Tuesday 8 September 2015

Petai, Doa & Toleransi

Makanan kegemaran en. Suami adalah sambal tumis petai. Dan aku sangat lah tidak suka petai. Kadang-kadang boleh bergaduh dibuatnya hanya kerana petai. Pernah satu ketika Widad pun suka makan petai sebab ayahnya ajar dia makan petai.

Dan hari ini, untuk pertama kalinya setelah 6+++ tahun kami berkahwin aku masak lauk sambal tumis petai untuk en. Suami. Walaupun aku masih tak suka petai.

Satu keajaiban bukan?

Entri kali ini sebenarnya bukan lah berkisahkan petai semata-mata. Aku ingin kongsikan tentang kuasa doa & sabar.

Selalu kita rasa, kenapa Allah tak makbulkan doa kita? Walaupun kita tahu, kita masih lagi mahu mempersoalkannya.

❤ Kita doa hari belum tentu esok lusa kita dapat.
❤ Apa yang kita mahu, tidak semestinya baik untuk kita. Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita.
❤ Allah mahu kita bersabar kerana Allah akan beri pada masa yg terbaik.
❤ Dan jangan mudah bersangka-sangka. Jika buat tu aku dapat ni. Semuanya datang dari Allah.

Contoh.

Jika kita rasa anak-anak nakal. Tak mahu dengar cakap. Kita doa semoga Allah lembut kan hati dia. Cuba bertoleransi. Atau cuba buang ego kita. Tidak semestinya kita ibubapa sentiasa betul. Ada masa kita buat salah juga. Cuba audit sumber rezeki. Cuba audit values dalam diri kita. Cuba audit amalan harian kita. Jika kita rasa dah cuba semuanya, kita doa berserah pada Allah. In syaa allah satu hari nanti hati anak-anak kita akan jadi lembut.

Dalam kes yang boleh di samakan dengan kes petai. Si isteri memang la tak suka sangat. Tapi perkara tu tak salah di sisi agama pun. Si suami berdoa agar isteri sudi masak & bertoleransi walaupun tak suka. Kerana masakan air tangan isteri menyumbang kebahagiaan rumah tangga.

Sama juga dengan hormat menghormati masa peribadi si isteri. Suami perlu bantu isteri dalam hal rumah tangga. Beri isteri sedikit ruang untuk ke salon atau spa bagi melegakan rasa penat. Keluar dengan kawan-kawan makan kek atau ais krim. Belikan lipstik agar isteri nampak berseri-seri. Tak semestinya yang mahal. Dapat hadiah mesti isteri suka.

Jangan asyik suaminya main futsal subuh hari baru balik. Makan semua makanan yang isteri masak. Tinggal ekor je. Padahal isteri belum makan lagi. Tengok bola liga inggeris terjerit jerit. Biar anak menangis kat tepi.

Haaa banyak lagi kot contoh boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Walau nampak remeh. Nampak kecil. Nampak macam biasa biasa aje. Tapi kesannya sangat besar kan.

Dan yang paling penting syukur selalu. Hehe ini bukan luahan. Tapi peringatan untuk diri saya juga.

Yang baik datang dari Allah.
Segala kelemahan tulisan ini datang dari saya sendiri.
PEACE.

Sunday 6 September 2015

Satu dua tiga empat

Pernah tak anda terasa bahawa anda sering diperhatikan?

Atau mungkin semasa anda sedang menikmati juadah tengahari, mereka yg berada di meja hadapan bercakap cakap mengenai diri anda?

Haaa... ini cerita kami.

Hari tu kami sekeluarga jalan-jalan ke KL Sentral naik LRT. Seorang nenek berbangsa Cina bersama cucunya memandang kami sambil tersenyum. Lalu beliau mengira. Satu... dua... tiga... empat. Kemudian bercakap sesuatu dengan cucunya dalam bahasa mandarin. Lantas tersenyum dan menunjuk isyarat bagus.

Kami memang tidak faham. Namun hati terasa mereka mengatakan 'dia ada ramai adik beradik. Semua kecil kecil dan baik baik belaka'. Hehe perasan saya sendiri.

Siang tadi pula di dalam lift di pasaraya Mid Valley. Pasangan mat saleh pula tersenyum & mengira. One... two... three... four. Good katanya. Dan mereka memandang sesama sendiri. Membuat mimik muka. Bahasa tubuh badan tiada suara. Mungkin yg perempuan memberi isyarat 'saya mahu anak comel seperti mereka'. Dan yang lelaki membalas 'ya, saya juga'.

Melihat gelagat mereka yang memerhatikan kami, buat saya ketawa sendiri di dalam hati bagai perasan jadi retis di atas karpet merah. Famous u. Haha

Syukur alhamdulillah. Kita fikir yang baik baik aje walau mereka tidak kenali. Doakan mereka gembira seperti kita.

Thursday 3 September 2015

Kuasa minda... menarik apa yg di fikirkan!

Anak sulung saya bakal menjadi pelajar tahun 1 pada tahun hadapan. Erm... cepatnya masa berlalu kan. Kalau tgk saiz tubuh badan nya... macam tak percaya je. Alahaiii comel je macam ummi & ayahnya hehe.

Dan saya sbg ummi memang garang dgn anak2. Ya lah... mereka membesar di hadapan mata. Namun saya akui... bila saya gunakan kekerasan... ecehhh cthnya... marah... menjerit... membebel... (merotan belum lagi kerana belum capai tahap umur boleh dirotan). erm... it doesnt work for them. Sebaliknya anak2 saya skrg menjadi anak2 yg suka menjerit. Yup... mereka cerminan diri kita. Akhirnya kita terpaksa berpesan pada mereka... jgn jerit... cakap slow2... slow kn tv tu... slow kn telefon tu... so... salah siapa skrg???

Jadinya... skrg saya cuba utk tidak menjerit wpun kdg2 terjerit juga. Adehhh... apa yg saya buat??? Cthnya nak suruh widad solat & baca iqra'.

... Cubit2... tak jalan.
... Jegil biji mata... tak jalan juga.
... Ajak baik2 setiap kali saya nak solat... kdg2 jadi. Tapi biasanya saya solat sorg2.

Erm... tiba2 saya teringat kuasa minda dan kata hati. Pernah tak uols teringat pada seseorg tu... pastu tiba2 org tu call atau PM kita??? Mcm tu la lebih kurang caranya.

Kisahnya tengahari tadi. Seperti biasa bila widad balik dari sekolah dia mesti lapar & minta nak makan. Dan saya pasti akan menyuruh dia mandi... siap2 utk solat zuhur langsung mengaji selepas solat. Sejam masa berlalu. Widad hanya asyik dgn 'nana nini nunu' di youtube. Erm... baiklah. Takpe. Allah menguji kesabaran kita.

Sambil saya berjalan menuju ke bilik mandi. Ambil wuduk. Dan bersiap untuk solat. Hati saya tidak berhenti henti memanggil nama Widad dan mengajaknya utk bersolat. Memanggil di dalam hati dgn penuh yakin dan penuh harapan. Kemudian saya terus menunaikan solat. Sudah selesai solat, panggilan itu bersambung. Hanya berhenti bila saya mahu mula memasak.

Beberapa minit di dapur, tiba2 widad dth siap dgn memakai telekung. 'Ummi, tolong ikat'. Lantas saya mengikat tali telekungnya dan dia berlalu pergi. Saya ternganga dan mengintainya dgn ekor mata.

Selesai widad solat, dia bawa buku iqra' ke meja makan bersedia utk mengaji pula. Membulat mata saya. Hehe dalam hati syukur tidak terhingga.

Memang benar. Apa yg kita fikir. Apa yg kita rasa. Apa yg kita kata. Apa yg kita sangka. Itu lah yg kita akan dapat. Oleh itu delete segala yg tidak baik agar yg baik2 aje datang kepada kita.

Yakin... segalanya dari Allah.

Wednesday 2 September 2015

Dahulu Khadijah... Kini Umar

Assalam semua. Semoga anda yg membaca sentiasa gembira & sihat selalu.

Hari ini saya mahu berkongsi pengalaman saya menjaga anak2 yg mengidap asthma & ezema.

3thn yg lepas doc pakar kanak2 mengesahkan bahawa Khadijah mengidap asthma & ezema. Dan ke 2 2 penyakit ini khabarnya tidak boleh sembuh sepenuhnya. Ia hanya boleh di kawal dgn pengambilan ubat2 tertentu. Dan ubat dari doc pakar kebiasaannya adalah steroid. Erm... betul ke hanya steroid yg mampu mengawal asthma & exema???

Setelah beberapa ketika mengambil steroid utk Khadijah... namun tiada kesan positif & memandangkan kos perubatannya yg tinggi, saya mengambil keputusan utk mmberi supplement kpd Khadijah. Saya memilih dari Shaklee iaitu Omega, Mealshakes, Vit C Chew, Herbal Blend Krim & BasicH. Alhamdulillah... asthma sudah lama tidak menyerang. Kulit semakin baik. Namun perlu sentiasa di lembab kan. Bebas steroid. Dan lebih menjimatkan.

Omega... Kenapa orang yang ada asthma digalakkan untuk mengambil Omega? Sebab ia kaya dengan Omega-3 yang bersifat anti radang (inflamasi). Inflamasi ni ringkasnya adalah tindak balas imuniti badan terhadap infeksi/serangan virus. Orang yang ada asthma memang imuniti rendah. Jadi memang sesuai dan sangat digalakkan mereka yang menghidap asthma untuk konsisten makan Omega?

Mealshakes... mengandungi multivitamin seimbang yg di perlukan oleh semua golongan termasuk kanak2. Sgt sesuai utk mereka yg memilih makanan... picky eater. Ia senang di sediakan. Hanya campurkan ke dlm susu anak2.

Vit C Chew... meningkatkan tahap sistem imunisasi anak2. Memperbaiki struktur kulit.

Herbal Blend Cream... melembab sambil memulih kulit yg kering & gatal2. Memudarkan parut.

BasicH... mencuci persekitaran tempat kediaman serta mainan anak2. Sesekali... saya mandikan mereka dgn basicH bagi membersih secara optimum & mengurangkan gatal2. Hanya beberapa titik shj yg diperlukan.

Mungkin faktor genatik. Kini Umar mempunyai tanda2 mild ezema. Ada masanya Umar menangis nangis. Agaknya cuba beritahu dia gatal & tidak selesa. Tidak sesuai dgn aqua cream dari doc. Dan saya... Tidak mahukan steroid. Jadi saya mandikan Umar dgn basicH & sapu herbal blend cream. Alhamdulillah... kulit kemerah merahan menjadi pudar. Kulit kurang kering & sedikit lembut apabila di usap. Namun masih sedikit kering. Dan Umar tidur lena tidak lagi menangis nangis. Ummi gembira.

Gambar ini di ambil setelah 3hari Umar di sapu herbal blend cream & 2x di mandikan dgn basicH. Maaf saya tiada gambar sebelumnya. Tidak sempat ambil krn Umar asyik menangis.

Utk para ibu... yg punya anak istimewa ini. Jgn sedih. Jgn kecewa. Jgn putus harap. Jgn give up. Terus kan mencuba & byk kan bersabar ya.

Salam sayang.
0122671054

Tuesday 1 September 2015

Kenapa ek??? ESP laku keras...

Sumber dari mamafaiz.com

Sempena promo ESP bln sept2015 ni... saya ingin kongsikan kenapa ESP menjadi pilihan ramai...

Okaylah saya taknak reka2 cerita, tapi berikut adalah antara feedback yang saya sering dapat dari customer2 saya. Rata2 mengatakan:

♡ Kulit mereka lebih sekata, lebih cerah

♡ kulit kurang berminyak, bedak pun tahan lama kalau tepek kat muka

♡ Jerawat jarang muncul

♡ Kulit lebih anjal

♡ Rambut kurang gugur

♡ Kekal bertenaga sepanjang hari

♡ kenyang lebih lama

♡ kurang nak mengunyah junk food

♡ takde dah gastrik/senggugut

♡ tumbuh makin fit, slim

♡ kalau ibu hamil lak, mereka kata mereka lebih bertenaga, anak yang lahir kulit saaaangat cantik, tak mudah ruam

♡ kalau yang ibu menyusu pulak, mereka kata susu lebih pekat, banyak

♡ awet muda

♡ rahim lebih kuat

♡ Kuku jadi cantik

♡ Parut stretch mark hilang

♡ dan baaaaanyakkkk lagi feedback yang best best

tu semua diorang yang kata tau.. 

Itu yang kejap2 repeat order, tu yang kalau dah berbulan skip ESP, last-last for sure akan kembali cari balik order ESP ni.

Salah siapa?

Salah ESP ni lah... sebab BEST sangat... hihi

Dr Bruce Miller menggalakkan pengambilan suplemen protin soya yang berkualiti tinggi! Dan ESP ni antara suplemen protin soya yang berkualiti tinggi.

Notakaki... masa saya lepas bersalin czer bulan apr yg lepas... nurse yg jaga saya tu hari2 pesan. Hari2 mesti makan sumber protein kalau nak luka cepat sembuh. Kalau nak parut tu cantik... haaa... apalagi... saya minum ESP sokmo la.

Anda mahu??? Meh PM cepat. 0122671054 penjimatan menanti anda.

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...