Sunday 26 February 2017

OXYTOCIN & PROLAKTIN

OXYTOCIN kebiasaannya dirujuk sebagai hormon CINTA.

Oxytocin juga digelar hormon pelukan serta hormon kebahagiaan kerana kesannya terhadap tingkah laku, termasuk peranannya dalam kasih sayang dan dalam fungsi biologi pembiakan wanita.

...

Oxytocin adalah hormon yang diperbuat di dalam otak, di hipotalamus. Ia diangkut ke dan dirembeskan oleh kelenjar pituitari, yang terletak di pangkal brain.

"Ia dikeluarkan dalam jumlah yang besar semasa bersalin, dan selepas rangsangan puting. Ia adalah fasilitator untuk melahirkan anak dan menyusukan bayi."

...

PROLAKFIN dihasilkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak. Ia juga dikenali sebagai PRL atau hormon lactogenic.

...

Prolaktin adalah terutamanya digunakan untuk membantu wanita menghasilkan susu selepas bersalin.

...

CONTOH SITUASI

Bila bayi menangis. Ibu tergesa-gesa ingin mengangkat bayi tersebut. Kerana naluri kasih sayang si ibu tidak mahu membiarkan bayi tersebut menangis berterusan. Waktu inilah OXYTOCIN dihasilkan.

Sejurus si ibu mengangkat bayi. Naluri keibuan menyusukan bayi tersebut kerana merasakan si bayi menangis kerana kelaparan.

Ketika puting dirangsang. Maka terhasil lah PROLAKTIN. Rasa deru susu keluar itu dan penghasilan susu ibu berlaku bagi membolehkan bayi menyusu susu ibu.

...

Hebat bukan!

FOREMILK & HINDMILK

Allahuakbar. Allah Maha Besar. Sungguh agung ciptaan Mu.

...

Jika di perhatikan. Ketika ibu2 mengepam. Susu yang keluar pada peringkat awal adalah cair umpama air. Ia di panggil FOREMILK. Kerana ciptaan ini lah. Bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air kosong sebagai tambahan.

Air kosong boleh mula diperkenalkan sekitar usia 6bulan. Bila bayi sudah mula mengambil SOLID FOOD.

...

Dan beberapa ketika kemudian. Susu yang keluar adalah lebih pekat. Ini di panggil HINDMILK. Ia mengandungi segala nutriet yang diperlukan oleh bayi. Contohnya karbohidrat, protien, vitamin, mineral dan lain-lain.

...

Kedua-dua foremilk & hindmilk ini terkandung di dalam both breast ibu-ibu menyusu. Tiada erti kata air di sebelah kiri & nasi di sebelah kanan.

...

Itu lah sebabnya. Bila kita menyusu secara terus. Ia perlu dibiarkan sehingga bayi melepaskan puting. Tanda bayi puas atau kenyang atau ia menunjukkan payu dara sudah kosong.

Jika bayi masih kelihatan mahu menyusu. Boleh di teruskan pada payu dara lagi satu.

Atau jika bayi sudah cukup kenyang. Penyusuan yang seterusnya boleh di mula kan pada payu dara yang masih penuh yang belum dihisap oleh bayi anda.

...

Kesimpulannya. Sebelah payu dara adalah air. Dan sebelah lagi adalah nasi adalah AUTA semata-mata.

...

Notakaki: Pada gambar adalah EBM (express breast milk) yang disejukkan di dalam peti sejuk. Kelihatan dibahagian atas adalah lebih pekat (hindmilk). Dan di sebelah bawah adalah lebih cair (foremilk).

Maha hebat ciptaan Mu ya Allah. Mana mungkin ada susu lain setanding susu ibu buat setiap bayi.

Nor Maslina Hatar
Menyimpan EBM untuk ME TIME

Friday 24 February 2017

PERLUKAH SURI RUMAH MENGEPAM SUSU?

Hai semua.

Hari ini saya mahu kongsikan tips berikutnya tentang penyusuan. Jom baca.

PERLUKAH SURI RUMAH MENGEPAM SUSU?

Bila kita sebut tentang mengepam susu. Pasti kita terbayangkan wanita bekerjaya yang kelam kabut di pejabat. Mencuri masa. Hilang di tempat duduk macam Chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Bos tercari-cari. Bila outstation dok kelek ice box ke hulu ke hilir. Mencari ais batu. Haaa dan macam-macam lagi kan.

Saya faham sangat situasi tu. Sebab saya juga pernah berkerja suatu masa dulu.

Tapi sekarang bila sudah menjadi suri rumah. Adakah masih perlu untuk kita mengepam susu di rumah? Perlu ke? Kenapa? Kan baby ada bersama-sama dengan kita sentiasa. Buat apa nak pam? Selak aje kan senang!

Haaa tu dia.

Ada banyak pendapat berbeza bergantung kepada situasi & keperluan. Tapi jika di tanya saya soalan ini. Maka jawapan saya adalah PERLU.

Mengapa?

...

1. ME TIME
Kita ibu menyusu ni kan manusia biasa. Kadang-kala perlu juga masa untuk diri sendiri. Bukan lama-lama sangat pun. Bukan 2 3 hari. Mungkin hanya untuk beberapa jam sahaja.

Contoh: Mahu ke salon atau SPA untuk membelai diri. Maintain anggun gitu.

Atau pun berSOSIAL bersama rakan-rakan sambil bergossip. Bagi mengurangkan stress.

Atau lagi. Menghadiri majlis-majlis ilmu. Mungkin ilmu agama, ilmu bisness ataupun ilmu menjahit/memasak. Semuanya untuk menambah skill dalam kelangsungan hidup.

...

2. MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB
Ke pasar misalnya. Membeli keperluan dapur. Atau ke bank atas urusan rasmi.

Tempat-tempat ini tidak sesuai membawa anak kecil bersama. Banyak terdedah kepada bahaya. Jangkitan penyakit mahupun penculikan.

Kan lebih baik tinggalkan mereka di rumah. Bagi memudahkan urusan-urusan penting berjalan lancar.

...

3. SITUASI "KITA" DIUJI TAHAP KESIHATAN
Ibu menyusu juga terdedah kepada jangkitan penyakit. Kebiasaannya ibu menyusu menghadapi masalah kekurangan susu mahupun keletihan sewaktu jatuh sakit.

Ataupun ubat-ubatan yang di ambil waktu ini tidak sesuai untuk menyusukan bayi (atas nasihat doktor). Mungkin boleh membawa mudarat kepada bayi kita.

Ataupun dalam situasi NIPPLE CRACK. Awchhh mana mampu menyusukan selagi puting itu belum sembuh. Sakit kan!

Dalam situasi ini, EBM sangat-sangat membantu.

...

4. TIDUR YANG LEBIH BERKUALITI
Anak saya yang ke5 ini. Akan lebih cepat kenyang & nyenyak jika disusukan dengan menggunakan botol (EBM). Cara ini tidak bermakna penyusuan secara terus tidak kenyang atau tidak nyenyak.

Sebagai suri rumah. Perancangan masa adalah sangat penting. Anak yang mengempeng terlalu lama. Mungkin membuatkan banyak kerja-kerja rumah tergendala.

Solusi selepas try & error (bedung, buaian dll) adalah memberi susu perahan di dalam botol.

Alhamdulillah. Cara ini banyak membantu saya menyelesaikan tugasan harian.

Dan yang penting. Saya juga punya masa untuk makan, mandi serta solat dengan lebih tenang. Kerana  bayi ini akan tidur lebih lama.

Setelah kerja selesai. Bayi kembali mengempeng. Hihi

...

Mengepam tidak bermakna kita berhenti terus memberi susu secara terus. Penyusuan direct lebih merangsang hormon PROLAKTIN bagi penghasilan susu yang lebih banyak berbanding penggunaan pum susu.

Jadi penyusuan direct WAJIB diteruskan melainkan ada masalah-masalah tertentu.

Namun, penyediaan EBM beberapa botol (stand by mode) mampu membantu kita SURI RUMAH dalam menjalani aktiviti harian kita.

...

Tapi bila pula masa yang paling sesuai ya untuk suri rumah mengepam susu?

Masing-masing ada masa selesa tersendiri.

Tapi saya suka TANDERM NURSING di waktu awal pagi ataupun malam sebelum tidur. Waktu ini susu lebih banyak. Keadaan pun lebih sunyi & tenang.

Jika sehari mampu memperolehi 4oz. Ia sudah cukup banyak buat saya.

Bergantung kepada keselesaan masing-masing. Buat ia dengan tenang & gembira. In syaa allah kita mampu beribyang terbaik untuk anak kita.

...

Bak kata pepatah. Sediakan payung sebelum hujan.

...

Nor Maslina Hatar
Ummi yang masih mengepam

Bagaimana memilih yang TERBAIK?

Semalam saya dah kongsikan pesanan doktor saya. Kenapa supplement sangat penting untuk kaum wanita.

Ingat!

Jangan biar diri kita mereput.
Jangan biar kepala botak.
Jangan biar kulit kusam. Kering. Tak sekata.
Jangan biar sakit pinggang lutut. Susah nak beribadah.

Sebelum tiba masanya.

Sayang diri sendiri ya kawan.

Bila kita dah tahu kenapa pentingnya supplement. Topik seterusnya saya nak share bagaimana untuk kita memilih produk yang terbaik.

We are what we eat right!

Jika tanya saya. Of course la Shaklee. Tapi kenapa Shaklee???

...

KENAPA SHAKLEE?
#1: Sentiasa Selamat.

...USD300juta dilaburkan untuk R&D.

...Lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun.

...Lebih 350 ujian pada setiap bahan baru untuk menyaring bahan berbahaya.

TIADA Perasa Tiruan.
TIADA Pemanis Tiruan.
TIADA Bahan Pewarna.
TIADA Lemak Trans.
TIADA Bahan Tersembunyi.
TIADA Diuji Pada Binatang.
TIADA Bahan Terlarang.
TIADA Peluntur Klorin.
TIADA Paraben.
TIADA Petroleum Sulingan dan lain-lain.

...Lebih 65 saintis menjalankan R&D pada segala bahan & produk.

Next entri akan saya kongsikan point #2 iaitu SENTIASA BERKESAN.

Nor Maslina Hatar

012-2671054

Thursday 23 February 2017

TELOMERE STUDY

Credit to Master Ainul Shahrazad
Sebelum ni, saya ada bagitahu kan, kita ni hidup disebabkan adanya 11 SISTEM yg beroperasi dalam badan setiap hari.
Dan SISTEM ini, asalnya adalah dari sekumpulan sel yg membentuk tisu, tisu kemudian membentuk organ, dan organ kemudian membentuk sistem.
SISTEM > ORGAN > TISU > SEL
- - - - - - - - - - - - -
Dalam sel pula, ada kromosom, dan dalam kromosom, ada DNA.
Note:
- DNA ni adalah genetic code
- Dalam 1 single cell, ada 2 meter DNA
- 1 gram DNA menyimpan info sebanyak 1 Trillion CD (Trillion ni selepas Billion & Million) hah, giler banyak kau!
- Kalaulah kita tanggalkan semua DNA yg ada dalam semua sel badan kita, nescaya, dgn kepanjangan DNA tersebut, kita boleh sampai ke bulan sebanyak 6000x (subhanAllah, hebatnya Allah ciptakan badan kita, DNA yg begitu panjang, dapat tersimpan rapi dalam badan. Allah...)
- - - - - - - - - - - - -
Apa itu TELOMERE??
Telomere ni sebenarnya adalah "protective cap" Kromosom
Setiap kali kromosom melalui pembahagian, Telomere ini akan melindungi Kromosom daripada kerosakan.
Ibarat macam tali kasut. Di hujung nya kan ada plastik yang balut tali kasut tu.
Tanpa plastik tu, tali kasut akan berbulu, dan lama2 akan rosak.
Hah, mcm tu lah Telomere ni. Telomere membantu mengekalkan fungsi yg betul bagi setiap sel badan kita.
- - - - - - - - - - - - -
Telomere ni ada kaitan dgn  "cellular aging clock" atau "Biological Clock"
Semakin usia kita meningkat, telomere kita semakin memendek.
Ini adalah Hukum Alam yang tidak dapat dielakkan.
Telomere juga akan makin cepat memendek bila kita terdedah dgn persekitaran, gaya hidup & makanan yg tidak sihat,
Bila Telomere ni makin pendek dan pendek, ia akhirnya hilang. Lalu Cell kita akan rosak.
Dan bermulalah segala penyakit , keletihan, penuaan, rambut gugur etc..
- - - - - - - - - - - - -
Walaupun begitu, kita sebenarnya boleh "Melambatkan" proses pemendekkan Telomere ini tau..
Dan inilah datangnya Telomere Study!
Kajian Telomere ni sebenarnya dilakukan oleh Dr Elizabeth Blackburn dari Univeristi of California, San Fransisco.
Hasil penemuan ini, beliau memenagi Nobel Prize Award pada tahun 2009 atas research yg beliau lakukan ini.
- - - - - - - - - - - - -
Daripada kajian beliau lah, keluar semua Shaklee punyer research..
Clinical study Shaklee menunjukkan, Vivix mampu untuk "melambatkan" proses penuaan.
Dan sebenarnya, ia adalah proses utk melambatkan pemendekkan telomere ini!
Fuh, saya dengar je ni, naik bulu roma.
Apa taknya..
Telomere Study ni ditemui 6-7 tahun lepas, tetapi VIVIX Shaklee telah wujud sebelum dari iu.
Dahsyat betul para Saintis Shaklee yang menemui Vivix ini...
Semakin kita nampak hebatnya manusia, semakin kita akan merasai kehebatan Allah s.w.t  yang mencipatakn manusia dgn akal yang sgt hebat!
Nor Maslina Hatar
012-2671054

Kenapa eh? Bila mengandung doktor bagi supplement

Saya teringat sekitar 2009. Saya mengandung anak sulung pada usia 30tahun.

Uols tau umur 30tahun. Mengandung anak sulung. Adalah dalam kumpulan LEWAT USIA YANG BERISIKO.

Risiko apa tu?

Berisiko untuk dapat penyakit membahaya lebih tinggi. Contoh darah tinggi, kecing manis, obesiti, anemia dan lain-lain.

Gulppp.

Ko rasa apa? Hahaha

Sampai sekarang saya masih ingat pesanan doktor tu.

...

Bukan tak boleh mengandung. BOLEH. Sampai umur 40 pun boleh mengandung lagi. Tapi mesti TAKE EXTRA CARE.

...

Apa tu doktor? Maksudnya kena jaga pemakanan yang paling penting. Terutamanya sayur-sayuran, buah-buahan, dan sumber protein.

Ambil sayur dan buah berbeza warna setiap hari. Contoh hari ni makan lobak merah & epal hijau. Esok makan sawi & oren. Lusa makan radish & buah naga. Sambung la sampai bersalin. Dalam pantang serta masa breastfeeding.

Kenapa doktor?

Of course la untuk perkembangan & tumbesaran bayi. Dan paling penting adalah KESIHATAN DIRI SENDIRI.

...

Kadang-kadang kita mak-mak ni lupa. Asyik dok jaga anak dan suami. Keluarga tu sangat laaa penting. Sehingga lupa nak jaga diri sendiri.

Ok. Berbalik topik mengandung.

Doktor cakap. Bayi dalam perut kita ni walaupun kecil. Tapi bijak. Sebab dia akan serap semuaaa vitamin dan mineral yang dia perlukan.

Dia sedut banyakkk. Sampai tak tahu apa yang tinggal untuk kita iaitu ibu dia.

Proses ini bersambung juga semasa kita menyusukan bayi nanti. Bayi menyerap nutrisi melalui susu badan.

Itu sebab doktor bagi kita supplement. Bukan bagi saja. Tapi suruh makan. Supaya keperluan vitamin dan mineral cukup untuk ibu dan bayi.

...

Alaaa doktor. Kan saya boleh dapat dari makanan.

Betul. Tapi masa mengandung. Contohnya saya. Dari anak sulung sampai la anak no5. Asyik la dok muntah dari pagi sampai malam. Kadang tengah tidur pun bangun sebab nak muntah.

Kesian.

Asal makan je muntah. Asal minum je muntah. So macamana nak dapat cukup zat dari makanan?

Masa breastfeed pula. Tak kira bekerjaya mahupun suri rumah. Banyak urusan perlu di lakukan. Ada masanya tak sempat pun nak makan. Kalau makan pun belum tentu cukup segala zat nutrisi yang di perlukan.

Belum ambil kira faktor persekitaran, stress serta kurang senaman lagi kan.

Di sini lah keperluan supplement SANGAT PENTING.

...

Doktor cakap lagi. Jangan berhenti ambil supplement. Lepas bersalin. Menyusu. Dan seterusnya.

Proses semulajadi kaum wanita ni banyak memerlukan zat-zat serta nutrisi untuk pastikan mereka perform to the max.

Dari remaja kita kaum wanita datang bulan. Kemudian kahwin. Kemudian lagi mengandung, bersalin serta penyusuan. Semua perlukan tenaga serta kekuatan.

Bagaimana nak perform kalau diri kita sendiri tidak sihat?

...

Uols ingat tak supplement apa yang doktor bagi?

Rata-rata kita mesti dapat asid folik, zat besi, vitamin c, kalsium serta asid lemak omega 3. Tidak kira la check up di hospital swasta mahupun gomen. Sama aje.

Maksudnya supplement ini sangat penting untuk kita kaum wanita.

...

Maka. Kesimpulannya. Supplement sangat penting dalam melengkapi nutrisi harian kita kaum wanita.

Jangan biar diri kita mereput. Gigi rongak. Kulit kusam. Kepala botak. Badan bongkok. Sakit pinggang lutut. Sebelum sampai waktunya.

Serta sayangi lah dan jaga baik-baik diri kita kaum wanita. Supaya kita dapat menjaga ahli keluarga.

...

Nor Maslina Hatar
Makan Supplement Sejak Kecil
012-2671054

BAGAIMANA SUPPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU PROSES TUBUH

Credit to Master Ainul Shahrazad

Tahu x, saya tidak pernah sesekali educate customer saya, bila mereka ambil supplemen Shaklee sekian2, sakit mereka akan sembuh, kulit mereka akan cantik, susu mereka akan banyak, mereka akan mengandung dsb. NEVER!

- - - - - - - - - -

Supplemen ni sekadar MENAMPUNG NUTRISI GAP dalam badan.

Kalau badan kita cukup nutrisi, in shaa Allah, ia sendiri akan dapat berfungsi dgn baik.

- - - - - - - - - -

Manusia ni hidup sebenarnya disebabkan SISTEM tubuh yang beroperasi setiap hari.

Sistem Pernafasan
Sistem Peredaran Darah
Sistem Pencernaan
Sistem Perkumuhan
Sistem Peranakan
Sistem Otot
Sistem Tulang
Sistem Saraf dan lain2...

Dari mana datangnya SISTEM??

Sistem terbentuk dari Organ, Organ terbentuk dari Tisu, Tisu terbentuk dari Sel.

Sel > Tisu > Organ > Sistem

Sekumpulan sel akan membentuk Tisu, Tisu kemudian membentuk Organ, dan banyak2 organ akan membentuk Sistem.

- - - - - - - - - -

Seperti dalam gambar.

Bagaiman SISTEM PENCERNAAN wujud adalah disebabkan adanya Organ (perut) dan Organ ni datangnya dari sekumpulan TISU, dan Tisu ni datangnya dari sekumpulan sel.

- - - - - - - - - -

Saya bagi satu contoh yer: HAMIL

Sebenarnya semua wanita boleh mengandung secara semulajadi jika tidak mengalami masalah kesihatan. Cuma bagi sesetengah individu, terdapat ‘nutrient gap’ disebabkan cara hidup dan cara makan yang tidak dapat menampung keperluan tubuh atau menyebabkan nutrien tidak sampai ke dalam sistem tubuh.

Bila masalah kekurangan nutrien ini berlaku, proses normal badan tidak dapat berjalan dengan sempurna termasuk mengganggu kesuburan/ proses kehamilan

- - - - - - - - - -

Jadi di mana kegunaan supplemen Shaklee??

Vitamin Shaklee BUKAN untuk membuatkan kita mengandung yer.

Vitamin Shaklee lebih kpd nk bantu sel tubuh badan utk lebih sihat, tampung mana2 nutrisi yang kurang.

Bila sel cukup nutrisi,  proses normal manusia akan berjalan dgn lancar dan badan akan lebih bersedia untuk mengandung..

Sebab tu, lepas saya educate customer, saya akan TEKANKAN semuanya dgn izin Allah.

Kalau Allah izinkan asbab makan Shaklee, boleh hamil, Alhamdulillah.

Kalau belum, teruskan berusaha + berdoa.

- - - - - - - - - -

Cuma saya percaya pada HUKUM ALAM (sunnatullah):

EAT RIGHT & HEALTHY FOOD, get THE HEALTHIER BODY

Bila kita tidak mampu mencukupkan nutrisi harian kita dgn raw food semata2, maka nak atau tidak, kita perlu mengambil supplemen.

Saya percaya pada Shaklee sebab ianya SEMULAJADI dan setiap satu produk Shaklee, ada proven Clinical Studies! Tiada bahan kimia berbahaya, in fact Landmark Study menunjukkan, orang yang makan Shaklee lebih 15 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding yang tidak!

Jadi mengapa saya perlu takut untuk berkongsi kebaikan Shaklee dgn semua orang??

Sedangkan saya juga adalah salah seorang yang telah merasai #ShakleeEffects

- - - - - - - - - -

Ok, I'm happy to help mana2 orang yang mempunyai masalah "nutrisi" ni. Bagaimana untuk jalani hidup yang lebih sihat dgn menjaga NUTRITION INTAKE.

Kalau ada sebarang masalah, jgn segan2 k utk chit chat dgn saya.

I'm happy to give d best consultation for u :)

Nor Maslina Hatar
012-2671054

Thursday 16 February 2017

ALFALFA - MILK BOOSTER TINGGI NUTRISI

Sempena meraikan 100hari penyusuan baby Aamina. Saya terpanggil untuk menulis tentang MILK BOOSTER. Adakah milk booster yang kita ambil untuk memperbanyakkan susu itu cukup berkhasiat? Cukup nutrisi? Dan yang lebih penting. Cukup untuk membuatkan susu berkualiti?

Suatu masa dahulu saya juga wanita bekerjaya. Waktu kerja 9am - 6pm. Namun jarang sekali pulang tepat pada waktunya. Malahan saya juga wajib bertugas di luar kawasan sebulan sekali. 2 3 malam meninggalkan keluarga juga anak kecil.

Pulun habis-habisan mengepam susu di waktu pejabat untuk bekalan anak kecil di TASKA. Pekak telinga bila di katakan sepelet. Letih, lesu, muka ketat, kulit kusam usah di tanya.

Stess melihat susu ibu lain melimpah ruah. Hasil diri sendiri hanya lebih kurang 5oz - 6oz setiap sesi. Bawa pulang kurang dari 20oz setiap hari.

Waktu ini memang sangat-sangat memerlukan milk booster. Cuba lah pelbagai benda itu dan ini. Kopi, halba, lobak putih, kurma/longan kering, daging kambing, durian dan banyak lagi.

Niat asal untuk memenuhi keperluan si kecil kadang kala bertukar menjadi PERLUMBAAN. Susu siapa paling banyak? Pada di satu sisi ia ibarat motivasi. Tapi di satu sisi yang lain kita terlupa. Adakah susu yang banyak itu benar-benar BERKHASIAT atau sekadar air pengering tekak.
Saya tidak berniat meragui SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK SI MANJA. Namun pernah kah kita terfikir kuantiti atau kualiti yang kita cari?

Kerana persoalan ini lah. Maka suka untuk saya berkongsi tentang sejenis herba yang di panggil ALFALFA. Salah satu herba yang digunakan sebagai MILK BOOSTER.

Alfalfa juga di kenali sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN. Dan kerana itu lah Alfalfa merupakan milk booster yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Di mana nutrisi tersebut tidak terdapat pada kebanyakkan buah-buahan & sayur-sayuran.

Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, zat galian, vitamin, enzim & fitokimia.

APAKAH PERBEZAAN ALFALFA COMPLEX SHAKLEE?

.. Ia diperbuat daripada tanaman Alfalfa yang di panggil MEDICAGO SATIVA. Ia di tanam secara organik di California yang bebas dari pestisid & herbasid. Ia menggunakan baja bebas kimia.

.. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa.

.. Ia mengambil masa 2 tahun (tahap kematangan mutlak) untuk membesar & akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

.. Daun-daun Alfalfa Shaklee dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

.. Bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

.. Daun-daun Alfalfa Shaklee yang telah di keringkan akan di biarkan menjadi serbuk sebelum di kompres menjadi tablet.

Bagaimanakah MILK BOOSTER anda? Adakah ia kaya dengan nutrisi bagi menghasilkan susu yang berkualiti?

Klik link ini untuk dapatkan ALFALFA Shaklee dengan segera.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c52caddded0b8beec90aa67a3b812622

Nor Maslina Hatar
Pengguna tegar Milk Booster Alfalfa Shaklee
012-2671054

Wednesday 15 February 2017

PERBEZAAN B COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum semua. Dan selamat pagi.

Hari ini saya mahu kongsikan maklumat penting mengenai B Complex Shaklee. Kenapa istimewa sangat botol comel ni?

Untuk pengetahuan anda, B Complex Shaklee:

.Mengandungi kesemua 8 vitamin B - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik & biotin.

.Kesemua komponen perlu ada untuk mendapatkan keseimbangan & keberkesanan yang optimum.

.Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang PERTAMA di dunia dengan kadar kebolehan serapan (bioavailability) yang sangat tinggi & berkualiti.

.Ini kerana asid folik tidak mudah untuk di serap oleh tubuh & kebanyakkan asid folik di pasaran bersifat sintetik.

.B12 dalam Shaklee (as Cyanocobalamin).
Ada juga yang menyebut sebagai Methylcobalamine.

.Salah satu fungsi PENTING B12 adalah TINDAK BALAS SARAF.

.Kebanyakkan vitamin B di pasaran jarang-jarang mengandungi B12 ini kerana kosnya yang agak mahal.

.Pernah di ceritakan oleh seorang rakan. Bila ibunya di serang sakit jantung. Dan doktor yang menyarankan ibunya mengambil Methylcobalamin.

.Begitu juga biotin yang kebiasaannya di gunakan untuk tujuan kecantikan. Jarang-jarang vitamin B di pasaran mengandungi biotin kerana kos yang mahal.

.Maka sesuai lah Shaklee menggelar ia sebagai B "COMPLEX" kerana padat dengan semua 8 jenis vitamin B.

Dan kenapa penting sangat untuk kita mengambil supplement B Complex ni?

.Kerana vitamin B adalah vitamin larut air. Sebarang lebihan tidak akan di simpan di dalam badan. Sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan.

.Anda mampu memilikinya dengan harga yang sangat berpatutan. 120biji sebotol. Dengan harga RM56.98.

Nor Maslina Hatar
Pengedar Sah Shaklee
ID 925356
012-2671054

Thursday 2 February 2017

PENYUSUAN & SAKIT PINGGANG

Bagaimana perjalanan PENYUSUAN anda? & adakah anda mengalami masalah SAKIT PINGGANG?

😭Sakit pinggang.
😭Sengal-sengal.
😭Otot rasa tegang seperti kramp.
😭Gigi pecah.

Banyak lagi sebenarnya gejala akibat kekurangan kalsium bagi ibu-ibu menyusu. Dan kerana gejala ini. Ramai yang give up.

Sayang bukan!

Usaha serta pengorbanan terkubur di tengah jalan.

Bila di tanya kenapa? Jawapan standard.

" Saya tak minum susu sebab saya tak suka susu. Saya tak boleh nak telan. Rasa nak muntah. Eeee "

Apakah solusinya? Biarkan diri mereput?

Di Shaklee terdapat satu produk yang terkenal dengan nama timangan PIL SUSU. Nama sebenar - OSTEMATRIX.

Pil ini bukan menambahkan susu ya ibu-ibu. Tapi ia:

🌻membantu meningkatkan ketumpatan tulang
🌻membantu masalah sendi
🌻membantu masalah sakit otot
🌻membantu menstabil stress/migrain
🌻membantu memberi kecergasan selepas penat seharian bekerja
🌻membantu melawaskan

Dan apabila pil susu ini bergabung tenaga bersama OMEGA GUARD. Hasilnya menjadi lebih baik.

Kenapa?

Kerana OmegaGuard bertindak sebagai:

💡melegakan keradangan.
💡membantu ibu-ibu untuk lebih fokus.
💡menstabilkan tekanan darah akibat stress kerja & menyusu.

So, tiada lagi alasan untuk give up.

Ibu sihat. Bayi gembira.
💕❤💖💟💝💘💗

Nor Maslina Hatar
SID 925356
012.2671054

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...