Wednesday 26 August 2015

Ummi anak 4

Alkesah cincin berukir 'Mat Mas 1 Sept 07'... ia merupakan simbolik bagaimana bermulanya kisah kami sekeluarga 6 beranak. Ia merupakan cincin merisik kami 8thn yg lalu.

Utk entry kali ini... Saya bukan mahu bercerita mengenai kisah percintaan kami. Tapi saya mahu kongsikan toleransi kami suami isteri bila kami punya 4org anak syurga.

Berhenti bekerja sebenarnya telah mengajar saya cara2 sebenar menjadi seorg ibu.
--------------------------------------

Sedikit flashback... dahulunya saya adalah seorg officer di sebuah syarikat peruncitan antara terbesar di Malaysia. Waktu bekerja saya adalah 9am - 6pm. Kadang kala hari gelap keluar rumah. Dan dah gelap juga baru tiba di rumah. Ada masanya hujung minggu juga turut di panggil bekerja. Dan rutin outstation sekurang kurangnya sebulan sekali 3hari 2mlm adalah perkara biasa.

Sewaktu bujang... rutin ini sgt menyeronokkan. Namun bila berkahwin dan punya anak saya rasakan rutin ini telah merampas masa bahagia kami sekeluarga. Hati saya cemburu bila anak sulung saya sgt rapat dgn ayahnya. Padahal sakit melahirkan dia masih terasa hingga kini.

Selepas waktu bekerja... Anak2 di jaga baik oleh suami saya setiap kali saya tiada d rumah. Memang padan lah mereka rapat dgn ayahnya kan. Semakin tidak tenteram hati saya setiap kali mahu meninggalkan Khadijah dulu... saya sgt risaukan susunya tidak cukup. Kerana beliau 100% menyusu susu ibu selama 12bulan. Saya bagai penjual aiskrim susu satu ketika dahulu. Setiap kali kerja di outstation... saya pasti membawa bekas polistrin putih ke hulu ke hilir utk menyimpan susu perahan saya. Hehe kenangan yg tak dpt saya lupakan. Tidur d katil empuk hotel 5bintang juga belum tentu nyenyak bagi saya...

Kemudian... bila mengandung kali ke3 jiwa saya semakin memberontak utk meninggalkan kerjaya. Mana mungkin saya tinggalkan 3org anak pada suami utk di jaga setiap kali saya tiada di rumah. Sudah lah pulang ke rumah sentiasa lewat setiap hari. Dan selama kelewatan itu juga lah suami saya siapkan makan malam utk kami sekeluarga. Hanya Allah yg tahu perasaan saya ketika itu...

Mmg saya pulang dgn senyuman kerana anak2 menjerit riang menyambut saya di muka pintu. Namun kegembiraan itu terbantut bila mereka mula merengek mahukan itu ini. Ummi yg letih baru pulang tiba2 bertukar jadi org asing. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Terjerit termarah bagaikan tarzan di hutan. Terbantut juga perkembangan tumbesaran mereka. Akhirnya mereka tidur hampa. Sangat kesian kan...

Jika di kenang... saya rasa saya lah ummi paling tidak sporting pada waktu itu. Ummi paling tidak mahu mendengar celoteh anak2. Dan ummi paling tidak tahu menyalurkan kasih sayang. Sgt sedih bila di kenangkan kembali. Melihat wajah anak2 tidur tanpa gurau senda. Hukhukhuk

Allah maha mendengar bukan. Allah makbulkan doa saya utk bekerja sepenuh masa di rumah. Ia bermula semenjak Fatima anak ke3 saya berusia hampir 3bln. Saya sgt gembira. Namun ia juga merupakan titik permulaan bila saya rasa saya lah ummi yg sebenar. Jeng jeng jeng

Utk permulaan Widad ke tadika waktu pagi. Pulang tghr di taska. Khadijah di hntr ke taska sepenuh hari. Dan saya di rumah menjaga baby Fatima. Culture shock berlaku kerana saya sudah hilang waktu privasi. Cth... waktu makan tidak lagi menentu. Kalau ada pun hanya sekitar 15min bkn lagi 60min seperti bekerja dulu. Waktu solat pula pasti beserta teriak tangis Fatima. Mandi tanpa sabun itu perkara biasa. Sambil memanggil Fatima... ummi ada sini. Fatima jgn nangis ya. Fatima tunggu ya... haha Dan saya sering menggendong Fatima ketika melakukan kerja rumah. Lenguh seluruh badan. Hanya kerana Fatima mmg tak mahu di letak dan susah utk tidur. Tidurnya hanya boleh senyap sunyi bagai di librari. Adehhh

Dan saya cuba menjaga ke 3 3 mereka bila musim sekolah tiba. Anak2 mmg excited. Namun ummi lunyai hari demi hari. Ada masa ummi menangis kerana rasa letih sangat. Ada masa ummi rasa dah tak mampu dah. Bila ayah balik... widad pasti menjadi CNN. Buat laporan.

Namun bila di kenangkan... apa niat kita yg sebenar? Kenapa meninggalkan kerjaya itu yg menjadi pilihan? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Saya istighfar...

Begitu lah hari demi hari. Saya belajar setiap hari. Mendidik hati & jiwa agar sentiasa bersabar. Agar sentiasa rasa seronok dgn tugasan sebenar sbg ummi. Belajar memasak agar keluarga dapat makan dari makanan air tangan ummi. Belajar menyuap mereka agar mereka kenyang. Belajar buat2 tak nampak rumah yg bersepah sepah. Belajar utk tidak jadi tarzan di hutan walau terkadang terlepas juga jeritan ooo... dan yg utama belajar melayan karenah anak2 yg berbeza beza.

Kini... anak bertambah lagi. Bilangan menjadi 4. Wpun widad ke tadika di siang hari. Wpun Khadijah & Fatima di taska sampai ke petang. Wpun hanya Umar seorg melekap sepanjang hari. Tugas masih tugas kan... tiada kamus mengatakan kami suri rumah hidup senang lenang di rumah. Goyang kaki. Makan tidur. Kami juga bekerja cuma dgn cara yg berbeza.

Ummi terus belajar memperbaiki diri kerana sangat jauh menghampiri sifat kekasih Rasul saw... Siti Khadijah ra.

Namun saya sgt bersyukur kerana kekasih saya... sahabat saya... dan bapa kepada anak2 saya jarang sekali mengeluh bila rumah bersepah sepah. Tidak pernah menolak pinggan bila mana makanan yg di masak tidak sedap. Tidak pernah bermasam muka dgn anak2 yg merengek di depan pintu menyambut dia pulang dari kerja. Masih terus bangun di waktu malam membancuh susu utk anak2. Dan masih masak di hujung minggu lauk hidangan istimewa.

Dia sgt memahami. Dia adalah kekuatan saya. Penyuntik semangat berterusan. Wpun tugasan kami berbeza namun tanggungjawab membesarkan & mendidik anak2 adalah sama.

Kisah ini tidak bermakna kami hebat. Tidak bermakna anda perlu meninggalkan kerjaya utk gembira. Kerana saya telah berukhuwah dgn mereka yg lebih hebat... berjaya dlm kerjaya masing2... dan tetap gembira bersama keluarga. Kita masing2 hebat dgn cara yg berbeza. Kita memilih jalan yg berbeza wpun niat yg sama.

Kisah ini hanya di simpan sbg perkongsian agar satu hari nanti anak2 akan lebih memahami erti sebuah pengorbanan.

Ikhlas... please come to me!!! 😊😊

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...