Thursday 5 October 2017

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan.

Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembelit dalam pantang.

Jom baca.
.
.
.
Makcik Inaaa! Cemana ni? Tak boleh uk uk.
_________________________________________

Adehhh.

SEMBELIT. Satu fenomena biasa berlaku kepada #IbuBerpantang. Jika pemakanan tidak seimbang dan kurang minum air. Maklum la. Kita terbiasa dengan pantang larang orang dulu-dulu.

Eh. Jangan salah sangka. Saya juga seorang yang kuat berpantang. Cuma perlu bijak membezakan yang mana fakta dan yang mana auta.

Selagi tidak memudaratkan diri dan bayi. In syaa allah pemakanan seimbang dan minum air yang cukup dapat mengembalikan tenaga. Serta bantu mempercepatkan proses pemulihan luar dan dalaman.
.
.
.
Alkesah.

2minggu yang lepas. Saya di kurniakan seorang lagi cucu saudara. Aihhh dah ada cucu rupanya. Haha "akak is nenek you know!"

Kelahiran bayi pra-matang namun stabil. Anak saudara saya berpantang tanpa bayi kerana berat badannya perlu di pantau. Dan bayi terpaksa tinggal di hospital beberapa waktu.

#SusuIbu nya alhamdulillah. Banyak dan mencukupi keperluan. Cumanya si ibu punya permasalahan pembuangan.
.
.
.
Terus menghubungi saya mahukan #AlfalfaComplexShaklee. Dengan segera saya COD kerana tidak mahu masalah #Sembelit jadi trauma. Takut jadi buasir pula nanti. Beliau masih muda.

Saya COD hari Isnin (2.10.17). Disamping kongsi tips yang biasa saya amalkan dalam pantang. "Sebiji epal merah setiap pagi selama berpantang. Serta wajib minum air kosong secukupnya. NO KOPI. NO NESCAFE. NO TEH. NO MILO."
.
.
.
Dan hari ini. Khamis 5.10.17. Alhamdulillah masalah tidak lawas ibu muda ini telah dapat di atasi. Dengan izin Allah.

Yeah.
.
.
.
Ada sesiapa punya masalah sewaktu #Berpantang? Tak tahu nak cerita pada siapa? Jom PM saya. Saya cuba bantu sebaik mungkin.

www.wasap.my/012-2671054/MasalahPantang

Nor Maslina Hatar
Shaklee Independent Distributor
Wangsa Maju, KL
925356

Monday 2 October 2017

ESP oh ESP

“Pengalaman pertama saya dengan ESP”
.
.
.
Ramai orang kata. Bila jadi #IbuMenyusu ni tak perlu la membazir duit beli #MilkBooster supplement bagai. Sebab the main point dalam penyusuan ni ialah "Demand & Supply".

Jika tak jaga konsep ni dengan betul & disiplin. Makan la apa jua milk booster. Susu tu tidak akan melimpah ruah.

Ya. Betul sangat. Saya memang setuju.
.
.
.
Bagi saya sebagai pengamal tegar supplement dari syarikat #Shaklee. Supplement memang bukan di ambil semata-mata sebagai milk booster. Tapi ia adalah sebagai pelengkap nutrisi untuk lebih sihat bagi menghasilkan susu yang lebih berkualiti.

Di samping supplement juga merupakan #EnergyBooster buat saya. Maklum la. Ibu menyusu memang cepat lapar, cepat penat & silap percaturan akan mudah terganggu emosi serta stress. (Siapa yang melaluinya sahaja yang memahami).

Seram je rasa bila wanita anggun transform jadi tiger. Hihi roarrr roarrr roarrr.
.
.
.
Di antara supplement kegemaran saya adalah #ESP Energizing Soy Protein. Iaitu minuman berprotein tinggi dari sumber soya non-gmo.

SEBELUM ambil supplement termasuk ESP. Saya memang rasa struggle. Rasa sangat letih. Stress. Rasa tak cukup rehat. Tak cukup tidur. Sebab baby saya "kaki ngempeng".

Saya langsung tak ada "ME TIME". Nak makan susah. Nak mengemas apa yang patut tak senang hati. Nak masak makanan sihat? Erm... lagi la payah. Baby asyik menangis nak ngempeng (Ruddin no2). Tak boleh di letak langsung.

Bila dah gitu keadaannya. Saya rasa stress sangat. Bila stress. Muka jadi sembab. Macam orang tua 52tahun. Seram sangat sebab masa tu umur saya baru 32tahun.
.
.
.
Masa tu saya kata pada diri sendiri. "Aku mesti lakukan sesuatu". Alhamdulillah saya berjumpa energy booster yang memang super best.

Walaupun kuantiti susu tidak banyak berubah. Tapi selepas saya amalkan ESP serta supplement yang lain. Baby kurang ngempeng. Selepas menyusu boleh di letak main sendiri atau tidur lena lebih lama. Kesan susu yang lebih pekat. Menjadikan bayi cepat kenyang.

Dan saya lebih releks. Boleh makan dengan aman tenteram. Boleh kemas rumah sedikit sebanyak. Boleh masak. Boleh mandi lama-lama.

Yeahaaa best wooo.
.
.
.
ESP bantu saya dalam:
..Membekalkan tenaga segera.
..Rasa bertenaga lebih lama. Tidak lah lembik lunyai melepek orang kata.

BONUS.
..Kulit rasa lebih lembab. Tidak kering. Gebusss. Maklum la saya kurang rajin sapu krim bagai.
..Muka kembali segar. Tidak lah kelihatan tua sebelum usia.
..Kulit perut yang pecah-pecah selepas bersalin kelihatan pudar. Anak dah 5 khen.
..Berat badan maintain. Sekarang ni hanya 48kg aje.
.
.
.
Ada ke kawan-kawan di luar sana yang mengalami situasi yang sama? Jom PM. Saya kongsi banyak lagi cerita secara peribadi pula.

www.wasap.my/012-2671054/pengalamanMENYUSU
.
.
.
Bulan ni Oktober 2017. Bulan promosi ESP kembali lagi.

Beli 4tong dapat 5% diskaun.

#KisahRuddins
#IsteriTuanAhKit
#zi2mfamily

Monday 14 August 2017

MEMILIH MINYAK IKAN BERKUALITI TINGGI

Bagaimana memilih supplement minyak ikan berkualiti tinggi?
.
.
.
(Part1)

Seperti yang kita tahu. Kita memerlukan 2-3 hidangan ikan dalam seminggu. Bagi memenuhi keperluan EPA & DHA untuk fungsi tubuh badan yang sihat. Dan sumber Omega3 yang baik adalah dari ikan laut dalam.

Namun begitu. Ada di antara kita yang langsung tidak makan ikan. Ataupun hanya mengambil kuantiti ikan yang sedikit dalam diet seharian. Ini kerana mereka tidak suka. Dan ada juga yang risau tentang risiko pencemaran yang terdapat di dalam ikan itu sendiri.

Persoalannya.

ADAKAH MANFAAT KESIHATAN DARIPADA PENGAMBILAN IKAN ADALAH LEBIH PENTING BERBANDING RISIKO MAKAN IKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI, PLUMBUM ATAU TOKSIN LAIN?

Risiko kurang nutrisi Omega3 dari pengambilan ikan mahupun risiko makan ikan yang mengandungi logam merbahaya ini boleh diselesaikan dengan pengambilan SUPPLEMENT.

Namun begitu terdapat EMPAT KRITIRIA yang perlu di ambil kira sebelum memilih supplement anda. Ini kerana bukan semua supplement minyak ikan yang berada di pasaran adalah sama dan berkualiti tinggi.

Apakah kritiria tersebut?

(Bersambung)
.
.
.
(Part 2)

Kritiria pertama yang harus diperhatikan dalam memilih minyak ikan (supplement) yang berkualiti adalah:

Cari lah SYARIKAT YANG BERKUALITI (berapa lama berada di pasaran). SYARIKAT YANG BOLEH DIPERCAYAI kerana mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

Tahukah anda? Pada tahun 1915. PENGASAS SHAKLEE iaitu Dr. Forrest C. Shaklee telah menghasilkan VITALIZED MINERALS iaitu MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA. Dan sekarang ia di gelar VITA-LEA.

Haaa dah lebih 100 tahun dah pun.

Dan tahukah anda? OMEGAGUARD Shaklee adalah supplement minyak ikan bergred FARMASEUTIKAL.

Apakah yang dimaksudkan dengan farmaseutikal?

Ia merupakan kajian mengenai bahan mengubat (ubat). Ia menyentuh komposisi dadah, interaksi dadah & kesan dadah tersebut dalam terapi sesuatu penyakit.

Dadah perubatan (ubat) memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa bagi mengawal penggunaan dadah tersebut.

Di Malaysia. Pihak berkuasa itu adalah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda. OmegaGuard bukan ubat. Ia adalah supplement. Ini bermakna ia tidak mengandungi dadah. Namun ia mempunyai interaksi & kesan positif terhadap tahap kesihatan manusia.

Dan OmegaGuard memperoleh kebenaran dari KKM.
Bagus bukan!

(Bersambung)
.
.
.
(Part 3)

Kritiria kedua yang harus diperhatikan dalam memilih minyak ikan (supplement) yang berkualiti adalah:

Pastikan KETULENAN & KESELAMATAN supplement minyak ikan anda.

BAGAIMANA? Kaji samada ia melalui PROSES PENYULINGAN MOLEKUL.

Proses Penyulingan Molekul adalah satu proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vacum. Keadaan ini membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak.

Ini membolehkan EPA & DHA DIPISAHKAN DARIPADA LOGAM BERAT, yang menbolehkan toksin disingkirkan.

Proses ini juga MENGURANGKAN BAU & RASA HANYIR IKAN.

Tahukah anda? Bahawa OmegaGuard Shaklee melalui PROSES PENYULINGAN 3 PERINGKAT dalam mengeluarkan minyak ikan yang tulen & pekat.

Satu sajian OmegaGuard Shaklee memberikan 990mg asid lemak Omega3. (546mg EPA & 360mg DHA).

Proses ini juga menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins & lain-lain bahan cemar.

OmegaGuard Shaklee juga mempunyai bau & rasa kesan hanyir yang minimum.

(Bersambung)
.
.
.
(Part 4)

Kritiria ketiga yang harus diperhatikan dalam memilih minyak ikan (supplement) yang berkualiti adalah:

Pilihlah supplement minyak ikan dari sumber IKAN KECIL. Kenapa?

Ikan kecil hanya mengandungi SEDIKIT toksin. Manakala ikan besar mengandungi lebih banyak toksin kerana memakan beribu-ribu ikan kecil.

Semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil mempunyai jumlah BIOAKUMULASI TOKSIN YANG RENDAH.

TAHUKAH ANDA? OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 SPEKTRUM LENGKAP ASID LEMAK OMEGA 3 TULEN yang terhasil secara semulajadi (EPA, DHA, ALA dan lain-lain). Ia diperolehi dari sumber IKAN KECIL di habitat lautan dalaman air sejuk.

(Bersambung)
.
.
.
(Part 5)

Kritiria keempat yang harus diperhatikan dalam memilih minyak ikan (supplement) yang berkualiti adalah:

KELANGSUNGAN. Sebuah SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB akan memberi perhatian terhadap saiz populasi & had tangkapan. Serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan (tidak menangkap ikan yang sedang bertelur). Bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi dalam jangkamasa panjang.

TAHUKAH ANDA? OmegaGuard Shaklee diiktiraf oleh FRIEND OF THE SEA. Ianya bagi memastikan Shaklee dapat menbekalkan minyak ikan berkualiti tinggi secara konsisten. Tanpa menjejaskan alam sekitar.

Klik link ini untuk dapatkan OmegaGuard Shaklee sekarang!

https://goo.gl/bSJ7BZ 
https://goo.gl/bSJ7BZ 
https://goo.gl/bSJ7BZ

Atau

www.wasap.my/012-2671054/nakbeliOmegaGuardShaklee

Nor Maslina Hatar
Pengedar Sah Shaklee Wangsa Maju

Wednesday 26 April 2017

6 CARA NAK DETOX BADAN

6 CARA NAK DETOX BADAN

1. PILIH MAKANAN YANG BETUL

Salah satu cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk DETOX BADAN adalah dengan mengurangkan toxin masuk ke dalam badan anda.

Bagaimana? Contoh: Pilih sayur-sayuran & buah-buahan organik.

Sebab? Makanan segera, makanan yang di proses, produk GMO - mengandungi racun perosak. Ini akan menambah toxin berbahaya kepada diet anda.

.
.
.

2. SENAMAM & MEDITASI

Senaman dan meditasi membantu mengekalkan badan yang sihat. Bersenam membantu anda berpeluh, dan berpeluh membantu toxin keluar melalui kulit anda.

Meditasi membantu anda mengosongkan fikiran & mengurangkan tekanan. Tekanan boleh meningkatkan kandungan toxin dalam badan. Seterusnya menyebabkan badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

.
.
.

3. DIET

Detox badan bukan hanya mengELAK makanan mengandungi RACUN. Tetapi ia juga tentang apa yang anda makan.

Amalkan diet yang sihat!

Terdapat banyak makanan yang membantu detoksifikasi - bawang putih, lemon, brokoli, kacang hijau, dan sayur-sayuran mentah.

.
.
.

4. MENAPIS UDARA

Bernafas dengan udara yang bersih adalah satu lagi cara untuk mengurangkan pendedahan toxin. Walaupun anda tidak boleh mengawal seluruh alam sekitar, anda boleh mengawal udara dalam rumah anda.

Asap rokok, bulu haiwan peliharaan, kulapuk, dan mikroorganisma boleh membuat udara di dalam rumah anda lebih toksik daripada udara di luar. Gadget pembersihan udara yang berkualiti tinggi adalah cara terbaik untuk menjaga udara segar dan bebas toxin.

Jika alat pembersihan udara berkualiti tinggi adalah di luar bajet anda. Anda boleh dapatkan beberapa tumbuh-tumbuhan yang sesuai di tanam di dalam rumah. Ia adalah penyegar udara alam semula jadi. Ia membantu menapis udara dan membuang toxin. Dan ia adalah jauh lebih murah.

.
.
.

5. AIR

Air sangat PENTING untuk detoksifikasi badan anda. Bukan hanya untuk DETOX. Tapi air adalah satu KEPERLUAN untuk sistem badan yang SIHAT.

Badan anda memerlukan air untuk menghasilkan air liur, peluh, dan menyingkirkan bahan buangan.

Air di sini bermaksud air kosong H2O, bukan kopi, atau minuman sukan, atau minuman ringan. Jika anda mempunyai masalah untuk minum air kosong, cuba tambah lemon atau timun dalam air anda.

.
.
.

6. DETOX BADAN SECARA LENGKAP

Detox badan yang lengkap adalah satu proses langkah demi langkah yang memberi tumpuan kepada setiap ORGAN DETOX.

2 CARA - 🐛mengHAPUSkan organisma berbahaya, bahan kimia dan logam toksik.

🐛memBERSIH USUS, HATI, dan DARAH.

Thursday 13 April 2017

Perbanyakkan protein sewaktu berpantang

Setiap kali selepas saya bersalin. Pihak hospital, tidak kita doktor atau jururawat. Tidak kira bersalin normal atau pembedahan. Mereka mesti pesan.

"Puan. Nanti balik rumah. Mesti makan banyak protein. Ikan. Ayam. Daging. Telur. Sayur dan bauh jangan lupa. Supaya luka cepat baik. Luka dalam. Luka luar. Ya puan. In syaa allah. Cepat sel-sel baru tumbuh."

Saya tersenyum.

Tapi saya memang suka ikan. Ikan haruan. Ikan merah. Ikan tenggiri. Ikan bawal emas. Tuan suami bakar dengan bawang putih serta pelbagai herba campur.

Memang sedap la kan. Makan panas-panas. Perghhh terangkat. Siapa kata makanan dalam pantang tak sedap? Akak selera aje.

Oh ya. Lobak merah. Lobak putih. Brokoli. Sawi. Pak choy. Dan sebiji epal merah setiap pagi. Wajib dik.

Alhamdulillah. Luka memang cepat sembuh. Badan sihat. Cergas. Bertenaga. Kulit muka pun merah kemerahan. Tidak la pucat lesi. Siap boleh masak sendiri lepas seminggu. Maklum la. Tuan suami dah masuk ofis.

Uols dalam pantang makan apa eh?

#GelombangShaklee
#ProjekPoster
#TofuMofuBofu

APA BERLAKU JIKA KURANG PROTEIN?

Makan protein terlalu sedikit boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:

🐬Tahap metabolisme rendah
🐬Masalah berat badan
🐬Masalah otot tidak pejal/kendur
🐬Tahap tenaga yang rendah dan keletihan
🐬Kurang daya fokus dan lemah dalam pembelajaran
🐬Perasaan tidak menentu dan perubahan mood
🐬Sakit otot, tulang dan sendi
🐬Perubatan gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis
🐬Penyembuhan luka lambat
🐬Imuniti rendah

#GelombangShaklee
#ProjekPoster
#TofuMofuBofu

Monday 10 April 2017

AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN

Makan protein terlalu sedikit boleh menyebabkan gejala-gejala berikut:
Tahap metabolisme rendah
Masalah berat badan
Masalah otot tidak pejal/kendur
Tahap tenaga yang rendah dan keletihan
Kurang daya fokus dan lemah dalam pembelajaran
Perasaan tidak menentu dan perubahan mood
Sakit otot, tulang dan sendi
Perubatan gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis
Penyembuhan luka lambat
Imuniti rendah

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...