Saturday 22 August 2015

Family outing 22Aug2015

Family outing

Lama sgt dh rs nya tak bw anak2 syurga ini pg jln2. So hr ni kami...

💛pagi2 keluar rumah menuju ke tmn tasik dato keramat. Melakukan aktiviti fizikal. Lompat. Lari. Panjat. Gelunsur. Buai. Jongkang jongkit. Yg paling excited sudah semestinya khadijah. Bergerak aktif umpama xboleh berhenti. Aktiviti dilakukan dgn sgt yakin. Kelihatan lupa gadget2 di rumah. Lupa juga utk menggaru sana sini. Ayah bilang kamu bakal olahragawati sek dgn syarat dewan itu mesti sejuk. Ada2 aje ayah tu...

💛widad kelihatan control ayu. Hy main buaian pd permulaan waktu. Fatima pula seakan takut melihat ramainya kwn2 hr ini. Peluk ayah sgt erat. Tp akhirnya mereka juga "join the club" krn melihat kegembiraan mereka yg lain. Tak boleh tahan barangkali.

💛 Haaa habisss semua mainan kat situ mereka main. Dah penat. Rehat skjp. Minum milo ais. Pastu smbg main lagi. Hampir 2jam kami biarkan anak2 bermain puas. Lama juga pujuk di ajak pulang. Namun jwpn yg ummi terima adalah "tak nak. Blom habis main lagi". Ummi & ayah sudah lapar sbnrnya. Blom bfast rupanya. Anak2 juga pasti lapar. Tapi mgkn terlupa krn main lbh membahagiakan. Akhirnya kami umpan naik LRT.

💛mula2 ingatkan ummi. Widad. Khadijah & umar je naik LRT blk ke stesen sri rampai. Manakala ayah dgn fatima pula naik kereta ambil kami di sana. Namun rancangan berubah krn fatima menangis nak naik LRT juga. Akhirnya... kami semua naik LRT ke KL Sentral. Kali ini widad pula kelihatan lbh excited. Jln laju tgglkn kami d blkg. Khadijah mata layu di tiup udara sejuk si penghawa dingin. Fatima pula peluk ayah erat krn gayat. Mcm2 ragam dr si anak.

💛Erm... nak buat ya di KL Sentral? Haaa... Makan... yeah... melayan perut keroncong. Tiba d KL Sentral anak2 terberhenti jln minta di belikan jajan dahulu. Alahai anak... kemudian kami smbg brjln mncr foodcourt d tgkt3 NU Sentral. Bole thn cantik di sini. Byk pilihan mknan. Kami cr sudut duduk yg sesuai. ayah belikan nasi ayam utk anak2. Mee kari utk ummi. Dan laksa utk ayah. Air bali & laici kongsi ber5. Hehe

💛selesai mkn kami ke toilet. Cr toilet insan berkerusi roda agar kami semua boleh masuk serentak. Haha... gitu la gayanya bila keluarga semakin ramai & ahlinya comel2 belaka. Jika tidak begitu pasti ada yg berlari mengukur keluasan shopping complex pula nanti. Ummi pula tiba2 tukar jd jaguh pecut mengejar mereka. Haha itu sbb la kurus

💛selesai urusan... kami pun pulang semula menaiki LRT & ambil kereta d tmn tasik. Dlm perjlnan anak2 masih bertanya... kita nk pg mn lg ni? Haha blom puas rupanya. Bila di sebut blk rumah... semua buat muka monyok tanda protes. Lain kali kita jln2 lg ya sgy...

💛tiba d rumah ummi & ayah sangka anak2 akan tidur kepenatan. Tapi rupanya tenaga mereka masih hijau. Ummi & ayah yg beradu krn bateri kami dh merah. Hehe

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...