Monday 18 January 2016

Doa Melangsaikan Hutang

DOA Paling Kuat Selesaikan HUTANG..
==============================

" اللَّهُمَّ يَا فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الْغَمِّ ، مُجِيبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَرِّينَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ، وَرَحِيمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي ، فَارْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِينِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ ".

"Allahumma Ya Farijal Ham Kasyifal Gham Mujiba Da'watal Mudhthorriin Rahmanad Dunya Wal Akhirah Warahimahuma Anta Tarhamuniy Farhamniy Rahmatan Tughniniy Biha 'Ar Rahmati Man Siwak".

Satu hari Saidatuna 'Aisyah menceritakan bahawa Saiduna Abu Bakar ayahnya datang kepadanya (Aisyah) lantas Abu Bakar bertanya:

"Adakah engkau pernah mendengar bahawa Rasulullah mengingatkan doa yang pernah baginda ajarkan kepadamu dahulu?"..

'Aisyah menjawab: Ya ada dan baginda juga menyebut bahawa doa ini diajar oleh Nabi 'Isa kepada sahabat-sahabatnya dan baginda menyebut:

" Dengan doa tersebut Sekalipun seseorang itu mempunyai HUTANG setinggi gunung emas maka Allah akan selesaikan hutang itu darinya..kemudian baginda Nabi membaca doa tersebut".

Saiduna Abu Bakar berkata: Dulu aku ada hutang dan sebenarnya aku tidak suka berhutang..selepas aku membaca doa itu maka sebentar sahaja aku dikurniakan Allah keuntungan lantas dapat membayar hutangku.
Saidatuna 'Aisyah berkata: Aku pernah berhutang dengan Saidatuna Asma' sebanyak beberapa dinar dan dirham dan aku malu setiap kali Asma melihatku..lantas aku mengamalkan doa itu kemudian Allah telah kurniakan daku rezeki bukan dari harta warisan bukan jua dari sedekah maka aku dapat membayarnya bahkan dengan doa itu aku dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah.

Selamat beramal dan sebarkan...

Doa ini diriwayat daripada Nabi Muhammad sepertimana dalam Kitab Ad Durrun Manthur oleh Imam as Sayutiy, Kitab Ad Dua' oleh Imam At Tobaroniy, begitu juga Al Hakim dalam kitab Al Mustadrak dan Al Baihaqi dalam Dalailul Nubuwwah serta ramai lagi.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...