Friday 24 February 2017

PERLUKAH SURI RUMAH MENGEPAM SUSU?

Hai semua.

Hari ini saya mahu kongsikan tips berikutnya tentang penyusuan. Jom baca.

PERLUKAH SURI RUMAH MENGEPAM SUSU?

Bila kita sebut tentang mengepam susu. Pasti kita terbayangkan wanita bekerjaya yang kelam kabut di pejabat. Mencuri masa. Hilang di tempat duduk macam Chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. Bos tercari-cari. Bila outstation dok kelek ice box ke hulu ke hilir. Mencari ais batu. Haaa dan macam-macam lagi kan.

Saya faham sangat situasi tu. Sebab saya juga pernah berkerja suatu masa dulu.

Tapi sekarang bila sudah menjadi suri rumah. Adakah masih perlu untuk kita mengepam susu di rumah? Perlu ke? Kenapa? Kan baby ada bersama-sama dengan kita sentiasa. Buat apa nak pam? Selak aje kan senang!

Haaa tu dia.

Ada banyak pendapat berbeza bergantung kepada situasi & keperluan. Tapi jika di tanya saya soalan ini. Maka jawapan saya adalah PERLU.

Mengapa?

...

1. ME TIME
Kita ibu menyusu ni kan manusia biasa. Kadang-kala perlu juga masa untuk diri sendiri. Bukan lama-lama sangat pun. Bukan 2 3 hari. Mungkin hanya untuk beberapa jam sahaja.

Contoh: Mahu ke salon atau SPA untuk membelai diri. Maintain anggun gitu.

Atau pun berSOSIAL bersama rakan-rakan sambil bergossip. Bagi mengurangkan stress.

Atau lagi. Menghadiri majlis-majlis ilmu. Mungkin ilmu agama, ilmu bisness ataupun ilmu menjahit/memasak. Semuanya untuk menambah skill dalam kelangsungan hidup.

...

2. MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB
Ke pasar misalnya. Membeli keperluan dapur. Atau ke bank atas urusan rasmi.

Tempat-tempat ini tidak sesuai membawa anak kecil bersama. Banyak terdedah kepada bahaya. Jangkitan penyakit mahupun penculikan.

Kan lebih baik tinggalkan mereka di rumah. Bagi memudahkan urusan-urusan penting berjalan lancar.

...

3. SITUASI "KITA" DIUJI TAHAP KESIHATAN
Ibu menyusu juga terdedah kepada jangkitan penyakit. Kebiasaannya ibu menyusu menghadapi masalah kekurangan susu mahupun keletihan sewaktu jatuh sakit.

Ataupun ubat-ubatan yang di ambil waktu ini tidak sesuai untuk menyusukan bayi (atas nasihat doktor). Mungkin boleh membawa mudarat kepada bayi kita.

Ataupun dalam situasi NIPPLE CRACK. Awchhh mana mampu menyusukan selagi puting itu belum sembuh. Sakit kan!

Dalam situasi ini, EBM sangat-sangat membantu.

...

4. TIDUR YANG LEBIH BERKUALITI
Anak saya yang ke5 ini. Akan lebih cepat kenyang & nyenyak jika disusukan dengan menggunakan botol (EBM). Cara ini tidak bermakna penyusuan secara terus tidak kenyang atau tidak nyenyak.

Sebagai suri rumah. Perancangan masa adalah sangat penting. Anak yang mengempeng terlalu lama. Mungkin membuatkan banyak kerja-kerja rumah tergendala.

Solusi selepas try & error (bedung, buaian dll) adalah memberi susu perahan di dalam botol.

Alhamdulillah. Cara ini banyak membantu saya menyelesaikan tugasan harian.

Dan yang penting. Saya juga punya masa untuk makan, mandi serta solat dengan lebih tenang. Kerana  bayi ini akan tidur lebih lama.

Setelah kerja selesai. Bayi kembali mengempeng. Hihi

...

Mengepam tidak bermakna kita berhenti terus memberi susu secara terus. Penyusuan direct lebih merangsang hormon PROLAKTIN bagi penghasilan susu yang lebih banyak berbanding penggunaan pum susu.

Jadi penyusuan direct WAJIB diteruskan melainkan ada masalah-masalah tertentu.

Namun, penyediaan EBM beberapa botol (stand by mode) mampu membantu kita SURI RUMAH dalam menjalani aktiviti harian kita.

...

Tapi bila pula masa yang paling sesuai ya untuk suri rumah mengepam susu?

Masing-masing ada masa selesa tersendiri.

Tapi saya suka TANDERM NURSING di waktu awal pagi ataupun malam sebelum tidur. Waktu ini susu lebih banyak. Keadaan pun lebih sunyi & tenang.

Jika sehari mampu memperolehi 4oz. Ia sudah cukup banyak buat saya.

Bergantung kepada keselesaan masing-masing. Buat ia dengan tenang & gembira. In syaa allah kita mampu beribyang terbaik untuk anak kita.

...

Bak kata pepatah. Sediakan payung sebelum hujan.

...

Nor Maslina Hatar
Ummi yang masih mengepam

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...