Wednesday 26 April 2017

6 CARA NAK DETOX BADAN

6 CARA NAK DETOX BADAN

1. PILIH MAKANAN YANG BETUL

Salah satu cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk DETOX BADAN adalah dengan mengurangkan toxin masuk ke dalam badan anda.

Bagaimana? Contoh: Pilih sayur-sayuran & buah-buahan organik.

Sebab? Makanan segera, makanan yang di proses, produk GMO - mengandungi racun perosak. Ini akan menambah toxin berbahaya kepada diet anda.

.
.
.

2. SENAMAM & MEDITASI

Senaman dan meditasi membantu mengekalkan badan yang sihat. Bersenam membantu anda berpeluh, dan berpeluh membantu toxin keluar melalui kulit anda.

Meditasi membantu anda mengosongkan fikiran & mengurangkan tekanan. Tekanan boleh meningkatkan kandungan toxin dalam badan. Seterusnya menyebabkan badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

.
.
.

3. DIET

Detox badan bukan hanya mengELAK makanan mengandungi RACUN. Tetapi ia juga tentang apa yang anda makan.

Amalkan diet yang sihat!

Terdapat banyak makanan yang membantu detoksifikasi - bawang putih, lemon, brokoli, kacang hijau, dan sayur-sayuran mentah.

.
.
.

4. MENAPIS UDARA

Bernafas dengan udara yang bersih adalah satu lagi cara untuk mengurangkan pendedahan toxin. Walaupun anda tidak boleh mengawal seluruh alam sekitar, anda boleh mengawal udara dalam rumah anda.

Asap rokok, bulu haiwan peliharaan, kulapuk, dan mikroorganisma boleh membuat udara di dalam rumah anda lebih toksik daripada udara di luar. Gadget pembersihan udara yang berkualiti tinggi adalah cara terbaik untuk menjaga udara segar dan bebas toxin.

Jika alat pembersihan udara berkualiti tinggi adalah di luar bajet anda. Anda boleh dapatkan beberapa tumbuh-tumbuhan yang sesuai di tanam di dalam rumah. Ia adalah penyegar udara alam semula jadi. Ia membantu menapis udara dan membuang toxin. Dan ia adalah jauh lebih murah.

.
.
.

5. AIR

Air sangat PENTING untuk detoksifikasi badan anda. Bukan hanya untuk DETOX. Tapi air adalah satu KEPERLUAN untuk sistem badan yang SIHAT.

Badan anda memerlukan air untuk menghasilkan air liur, peluh, dan menyingkirkan bahan buangan.

Air di sini bermaksud air kosong H2O, bukan kopi, atau minuman sukan, atau minuman ringan. Jika anda mempunyai masalah untuk minum air kosong, cuba tambah lemon atau timun dalam air anda.

.
.
.

6. DETOX BADAN SECARA LENGKAP

Detox badan yang lengkap adalah satu proses langkah demi langkah yang memberi tumpuan kepada setiap ORGAN DETOX.

2 CARA - 🐛mengHAPUSkan organisma berbahaya, bahan kimia dan logam toksik.

🐛memBERSIH USUS, HATI, dan DARAH.

Thursday 13 April 2017

Perbanyakkan protein sewaktu berpantang

Setiap kali selepas saya bersalin. Pihak hospital, tidak kita doktor atau jururawat. Tidak kira bersalin normal atau pembedahan. Mereka mesti pesan.

"Puan. Nanti balik rumah. Mesti makan banyak protein. Ikan. Ayam. Daging. Telur. Sayur dan bauh jangan lupa. Supaya luka cepat baik. Luka dalam. Luka luar. Ya puan. In syaa allah. Cepat sel-sel baru tumbuh."

Saya tersenyum.

Tapi saya memang suka ikan. Ikan haruan. Ikan merah. Ikan tenggiri. Ikan bawal emas. Tuan suami bakar dengan bawang putih serta pelbagai herba campur.

Memang sedap la kan. Makan panas-panas. Perghhh terangkat. Siapa kata makanan dalam pantang tak sedap? Akak selera aje.

Oh ya. Lobak merah. Lobak putih. Brokoli. Sawi. Pak choy. Dan sebiji epal merah setiap pagi. Wajib dik.

Alhamdulillah. Luka memang cepat sembuh. Badan sihat. Cergas. Bertenaga. Kulit muka pun merah kemerahan. Tidak la pucat lesi. Siap boleh masak sendiri lepas seminggu. Maklum la. Tuan suami dah masuk ofis.

Uols dalam pantang makan apa eh?

#GelombangShaklee
#ProjekPoster
#TofuMofuBofu

APA BERLAKU JIKA KURANG PROTEIN?

Makan protein terlalu sedikit boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:

🐬Tahap metabolisme rendah
🐬Masalah berat badan
🐬Masalah otot tidak pejal/kendur
🐬Tahap tenaga yang rendah dan keletihan
🐬Kurang daya fokus dan lemah dalam pembelajaran
🐬Perasaan tidak menentu dan perubahan mood
🐬Sakit otot, tulang dan sendi
🐬Perubatan gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis
🐬Penyembuhan luka lambat
🐬Imuniti rendah

#GelombangShaklee
#ProjekPoster
#TofuMofuBofu

Monday 10 April 2017

AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN

Makan protein terlalu sedikit boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:
Tahap metabolisme rendah
Masalah berat badan
Masalah otot tidak pejal/kendur
Tahap tenaga yang rendah dan keletihan
Kurang daya fokus dan lemah dalam pembelajaran
Perasaan tidak menentu dan perubahan mood
Sakit otot, tulang dan sendi
Perubatan gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis
Penyembuhan luka lambat
Imuniti rendah

Sunday 9 April 2017

BERAPA GRAM PROTEIN SEHARI?

Institut Perubatan mencadangkan, orang dewasa agar mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan setiap hari (atau 8 gram protein bagi setiap 20 paun berat badan).


Di Amerika Syarikat, bagi wanita berumur lebih 19 tahun. Pengambilan protein disyorkan adalah sebanyak 46 gram sehari.

Dan bagi lelaki berumur lebih 19tahun. Pengambilan protein yang disyorkan adalah sebanyak 56 gram sehari.

Food, Nutrition, Physical Activity, and the Prevention of Cancer: a Global Perspective. 2007, World Cancer Research Fund, American Institute for Cancer Research.: Washington, DC.

Melaksanakan Penyusuan dengan Ilmu

Breast feeding: Part 4
Perlaksanaan yang betul


Apa jua perkara yg kita ingin kita lakukan, perlulah dilakukan dgn ilmu. Bukan main hentam sahaja. Termasuklah menyusukan anak dengan susu ibu. Jangan ingat ia sesuatu yg natural, maka susu tersebut akan keluar dengan sendirinya & mencurah-curah macam air paip.

Oh tidak sama sekali!

Saya percaya dengan kecanggihan teknologi kini maklumat berkenaan teknik penyusuan boleh dapat di mana-mana. Tinggal lagi nak atau tak nak je. Di sini saya kongsikan dari pengalaman saya sendiri.

Ok. Yang pertama sekali. Kalau boleh (sihat & sedar selepas bersalin), susukan lah anak itu seawal mungkin kerana ia akan merangsang pengeluaran susu tersebut. Selain daripada itu,susu awal ini sangat bagus utk anak anda.

Yang keduanya. Setelah pulang ke rumah (dalam waktu berpantang,) susukan anak anda sekerap mungkin. Setiap 1-2jam (waktu siang) @ 2-3jam (waktu malam) walaupun anak itu tidur. Gunakan kreativity anda utk mengejutkan anak tersebut. Jika tidak berhasil. Pam kedua-dua belah payudara anda sehingga kempis. Simpan susu tersebut di dalam bekas penyimpan yang sesuai di dalam peti sejuk. Lakukannya semula 1-3jam kemudian. Dan seterusnya.

Yang ketiga. Apabila anda kembali bekerja, proses mengepam masih perlu di teruskan sekerap mungkin. Ini adalah contoh yg saya lakukan sewaktu saya bekerja dahulu:

7am: Susukan anak sebelum hantar ke taska.
10am: Sesi Pam yg pertama di pejabat.
1pm: Sesi Pam yg ke2 di pejabat.
4pm: Sesi Pam yg ke3 di pejabat.
7pm & sepanjang berada di rumah: Susukan anak seperti biasa.

Di antara 12am - subuh. Ambil lah peluang untuk mengepam sekurang-kurangnya sekali. Saya suka gunakan waktu ini untuk melakukan Power Pumping.

Yang ke empat. Sayangi diri sendiri. Makanlah makanan yang berkhasiat. Cukup semua kumpulan makanan. Nasi, Ikan, ayam, daging, telur, sayur, buah, madu, kurma, susu. Tak perlu berdiet kerana in syaa Allah dengan breast feeding anda akan kembali slim kerana kalori terbakar lebih banyak berbanding mereka yg tidak breast feeding.

Yang ke lima. Minum air kosong 2-3 liter sehari. Air kosong ya. Bukan coke, bukan kopi, bukan sirap. Tapi air kosong.

Yang ke enam. Jangan kedekut untuk beli supplement. Bukan hanya untuk hasilkan susu ibu yang berkualiti, tetapi untuk memastikan kita sihat, cergas & gembira. Tak kisah lah brand apa, janji ianya halal, selamat, berkesan & mesra alam.

Yang ke tujuh. Selepas kita berusaha sebaik mungkin, jangan lupa berdoa. Doa. Doa. Doa. Doa!!! Kita sebagai manusia perlu kembali kepada pencipta kerana Dia maha berkuasa. Semoga niat suci kita dipermudahkan oleh nya!

Sekian entry untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. In syaa Allah.

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...