Wednesday 27 January 2016

Sabar untuk hari ini

🎈HARI INI & ESOK...

☎ Hari ini masih kuat dan gagah, mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah.

☎  Hari ini jika tidak buat suruhan Allah, belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.

☎  Hari ini realiti yang mesti ditempuhi dengan tabah, kerana esok hari belum pasti boleh berubah.

☎  Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah, esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah.

☎  Hari ini berpakaian jubah dan kerudung, mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah.

☎  Hari ini berpijak di atas tanah, boleh jadi esok sudah jadi penghuni di dalam tanah.

☎  Hari ini berkenderaan serba mewah, esok hanya ada kereta jenazah.

☎  Hari ini janganlah bermegah-megah, kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah.

☎  Hari ini banyakkan berdoa dan berharap kepada Allah, semoga esok hidup dalam redha Allah.

☎  Hari ini kuatkan taat dan amal ibadah, semoga esok masih lagi istiqamah.

☎  Hari ini andai datang ketentuan Allah, esok terimalah ia dengan hati yang tabah.

☎  Hari ini andai ada silap dan salah, jangan tunggu esok untuk istighfar...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...