Saturday 23 January 2016

Senggugut

7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Senggugut Dengan Pengambilan Nutrisi Yang Betul.
=============================

1. Anda dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi. Ini kerana kalsium berkeupayaan untuk memberikan ketenangan sekaligus menghindarkan ketegangan serta mengimbangi kadar kandungan cecair dalam badan. Makanan yang berkalsium tinggi termasuklah kekacang, tempe dan susu.

2. Cara yang kedua adalah anda perlu mengambil sumber vitamin C dalam dos yang tinggi. Banyak buah-buahan contohnya seperti limau yang diperkaya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 biji limau untuk mendapatkan nilai Vitamin C yang mencukupi.

3. Ambillah makanan tambahan (supplemen) yang kaya dengan vitamin B6 dan Vitamin E untuk menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika datang bulan. Memang tak dapat dibayangkan betapa sakitnya bila perut menegang akibat senggugut. Pengambilan vitamin B6 dan Vitamin E dapat mencegah ketegangan perut.

4. Semasa tempoh ‘period pain’ ini, anda perlu mendisiplinkan diri dan mengurangkan jumlah pengambilan garam. Kawalan terhadap pengambilan garam akan berupaya mengurangkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan kita.

5. Ada yang mencadangkan agar makan coklat untuk mengurangkan stress. Namun, hakikatnya jika kita diserang angin senggugut yang kronik kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berkafein, bercoklat dan bertepung. Kurang pengambilan kopi, teh mahu pun coklat dalam tempoh ini.

6. Ambillah makanan yang kaya dengan serat. Apa makanan yang kaya dengan serat itu? Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti avocado, jagung, bijirin oat, sayuran dan buah-buahan. Lengkapkan dengan pengambilan 8 gelas air sehari bagi penyerapan maksimum. Ini dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain ketika period.

7. Buat mereka yang mempunyai masalah anemia iaitu kurang darah, saranan terbaik adalah untuk mengambil makanan tambahan atau supplemen yang kaya dan tinggi dengan zat besi.

#KorangTauTak
#CopyPaste

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...