyusukan bermula dari bayi dalam kandungan. Ya. Niat itu sangat penting. Ia membuatkan kita geram-geram & berusaha untuk menjayakannya.

Jangan mudah patah semangat bila berhadapan dengan segala cabaran.

Pedulikan apa orang nak kata. Bukan sanjungan mereka yang kita perlukan. Mereka tidak berhak mengatakan yang kita tak mampu.

Demi anak syurga, niat serta amalan kebaikan. In syaa allah. Perjalanan penyusuan kita akan di permudahkan.

Yang penting. Bergembira lah melakukan nya. Semoga segala kebaikan juga balasan nya.

Amin.

Nota kaki: Akak pernah di panggil sebagai PENJUAL AIS KRIM SUSU. Hanya kerana polistrin putih adalah teman baik akak tatkala bekerja di luar kawasan dulu. Namun... ada ku kesah! Haha akak jalan terus je.

Kenapa Anda Memilih Untuk Menyusukan Bayi Anda?

Saya memilih untuk menyusukan anak saya kerana...

Anak saya allergic FM-susu hypoallergenic yang dia boleh minum adalah sangat mahal. Jadi, susu ibu jauh lebih murah dan sihat.

Apakah alasan anda?

Kenapa menyusu?

1. Bonding
2. Ekonomi
3. Antibodi
4. Sunnah
5. Mudah bila travel
6. Elak kanser payudara
7. Mempercepat pengecutan rahim
8. Mudah kurus - dapat membakar 500kalori sehari dengan mudah
9. Bersih - tak perlu risau tentang masalah pencemaran
10. Jimatkan masa ibu - susu ibu adalah ready made
11. Berikan kualiti tidur buat ibu - tak perlu berjaga malam untuk membancuh susu. Selak aje.
12. Ibu boleh rest dan rasa tenang (especially yang direct bf). Kadang2 boleh take a nap masa menyusu.

#ProjekSusu

Tuesday 3 January 2017

AIR SUAM

Assalamualaikum ibu-ibu gojez.

Jom jadikan meminum 3 liter air suam sehari sebagai amalan kita. Air suam ya. AKA air kosong. Air masak. Air mineral. Air tapisan. Dan seangkatan dengannya.

Bukan kopi. Bukan teh. Bukan milo. Bukan coke. Haaa tu dia.

Kenapa?

Kerana air suam:

☆Membantu memperbanyakkan susu.

Selain dari itu. Ia juga:
☆Membantu melancarkan sistem pencernaan.
☆Membantu memperoleh kulit gebu gebas.
☆Membantu dalam mencapai berat badan ideal.
☆Membuang toksin.
☆Mengurangkan stress dan sakit kepala.

Dan banyak lagi. Banyak sebenarnya kebaikan kita perolehi bila kita minum air suam. So, jangan risau. Jangan rasa loya atau nak muntah hanya dek kerana di paksa minum air suam. Hanya fikirkan kebaikan yang akan kita perolehi.

In syaa allah. Tahun 2017 kita mulakan dengan cara hidup sihat.

#ProjekSusu2017

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...