Monday 5 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalam semua. Maaf ya kerana tiada pengisian d blog ini sejak kebelakangan ini. Saya terpinggir kerana sering mencari diri sendiri. Saya mohon teman2 d luar sana memaafkan saya jika saya pernah melakukan apa jua kesalahan secara seng ajar ataupun tidak.

Ok lah. Xmau sedih byk2. Kali ini saya terpanggil utk bercerita pengalaman saya sebagai seorg ummi yg nak masuk hampir 5thn ini. Sket je kan... Tapi bermakna buat saya.
Anak sulung saya bernama Nur Widad Kamilah lahir pada 01.11.09. Saya sakit selama lebih kurang 4jam sebelum melahirkannya secara vacuum. Saya akui saya kurang ilmu sewaktu melahirkannya. Ada waktu nya saya mcm xpercaya bhw saya sudah pun bergelar seorg ummi. Macam xboleh terima kenyataan. Walau pun gembira, tapi... Byk perkara seperti berubah sekelip mata... Saya xboleh tido. Saya xboleh buat byk perkara yg saya suka. Mujurlah saya mempunyai suami yg sgt memahami. Sewaktu kecil mmg Widad mempunyai lebih masa bersama ayahnya. Dan perkara yg paling saya sedih sehingga skrg... Saya xberjaya menyusukan Widad sebagaimana ummi lain mampu lakukan. Ini semua kerana kurangnya ilmu pengetahuan.

"Penyusuan ibu adalah perkara semulajadi yg tidak Akan berlaku secara semulajadi tanpa ilmu & usaha!"

Nak di jadikan cerita lagi, Widad adalah bayi yg allergic kepada susu lembu. Dia mengalami simptom nafas berbunyi bila dia meminum susu lembu buat kali pertama. Sejak itu sehingga umurnya setahun, Widad hanya meminum susu Nestle NAN HA yg harganya rm70+++/900g. Haha mahal kan! Saya bukan bercerita mengenai duit tapi NILAI setitik susu ibu yg mungkin kita tak mampu bayar sampai bila2. So, please appreciate ya!
Anak kedua saya pula manis orgnya. Nur Wafiy Khadijah nama di beri. Kelahiran dia pula seumpama drama melayu d tv1. Saya mengalami pendarahan yg teruk lebih kurang pada pukul 3am@27.09.11. Meleleh-leleh hingga ke kaki. Sehingga keluar ketulan2 darah. Kami bergegas ke hospital dalam keadaan hujan yg xberapa lebat Tp basah jugak la kan. Tiba d hospital, pintunya ber kunci pula kerana pak guard tidur di dalam sbb hujan. Terpisat-pisat dia Bgn utk membuka pintu. Tiba d tgkt labour room plk, pintunya juga ber kunci. Saya faham, cuaca nyaman mmg sedap melayan mimpi indah. Make it short... Doc tiba lebih kurang pada pukul 4:30am & saya di nasihatkan agar bersalin secara pembedahan dgn segera. En suami bergegas menghantar Widad ke rumah pengasuh awal pagi itu sblm dia masuk serta ke dlm OT. Alhamdulillah... Saya sudah boleh membiasakan diri menjadi seorg ummi & berjaya menyusukan Khadijah selama setahun. Dengan azam yg cekal, usaha gigih, sokongan suami & taska. Tidak lupa doa yg berpanjangan. Serta percubaan bersama #shaklee yg tidak menghampakan.
Dan ini anak ke3 saya... Si putih salju... Nur Adra Fatima. Kelahirannya juga saya kira sgt unik. Saya tidak mengalami sakit contraction yg teruk sehingga 6cm. Ada lah sakit sikit2 je. Tapi... Proses megeluarkannya mengambil masa sgt lama. Lbh kurang 2jam. Saya xberapa ingat. Yup... Saya xpandai meneran. Fatima di lahir kan pada 11.06.13 seberat 3.1kg yg paling berat antara mereka bertiga. Fatima seorg bayi yg xmahukan org lain Selain saya. Tidurnya xboleh bising seumpama di dlm library. Minumnya hanya lah susu ibu secara direct. Walau pun susu beku masih penuh dlm deep freezer. Tengah fikir nak buat apa dgn susu ni. Huhhuh... Memang meletihkn namun Demi anak tercinta saya teruskan jua & YES... Itu adalah hak2 anak2 yg mesti kita tunaikan.
Utk ibu2 di luar sana, ini adalah pengalaman saya yg ingin saya kongsikan. Jangan bersedih jika xdapat menyusukan anak2 anda. Saya pernah mengalami situasi yg sama. Tapi jgn biarkan diri anda terus tidak berilmu. Cari lah ruang utk memperbaiki diri sendiri. Saya terbaca post seorg kwn bertanya kan Susa apa yg elok jika anaknya alah pada susu lembu. Apa pun jawapan dari org lain, anda adalah org yg paling berhak menentukannya. Sememangnya susu ibu adalah yg terbaik. Namun, jika segala usaha telah di lakukan tapi tidak berhasil... Minta lah bantuan dari Allah. Semoga anda. Bertemu jalan yg sebaik baiknya.

Dan kepada ibu2 yg masih berusaha gigih dalam menjayakan penyusuan susu ibu, teruskan usaha anda. Jgn pernah mengalah kerana Allah pasti membantu kita jika niat kita itu baik. Berdoa lah dan terus berdoa. Pohon restu & sokongan suami kerana bila suami redho, in syaa Allah mudah segala urusan kita. (En suami... Sila restu & sokong isteri anda ya. Susu ibu ni mahal ya. Xde Jual kt kedai. Dan NILAI nya sgt berharga. Saya pasti en suami gembira bila melihat anak yg di susu isteri anda sihat. Anda juga Akan gembira kerana anda pasti jimat lebih kurang RM2000-RM4000 setahun sbb Xperlu beli susu tin kat kedai. Pembelanjaan hospital juga kurang. Dan macam2 lagi lah. Jgn lupa reward isteri anda. Para isteri yg menyusu ibu ni mudah letih ya cik abang semua. Sekurang kurang nya hargai lah titik peluh mereka. Keringat mereka. Calsium mereka yg banyak hilang tuh. Para isteri pasti gembira!)

Saya tak lupa dengan supplement kesayangan saya #shaklee. Tak salah kalau kita melabur sedikit utk menambah NILAI kesihatan diri. Yup... #shaklee bukan ubat. Namun ia membantu memastikan ibu2 seperti saya mendapat khasiat yg secukupnya utk memastikan susu yg terhasil utk anak kesayangan adalah berkualiti. Bila dah usaha, doa & tawakal... Tambah kan NILAI kasih sayang pada diri sendiri. Atau pun hadiahkan nya kepada insan tersayang! Saya yakin semua org pasti gembira...
Akhir kata... Selamat menyambut hari ibu. Semoga Allah merahmati semua kaum ibu di dunia ini. Alfatihah utk arwah Hajah SUPINAH Tumin... Anda tetap hidup di hati saya.






2 comments:

  1. Selamat Hari Ibu kak... Walaupun dh terlambat..
    Tp hari ibu ni sentiase kn??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ain. Yup, everyday is Mother's Day!

      Delete

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...