Friday 12 December 2014

UmrahDec14Entry1

Syukur alhamdulillah...

Aku di jemput Allah untuk kali ke2 menjejak kan kaki ke tanah suci. Sejak hari pertama di beritahu oleh abah, aku rasa teruja. Dan kini lebih suspen kerana... Lagi 4hari sebelum tarikh penerbangan yg di jadual kan oleh travel agency, VISA kami masih belum mendapat kelulusan! Fhewww... Namun persiapan tetap di lakukan kerana tak mahu kelengkapan penting tertinggal.

Oleh kerana aku akan bersama 3puteri, berumur 5tahun, 3tahun & 1tahun setengah... maka persiapannya lebih cerewet! Segala kelengkapan WAJIB di bawa. Susu, diapers, ubat2an, toiletries yg sesuai, botol susu, pembersih botol, penyidai baju kecil, pakaian sejuk, stroller, SSC, biskut, bla bla bla... Macam2 lah. Rasa macam nak bawa satu bilik. Hanya utk pastikan mereka selesa. Hanya positif kan diri... Bila kita rasa mudah... In syaa Allah mudah lah urusan kita.

Manakala kelengkapan ummi & ayah hanya sekadar yg perlu shj. Syukur kerana ramai yg membantu. Tudung umrah ada anak saudara yg tolong belikan. Sandal yg selesa, telekung, stroller, SSC ada yg sudi beri pinjam. Baju arwah FIL turut di bawa bersama oleh En. Suami. Kami hanya beli apa yg tak ada shj. Pakaian pun bawa apa yg ada dlm almari shj. Pergi dgn niat utk beribadah. Jika di izinkan... Kami mahu bersolat berjemaah di masjid pada setiap waktu. Dan yg utama, utk lakukan ibadah umrah yg TERBAIK!



Ya Allah ya tuhan ku... Hanya kepada mu tempat aku memohon pertolongan. Permudahkan lah segala urusan. Beri lah kami kekuatan fizikal, mental & emosi utk menjadi tetamu MU. Hanya kepada mu kami sandarkan harapan! Amin...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...