Sunday 28 December 2014

UmrahDec14Entry4 - Kembara bermula 16/12/2014

Alhamdulillah... Kini tiba masanya kami sekeluarga berangkat menjadi tetamu Allah. Penerbangan bersama Saudi Airlines di jadualkan pada pukul 3pm. Sarapan berat - nasi putih, sardin, bilis goreng, timun potong & teh o panas di sediakan oleh Mak Edah & Kak Atun. Aku pula menggoreng 2bungkus nugget Ramly & 12biji telur dadar. Ianya untuk memastikan kami 18org tidak kelaparan sehingga menaiki kapal terbang. Oh ya... Siapakah kami 18org itu?
1. Abah Haji Hatar seorg wargamas
2. Mak Edah bakal pencen tahun depan
3. 3org anak & 3 orang menantu Haji Hatar dalam lingkungan 30an
4. 10org cucu Haji Hatar berusia bermula dari setahun setengah hingga 13tahun.

Bagaimana kami ke airport beramai-ramai? Hehe utk menambahkan lagi excited di hati cucu2 10org itu... Kami menaiki bas yg di sewa oleh abah Haji Hatar ke KLIA sekitar jam 10am dari kediaman di Wangsa Jaya, KL. Bas 2tingkat lagi tuh... Memang terlihat kegembiraan mereka!!! Alhamdulillah... Kami tiba di KLIA sebelum jam 12pm. Dan berangkat ke Jeddah seperti yg di jadualkan iaitu pada jam 3pm.


Sebelum ini, saya agak sedikit risau. Saya fikirkan mungkin penerbangan selama lebih kurang 8jam sgt membosankan esp utk anak2 kecil. Jadi kami bawa sedikit peralatan sbg aktiviti bagi mereka mengisi masa lapang. Namun, alhamdulillah... Saudi Air sendiri telah membuat persiapan awal. Mereka menyediakan bagpack bagi kanak2 utk mengisi masa. Bagpack ini mengandungi kaler pensil, buku aktiviti, poskad, penutup mata, berus gigi & stokin. Wpun simple bag itu sendiri cukup buat anak2 saya gembira.



Selain itu, setiap Sit juga mempunyai LCD masing2. So... Apalagi? Khadijah dgn kartun nya. Dan Widad dgn lagu Frozen nya. Kdg kala mereka tukar bermain game. Jadi masa mereka sedikit sebanyak di penuhi dgn aktiviti bagi mengelakkan soalan "ummi, bila nak sampai ni? Lama lagi ke?" Hehe ummi sedikit lega. Sepanjang 8jam penerbangan, kami juga di beri 2x makan. Dan selepas makan, perut anak2 dah kenyang... Mereka pun tidur zzz!!!

Wpun begitu... Fatima diserang demam panas sejak penerbangan bermula. Ubat cecair xde. Yg ada cuma vitamin C chewable & panadol kepunyaan ayah. Saya beri Fatima 2biji vitamin c & suku biji panadol ayah. Alhamdulillah... Fatima sedikit lega wpun hanya mkn roti & menolak susu botol. Dia dapat tidur wpun tidak berapa lena. Lalu saya upah kan susu badan setiap kali dia terjaga!

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...