Thursday 11 February 2016

Apa ada dengan kayu manis?

6 KHASIAT KAYU MANIS YANG PERLU ANDA TAHU
====================================

🍂 MENCEGAH PENGUMPALAN DARAH

Cinnamaldehyde, minyak yang dihasilkan oleh kayu manis bisa mencegah darah untuk menggumpal. Berdasarkan whfoods.com, kayu manis mengeluarkan asid lemak anti-peradangan yang disebut arachidonic. Asid lemak ini kemudian mengurangi radang dan penggumpalan darah.

🍂 ANTI BAKTERIA

Minyak alami dari kayu manis juga mampu mencegah pertumbuhan kulat dan bakteri pada tubuh. Kerana kemampuan anti-bakteri dan mikroba ini menjelaskan bahwa kayu manis boleh digunakan sebagai pengawet makanan tradisional yang alami.

🍂 MENGAWAL GULA DALAM DARAH

Kayu manis mengandung antioksidan yang mampu membantu mengawal tingkat gula dalam darah. Kayu manis membantu proses pencernaan selepas makan dan membantu memperbaiki respon insulin pada pesakit diabetis. Satu gram kayu manis mampu menurunkan kadar gula dalam darah, triglycerides, kolesterol buruk, dan kolesterol total pada pesakit diabetis. Berdasarkan whfoods.com, kayu manis juga mampu menurunkan risiko penyakit jantung pada penghidap diabetis

🍂 MENINGKATKAN FUNGSI OTAK

Mencium bau kayu manis diketahui mampu meningkatkan fungsi otak. Whfoods.com juga menjelaskan bahawa bau kayu manis dapat meningkatkan proses kognitif seseorang dan membantu dalam hal konsentrasi, mengingat, kecepatan bekerja pada program komputer.

🍂 MENURUNKAN KOLESTROL

Kayu manis mengandung kalsium, serat, dan banyak mineral seperti mangan. Untuk itu, kayu manis sangat sesuai untuk kesihatan pencernaan, usus, serta melindungi dari penyakit jantung.

Kayu manis juga dapat menurunkan kolesterol. Kalsium dan serat pada kayu manis juga membantu menghilangkan garam pada tubuh dan mencegah kanser usus.

🍂 MENGHANGATKAN

Kayu manis biasanya digunakan pada perubatan tradisional China bagi yang diserang demam atau influenza. Hal ini kerana kayu manis mengandung zat yang membuat tubuh lebih hangat dan nyaman.

Itulah beberapa manfaat mengejutkan yang  didapatkan dari kayu manis. Jangan lagi memperlekehkan khasiat kayu manis pada makanan atau minuman kalian.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...