Monday 14 November 2016

KUNING

Assalam dunia. Salam subuh.

Pagi ni saya nak kongsi berkenaan KUNING. Tapi kisah ni bukan kisah saya. Namun ia memberi impak kepada saya dalam menghadapi situasi ini.

Ia panjang sedikit. Namun saya kongsikan agar anda juga mendapat manfaatnya.

Apa Nak Buat Bila Anak Prolonged Jaundice?
****************************************

Jika ada yang tanya Yani apa nak bagi kalau anak prolonged jaundice?

Hanya jawapan dia adalah SUSU IBU dan BERSABAR

2 benda Yani pegang selagi baby kencing berak dan berat naik secara normal ianya sudah baik.

Pengalaman anak yang prolonge jaundice buat Yani serik dan belajar banyak perkara. Susu kambing, anggur hitam, sengkuang, mandi air belimbing buluh, ubat homopati dan last sekali SUSU FORMULA!

Cukuplah takut-takutkan ibu, tambah-tambah mereka yang melahirkan anak sulung. Keep bf dan makanlah makanan berkhasiat untuk kualiti susu. Belajar teknik menyusu yang betul. Insyallah anda sudah di landasan yang BETUL 😉
==================

Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini. 

Bermula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi.

Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini.

"Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!"

"Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu."

"Awak ni ada susu ke tak? Kuning makin tinggi ni?! Awak nak tengok anak awak mati?"

Jika sehari dua kata kata sebegini diulangcakap, saya masih lagi boleh tahan. Tapi, bila masuk hari ke 4, nampak saja muka suami keesokan paginya airmata sudah tak tertahan lagi!

Saya menangis bagai anak kecil di hujung kerusi. Mahu balik bawa dengan anak kecil saya tak kira apa yg jadi. Nekad!

Kecoh jadinya Nicu pagi itu. Semua orang melihat saya dengan bermacam aksi wajah. Saya terus menangis menundukkan muka tidak mahu berbincang lagi dengan misi ataupun doktor.

Saya sanggup sain surat keluar hospital tanggung risiko. Tapi tidak berjaya kerana bacaan kuning fathi sangat tinggi! Mencecah 20.

Semasa itu, saya jadi terlalu konfius dan stres. Saya tak suka dipaksa dan itu anak saya!

Hinggalah datang seorang doktor pakar berbangsa cina yg katanya pengarah di situ merendahkan badannya untuk melihat mata saya dan bertanyakan nama staf nurse shift malam itu.

Tapi saya diam tidak memberikan sebarang nama.

Jika mahu tahu, bermalamlah di situ atau tanyalah ibu ibu lain siapakah gerangannya.

Doktor tersebut mencadangkan supaya balik ke rumah dulu dan berurut rileks tidur yg cukup.

Saya tetap tidak mahu kerana tak percaya kepada misi di situ. Empat hari di situ saya melihat sendiri bagaimana misi memberi susu kepada bayi yg ditinggalkan. Cara sendawakan bayi juga mahu jatuh jantung saya melihatnya.

Lama mereka memujuk saya. Semasa itu saya terfikir tiadakah yg dikenali sebagai rakan susu ibu yg boleh berikan pandangan ketiga?

Saya tidak kenal sesiapa. Tiada nombor untuk dihubungi supaya saya boleh dapatkan nasihat untuk susukan anak dengan betul. Anak pertamalah katakan.

Akhirnya, saya mengalah kerana terlalu penat untuk melawan lagi.

Balik ke rumah saya menangis lagi tanpa henti.

Apabila anak masuk kedua, Fatihah (2010), ia berulang kembali. Cuma saya sempat pulang ke rumah dan kemudian memilih untuk ke hospital berbayar supaya hati lebih tenang.

Anak ketiga, Fahmi (2013) sudah tidak sedih lagi dan bersedia secukupnya. Di hospital berbayar dan ambil wad seorang yg boleh letak bayi dan fototerapi di sebelah katil.

2014 barulah saya mendapat ilmu susu ibu seterusnya menjadi peer counsellor penyusuan susu ibu sepertimana azam saya satu ketika dulu.

Hanya selepas anak keempat, Farihin (2015) barulah dapat satu lagi ilmu yg sudah lama saya impikan selama ini.

Satu satunya ilmu yg amat berharga buat saya hingga mahu menangis saya dibuatnya! Ia umpama diberkati kerana akhirnya doa saya termakbul.

Kerana itu apabila Dr. Hairin Anisa buka 10 soalan berkaitan jaundis di grup geng pc untuk dijadikan rujukan aktiviti, saya terpaksa post soalan terlajak lebih kerana ia adalah soalan terkumpul hingga anak 4! Hihi.. Maaf kepada semua geng pc. 🙈

Melalui cakap cakap orangtua, hinggalah paling banyak membaca di FB membuatkan saya lebih tidak yakin selagi tiada fakta yg sebenar yg dapat menenangkan hati saya.

Ya, fatwa terbaik adalah hati. Dan saya perlu bertanya kepada "ahlinya" bagi menghormati ilmunya.

Bukan dengan mencedoknya di mana mana lebih lebih lagi menyamakan pengalaman dengan orang lain tanpa fakta yg jelas adalah proses tabayyun yg tidak betul.

Dan sekarang apabila terbaca tips peria katak yg direndam dengan susu kambing lalu dilumurkan pada badan bayi sebagai cara menghilangkan jaundis, ia membuatkan saya terlalu kecewa.

Apabila ada perkataan tips / cara, cepat sahaja tekan butang share tanpa bertabayyun dengan proses yg betul dan merujuk kepada ahlinya terlebih dahulu.

Selidikilah.

Membaca 5 cara bagi mengelakkan anak jaundis juga sudah lama saya amalkan tapi ia tetap juga berlaku.

Saya merayu. Mohon jangan cepat percaya!

Serba sedikit poin penting yg saya pelajari tempohari :

1. Kemuncak jaundis berlaku pada hari ke 7. Jika anak disahkan jaundis sebelum hari ke 7, adalah normal jika bacaan aob meningkat.

2. Prolonged jaundis berlaku apabila bacaan aob masih 10 ke atas selepas 14 hari.

3. Tiada apa yg dapat mengelakkan jaundis. Tiada juga amalan tertentu untuk menghilangkan jaundis dengan cepat. Ia bergantung kepada metabolisma bayi tersebut membina sel darah sendiri.

Lain bayi, lain tahap metabolismanya.

Tubuh badan manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Jangan sesekali menyamakan pengalaman orang lain dengan diri kita.

4. Apabila anak jaundis, sentiasa perhatikan warna najisnya. Selagi ia berwarna itu ok. Jangan risau.

Pastikan anak bangun menyusu sekurang kurangnya 8 kali dalam 24 jam.

Kerapkan menyusu (tidak sampai 2 jam) jika anak menyusu direct tidak sampai 10 minit tiap sesi. Menyusu pada sebelah yg sama bagi membolehkan bayi mendapat hindmilk (pekat).

⚠ Awas jika najis bayi tidak berwarna atau warna pucat. Perlu bawa berjumpa pakar kanak kanak dengan segera.

5. Prolonged jaundis mudah terjadi jika darah ibu O rhesus negatif. Bertenang. Ambil masa.

6. Apabila anak jaundis, ia hanya mengenai :

- teknikaliti penyusuan yg tidak betul seperti latching, masalah oral bayi, tidak mendapat hindmilk yg sepatutnya dsb

- ibu yg ada sejarah blocked duct atau bengkak susu (berpotensi bila anak kedua dan seterusnya)

- post partum issue seperti bleeding, stres dll

- jenis darah dan rhesus ibu vs bayi.

⚠ Jika terpaksa meninggalkan anak di Nicu sementara ibu selesaikan masalah lain berkaitan teknikaliti penyusuan seperti engorgement atau blocked duct, minta susu diberi kepada anak menggunakan cawan atau sudu bukan guna botol! Ini bagi mengelakkan nipple confusion.

7. Apabila anak jaundis sebab utamanya hanyalah kerana bayi tidak mendapat hindmilk yg mengandungi banyak fat daripada lactose. Manakala foremilk (susu cair) mengandungi banyak lactose daripada fat.

Hanya susu ibu saja yg mengandungi fat (asid lemak yg tidak boleh didapati pada sumber susu lain).

8. Apa jua penggunaan / sapuan luaran juga tidak membantu kerana tidak mengandungi fat untuk dicernakan bagi pengeluaran bilirubin. Malah lebih berbahaya kerana ia boleh menyerap melalui kulit dan boleh terjadinya keradangan.

9. Sebaiknya hubungi PC / LC berhampiran anda kerana ia perlu dilihat apakah masalah teknikaliti penyusuan yg sebenar (isu berbeza dari seorang ibu dengan ibu yg lain) dan bagaimana untuk mengeluarkan hindmilk yg berada hanya di belakang foremilk.

Setiap isu itu unik.

Jangan sesekali pukul rata semua isu berpandukan pengalaman peribadi.

Ia mungkin baik untuk dia belum tentu baik bagi anak kita.

Keep calm and continue bf...❤❤❤

Pesanan penaja :
Burpkan baby selepas menyusu tidak kira direct atau botol. Tidak kira juga ketika di rumah atau dalam kereta. Pastikan anak burp. Wajib!

Thursday 10 November 2016

AFTER 48 HOURS

Sesiapa yang pernah bersalin secara pembedahan mesti fobia dengan 3soalan ni.

1. Puan dah kentut?
2. Puan dah turun katil & jalan ke toilet?
3. Puan dah kencing? Berak?

Haaa tu dia. Pitam nak jawab. Jawab jujur karang tak boleh balik pulak. Kalau tipu karang, apa-apa jadi kat aku kat rumah nanti. Aku jugak yang susah.

Erk...

Akak faham dik. Ini dah kali ke3 dah. Mungkin pengalaman banyak mengajar akak untuk lebih bersedia. Nerves toksah cakap la kan. It always be.

In syaa Allah. Dengan persiapan awal serta doa kepada Allah. Segala urusan kita di permudahkan.

Lets share the latest experience. Kata orang putih la.

Akak melahirkan anak ke5 ni pada pukul 9.55am pada 9 Nov 16. Gedebak gedebuk. Pukul 12pm baru kembali ke wad. So, sebelum masuk OT tu. Akak dah siap membuang apa yang patut la. Sebab tau dah. Nanti depe masukkan tiub kencing. Lama tak boleh ke toilet.

Balik je wad. Akak minta tolong En. Suami ambilkan MINYAK HERBANIKA NR & sapu pada kaki. Dari bahagian peha hingga ke bawah tapak kaki. Maklum la. 3jam dalam OT dik. Kaki tak bergerak kan. So bila sapu minyak ni akan rasa panas & berkeupayaan menggerakkan kaki semula seperti biasa.

Jangan gelak ya dik. Akak bukan manja ke mengada ke. Ini kenyataan tau. Haaa tak lama lepas tu akak pun dok prottt prottt le. Dapat sekali dua pun lega tau dik. Boleh la ulang-ulang 2 3 kali sehari ya.

Boleh juga sapu di bahagian leher. Bahu. Dahi. Tangan. Serta titiskan beberapa titik atas pad untuk efek dalaman juga. Eh... senyum pulak dia. Ini betul-betul ni. Bukan cobaannn.

Ok? Kita sambung ya.

Pastu esok paginya 10 Nov 16. Pukul 6am. Lebih kurang 20jam kemudian. Nurse pun cabut la tiub kencing. Wahhh akak seronok betul. Sebab akak ni penggeli sikit. Benda-benda yang tak basuh ni buat akak geli geleman. Haha

Bila tiup ni dah dicabut. Kita di beri masa 6jam untuk kencing secara normal. Nampak senang kan. Tapi kalau salah gaya. Payah nak keluar tau. So, akak pun pulun la air kosong sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah. 3jam kemudian. Akak pun berjaya la kencing seperti biasa.

Yeeehaaa. Ko jangan gelak dik.

Dan selepas 48jam. Perkara paling di geruni oleh setiap wanita bersalin. Ya. GERUN TAHAP GABAN. Akak berjaya poo poo dengan mudah & lancar. Tanpa perlu meneran. Tanpa sembelit. Sekali nafas je dik. Haaa tu dia. Punya la gumbira akak dalam toilet. Senyum sorang-sorang. Hanya Allah yang maha melihat.

Macamana tu kak? Akak makan apa? Meh akak share.

Akak kan bersalin kat hospital kerajaan. So makan nasi hospital la dik. Tak banyak. Sikit mesti makan. Lapo wei. Bedal je la apa yang ada. Tak boleh nak cerewet sangat masa ni.

Cumanya. Akak memang banyak minum air kosong suam. Atapun OAT + 2 SUDU ESP. Cuba la elakkan minum air milo ke vico ke. Akak takut sembelit.

Cukup masa biasanya selepas sarapan nurse akan bekalkan pada akak vitamin keperluan asas. IRON. ACID FOLIC. B COMPLEX. VITAMIN C. Serta ubat tahan sakit. Semua akak telan ikut jadual.

Tapi lepas lunch. Akak pulun Shaklee pulak. VITALEA MULTIVITAMIN. B COMPLEX. VITAMIN C. ZINC. ALFALFA. Sebelum tidur OSTEMATRIX.

Nak cepat sihat kan. So kita tak boleh la nak ngelat. Nak jaga baby lagi. Nak susukan baby lagi.

Dan kali ni alhamdulillah. Doktor & nurse semua pun beri kerjasama yang memuaskan. Dari segi pembedahan, penyusuan, tolong jagakan baby semuanya saya bagi score 9. Kita pun jangan le asyik nak komplain tak tentu pasal. In syaa allah. Allah bantu & mudahkan urusan kita.

Dan seperti yang dijangka. Akak keluar hospital pada hari ke2 selepas pembedahan. JUMAAT 11 Nov 2016 selepas solat Jumaat. Alhamdulillah.

Wednesday 9 November 2016

BELUM BERNAMA

Aku di tolak masuk ke dalam ruangan OT sekitar jam 9am. Di beri penjelasan sekali lagi tentang beberapa procedure yang akan aku lalui.

Ya. Hari ini 9 Nov 2016. Satu lagi detik sejarah yang bakal aku lalui.

Aku agak berdebar sejak semalam setelah di beri penjelasan terperinci dari SURGEON DR. NURUL JANNAH yang hanya berusia 28tahun. Penjelasan berkaitan risiko yang bakal di hadapi. (Kita tulis kemudian ya).

Dan di akhir penjelasan tersebut. Doktor berpesan agar aku menunaikan solat hajat agar pembedahan berjalan lancar.

Sekitar jam 9.10am. Aku di tolak masuk ke dalam Dewan Bedah 1.

Bermula dengan menerima injection epidural di bahagian tulang belakang. Serta memasukkan tiub saluran kencing. Maka pembedahan pun bermula.

Alhamdulillah. Bayi ke5 dalam keluarga ku lahir ke dunia pada jam 9.55am. Aku dengar suara tangisnya. Lalu salah seorang team menunjukkan bayi tersebut kepada ku untuk mengesahkan jantinanya. Ya. Bayi PEREMPUAN.

Prosedur selebihnya agak panjang. Aku ngantuk. Namun feel bersalin sejak anak sulong. Aku gagal melelepkan mata.

Di antara waktu itu. Aku sekali lagi di pertemukan dengan bayi ku. Namun kali ini dalam keadaan yang sudah dibersihkan.

Pembedahan berakhir sekitar jam 11.10pagi. Tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada Dr. Nurul Jannah. Aku dibersihkan segera. Dan ditolak ke RECOVERY ROOM.

BP kurang stabil kerana aku menggigil kesejukan. Pertugas yang bertugas terpaksa menenangkan badan ku yang menggigil. Dan akhirnya BP normal berjaya di ambil. CIK AMIRA namanya.

Suhu badan ku sekitar 36.5'C. Alhamdulillah. Segalanya normal. Darah beku yang masih bersisa juga telah dikeluarkan.

Sekitar jam 12pm. Aku kembali ke wad. Aku melambai suami ku. Kasihan. 3jam menunggu aku di luar. Sempat lah beliau sarapan serta membaca surat khabar. Untuk mengisi masa lapang.

Alhamdulillah. Kata suami ku. Aku kelihatan lebih tenang dan ceria. Berbanding selepas pembedahan yang sebelum ini.

Aku hanya tersenyum. Aku sangat bersyukur. Proses pembedahan berjalan lancar. Aku juga lebih cergas. Kurang merasai kesakitan. Mahu rasanya melakukan sujud syukur.

Namun belum berupaya. Hanya menyambung zikir di dalam hati.

Terima kasih Ya Allah. Atas segala rahmat dan kasih sayang mu. Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.

Amin.

Tuesday 14 June 2016

GOUT

KAKTUS DI KAKI KU 
================

"Mak saya memang menderita Gout bertahun dah lamanya. Bagi oste, omega, ajht alhamdulillah dah tak rasa sakit lagi. Sekarang ni proses berurut dan terapi. supaya mak boleh berjalan normal. Sebelum ni huyung hayang berjalan. InsyaAllah lepas ni mak boleh berjalan normal kembali"
.
.
"Alhamdulillah, suami saya tak diserang gout lagi. bisa kaki pun hilang sejak beliau ambil Alfalfa, oste dan omega. Sekarang continue makan untuk hilangkan rasa penat dan kuruskan badan"
.
.
" Pejam celik dah lebih 7 bulan suami saya menjadi pengguna tegar Alfalfa dan Omega. Dahulu boleh dikatakan setiap 2 bulan pasti dapat cuti debab kaki bengkak diserang gout. Kesian sangat, muka pun kadang-kadang bengkak sebab alahan.

Tapi kini selepas 7 bulan menjadi pengguna tegar Omega dan alfalfa, alhamdulillah tiada lagi bengkak kaki, tiada lagi alahan malah kembali cergas bekerja"
.
Haa tu dia perkongsian dari beberapa sahabat yang tahu bagaimana menderitanya diserang gout.
Alhamdulillah supplement Shaklee menjadi asbab penyembuh kepada penderitaan ini.
.
Jom bantu sahabat-sahabat disekeliling kita yang menderita gout.
.
Berikan no saya untuk saya bantu mereka. 012.267.1054
.
Sharing kan Caring 😝

Sunday 22 May 2016

IBU MESTI BERILMU

IBU MESTI BERILMU

Pernah tak dulu-dulu kita dengar? Orang perempuan tak perlu la belajar tinggi-tinggi. Nanti ke dapur juga akhirnya.

Haaa ni akak nak kongsi cerita sikit.

Akak dulu kerja juga. Saya berkelulusan Ijazah 2nd Class Upper. Saja nak bagitau la. Lama tak lama 9tahun juga akak kerja tau. Tapi akak ambil keputusan duduk di rumah. Uruskan rumah tangga & #JualShaklee. Eh terMarketing pulak.

Ok. Back to the point. Bila akak mula duduk di rumah. Akak rasa down. Sebab kurangnya ilmu RumahTangga. Kurangnya ilmu tangani anak-anak. Kurangnya ilmu masak memasak. Serba serbi rasa tak kena. Menangis juga di bucu katil.

Tapi oleh kerana akak ingat. Cari la ilmu selagi hayat di kandung badan. So kita jangan cepat putus asa. Yang penting kita tak perlu aim untuk jadi SUPERWOMEN sangat. Kerana kita manusia LUAR BIASA. Hihi

Yang akak nak tekankan. Bila kita ni punya anak. Terutama lebih dari seorang. Kita perlu kenali karektor anak-anak. Mereka ni berbeza tau walaupun keluar dari perut yang sama. Nak tangani & dekati mereka pun mesti cara yang berbeza.

Bagaimana nak buat tu? Haaa yang itu ibu sendiri perlu kaji selidik. Banyak baca buku. Dekati mereka berpengalaman. Dan sabar. Sabar. Sabar.

Tapi satu yang saya pegang. Yang salah tetap mesti di hukum. Dan yang benar tetap di beri penghargaan. Caranya... you decide!

Hihi kasut kegemaran mereka pun dah menggambarkan karektor mereka. Nampak sangat mereka berbeza kan. Ok. Good luck untuk semua ibu di luar sana.

Anda ibu LUAR BIASA! 😍😍😍

Monday 4 April 2016

2minit Cegah Diabetis

Diabetis antara penyakit ngeri yang kerap menyerang sekarang ini. Hatta kanak-kanak juga semakin ramai terdedah dengan masalah diabetis.

Ambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit ini dari terus menghantui anda.

1. Tolonglah kurangkan berat badan tu, kerana berat badan yang overload boleh menyebabkan penyakit ini mudah "menghinggap"

Jaga diet seharian, kurangkan nasi lebihkan sayur.

2. Kalau masak tu, kurangkan lah makanan berlemak. Terutama kaum ibu, kalau sayangkan kaum bapa. Cakna apa yang ibu-ibu masak. Apa kata kita ubah pada makanan yang berkukus, grill, rebus dan sebagainya.

3. Rajin sikit, semak Indeks Glisemik makanan. Jangan masuk mulut je semua yang lalu depan mata. Makanan yang tinggi Indeks Glisemik ni mudah menukarkan glukos atau gula dalam darah.

4. Susah sangat nak minum air putih. Hari-hari dok layan teh tarik, sah tu lunch ambil air gas, malam air oren. UBAH sekarang. Minum air putih 2-3 liter sehari. Janganlah minum sekali arung. Sikit-sikit tapi kerap. Eh kalau ambil air putih lagi kerap, uols akan bertambah kacak dan jelita tau.

5. Sudah-sudahlah asyik mengunyah makanan ringan. Tak cukup tu, kuih-muih yang kaya dengan gula, kek-kek yang berwarna warni dan sebagainya. Ini antara penyumbang terbesar diabetis tau.

6. Ambil susu tepun atau susu rendah lemak. Bukan hari-hati layan susu sejat krimer tu. Memang nikmat layan teh tarik atau kopi tarik yang dicampur susu manis ni. Lagi lah kalau layan dengan roti canai mamak. Tapi percayalah lagi banyak anda minum lagi cepat kebarangkalian kaki nak kena potong tu lagi tinggi.

7. Haa ni satu lagi, tolonglah pergi bersenam. Tak payah lah sampai macam nak masuk olimpik latihannya kan. Cukup berjalan sekeliling taman, tukar dari gunakan lift kepada turun naik tangga dan sebagainya.

Pesanan ini untuk ingatan bersama. Bukankah dituntut untuk berpesan-pesan walaupun hanya sepotong ayat.

Bukan apa, bila sakit bukan sahaja kita menderita. Tapi ahli keluarga turut sama rasakannya.

Ingin dapatkan konsultasi dan nasihat tentang diabetis. PM saya, mari saya bantu.

012.267.1054

Thursday 3 March 2016

Kekerang

Eee GELI LA. Saya tak makan ikan haruan

Asal nak bersalin je sibuk cari ikan haruan. Yang hairannya, bukan setakat bersalin. Kanak-kanak bersunat pun orang kita memang akan susah payah cari ikan haruan.

Kenapa ek? Orang kata cepat baik luka. Erm... betul ke? Kalau orang tu tak suka ikan haruan macamana pula ya?

Korang tahu tak? Ikan haruan kaya dengan Zink. Zink ni sangat sinonim dengan nutrient yang boleh bantu mempercepatkan proses baik pulih luka dalaman. Selain ikan haruan kita juga boleh pilih kekerang sebagai akternatif. Antaranya:

TIRAM kaya dengan Zink yang berfungsi sebagai "kenderaan" membawa oksigen ke seluruh badan. Ia bagus untuk saraf. Elak dari rasa kebas-kebas yang menyakitkan.

Tiram juga mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Oleh itu ia juga bagus untuk penyembuhan luka.

Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah. Bagus untuk kesihatan jantung dan kawal tahap kolestrol.

Tapi kalau kekerang pun tak suka boleh ambil Zinc Complex dari Shaklee. Lebih mudah. Buka botol. Ambil sebiji. Dan telan bersama air putih. Selesai.

Tuesday 1 March 2016

Bayi menolak menyusu. Kenapa?

Terdapat beberapa sebab bayi menolak penyusuan dan yang paling biasa ialah:

🍼 Bayi anda tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika anda mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.

🍼 Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).

🍼 Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang anda keluarkan apabila dia menggigit buah dada anda.

🍼 Bayi anda mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.

🍼 Selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.

🍼 Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.

🍼 Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.

🍼 Anda terlalu kerap tidak mengindahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu.

🍼 Rutin bayi anda telah terganggu sebab anda berpindah rumah atau anda kembali bekerja.

🍼 Bayi berpisah dari anda untuk jangkamasa panjang yang luar biasa.

ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.

Sunday 28 February 2016

Sayur di waktu pantang

BAHAYA SAYUR KETIKA BERPANTANG

Umum mengetahui sayur adalah makanan terbaik untuk kesihatan. Tapi harus sedar. Tak semua sayur sesuai diambil semasa berpantang.

Antara sayur yang boleh diambil semasa berpantang ialah sayur sawi, peria, lobak merah dan lobak putih.

Pengambilan sayur sawi adalah bertujuan untuk membuang angin. Sayur peria pula memudahkan ibu untuk membuang air besar di samping membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Manakala ulam dan rempah ratus seperti halia, serai, lengkuas, bawang putih, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, pucuk ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup adalah ulam-ulaman yang kaya dengan fiber, zat galian mineral dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E yang bersifat antioksidan.

Ia berfungsi untuk mencuci darah, merangsang peredaran darah, menyembuhkan luka dalaman dan luaran, membuang angin dalam badan, mengembalikan tenaga dan kecergasan badan.

Saturday 27 February 2016

Berbengkung

BERBENGKUNG! NIKMAT ATAU SENGSARA?

Antara nikmat berbengkung ialah;

🐜 Kembalikan bentuk tubuh badan asal dan membantu mengempiskan perut selepas bersalin

🐜 Cepatkan proses pengecutan rahim. Mengelakkan rasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin

🐜 Beri sokongan pada perut apabila bergerak dan mengawal pergerakan supaya bergerak dengan kadar yang perlahan

🐜 Bantu proses penyusuan kerana postur badan yang baik ketika berbengkung

🐜 Melindung organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal

🐜 Pecahkan lemak dan selulit

🐜 Mencegah dari makan berlebihan

🐜 Rapatkan vagina yang telah regang dan longgar

Namun jika tidak berbengkung. Kemungkinan yang dihadapi ialah:

🐡 Perut jadi buncit, menggeleber dan susah untuk kempis kembali

🐡 Senang rasa lenguh badan

🐡 Sukar untuk mengembalikan saiz punggung kepada keadaan asal

Jadi, pilihan ditangan anda. Mahu nikmat atau sengsara.

Hubungi saya untuk dapatkan Set Berpantang pilihan ramai Ibu Jelita.

012-267 1054

Friday 26 February 2016

Air sewaktu berpantang

PANTANG KERING KONTANG

Teringat kisah seorang teman, yang berpantang dengan mertua. Setiap hari menangis dan akhirnya terganggu jiwa.

Maklumlah orang pantang ni sensitif sikit. Semasa pantang dijaga oleh ibu mertua. Ibu mertua sangat baik dan terlalu sayangkan dia. Sehingga mahukan semua yang terbaik untuk menantu tersayang.

Ibu asal dari kampung. Maka berpantang sudah tentu mengikut cara kampung sepenuhnya. Ok sahaja. Demi kesihatan sendiri katanya.

Tapi yang jadi masalah. Bila ibu terlalu berkira tentang air. Bayangkan sehari hanya dibenarkan minum segelas air.

Kulit mula pecah-pecah. Baby mahu menyusu lagi. Bagaimana mahu beri baby susu jika diri sendiri terasa kering kontang.

Suami juga tak mampu buat apa. Dia hanya mampu menangis. Sampaikan terpaksa curi minum air paip ketika mandi. Sadis sangat rasanya.

Sebenarnya air memainkan peranan penting semasa berpantang.

Ibu harus dapat cukup air. Badan kita perlu 13 gelas sehari. Bukan bermaksud minum 13 gelas terus sehari.

Minum macam biasa. Sedikit demi sedikit dalam tempoh 24 jam hingga cukup 13 gelas. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya.

Tiada kajian saintifik yang kata minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu.

Tetapi kurang air akan sebabkan penghasilan susu ibu terbantut dan lebih buruk ia boleh akibatkan sembelit.

Peritnya sembelit masa berpantang ni.

Oleh itu ibu-ibu jelita. Pastikan kalian dapat cukup air semasa berpantang ya. Jangan seksa diri semasa berpantang.

Thursday 25 February 2016

Sembelit waktu berpantang

Sembelit dikalangan wanita berpantang bukan perkara pelik. Malah ianya biasa dan lumrah. Saya sendiri punya pengalaman ngeri.

9hari tak boleh membuang ianya sangat menduga. Nak teran takut tertetas jahitan. Nak mencangkung lagi lah tak mungkin.

Masa tu belum lagi jumpa shaklee. Google punya google jumpa tips ni.

💩Ambil Diet Seimbang.
Pastikan ambil makanan yang kaya serat dan ambil buah serta sayuran setiap hari.

💩 Air Cukup
Kerap dengar orang pantang tak boleh minum banyak. Silap tu. Ambil air secukupnya terutama ibu menyusu badan. Ia dapat membantu memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

💩 Segera Ke Tandas
Elak sikap suka bertangguh untuk ke tandas. Kalau dah ada rasa mahu membuang terus pergi tandas.

💩 Duduk dan Baring Lama
Cuba untuk berjalan walaupun sedikit ia dapat membantu masalah sembelit dari jadi semakin parah

💩 Tandas Duduk
Ia amat mudah untuk ibu berpantang. Gunakan bangku atau alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

💩 Pelembut Najis
Boleh menggunakan ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor.

💩 Tarik dan Kendur Usus
Galak pergerakan usus dengan cara tarik dan kendurkan otot perut. Caranya ialah dengan dengan menarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan kemudian tolak otot perut dengan mengembungkan perut anda.
Lakukan secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga 10kali. Relaks kan lantai pelvik anda sewaktu senaman ini dilakukan.

💩 Jangan Biarkan Berterusan
Jumpa doktor dan jangan biarkan sembelit berpanjangan kerana sembelit yang berterusan akan menyebabkan buasir atau hemoroid dimana berlakunya pembengkakan pada salur darah vena yang terletak pada bahagian rectum dan dubur.

Tapi selepas saya berjumpa Shaklee, tiada lagi masalah sembelit. Kerana Ostemetrix sangat-sangat membantu melancarkan proses pembuangan ini sama ada ketika mengandung juga berpantang.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

Depresi bila tidak betul berpantang

" Hidup bersama-sama ibu yang gila sangat-sangat menakutkan. Ibu penghidap meroyan api. Mood swing ibu sangat-sangat ketara.

Bila ibu marah, saya dan bapa akan memencilkan diri. Ibu pernah lumur muka saya dengan cili boh ketika usia saya 8 tahun. Bila ibu marah, ibu seakan orang asing. Orang lain. Saya rasa dibenci.

Lama kelamaan, perasaan takut menjadi benci dan dendam pada diri seorang anak. Saya panggil ibu; singa. Seorang ibu yang bila dalam keadaan waras, beliau sangat-sangat penyayang. Tetapi bila penyakit senggugut kronik (akibat endo) datang menyerang, meroyannya akan muncul dan mematikan segala tawa kami anak beranak."

Perkongsian dari Puan Siti Aishah di Media Sosial satu ketika dahulu yang memberi pengajaran hebat pada wanita di luar sana.

Penjagaan di dalam pantang bukan sesuatu yang boleh diambil enteng. Darah  kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur  akan
menjadi darah beracun.

Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan  hormon  wanita. 

Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian  serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Pemakanan semasa berpantang sangat memainkan peranan penting. Ibu harus dapatkan cukup zat dan nutrisi bagi mengatasi masalah ini.

Antara nutrisi yang disyorkan adalah seperti:

👉 B-complex - B6, asid folik & B12 adalah nutrien penting bagi mengawal tekanan

👉 Vitamin C - vitamin C berperanan menukarkan tryptophan kepada serotonin. Paras serotonin yang rendah mengakibatkan depresi

👉 Ostematrik - mengandungi magnesium, kekurangan magnesium dalam darah berkait rapat dengan masalah tekanan perasaan

Ibu!

Jagalah kesihatan anda, jika anda sakit orang diaekeliling turut merana

"Love yourself in order to love others"

Wednesday 24 February 2016

Ikan masin

TAHUKAH ANDA Ibu dalam pantang dilarang makan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ibu digalakan mengambil ikan segar seperti Salmon, Ikan Merah, Ikan Yu, Ikan Jenahak, Ikan Haruan. Menu berpantang kegemaran saya adalah ikan bawal emas dibakar bersama bawang putih & halia. Erm... pasti terliur.

Haa ikan harian ni bagus juga untuk bantu cepat sembuhkan luka. Tapi saya memilih Zink Shaklee untuk luka sembuh dengan lebih pantas dan tidak bahayakan kesihatan.

Ubi keledek

Tahukah anda UBI KELEDEK merupakan sarapan hebat, mudah & berkhasiat. Sangat sesuai untuk memulakan hari anda. Kenapa?

1. Rasa manis dan gula semulajadi untuk menghasilkan tenaga.

2. Sumber kalium (potassium), satu elektrolit penting untuk badan mengawal isyarat degupan jantung dan saraf.

3. Mengandungi iron  yang membantu dapat tenaga yang cukup.

4. Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan total.

5. Vitamin C yang baik dan penting untuk bantu imunisasi badan dan elak dari diserang selsema.

6. Warna oren ubi keledek mengandung karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser.

Bagi anda yang mahukan sarapan hebat seperti Ubi Keledek, saya cadangkan ambil Meal Shakes.

Tuesday 23 February 2016

Makanan berpantang

MAKANAN PILIHAN TERBAIK SAYA KETIKA BERPANTANG

[1] B-Complex : Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

[2] Vitamin C : Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

[3] Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan).

Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

[4] Zinc Complex : Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim).

Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

Makanan tambahan lain yang sangat-sangat saya syorkan untuk ibu-ibu ambil ketika berpantang ialah Energizing Soy Protein (ESP) dan Shaklee OsteMatrix (Calcium-Magnesium with Vitamin-D).

Kedua-dua ni boleh bantu kurangkan risiko baby kuning, memberi tenaga dan bantu lancarkan penyusuan susu ibu.

Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Alfalfa atau Lecithin ia lancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.

Yang bestnya. Selepas ambil kesemua makanan ni, selepas sahaja pantang. Akan siap dapat pakej kulit cantik semulajadi lagi. Memang orang tak kenal lah selepas confiment day tu.

Tak percaya? Cubalah.

Istimewanya set kehamilan Shaklee ini ialah anda boleh terus mengamalkan set yang sama sewaktu berpantang, sepanjang tempoh penyusuan malah selepas wean-off, dan ada vitamin² ini yang anda boleh share dengan anak (hasben of course lah)

Hanya yang terbaik untuk diri anda dan anak-anak, jadi jika berkemampuan, tak salah berbelanja lebih :-)

Kisah achoom

SERABUT ASYIK GATAL SANA SINI
=============================

Bangun pagi asyik achoom. Sapu sampah sikit pun achoom. Keluar panas terik lagi achoom. Siap gatal-gatal satu muka. Mata, hidung, telinga, tekak semua gatal. Serabut. Hishhh.

Dulu kan mak dah pesan jaga makan. Jaga kebersihan. Jaga persekitaran. Makan supplement. Kau buat dekkk je kan. Amik ubat. Erm... Meh mak bagitau lagi sekali.

Nutrisi yang baik sangat penting dalam menentukan kekuatan sistem imun. Terdapat pelbagai cara bagi meningkatkan sistem imun badan kita.

Antara perkara yang paling penting ialah jaga kebersihan terutamanya kebersihan diri, maka rajin-rajinlah cuci tangan. Perkara asas yang sering diabaikan.

Kebersihan rumah dan persekitaran juga penting, bila persekitaran kita bersih secara automatik kita juga menghirup udara yang bersih dan sihat.

Amalan pemakanan sihat juga amat penting, banyak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi vitamin-vitamin penting selain fitokimia yang membantu tubuh menentang penyakit. Air jangan lupa. Minum secukupnya dengan keperluan tubuh badan. Jangan ambil mudah.

Ni haaa. Vitalea ada. Vitamin C ada. Alfalfa ada. ESP ada. Nutriferon pun ada. Makan la. Mesti konsisten. Jangan buat perhiasan je. Sanggup asyik dok achoom achoom atas pelamin nanti?

Dik... kau dengar tak mak cakap ni?

Ya mak. Baik. Dengarrr.

Kenangan mengusik jiwa. Saya tersenyum.

Anda yang punya masalah seperti saya. Tak mahu gambar perkahwinan anda rosak dek kerana serabut gatal sana sini. Meh PM saya. Saya beri konsultasi percuma. 012.267.1054.

#Zi2M
#GiTEstory

Kat mana eh?

Bila masa sesuai kena makan Omega?

Tiba-tiba dapat soalan mencabar macam ni. Dia kata dia rasa sihat je. Jadi tak payahlah ambil Omega ni.

Sebenarnya apa pun vitamin bukan tunggu dah sakit baru kena ambil. Kalau macam Omega tu, agak-agak bila orang cakap A kita faham B, bila rasa otak macam dah tepu, makin lama makin slow, kunci letak atas meja dua minit pun dah lupa.

Haaa tu tanda-tanda kena cepat-cepat telan 3 biji Omega setiap hari. Takut kalau biar melarat pula nanti.

Ini kerana OmegaGuard kaya dengan Omega-3 sangat bagus untuk menghubungkan sel-sel otak dan menjadikan otak cerdas dan pintar

Baik bertindak cepat sebelum terlambat. Takut kalau dibiarkan lama-lama leh nyanyuk pulak.

#Zi2M

Sembelit

TAHUKAH ANDA 1/4 cup mealshake = 4 sudu besar = 3 gram fiber

Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber. 

Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka.

Jika anak anda mempunyai masalah sembelit, boleh berikan sehingga dua kali hidangan mealshake kepada mereka.

Namun untuk kanak-kanak 1-3 tahun boleh kurangkan dos dengan mulakan dengan 1-2 sudu sehari.

Boleh bancuh mealshake dalam minuman kegemaran mereka sama ada dihidangkan sejuk atau suam.

PM saya untuk dose yang sesuai mengikut keperluan dan konsultasi percuma.

012.267.1054

#Zi2M

Sakit Tulang Belakang

DERITA SLIP DISC SEORANG TEMAN

Saya kongsikan kembali kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat derita suaminya yang diserang slip disc. Ceritanya begini...

"Dah 2 hari tengok suami lebih banyak berbaring. Bila ditanya "abang ok ke?"
Dia cakap ok. Selalu pagi-pagi dah ke pejabat kami. Sampai ke sebelum maghrib baru balik. Kadang lepas isyak pergi lagi sambung kerja sampai ke 1 pagi.
.
.

Almaklumlah, itu shoplot yang kami beli hasil titik peluh bisnes selama ni. Semangat nak siapkan pejabat lain macam. Nak pula kami berdua dah fulltime bisnes, suami tekad nak buat sendiri biar puas hati.
.
.

80% kerja siapkan ofis suami buat sendiri, dari pasang karpet, tiles, kabinet, wiring lampu kipas, wiring aircond sampai ke table top pantry. Cuma yang upah orang pasang partition ofis dan pasang aircond.
.
.

Tapi 2 harini dia banyak berbaring. Bila didesak baru mengaku dia sakit amat dibelakang. Ku kira kesan daripada dia mengangkat bahan binaan, simen, batu kecil, tiles dan pasir dari tingkat bawah naik ke ofis. Dan posisi cangkung yang lama semasa pasang tiles.
.
.
Allah, masa tu bergerak pun macam robot. Dapat dilihat dari raut wajah dia menahan sakit semasa bergerak. Suamiku ni jenis tahan sakit. Kalau sakit sikit-sikit jangan harap nak mengadu. Kali ini nampaknya teruk benar.
.
.

Aku paksa suami ke hospital. Lagi 3 hari nak balik sambut Chinese New Year! Dia tak mampu bergerak pantas. Nak turun tangga pun bertatih. Naik kereta pun pintu dibukakan. Aku drive ke AmanJaya Specialist.
.
.
Doktor mengarahkan  menjalankan x-ray untuk melihat keadaan tulang belakang. Kali pertama menolak suami atas kerusi roda perasaan bercampur aduk. Hati berdoa moga Allah beri kesembuhan pada suami.
"Bagaimana kalau keadaan makin teruk?"
"Semuanya akan ok, insyaAllah"
Perasaan bimbing dan pengharapan berlawan dibenak.
.
.

"Encik Imran berehat di hospital 2-3 malam ya" kata doktor selepas meneliti xray.
"Kami nak balik sandakan ni doktor, tiket semua dah beli" balas suami.
"Tulang ni ada lari sikit. En Imran tak boleh angkat berat dan kena banyak berehat".
Lepas berbincang doktor bagi 1 dos injection tahan sakit dan benarkan suami berehat dirumah.
.
.

Pulang rumah ku paksa minum VIVIX dengan dose yang lebih dari selalu. Sudahnya kami balik ke Sandakan juga. Dia membawa dirinya dengan memakai "Back Support" . Ku korbankan menggalas beg dan menguruskan anak-anak yang aktif. Yang sebelum ini sampai angkat handbeg ku pun dia yang angkat! Kali ini, mengangkat beg yang berat 3kg pun dia tak mampu.
.
.

3 hari beliau tak boleh tinggal pain killer. Bisa sakit belakang macam tikaman padu. Supplement ViVix diteruskan. Alhamdulillah selepas 2 minggu, nampak perubahan yang ketara. Lepas sebulan kejadian baru ku izinkan suami sambung semula kerja tergendala di ofis sambil berbakul-bakul pesanan penaja.
.
.

Alhamdulillah, Allah penyembuh. Hingga sekarang Suami setia dengan Vivix walau dia culas makan supplement lain.
.
Alhamdulillah, itulah kisah cinta suamiku dengan Vivix."

Alhamdulillah, dengan izin Allah Vivix menjadi asbab si suami kekal sihat kembali. Tiada apa yang mengembirakan bila melihat insan tersayang kembali sihat.

Anda atau kenalan anda menderita Slip Disc. Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

012.267.1054

Lobak merah

9+1 MANFAAT LOBAK

KULIT : Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah

MATA : Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.

KANSER : Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.

KOLESTROL : Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.

OTAK : Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.

TEKANAN : Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.

JANTUNG : Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

MEMBERSIHKAN BADAN : Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.

ANTISEPTIK : Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.

ANTI-PENUAAN : Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.

Melancong

Entry kali ini saya mahu tujukan khas buat ayahanda tercinta. Tuan Haji Hatar Karim & isteri Puan Hajah Subidah Tumin. Tabik spring sebab masih punya tenaga luar biasa walaupun setelah berpencen. Tahniah & alhamdulillah. Semoga terus sihat & bahagia ya.

Walaupun saya tahu kalian sudah sedia maklum tentang keperluan melancong, ini sekadar perkongsian anakanda untuk semua ya.

13 TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG
==================================

✈️ RANCANG PERBELANJAAN

Rancang perbelanjaan sebaiknya. Sediakan duit untuk hotel, makan, petrol, shopping, dan sebagainya. Jangan melancong tanpa wang kerana ia akan menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga orang lain.

✈️ PAKAIAN DAN KEPERLUAN

Ia mudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.

Bawa pakaian yang perlu sahaja. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita.

✈️ PASPORT

Pastikan passport anda masih sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Sila berhati-hati.

✈️ TEMPAH TIKET PENERBANGAN

Disarankan untuk menempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.

Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti.
'Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.

✈️ PETA

Penting lebih2 lagi jika anda baru pertama kali ke tempat tersebut. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu anda dalam banyak perkara. Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta, nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.

✈️ ITINERY PERJALANAN

Adalah lebih baik sekiranya kita buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Anda boleh menyusun sendiri itineri program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap.

Akan tetapi berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah sampai ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.

Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai.

Anda hanya perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.

✈️ KENDERAAN

Jika gunakan kenderaan yang dipandu (kenderaan sendiri) pastikan dalam keadaan baik dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin, tayar dan lain-lain.

✈️ PENGURUP WANG

Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Kebiasaanya di area Bukit Bintang. Anda kena kenal pasti dahulu matawang apa yang digunakan di negara yang ingin anda pergi.

Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.

✈️ BAHASA

Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara, belajarlah sedikit asas bahasa dan dialek penduduk disitu. Amat membantu jika anda dalam kesusahan, untuk berinteraksi dgn penduduk serta untuk tawar menawar dalam urusan pembelian souvenir.

✈️ DUIT 'EMERGENCY'

Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini.
Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut

✈️AKSESORI WAJIB

Sebagai seorang pelancong, pastinya ada barang-barang yang merupakan 'senjata' untuk anda bawa bersama. Seperti:

👉🏻 Makanan segera, biskut dan roti
👉🏻 Losyen
👉🏻 Vitamin Shaklee
👉🏻 Botol Air
👉🏻 Selimut & Bantal
👉🏻 Cermin mata
👉🏻 ‘International Plug Adaptor’
👉🏻 Kompas & sejadah
👉🏻 Sweater
👉🏻 Beli peta

✈️ DATANG AWAL KE AIRPORT

Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.

✈️ KESELAMATAN BARANG

Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. Sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak.

Jadi berhati-hati. Jangan kerana kealpaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.

Pssttt... dengar cerita ayahanda mahu ke luar negara lagi. Jangan lupa fridge magnet untuk anakanda ya. Hehe

SELAMAT BERCUTI.

Monday 22 February 2016

Patogen

TAHUKAH ANDA apa itu PATOGEN? Patogen dalam Bahasa Yunani: παθογένεια, membawa maksud "penyebab penderitaan".

Ia adalah agen biologi yang menyebabkan penyakit pada benda hidup. Nama lain patogen adalah mikroorganisme parasit.

Saluran pernafasan sering diganggu patogen, kerana pencemaran terbuka terhadap mikroorganisme yang terdapat dalam udara yang dihidu.

Jom dapatkan Nutriferon untuk memerangi PATOGEN!

Kekejangan otot

Arghhh! Adoiiii..doii..doiii.. Menangis tak berlagu kalau sesekali otot mengejang. Kalau kena tengah malam lagi lah nikmat.

Sure terperanjat teman tidur di sebelahkan. Hahahaha. Ok mari saya kongsikan antara punca kekejangan otot ni.

Banyak sebenarnya asbab otot kejang ni. Antaranya ialah

🕴Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus.

🕴Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan

🕴Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan

🕴Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih

🕴Aktiviti sukan yang terlalu lasak

Kalau ikut nasihat cikgu senam dahulu, dia suruh luruskan kaki dan tekan hujung jari kaki ke dalam.

InsyaAllah rasa kejang hilang.

Menopause

TAHUKAH ANDA Nutriferon mampu Membantu kesihatan wanita menopause menjadi lebih baik di mana ia mengurangkan gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopause.

Menopause satu fasa penting dalam kehidupan seorang wanita. Fasa ini banyak terjadi perubahan yang bersifat fisiologi.

Perubahan hormon yang terjadi pada fasa ini melibatkan pelbagai sistem dan organ. Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem yang mengalami perubahan diantara begitu banyak sistem pada wanita menopause.

Perubahan hormon pada wanita menopause membawa kepada peningkatan tekanan darah. Tekanan darah pada wanita yang belum mengalami menopause perlu dijaga agar tetap dalam batas normal dengan menjaga pola makanan sihat.

Leishmaniasis

KORENG PADA KULIT AKIBAT LEISHMANIASIS??

Pernah dengar apa itu Leishmaniasis? Leishmaniasis adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa jenis Leishmania.

Penyakit ini disebarkan melalui gigitan lalat pasir Phlebotomine betina yang sudah terinfeksi sebelumnya.

Ada tiga bentuk utama penyakit

👉🏻 Leishmaniasis viseral atau penyakit kala-azar yang menyerang organ di rongga perut

👉🏻 Leishmaniasis kutaneus yang menyerang kulit

👉🏻 Leishmaniasis mukokutaneus yang menyerang selaput lendir hidung dan mulut

Pengambilan Nutriferon dapat membantu mengurangkan penderitaan pesakit terhadap masalah ini.

Sunday 21 February 2016

Vocab orang Penghak

Kekalkan Loghat Perak. Latest up dated

A
ACHERKEME - macamana kalau kamu
ATER - habis tu
ASER - Bila
AYO - Air
AJER NGAN YER - betul sangat dah tu
B
BULOR - Lapar tak makan
BOLEN - Bertelanjang Bulat
BIOT - Degil
BERDAGHOH - berdarah
BERDANO - terlalu kotor
BERDAMO - bersepai
BENKIN - garang
BEDA'AH - Tipu/bohong
BEBEI - degil sngt2 atau pun menyesal/bebal
BONYEH - lantai yg basah
BOJOT - badan basah habis kena hujan
BESIT - merotan
BEGHANSOR - nak balik
BALUN - pukul/makan/belasah
BANTEI - Bantal/pukul/belasah
BEGHOCHAT/BOCHAT - Ikan Haruan
BEKELE - Bergaduh
BONGKEH - Cungkil
BINGKEH - Bangun dengan cepat
BEBIGHAT - calar balar
BETOLO-TOLO - tak mahu pergi dulu sampai bertolak-tolak
BEGHAMBAT - Berlari
C
CHER/CER - cuba/'try'
CAKCHIBO - binatang pepatung
CENCOGHOT - Tikus berbau busuk
CENONGGEN - menconot ayam
CENANGOR - serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu
CHICHO - jatuh satu2
CHUCHO - menyalakan api
CHUCHOR - siram/cucur tepung goreng
CHUAK - simbah
CHENG'EI - Keras hati (seperti kayu cengal)
CHEGHIN/MENCHERGHIN - badan rasa nak demam
CHEGHOYE - Mencari
CHEKOH - pegang
CEKELAT - Gula-gula
CHAGHIT - koyak
D
DAN - Sempat
DEGHUIH - Nakal
DEDO - Panas2 sejuk
E
ENGKUH - Rupanya
F
G
GHODI/KODI - membetulkan balik/repair
GETAK - jatuh / luruh
GEGHOTOK/GEROTOK - jambatan
GETIK - menyampah
GANJEI - terkena / naya / terkejut
GHERBER/REBER - sesak, beriya, gedik, poyo
GILA SEPEREGHE - separuh gila
GEBOR - Selimut
GHEGHOBOK - Almari utk simpan lauk pauk
GENUIH - Memetik bunga
GHOPAH - dah mati
GHONJANG - Jolok
GELEGO - Alang2 rumah
GHERNIK - kecil/halus
GOMEN - Kerajaan
GEMO BEBENO - Suka sangat
GILIO - Giliran
GAMOK - Agak
GHALET - Leka
H
HAJAP - Ingin/hendak
HAMBAT - kejar
HANCHIT - Ketepi
HANTAP - badan yg sasa
HANGAT PIJOR - Panas yg keterlaluan
HEMPAH PIO - bertungkus lumus
HOGEH - goyang/goncang
HILIO - Hilir
I
INGKER - seronok sangat
J
JELEBO - Labi2
JENUH - tunggu lama sngt
JELEIPEK - dah tak lalu nak bangun
JA'AMER - mukaddam
JELAGE - Taik pelita minyak
JEGEI - Biji mata yg terbeliak
JIGHUIH - siram
JUJUIH - meleh-leleh (contoh: air mata)
JEGHELUIH - kaki termasuk dlm lubang
JOGHER - padanan yg tak kena langsung
K
KUMER/KEIMER - kita, kami
KOMER - korang
KEMIN - Kemas/smart
KALA LEIPET - Kala jengking
KAYU ROL - pembaris
KALEN/KALEH - selak/berubah
KAYO - nak ke sungai/nak pergi buang air kecil/besar
KOKAK - Gigit
KOKO - 'Chocolate'
KOTEH/KEGHOTEH - Kertas
KELAMAYOR - mata dah kecil/mengantuk sangat
KEGHOBO/KOBO - Kerbau
KEGHEDEK - Cengkerik
KUTEY - dah lama/cungkil
KULU-KEILO - jalan mundar-mandir
KHIGHAP - sesuatu yg di dlm bekas dah terbalik
KHIG'EI - susun secara beselerak
KUDAP - Benda makan
KEBOH - nak sihat dari demam
L
LABUN - cakap/bagitahu/berkata-kata
LECAH - becak/lumpur
LECHAK - main2/buat sepah di atas katil
LIMBAH - air pekat yg kotor
LIBANG-LIBU - tak senang duduk/tak tentu hala
LEGHEH/LEGHAS - cepat
LANGGAT - Susun tinggi; biasa guna pada pinggan
LAWEH - Kawasan yg telah diterangkan(dibersihkan)
LUKU - ketuk di kepala
LENDUT - sesuatu yg dah terlalu berat
LEBOH - hilang
LESOH - Senyap
LEMPO - Baling
LEPO - tempat susun pinggan mangkuk di kenduri kawin
LENJUN - basah kena hujan
M
MIKER - anda, awak, kamu
MENGKEMER/MENGKOMER - awak/korang semua
MERABAN TEBEN - Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening
MUNCOH - dah kaya banyak duit atau berharta
MERAMBU - joli sana sini
MENTEKEDAGHOH - makan dgn lahap
MENTECHIKER - makan
MEGHOLOH - Tidor
MENTONG - makan sampai tambah 2-3 kali
MAKEI - pakai/guna
MENGKIAK - besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu
MEGHEDANG-GHEDANG - membuta-tuli/ikut suka
MENTELON - Seluar panjang
MELENGKO - membelit
MENEBEN MUKE - melangok kat kedai kopi
MENGERGHONYOT - berdenyut-denyut
MEMBANGO BAU - busuk baunya
MELANTUNG KOHONG - busuk sesangat
MOH - Jom
MEGHANDEI/RANDEH - menyeberang sungai dgn berjalan kaki
MEJELEIJEH - Melelehb
MUN - Kot/kalau
MEGHERBEH - Buang Air Besar/Berak
MEGHATOH - makan lauk tanpa nasi
MELEYSIO - tak sempat nak cari tmpt kencing
MUNTAH MONGGEK - Muntah hijau
MELEPEH - Kentut
METE - duduk diam tanpa bergerak
MENCICIT - lari dgn laju
MANGKO - Buah yg dah keras, tak sempat masak/tunggu lama sangat
MANTOI - tak lut
MEGHUN - berasap/bakar sampah tanpa keluarkan api
N
NGELEIWO - Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]
NYELAP SADOR - seseorang yg seperti dirasuk
NGELE’NYOR - Mengedik atau pun ngada²/ gatal
NYOR- Buah Kelapa
NYEGHOGIN - tersenyum sorang diri
NGETIT - kena gigit serangga
NYAGHIH - mujur
NGELAT - main tipu
NGILEI - mengilai macam langsuyur
NGEISOT - bergerak sikit2 sambil duduk
NYENGKET - Mengintai
NYONGKIT - Berjalan-jalan
NGERNYI - geli geleman
NIN - Air yg jernih
NYELEBIUR - terjuih bibir
NYADIN - buat tak tau
NYENDIN - menumpang/mintak tumpang sekaki
NGENGHUWIT - benda halus yg bergerak
NGANCHOK WAK - "perkataan mencarut"
NYEGHENKEN - Kurus kering tak ada isi langsung
NGELATOK - Berdebar kerana terkejut
NYOGHOGAT - Perasaan menyampah terhadap sesuatu /sikit tak suka
NOHEN - Buat tak ambil peduli
NYEGHOLANG - terang sangat
NYEMEDANG - selalu sangat
NYENDOI - ikut belakang
NYEGHAMBEI - Terjuntai
NYAMBEI/NGUNIN - "bersenggama"
NGELIGEH - Mengigil
NGEKEK - ketawa bedekah-dekah
NGERLUIN - bucu tikar yg terlipat ke atas
NGOBOK - menangis
NGELEJAT - mengelupor (seperti terkena air panas)
NGELEIBEH - lebihan
NGELEDIN - melengkung
NGOCOH - Mengacau
NGAMBOI - timbul dari dlm air
NGEIGHEN - senget/condong
NGHUNGUT-NGHANGAT - rasa tak puas hati
NGOMBIH/NGUMBEH - Berganjak/bergerak
O
OGHANG - orang
P
PEROK - jakun / tak pernah tengok benda
PASIO - Pasir kering
PORES - jabatan hutan
PUIH OPEH - Pejabat pos
PIO - Tulen/Asli
PENGGEI - Baling/lontar
PETIA - memang sudah direnung/ memang yakin
PAGHAP - pukul
PENGOR - bau yg terlalu busuk
PO'NGOR - Terbuka
PACAK KETO - Penyucuk sanggul di kepala
PANCHOR - mandi air pancut
PEGHONJANG APER - Entah nak buat apa
PANJUT - Pelita
PELEY'OT - Terkolap
PENANGGAH - Orang2 yg bekerja di majlis perkahwinan
PIGHEN MOLONG - Mangkuk
PENGANAN - makanan
Q
R
REBEN TEYBEN - selekeh sangat
REGIH - Penyapu lidi
S
SELUIN/SELEIWIN - selekeh, tak kemas
SIO - hendak
SEMUT GATEI - Semut Api
SEMBEI - Pasir basah
SENTEN - menarik kaki seluar ke atas
SIUT - cucuh / menyalakan
SELAIT - lampu suluh / torch light
SEPEGHOH - alas / lapik meja
SA'NGEI - tudung saji
SI-YAR* (sengorkan bunyi) - mangguk tingkat
SOMPEH -Serpih, Sumbing,ada cacat sikit.
SAMO - Merah Jambu
SOH - Sunyi sepi/ senyap
SENAWAT- Pulas/cubit
SELASOR - Pangkin
SUGHIH - berbincang mengenai salasilah keluarga
SEGHIH - mangacau nasi yg telah masak
SEGHIN - memulas telinga
SELUANG TEGHOBANG - Tupai
SEGHONOK BEBENO - Suka sangat
SELOGHO - usik-mengusik
SANTAK - masuk jauh ke depan/belakang
SENAYAN - Hari Isnin
SEMANGKA - Buah Tembikai
SEKUPANG LIMA DUIT - 15 sen
SEGHOYAT - hujan yg dah nak berhenti
SEMIYAK - Sihat/elok
SEGHOMPEH - serpihan atau sumbing
SELIMBO - selumbar
SECHOKIN - Tingal satu/semata-mata/ (dlm english-'SOLEY/SOLELY')
T
TEMAN/AWOK - aku, saya
TOBEN - Tua Bangka
TAK KU SIO - tak mahu, tak hendak
TEPENGHONGOR/TERBEGHONGEH - Terbuka luas
TAWO HEBIO/LEISYO - rasa yg sangat tawar
TUMPO - jatuh tak bergerak
TEJEGHOMBAB - Terserandung/jatuh tersembam
TABOH - pukul/belasah
TAK NGOMBEN - tak ada kesan, tak jadi apa
TOJEN - Kurus Tinggi
TEPEGHOK - Terperosok sembunyi
TETEMEH - pulih semangat
TANGKUP - tutup
TELUNKOP - jatuh terduduk
TOHOR - Tahan makan
TEGHOBANG/TOBANG - Terbang
TEGHOYAK - menangis
TENGIN - Bodoh2 bengap
TOGHEK - marah sangat
TEMBOK - Jalanraya(sebutan E tanda)/Bocor(sebutan E tanpa tanda)
U
UNTEI - buat kerja secara sikit2/tak terlawan
W
WEH LER - ['ungkapan tak puas hati']
Y
YANGAT - Minuman Panas
Go perak go

D.U.I.T

Bismillah.

"Kadangkala kesakitan dan kegagalan adalah satu-satunya jalan untuk kita mengubah cara hidup kita." - petikan buku Allah Loves Me karya Jerry D Gray

Tiada kehidupan yang sentiasa bahagia. Bahagia bukan lokasi, bahagia adalah perjalanan dan hanya akan dapat apabila disandarkan kepada Tuhan.

Tiada kehidupan yang sempurna, baik belaka, happy belaka, profit belaka setiap hari. Kerana sempurna itu hanya ada pada Dia.

Loss, kesusahan bukan untuk down tetapi untuk kita pelajari apa hikmah di sebaliknya. Adakalanya dengan berdukacita, kita semakin dekat dengan Allah.

Ada orang tak perasan, kesenangan itu salah satu ujian. Ujian sama ada kita tetap dekat dengan Dia atau makin jauh? Adakah sedekat ketika kita loss / berdukacita?

Namun pada setiap loss, setiap kesusahan, Tuhan sudah janjikan kesenangan.

Allah tegaskan sebanyak DUA KALI dalam surah Al Insyirah ayat 5 dan 6.

5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)

8) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)

Ayat nombor 8 tu, andai kita boleh 'baca', itulah yang disarankan menyebut Hauqalah iaitu La hawla wala quwwata illa billah - tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan Allah.

Formula DUIT

Doa - apabila kita berdoa sebelum buat apa-apa, ini juga sebenarnya fasa tawakal sebelum berusaha)

Usaha - boleh jadi usaha spiritual, mental atau fizikal

Istiqamah - konsisten

Tawakal - antaranya dengan menyebut Hauqalah

La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma'ana
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.”

Wallahu alam.

Safflower

Ramai yang tak tahu apa itu Safflower, bukan Sunflower ya. Tapi SAFFLOWER. Ia berasal dari daereah Mediterania, yaitu Mesir. Secara tradisional, biji dari Safflower ini digunakan sebagai pewarna makanan, penyedap rasa pada makanan dan sebagai ubat-ubatan.

Safflower sendiri memiliki beberapa macam warna antara lain merah, jingga, oren, kuning dan putih.

Tumbuhan ini dapat mengurangi Gejala Penyakit Jantung Tersumbat, Diabetis, Tekanan Darah Tinggi dan Arteriosklerosis.

Antara manfaat lain tumbuhan ini ialah:

🌻Mengurangi paras Kolestrol dalam Darah
🌻Mengubati penyakit Jantung
🌻Membantu meningkatkan Daya Ingat Otak
🌻Sangat efektif dalam hilangkan lebihan Lemak yang terkumpul dalam tubuh
🌻Membantu Menurunkan Berat Badan
🌻Membantu Pertumbuhan Rambut dan Kulit yang sihat kerana kandungan Vitamin E-nya yang tinggi
🌻Membantu Melembabkan Kulit bagi penderita Kulit Kering

Best kan, banyak betul manfaatnya. Tapi mana nak dapat bungga ni?

Ohh senang sahaja, hubungi saya untuk dapatkan satu kotak ramuan yang dicipta khas dari Safflower ini.

Kalau tak sekarang bila lagi? Jadi nak tunggu apa lagi?

PM  012.267.1054 sekarang!

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

Air Kelapa

Dengar AIR KELAPA  yang terbayang di kepala mesti demam campak. Air kelapa terlalu sinonim dengan demam campak.

Sebenarnya terlalu banyak manfaatnya air kelapa ni, antaranya ialah:

🌴 Menghilangkan Dehidrasi
🌴 Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
🌴 Membantu masalah sakit ginjal
🌴 Mencegah Penuaan diri
🌴 Baik untuk ibu hamil
🌴 Baik untuk pencernaan
🌴 Mengawal diabetis
🌴 Membantu masalah kulit
🌴 Menurunkan berat badan

Ehhh banyak lagi sebenarnya manfaat air kelapa yang ramai tak tahu. Manfaat air kelapa akan kita peroleh secara maksima apabila kita mengalami kekurangan ION atau dehidrasi.

Dengan mengambil air kelapa akan segera mengembalikan cairan yang keluar dari dalam tubuh kita.

Lemon

TAHUKAH ANDA Lemon sejenis buah yang mengandungi herba detoks. Ramai yang ambil sebagai minuman harian bersama air panas.

🍋 Lemon mampu membersihkan badan dari racun dan tingkatkan fungsi sistem cernaan usus.

🍋 Segelas air lemon panas sebelum sarapan bantu untuk kekal segar dan mengurangkan nafsu makan

🍋 Lemon mampu untuk tingkatkan detoksifikasi

🍋 Kepahitan lemon mengaktifkan aliran hempedu, membantu emulsi dan mengeluarkan racun yang larut dalam lemak

🍋 Parutan kulit lemon berikan manfaat kesihatan maksimum

🍋 Kulit lemon mengandungi limonin flavonoid, dan di situlah sifat detox berasal

🍋 Sebab tu perlu ambil segelas air lemon yang ditambah dengan sesudu teh parutan kulit lemon

🍋 Maka manfaat dari lemon dapat dimanfaatkan sepenuhnya

Saturday 20 February 2016

Aloe Vera

Aloe Vera merupakan satu tumbuhan yang tidak asing lagi. Banyak manfaat yang boleh kita dapat dari lendir lidah buaya ini sebenarnya.

Antaranya ialah:

💦 Mendinginkan kulit yang terbakar kerana  sinar matahari, terutama bagi mereka yang bekerja di bawah terik mentari

💦 Mengatasi masalah kulit yang disebabkancuaca, seperti kulit kering, kemerahan,mengelupas, dan iritasi ringan.

💦 Memudarkan warna kemerahan pada memardi tubuh.

💦 Mengatasi rasa tidak nyaman yang disebabkanalat cukur.

💦Mengatasi luka bakar ringan.

💦Meredakan kulit yang melepuh.

💦 Dapat digunakan sebagai krim anti penuaanuntuk mengatasi kerepot.

💦 Mengatasi rasa gatal akibat gigitan serangga.

💦 Gunakan setiap hari untuk memudarkanbekas luka dan strecth mark, garis-garis putih atau merah akibat kehamilan.

💦 Merawat luka kecil akibat terhiria pisau atautergores.

💦 Memudarkan bintik bintik kehitaman padakulit

💦 Bisa digunakan untuk mengurangi jerawat.

💦 Dapat digunakan sebagai body lotion alami.

💦 Untuk meredakan otot yang krem atau menegang.

💦 Digunakan untuk mengurangi keluhan padamasalah gusi.

💦 Mengurangi kelemumur pada kepala.

💦 Mengatasi kutu air.

Itu baru sebahagian. Banyak lagi sebenarnya manfaat Aloe Vera ini. Hebatnya kan tumbuhan ciptaan Allah yang mempunyai pelbagai hikmah

JOM MULA GAYA HIDUP SIHAT

LIMA PUNCA PENYAKIT

👉🏻 Tidak Cukup Tidur
👉🏻 Banyak Tidur Siang
👉🏻 Kenyang Yang Melampau
👉🏻 Tidur Ketika Kenyang
👉🏻 Minum Air Tengah Malam

Oat

MANFAAT OAT KEPADA TUBUH

Kebaikan oat pada tubuh manusia memang tak boleh disangkal lagi. Oat sebagai sumber karbohidrat yang kaya dengan serat dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama.

Dalam sehari kita memerlukan serat sebanyak 25gram.

Kandungan serat semangkuk oat sama dengan kandungan serat pada semangkuk betik.

Oat juga dapat bantu kawal kolestrol dalam darah tau!

JOM BERSARAPAN OAT PAGI INI.

Friday 19 February 2016

Denggi

BILA CADAR PUTIH KU SANGKA KAIN KAPAN
========================================

Tak tahu apa yang tak kena, badan terasa longlai. Nak berjalan pun tak berdaya. Bila berdiri rasa macam ada helikopter di atas kepala. Berpusing-pusing.

Arghh kenapa ni. Pulang ke kampung hajatnya nak bergumbira. Tapi terlantar lesu di rumah sahaja. Cuba lawan rasa letih. Gagahkan diri meneroka sekeliling kampung.

Yelah sekali sekala balik haruslah mahu bertemu teman sepermainan. Aku bawa motor keliling kampung bersama si kecil. Tapi kayuhan tak mampu diteruskan.

Ajak Umar balik. Muka kelat mencuka, kata nak bawa jalan. Tapi baru suku jalan dah diajak pulang.

Tiba di rumah, semerbak bau rendang menembusi hidung. Tapi selera ku hilang entah ke mana. Padahal akulah hantu rendang.

Jamah seround tak mahu bonda terasa hati. Tapi tekak payah mahu menerima. "Ishh apa kena dengan aku ni? Mengandung ke?" Terdetik dalam hati.

Tapi mana mungkin. Kan tengah period. Hahahaha. Gagahkan diri melangkah ke klinik. Doktor dengan muka serius beritahu

" Saya rasa awak kena denggi ni"

Dalam hati, biar betul doktor ni. Tak amik darah tak apa. Main tembak je. Tapi dalam hati dah mula tak keruan.

Teringat kan Nutriferon dan Performance Drink yang kononnya boleh naik kan platlet darah. Apa lagi, hati meronta-ronta tak sabar menunggu branch buka esok hari.

Orang kata PD dan Nutriferon boleh naikan platlet darah. Kalau denggi platlet mesti turunkan. Dengan rakusnya keesokan hari saya menyambar dua "barang baik" ni.

Suami bawa pulang ke Shah Alam. Arghh kepala semakin berat. Dunia semakin kelam, kaki dah macam jelly tak mampu berdiri lagi.

Dummmmm!!

Aku jatuh pengsan tak sedar kan diri. Sedar-sedar di atas katil bercadar putih. Arghh kain kapan ke ini? Aku kaget!

Nampak beberapa tubuh berjubah putih? Siapa tu? Ehhh aku di hospital lah. Jantung terus berdegup kencang. Pelbagai soalan menerpa di minda.

Doktor cuba menenangkan. Dia maklumkan aku diserang denggi. Platlet aku jatuh teruk.

"Alhamdulillah mujur awak ada "Nutriferon", dengan pengambilan konsisten secara tidak langsung telah mengalakan Interferon dalam badan awak dan daya melawan penyakit".

Eh dalam hati, Doktor ni ahli Shaklee ke? Cakap sama macam SID. Hahahaha. Rupanya Doktor mengkaji dan mencari apa lah kotak yang ada di sebelah aku ni.

Alhamdulillah, Doktor menyokong pengambilan supplement ni. Dia sendiri teruja dengan penemuaan para saintis yang mengkaji sehingga 40 tahun lamanya.

Ikutkan keadaan aku agak kritikal sebenarnya. Tapi dengan izin Allah Nutriferon menjadi asbab aku boleh recover dengan cepat.

Tapi pesan Dr M,

"Air kena minum banyak-banyak ye Puan Kheyr" pesanan yang tak akan aku lupakan.

Seronokan dapat bertemu Doktor yang suka mengkaji dan mencari ilmu. Benda yang berikan manfaat haruslah dikongsikan.

Ok nak call Dr M bagi tahu bulan ni promosi NUTRIFERON luar biasa.

Truttt truttt Hello Dr M. Saya Maslina (012.267-1054). Saya nak bagitahu dr. Bulan ni ada promo NUTRIFERON ya. Dr mahu?

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

Ubat & Nasi

JANGAN SAMPAI KENYANG MAKAN UBAT
========================================

Haa tu dia! Mana satu yang di dahulukan? Hari ini sana sini sibuk bekerja. Keluar awal pagi pulang lewat malam. Kesihatan diabaikan begitu sahaja.

Janji duit yang dicari dapat dimiliki. Malangnya tanpa mereka sedar, mereka terpaksa membeli kesihatan dengan kekayaan yang mereka ada.

Bila makan di luar, terlupa diri seketika. Selagi ada menu semua mahu dipesan memenuhi meja. Akhirnya perut penuh nak jalan pun mengah.

Yang sedihnya makanan yang dikaut tanpa mereka sedar menjadi racun pada kesihatan. Akhirnya kerakusan menikmati makanan menjadi senjata "pembunuh" kesihatan.

Akhirnya, ubat di makan sebagai makanan.

Duit ringgit yang dicari sehingga mengabaikan kesihatan menjadi alat untuk membayar kembali nikmat "hidup sihat"

Wednesday 17 February 2016

Tomato

11 KEHEBATAN TOMATO

1. Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.

2. Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.

3. Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.

4. Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari.

Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.

5. Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari.

Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

6. Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam.

Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.

7. Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit.

Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.

8. Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera.

Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.

9. Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.

10. Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.

11. Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...