Wednesday 3 February 2016

Bagaimana SISTEM IMUN berfungsi?

Sumber dari:

http://zahirahhafizan.com/2016/02/apa-itu-sistem-imun-bagaimana-ia-berfungsi.html

Sempena dengan promosi Shaklee bulan ini, saya ingin berkongsi mengenai interferon dan imun sistem serta bagaimana ia berfungsi. Pernah dengar tak mengenai interferon?

 

APA ITU INTERFERON?

 

Apabila saya google dengan wikipedia, maksud interferon ini didapati di bawah ini.

 

Interferon adalah hormon berbentuksitokina berupa protein berjenisglikoprotein yang disekresi oleh selvertebrata karena akibat rangsangan biologis, seperti virusbakteriprotozoa,mycoplasmamitogen, dan senyawa lainnya.[1] Sejarah penemuan interferon dimulai pada tahun 1954 ketika Nagano dan Kojima menemukannya pada virus dikelinci.[1] Tiga tahun kemudian Isaacs dan Lindenmann berhasil mengisolasi molekul yang serupa dari sel ayam dan molekul tersebut disebut interferon.[1]

 

Tahukah kita yang interferon ini boleh diambil melalui suntikan? Haaa… kosnya lebih daripada RM600 tau bagi satu suntikan.

 

APA ITU SISTEM IMUNISASI?

 

Setiap hari badan kita terkesan dengan patogen, miroorganisma yang tidak dapat dilihat yang boleh menyebabkan kita alami alergik yang boleh menyebabkan selsema yang semakin teruk. Alhamdulillah badan kita menghasilkan interferon. Yang mengaktifkan antibodi untuk melawan 18 jenis patagon.

 

Tapi berdasarkan kepada tekanan, keletihan, pemakanan yang tidak sihat menyebabkan badan kita lemah untuk melawan sebarang penyakit berjangkit.

 

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit.

 

FAHAMI BAGAIMANA SISTEM IMUN TUBUH BERFUNGSI

 

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

 

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.


Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

 

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

 

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

 

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti. Dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam.” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda-benda merapu.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

 

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

 

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah nutriferon.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...