Wednesday 1 March 2017

SUAMI KU HERO KU

Rakan-rakan FB saya ramai yang buat bisness kan. Tak kesah la business apa pun. Janji bisness.

Jual tudung. Jual baju. Jual kek. Jual biskut. Jual macaroni. Jual jamu. Jual ayam. Haaa macam-macam la kan.

Saya? Mesti la jual Shaklee.

Mesti ada di antara kita. Ataupun kawan atas kawan. Yang perempuan ya. Tanya sesama sendiri.

"Eh Tipah! Ko berniaga. Jual sana sini. Anak-anak berderet. Urusan rumah tangga bagai. Suami kau sokong business kau tak?"

Haaa biasa dengar kan.

Meh akak kongsi kisah suami akak.

...

Suami akak ni kan. Nak kata sokong. Tak la sokong giler-giler. Sebab kadang-kadang dia kutuk juga MLM ni. Maklum la. Shaklee kan syarikat MLM.

Cuma yang akak perhatikan & syukur sangat-sangat.

Bila akak nak pergi kelas mesti dia izin kan. Tak pernah dia tak bagi. Tak pernah juga dia cakap jegil biji mata "Dah tak payah pergi kelas tu. Jangan nak mengada-ngada."

Lagi best. Akak pergi kelas dengan hati tenang. Sebab boleh pergi sorang-sorang. Belajar dengan tenang. Boleh fokus.

Sebab?

Suami akak tolong jagakan anak-anak di rumah. Siap masak. Siap kemas rumah lagi.

Kalau akak ajak suami sekali pun dia akan ikut. Bawa semua anak-anak kami. Tapi perang la dengan anak-anak kat belakang ataupun luar bilik kelas tu. Dan tak pernah pun akak dengar dia merungut.

Paling tidak pun. Suami akak akan bawa anak-anak balik rumah. Atau pergi kedai beli roti & air kotak. Supaya mereka tenang.

...

Lagi?

Bila-bila akak minta teman pergi COD waktu malam. Lepas balik kerja. Penat. Stress. Mesti dia teman kan. Memang la akak boleh bawa kereta sendiri. Tapi demi keselamatan, kena la ajak suami teman kan.

Tu tak kira tolong pergi branch. Beli stok. Tolong pergi pejabat pos. Pos bungkusan. Bukan sekejap. Kadang orang ramai. Jenuh juga kena tunggu.

...

Ada lagi?

Bila kawan-kawan suami akak tanya pasal Shaklee. Dia akan tanya akak sebelum beri feedback.

Contoh.
Bro. Isteri kau jual Shaklee eh? Wife aku nak beli boleh?

Bro. Vitamin C harga berapa?

Bro. Ostematrix ada stok tak?

Bla bla bla.

Bila akak post di FB tentang Shaklee. Akak tag suami akak. Tak pernah pun dia marah atau suruh akak remove nama dia.

...

Sembang-sembang Shaklee?

Sembang suami isteri. Cerita pasal orang lain pergi umrah dengan Shaklee pun suami akak senyum je.

...

Lagi terharu?

Minta izin nak pergi Jepun dengan team #ProjekSusu pun suami akak dah izinkan. Siap suruh kumpul duit sendiri.

...

Tapi erm...

Memang betul. Kadang kita orang perempuan ni. Akak tak cakap orang lain. Akak cakap akak sendiri.

Akak tak nampak yang sebenarnya suami tu menyokong. Sebab suami tu tak pernah menyokong dengan kata-kata. Yang lagi rasa nak berasap mata. Bila dapat tahu yang suami tu. Siap doakan kejayaan business kita lagi.

Akak?

Asyik la nak membebel je kan. Macam kita sorang je sibuk buat banyakkk kerja.

Hihi

...

Moral of the story?

Orang lelaki. Para suami ni. Walaupun tak pernah cakap. Tak bermakna mereka tak menyokong. Tapi mereka sokong melalui perbuatan. Tingkah laku.

Kita cuma perlu faham body languange mereka.

Dan sekali sekala. Bila bonus masuk tu. Ajak la suami makan di luar. Bagi tahu mereka. "Hari ni ummi belanja." Walaupun Roti Boy semata. Tanda syukur & terima kasih tak terhingga.

...

Tuan Yuszamir Che Aman. Terima kasih ya. Saya sayang awak ketat-ketat.

Nor Maslina Hatar
Suami ku paling sweet

#GelombangShaklee
#Zi2MFamily

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...