Monday 29 December 2014

UmrahDec14Entry5 - Tiba di Jeddah menuju ke Madinah

Alhamdulillah... Setelah 8jam berada di dalam pesawat, kami tiba di Jeddah sekitar pukul 6pm (waktu tempatan) @ 11pm (waktu Malaysia). Berpijak di bumi Jeddah, udara sejuk mula terasa! Mungkin suhu ketika itu lebih kurang 20C (saya tak pasti). Yg pasti udaranya sejuk berbanding di tanah air. Kami terus menyarung baju sejuk yg di bawa di dalam hand luggage. Fatima yg demam saya tutupkan kepalanya & saya peluk erat2. Urusan kastam & beg collection pula mengambil masa lebih kurang 2jam. 

Kemudian... Kami mengambil masa lagi... kurang dari sejam utk menunggu bas. Bas yg akan membawa kami terus ke Madinah. Kami bersama jemaah lain telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan kami sekeluarga berada di dalam kumpulan SV16 BAS1. Oh ya... Di sini kami berkenalan dgn seorg mutawwif berpengalaman, yg kami panggil USTAZ SYED. Perjalanan dari Jeddah menuju ke Madinah pula mengambil masa lebih kurang 6jam. Ya Allah... Jauh sungguh perjalanan ini. Semoga kami seluruh jemaah terus sihat & selamat sampai ke destinasi!!!

Dalam perjalanan ke Madinah, kami berhenti di sebuah masjid (saya terlupa namanya & kawasannya) utk solat jamak qasar maghrib & isyak serta makan malam. Subhanallah... Tiupan angin di sini sangattt sejuk. Menggigil-gigil kami... terasa sejuk sampai ke tulang!!! Lantas utk mengelakkan saya di serang selsema (saya memang tak tahan sejuk) & sakit2 pinggang (sebab saya mengandung 5bulan)... Selepas makan, saya terus menelan 2biji vitamin C & 4biji ostematrix sebagai langkah berjaga-jaga!!!

Berdasarkan pengalaman... Di sini saya nasihatkan kepada IbuBapa yg membawa anak2 kecil (macam saya), wargamas & golongan yg tidak berupaya menahan buang air kecil... Lebih baik mengenakan diapers. Ini kerana dari sini menuju ke Madinah, pemandu bas tidak berhenti di mana2.

Setelah lebih kurang 19jam kami meninggalkan kediaman, akhirnya bas kami tiba di kota Madinah. Fuhhh... Keletihan yg sukar di gambarkan. Namun suatu pemandangan indah telah menarik perhatian saya... Terus menyentuh hati & perasaan saya sehingga mengalirkan air mata. Sesuatu yg membuatkan saya terlupa rasa sengal2 pinggang. Tapi air mata saya tersekat. FEEEEELING saya sedikit terganggu bila anak sulung saya bertanya... "Kenapa ummi sedih?" Saya cuma menggelengkan kepala dan dalam hati saya berkata... Syukur alhamdulillah!!!

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...