Thursday 25 February 2016

Sembelit waktu berpantang

Sembelit dikalangan wanita berpantang bukan perkara pelik. Malah ianya biasa dan lumrah. Saya sendiri punya pengalaman ngeri.

9hari tak boleh membuang ianya sangat menduga. Nak teran takut tertetas jahitan. Nak mencangkung lagi lah tak mungkin.

Masa tu belum lagi jumpa shaklee. Google punya google jumpa tips ni.

💩Ambil Diet Seimbang.
Pastikan ambil makanan yang kaya serat dan ambil buah serta sayuran setiap hari.

💩 Air Cukup
Kerap dengar orang pantang tak boleh minum banyak. Silap tu. Ambil air secukupnya terutama ibu menyusu badan. Ia dapat membantu memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

💩 Segera Ke Tandas
Elak sikap suka bertangguh untuk ke tandas. Kalau dah ada rasa mahu membuang terus pergi tandas.

💩 Duduk dan Baring Lama
Cuba untuk berjalan walaupun sedikit ia dapat membantu masalah sembelit dari jadi semakin parah

💩 Tandas Duduk
Ia amat mudah untuk ibu berpantang. Gunakan bangku atau alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

💩 Pelembut Najis
Boleh menggunakan ubat pelembut najis yang disyorkan oleh doktor.

💩 Tarik dan Kendur Usus
Galak pergerakan usus dengan cara tarik dan kendurkan otot perut. Caranya ialah dengan dengan menarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan kemudian tolak otot perut dengan mengembungkan perut anda.
Lakukan secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga 10kali. Relaks kan lantai pelvik anda sewaktu senaman ini dilakukan.

💩 Jangan Biarkan Berterusan
Jumpa doktor dan jangan biarkan sembelit berpanjangan kerana sembelit yang berterusan akan menyebabkan buasir atau hemoroid dimana berlakunya pembengkakan pada salur darah vena yang terletak pada bahagian rectum dan dubur.

Tapi selepas saya berjumpa Shaklee, tiada lagi masalah sembelit. Kerana Ostemetrix sangat-sangat membantu melancarkan proses pembuangan ini sama ada ketika mengandung juga berpantang.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...