Tuesday 30 December 2014

UmrahDec14Entry7 - kisah di Madinah

40minit menuju ke masjid di tanah air mungkin terasa awal benar. Namun, berbeza di sini. Waktu subuh pertama aku ke Masjid Nabawi memberi kejutan budaya utk aku secara peribadi. Setibanya di pintu pagar... Jemaah lain kelihatan berjalan laju seperti mengejar sesuatu. Atau mungkin juga kerana kesejukan. Aku masih berjalan biasa sambil menggendong Fatima yg masih demam & memimpin tgn Widad. Khadijah ku biar berjalan bersama ayahnya. Aku mengambil peluang menikmati keindahan permandangan di sekitar kawasan masjid. Bukaan payung nya... Masya-Allah sungguh damai...

Setiba di muka pintu kawasan solat jemaah wanita, SAF telah pun hampir penuh. Yg tinggal hanya lah ruang jalan. Kami cuba berjalan ke depan yg termampu sehingga kawasan jalan itu juga telah di jadikan tempat solat. Subhanallah... Mata masih meliar ke kiri dan kanan utk mencari ruang. Namun yg ada utk ku ketika itu hanya lah ruang kecil utk ku berdiri & ruang kecil utk Widad duduk. Jemaah di sebelah ku yg sedang mengaji mendongak kan kepala nya sambil memberi isyarat "Tunggu sebentar". Aku faham maksudnya... Bila waktu solat nanti apabila jemaah semua berdiri maka aku boleh bersolat di situ. Ku kira lebih kurang 30minit aku berdiri di situ sambil menggendong Fatima yg merengek- rengek. Sakit juga pinggang ku.

Hati terasa sayu bukan kerana tiada tempat utk bersolat atau ruang solat yg ada agak sempit. Hati aku sayu kerana teringat kealpaan di tanah air. 30minit sebelum solat di tanah air, aku masih sibuk buat itu dan ini. 30minit sebelum solat di masjid tanah air, jemaah masih boleh memilih kawasan solat masing2. Dan 30minit sebelum solat di masjid tanah air, satu SAF bagi wanita belum tentu penuh. Masya-Allah... Sungguh dek kerana keselesaan di tanah air itu, aku tidak pernah pun rasa keindahan beribadah ataupun mahu berebut mengambil peluang seperti masa waktu ini di Madinah. Di Masjid Nabawi ini. Hampir sahaja berlinang air mata. Namun hati ku sedikit tenang bila jemaah di sebelah ku tadi menghulurkan biskut kepada Widad lalu di suruh nya Widad makan. Alhamdulillah... Rezeki Widad di subuh hari.

Hati bertambah sayu mendengar laungan azan. Mendayu dayu... Seumpama merayu agar manusia menunaikan solat berjemaah. Memang syahdu! Alhamdulillah... Apabila jemaah bangkit beramai-ramai, terbuka lah sedikit ruang utk ku bersolat wpun kaw sujud nya sedikit sempit kerana di situ lah Widad duduk. Ku ajak dia berdiri namun dia menggeleng. Mungkin keletihan dgn perjalanan 19jam tadi. Tak apa lah... Aku memujuk-mujuk Fatima agar tenang sepanjang aku bersolat. Namun dia masih merengek. Ya Allah... Mudahkan lah urusan kami ya Allah... Di hati pula terasa... mungkin Allah sedang mengingatkan aku supaya lebih serius beribadat terutama solat bila pulang nanti. Kerana di sana Allah sentiasa beri kita kelapangan, kemudahan & keselesaan utk bersujud pada Nya. Jgn sering beri alasan. Jgn selalu menangguh!!! Aku cuba bertenang... Aku cuba bersabar... Wpun kini... di sini terpaksa bersolat sambil menggendong, hati ku tetap rasa tenang!!! Mungkin itu lah kelebihannya di sini!!! Tq Allah...

Selepas pengalaman ini, kami mengambil keputusan utk ke masjid lebih awal. Sekitar 1jam lebih awal ke masjid utk menunaikan solat berjemaah. Alhamdulillah... Kami mendapat ruang yg lebih selesa!

Namun begitu... Bersolat menggendong Fatima yg merengek-rengek ibarat suatu kebiasaan bagi aku di sini. Aku teruskan kerana aku faham. Anak ini demam. Suasana di kiri dan kanan yg berbeza. Terkejut melihat ramainya manusia di sekeliling. Pakaian mereka yg berbeza. Tak apalah... Selagi aku berdaya, aku akan teruskan. Dek kerana menggendong dan mengandung, aku amalkan 4biji ostematrix di waktu pagi & malam utk mengelakkan sakit pinggang yg teruk. Alhamdulillah... Dengan izin Allah, ia amat membantu!

Pernah sekali, Fatima menangis teruk sebelum solat subuh juga. Puas aku dan jemaah lain cuba tenang kan dgn pelbagai cara. Namun akhirnya, aku bersolat duduk sambil menyusukannya di atas satu rak kasut di dalam Masjid ini. Wpun rak kasut ini bersih... Tidak kotor... Namun, persoalannya... pernahkah terdetik di hati kita yg kita akan bersolat duduk di atas rak kasut di tanah air??? Tentu sekali tidak. Pasti kita memilih di atas sejadah indah di ruang solat di masjid atau kamar bilik rumah kita. Sekali lagi hati ku runtuh kesayuan!!!

Pernah sekali Khadijah bersama aku di ruang solat wanita. Kerana kebiasaannya dia bersama ayah. Dia berlari ke sana ke mari. Menyanyi sesuka hati. Usik org sana sini. Hati ibu mana yg tidak geram melihat kenakalan anak ini. Telah ku cubitnya berkali kali, namun begitu juga lah peel nya. Sewaktu jalan pulang, ada seorg wanita Turki barangkali menegurku. "Its ok dear! Just let them be happy!" Subhanallah... Terkejut aku kerana ada yg memerhati karenah kami anak beranak. Sedikit malu dgn wanita itu.

Tapi pengalaman beberapa hari di Madinah, memang ia mengajar kami erti kasih sayang dan berlemah lembut pada kanak2. Ada di antara mereka yg suka memberi makanan, mainan, air minum pada anak2 kami. Tidak cukup dgn itu, ada yg dtg memeluk cium anak2 kami. Cium muka. Tidak ketinggalan tapak tangan atas & bawah. Umpama mereka berjumpa dgn sesuatu yg sgt INDAH. Subhanallah... Sesuatu yg pasti di amalkan apabila pulang nanti. Oh anak2 ku, maafkan ummi jika ummi terlupa perkara ini...


Gambar ini diantara kenangan kami bersama wanita yg mengagumi kehadiran anak2 di Madinah! Khadijah tiada di dalam gambar kerana sibuk bermain sendirian. Mungkin Khadijah juga telah berkenalan dgn kanak2 lain di alam fantasi nya. Allahualam...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...