Thursday 15 January 2015

UmrahDec14Entry8 - Taman Syurga: Raudhah

Lama saya bercuti menulis tentang pengalaman umrah yg lepas. Maaf ya kerana saya mencari kreativiti terpendam!

Apabila kami di beritahu keesokan harinya kami akan di bawa menziarahi sekitar Masjid Nabawi termasuk Raudhah aka Makam Rasul, aku jadi teruja. Namun hati ku tertanya-tanya samada Rasulullah saw mengenali ku sebagai umatnya ataupun tidak! Ya Allah, berilah aku hati yg tenang utk bertemu dgn kekasih Mu ya Allah...

Bila masanya tiba, kami jemaah lelaki & wanita berpecah haluan. Namun di tengah perjalanan aku sempat memberikan Fatima kepada ayahnya kerana aku rasa pinggang ku agak sakit akibat menggendong nya terlalu lama. Kemudian Widad & Khadijah bersama kami jemaah wanita. Ku rasa perjalanan menuju ke Raudhah agak jauh dr hotel kami dan ia agak sunyi & terpencil...

Jemaah wanita dari Malaysia di ketuai oleh seorg mutawwif wanita agar komunikasi dgn wanita Arab yg menjaga pintu Raudhah menjadi lebih lancar. Setibanya kami berhampiran dgn pintu masuk, kami di arahkan duduk. Aka menunggu giliran secara berkelompok. Kelompok itu dapat ku lihat mengikut dari mana jemaah itu dtg. Kelompok kami terdiri drpd jemaah Malaysia, Indonesia & Singapura. Dan kelompok kami adalah kumpulan yg terakhir sekali utk menunggu giliran. Takpe... Kita sabar. In syaa Allah, kita punya rezeki bertemu dgn Rasulullah!

Ketika duduk menunggu, kami telah bermula memberi salam kepada Rasulullah saw serta sahabat baginda Abu Bakar & Umar! Berulang kali aku menyebutnya termasuk lah utk rakan2 yg mengirim kan salam. Aku harap aku tidak tertinggal kan mana2 nama mereka! Sayu je hati bila menyampaikan salam dengan harapan baginda akan mengenali ku.

Bila giliran kami hampir tiba, sememangnya aku berdoa agar segalanya berjalan lancar & punya ruang serta sedikit masa utk berdoa kerana ia adalah tempat di mana doa mustajab. Widad dan Khadijah ku pegang erat takut terlepas kerana jemaah dari seluruh dunia sgt ramai memenuhi ruang. Keadaan begitu padat & sesak! Namun kemudian Widad di pimpin oleh kakak/makcik ku. Tinggal lah Khadijah bersama aku.

Dalam kesesakan itu, tiba2 Khadijah menjerit... Ummi... Ummi... Cempit... Memang benar Khadijah tersepit di antara jemaah yg ada. Ada jemaah lain menyuruh agar aku menggendongnya utk mengelakkan dia dr lemas. Pada mulanya aku menolak kerana keadaan pinggang yg tidak begitu baik. Namun apabila suara Khadijah semakin kuat & dia mula menangis, ku gendongkan juga anak syurga ini. Aku bersyukur kerana Fatima bersama ayahnya ketika ini. Dalam hati tidak henti2 aku berdoa agar segalanya di permudahkan.

Sebelum aku memulakan solat sunat, ku lihat kakak ipar ku ingin beredar. Lalu ku minta beliau tolong menyelamatkan Khadijah dari terus tersepit & di himpit. Kini aku sendirian di Taman Syurga ini. Yg aku perlu awasi adalah perut besar ku & diri sendiri. Keadaan tolak menolak terus berlaku dan ia tidak sama sekali mematahkan semangat aku. Masa yg singkat ini ku guna kan sebaik mungkin. Wpun terpaksa bersujud di celah2 kaki jemaah yg lain, wpun terpaksa bersujud sambil kepala di pijak2, wpun terpaksa bersujud sambil di langkah2... Namun aku mampu bersujud sehingga ku rasa puas! Puas meminta kepada yg Maha Mengurnia! Puas mengadu kepada yg Maha Mendengar!

Dalam keadaan puas (tapi kaki umpama tidak mahu berganjak), aku terdengar penjaga Raudhah ini memanggil... Hajjah... Hajjah... (Sbg isyarat supaya kami keluar). Dgn hati yg berat, ku pergi jua dgn harapan agar mendapat peluang di hari yg lain. Namun, ini shj lah peluang yg aku perolehi utk umrah ziarah kali ini. Semoga berpeluang lagi d masa akan dtg... In syaa Allah!

Nota kaki: di tanah air, kita punya ruang solat yg luas. Masa yg lebih lama utk berdoa. Dan tiada siapa pun menghalau kita keluar dari masjid. Namun, adakah kita sering merebut peluang itu???


Wednesday 14 January 2015

Buku Merah

Alhamdulillah... Allah mengurniakan rezeki utk kami. Aku di sahkan mengandung anak yg ke4 & kini kandungan ku berusia 24w. 

Sejak aku di sahkan positif mengandung, seperti biasa aku melakukan pemeriksaan di klinik swasta (mungkin kerana sudah biasa dgn doc yg sama). Tapi bila kandungan ku berusia sekitar 18w doc dapati kedudukan uri ku rendah (type 2). Sama seperti aku mengandungkan Khadijah 4thn yg lalu. Dalam fikiran ku hanya membayangkan kelahiran secara czer akan berlaku semula. Wallahualam... Lantas memikirkan alternative kerana aku tahu cost kelahiran secara czer di klinik swasta sememangnya tinggi!!! Lalu aku mengambil keputusan utk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan Ibu Dan anak sebelum aku pergi mengerjakan umrah yg lepas.

Nasib ku kurang baik kerana nurse yg menyelia di kawasan perumahan aku cuti panjang. Dan aku hanya di beri tarikh appointment selepas pulang dari mengerjakan umrah. Maka sejarah baru tercipta. Pada 7jan2015 aku pun memiliki buku merah ini!!! Yeah...


Kerana pengalaman ini suatu yg baru dlm hidup aku, suka utk aku kongsikan di sini kerana ia telah mengubah persepsi aku sblm ini yg sgt skeptical... Haha di antaranya... Nurse/doc kerajaan yg garang2... Kurang Mesra dlm melayan pesakit... Agak kasar... Tidak senyum... Dll hehe jgn Marah Ya! Saya cuma kongsikan tanggapan kolot saya.

Saya di nasihatkan oleh abg saya agar keluar rumah seawal 6:30pagi. Dlm hati... Uishhh... Awal nya! Bawa urine awal pagi dari rumah. Dan jgn mkn apa2! Lapo tuh... Belum pegi lagi dah mcm2 syarat kena ikut. Tapi sebelum tu aku juga dah bersedia dgn beberapa dokumen perlu seperti Surat nikah original, salinan photostat IC suami, bil utilities Rumah original, record Mengandung yg dulu (tapi aku xde, so bw je la kad appointment sejak zaman Widad lagi).

So, aku tgglkan anak2 di rumah abah. Kemudian memandu sendirian & tiba di KKIA taman Sri Rampai pada pukul 7am Dan aku adalah org yg ke4 dlm barisan... Not bad! Tunggu la lbh krg 30min seblm pintu di buka. Pintu KKIA di buka pd 7:30am & perkhidmatan bermula pada jam 8:00am. Nama aku di panggil lbh krg jam 8:30am. Hehe sejam setgh tggu no giliran di panggil. Xpe... Senyum je... Nurse mula mengambil berat badan, ukuran tinggi & minta urine (Tp di sini bekas urine di sediakan namun tandas yg ada hy satu. Jd kena beratur). Mujur aku dh bw dr rumah. Lebih senang! Persepsi mula berubah bila nurse bertugas sgt mesra. Cthnya... Maaf Ya Puan, saya sentuh kepala Puan sikit Ya... Tandas di sana Ya puan. Ada bekas urine di sana. Puan tunggu saya di sana sekejap Ya! Ok Puan... Urina Puan normal. Puan duduk dulu Ya, tunggu sebentar nanti kami panggil. Haaa... Sungguh berbudi bahasa ok!!! Sape kata nurse kerajaan garang???

Masa menunggu lagi... Aku pun Makan selepas dpt green light dr nurse td. Bole makan rupanya melainkan hari ambil darah je. Ishhh... Sape la yg bgtau tuh? Mujur ku bawa twiggies Dan air kosong. Baru la lega sket rasanya. Kemudian nama ku di panggil lg! Puan... Sila ke bilik sana Ya utk pemeriksaan Gigi! Haah? Check Gigi??? Tak pernah plk sblm ni klinik swasta check Gigi waktu mengandung! Dah tu aku plk baru je telan roti coklat. Aduhhh... Malunya... Dentist Lantas bertanya... Dulu pakai pendakap Gigi? Ya jawab ku pendek. Masih guna retainer? Tak. Skrg Gigi stabil? Aku mengangguk! Ok. Itu saja. Puan tunggu di luar Ya. Nanti kami panggil.

Erm... Tunggu lagi... Pukul 10am agaknya nurse penyelia kawasan memanggil nama ku utk di interview ttg sejarah mengandung yg lepas utk di isi dlm buku merah. Byk soalan yg di tanya. Dan pjg lebar aku menjawab. Apa shj yg aku ingat aku beritahu seperti layar putih terbentang dpn mata menceritakan segala pengalaman lalu... Hehe bla bla bla... Nurse pun TAK berhenti mengambil segala maklumat penting. Sgt detail bermula berapa org anak, bagaimana bersalin, ada komplikasi ke, ada masalah ke, semua di tanya... Huh... Tulis tgn tu... 2copy plk tuh... Kesian plk aku tgk... Bersungguh nurse ni menjalankan tugas nya. Kemudian, nurse pulak explain ttg pemakanan sewaktu mengandung, persiapan bersalin, breastfeeding dll... Byk jg maklumat baru & yg sedia aku ketahui.

Teringat Di swasta dulu, doc tak tanya kita pun tak bgtau apa2. Kita nak ty pun kdg2 tak tau nak ty apa. Esp anak sulung. Dah 2 3 Kali mengandung baru la tau nak Ty apa. Itu pun biasanya hy 15min dlm bilik doc. Dah tu... Biasanya hanya ty... Ok ke doc? Doc pun jwb... Ok! Haha... Check 5min bil rm100+++ haha... Jgn Marah Ya... Ini juga perkongsian saya melalui pengalaman!

Ok... Sambung lagi... Lepas selesai fulfill buku merah... Nurse suruh dtg semula hari jumaat iaitu lusa utk minum air gula. Siap tulis dalam buku merah & pesan... Puan Mesti puasa Ya bermula jam 10pm sehari seblm dtg. Aku pun angguk. Ok skrg Jom ikut saya ke bilik doc, kata nurse td... Puan duduk sini Ya kejap lagi mereka panggil... Oh... Tunggu lagi...

Lama jugak aku tggu... Tp tetap senyum wpun perut dh start Lapo...

Pengalaman di bilik doc... 1st yg doc ty... Nak continue check di government ke swasta? Dlm hati aku ckp... Aik... Suka hati la... Hehe di sini la doc, aku jwb! Wpun sbnrnya Aku pun x sure lg... Ok. Kalo macam tu saya bg date appointment yg seterusnya. Kalo nak check kt swasta, tak yah la saya bg! Huh... Tegas doc ni. Penat agaknya dia melayan ramai pesakit. Doc pun mula ty apa maklumat penting dari doc swasta yg perlu dia tahu. Aku terus tunjuk gambar scan terkini Dan bgtau ttg uri rendah. Erm... Yup... Saya bole nampak di sini katanya... Doc Ty lg... Sblm ni pernah jd mcm ni? Pernah... Aku bgtau. Kandungan ke2 4thn yg lalu so, saya bersalin secara czer kecemasan! Bkn plan czer! Ok... Sila baring di sana...

Doc start scan! Tp aku xnampak sbb xde 2nd monitor mcm di swasta... Alahai... Xdpt tgk baby! Yup mmg rendah. Type 2. Separuh di bwh Dan separuh di atas. Wpun TIDAK menutup jln, Tp ia sgt dekat dgn kepala bayi awk. Kepala bayi awk skrg di bwh! Sedikit risau aku dgr. Tp lega sket bila doc ckp... Kita tggu next appointment, masa tu 28w=7bln. Masa tu baru kita boleh agak Samada awk perlu czer atau bersalin normal. Aku pun mengangguk. Sorry la ya Puan. Print scan kita x secantik di klinik swasta. Kalo Puan nak tgk clear, Puan bole la pergi di swasta. Sambil tu doc senyum... Hehe mmg xnampak apa pun doc! Sbnrnya... Puan boleh bersalin d hospital kerajaan wpun Puan xde buku merah ni. Xde undang2 pun yg ckp kalo nk bersalin di hospital kerajaan, Puan mesti ada buku merah ni! Kalo xpernah check d mana2 pun kami tetap terima. Tapi kami tak mahu la mcm tu sbb kalo ada masalah, pihak kami d persalahkan plk nnti. Terpulang pd Puan nk checkup di mana... Ooo br ku tahu... Salah maklumat aku ni... Aku pun kluar dr bilik doc...

5min kemudian, nurse yg MEMBANTU doc td memanggil aku Dan beri semula buku merah tadi. Dan dia ingatkn ttg appointment yg akan dtg. Ok. Skrg Puan Dah bole Balik. Sambil tersenyum aku ambil buku merah Dan ucapkan terima kasih! Jam menunjukkan jam 12:30pm... Fuhhh... 5jam setgh aku di sini. Tapi aku puas!!! Oh Ya... Perkhidmatan details ini PERCUMA ok. Cuma perlu korbankan masa anda.

Kini... Anda boleh decide... 30min di swasta berharga rm100+++ ataupun 5jam setengah secara PERCUMA di KKIA!!! Keputusan di tangan anda...



SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...