Monday 29 December 2014

UmrahDec14Entry6 - Assalamualaika Ya Rasulullah 17/12/2014

Apalah sgt dgn perjalanan selama 19jam dgn menaiki kapal terbang & bas. Yg selesa. Berhawa dingin. Boleh tidur. Boleh makan. Boleh minum. Sejuk... Berbanding dgn perjalanan hijrah Rasulullah saw utk berdakwah! Mengambil masa yg lebih lama. Berhari-hari. Hanya menaiki unta & kdg kala berjalan. Kurang selesa. Tiada hawa dingin. Tidur di padang pasir@gua. Makan & minum yg limited. Cuaca yang sgt panas... Apalah sgt dgn dugaan anak kecil yg di serang demam panas. Jika di bandingkan dugaan Rasulullah saw yg di buru@serang kafir Quraish! Terasa diri sgt kerdil... Bila cuba membayangkan perjalanan Rasulullah saw!

Mata ku terkesima melihat kubah hijau di Masjid Nabawi di waktu pagi sekitar jam 3am. Suasana sejuk & hening menambat feeling ku pada waktu itu. Sambil bibir ku perlahan menyebut... "Assalamualaika Ya Rasulullah. Hamba datang Ya Rasulullah..." Berjurai air mata ku... Namun tersekat tatkala Widad menanyakan... "Kenapa ummi sedih?" Aku hanya menggelengkan kepala. Alahai anak... Ummi tgh dok feeling ni sayang oiii...


Di Madinah, kami menginap di Hotel Safwa Mawaddah. Sgt hampir dgn Masjid Nabawi. Alhamdulillah... Proses menurunkan beg serta check-in mengambil masa lebih kurang sejam. Lega rasanya bila dapat masuk ke bilik utk berehat. Gembira kerana dapat melihat perkarangan masjid dari tingkap bilik. Wpun kubah hijau tidak kelihatan. Ia cukup memberi semangat utk melakukan ibadah!

Waktu subuh bermula sekitar jam 5:40am. Dlm hati... Masih sempat berehat seketika. Pukul 5am nanti baru lah turun melangkah ke masjid. Namun apa yg di sangka2 meleset sama sekali. Melangkah ke masjid 40min lebih awal... Mungkin terasa awal benar di tanah air. Tapi tidak di Madinah... Terutamanya waktu solat subuh!!! Tiba2 rasa sedih melalui perbezaan ini...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...