Saturday 13 December 2014

UmrahDec14Entry2

Syukur alhamdulillah... Selesai sudah kelas UMRAH malam tadi 13/12/14 d rumah abah. Ilmu bersama Ustaz Luqman, pengerusi Fa Izin bermula jam 5pm dan berehat solat maghrib, kemudian sambung sehingga 9:30pm. Fuhhh... Byk info yg lebih jelas berbanding kelas sebelum ini. Lebih relex kerana anak2 bebas makan & main di bilik bawah. Bising sket2 tu biasa la kan... Nama pun budak!

Dalam byk2 info yg di terima semalam, ada 2perkata yg menyentuh perasaan saya.

Pertama... Betulkan NIAT kita utk menjadi tetamu Allah. Allah memilih kita mungkin kerana kita sememangnya hamba yg baik & Allah mahu kita jadi lebih baik. Ataupun kita adalah hamba yg berdosa dan Allah beri kita peluang utk bertaubat, mensucikan diri & jadi manusia yg baru seperti mana bayi yg baru keluar dari perut ibu. Subhanallah... Sungguh hebat nikmat & rezeki mu ya Allah! Hampir mengalir air mata kerana sedar akan kekurangan diri sendiri. Tapi mcm tersekat kerana sedikit gangguan dari suara anak2 kecil yg tidak berdosa...

Allah menghantar ustaz utk menyedarkan aku, masih ada beberapa hari lagi sebelum berangkat. Masih sempat memperbetulkan mana2 niat yg terpesong. Hanya niat utk beribadat & bertaubat kerana mu ya Allah kerana engkau adalah tuhan ku... Ustaz pesan, perbanyakkan solat TAUBAT sebelum berangkat. Supaya terhindar dari gangguan syaitan yg jahat yg sentiasa menggoda. Dan tinggalkan lah 3perkara iaitu kekuasaan, pangkat & kemewahan... Supaya niat yg baik itu kekal & mendapat umrah yg mabrur! In syaa Allah...

Dan perkara kedua... Ustaz kata lagi, bagus bawa anak2 kecil bersama kerana...
1. Mereka umpama pistol yg membantu kita org dewasa agar Allah makbulkan doa kita. Jgn di marahi anak2 ini ketika beribadah kerana kita tidak tahu doa siapa yg Allah angkat terima di langit! Karang lah sepanjang mana pun senarai doa yg kita mahu, tapi mungkin doa anak2 ini wpun satu ayat... Itu yg Allah akan terima. Kerana mereka suci tidak berdosa! Doa mereka sememangnya tiada halangan...

2. Sejahat mana pun manusia, mereka akan terpegun apabila melihat KAABAH. Ini kan pula anak2 kecil yg masih suci tidak berdosa. Wpun ibadah umrah itu jatuh hukum sunat utk mereka, namun pasti memori indah itu akan sentiasa terpahat dalam ingatan mereka bila mereka dewasa kelak. In syaa Allah... Anak2 ini akan membesar sebagai anak yg soleh & solehah!!! Dan ustaz kata lagi, aura rumah Allah juga boleh di rasai oleh bayi dalam kandungan! Allahuakbar... Sampai begitu sekali nikmat yg Allah berikan...

3. Jgn rasa susah bersama anak2 kecil di sana. Islam itu mudah. Jgn anggap anak2 yg memakai diapers itu adalah suatu benda yg najis. Selagi najis itu tidak terkena kepada kita, kita bebas beribadah terutamanya solat & tawaf. Saya tak mahu citer lanjut kerana ustaz telah sampaikannya dgn pjg lebar dalam kupasan yg lebih luas. Cth seperti org tua sakit bersama beg air kencing yg di bawa ke hulu ke hilir, wanita berdarah istikhadah, penyakit keputihan, penyakit buasir, penyakit kencing tak lawas dll. Mereka juga bukan benda yg najis. Cuma cara wuduk mereka shj yg berlainan. Saya harap saya dapat menghadiri kelas mengenainya di waktu yg lain utk mendalami ilmu ini.


Banyak lagi ilmu bermanfaat yg kami terima malam tadi. Namun 2perkara ini menyentuh hati saya. Rasa lega kerana keputusan membawa anak2 bersama adalah keputusan yg tepat! Semoga Allah membantu kami memudahkan segala urusan di sana. Dan semoga kami semua sihat fizikal, mental & emosi sepanjang mengerjakan ibadah & mendapat umrah yg mabrur! In syaa Allah...

Selesai kuliah, kami menjamu selera dgn bihun goreng & nasi ayam rempah. Sedappp sgt! Dinner sekitar jam 10malam memang semua kelaparan & keletihan. Tapi kami 5beranak masih meneruskan perjuangan mengemas segala kelengkapan utk di bawa ke sana. Alhamdulillah... Selesai packing 4beg besar & 3beg kecil. Hehe masih di bawah kuota yg di benarkan. Dan kami selamat pulang ke rumah sekitar 12:30pagi. Anak2 terus melabuhkan kepala & bermimpi. Kesian mereka keletihan. Sabar ya anak2... Semoga mimpi yg indah melihat rumah Allah!



No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...