Saturday 18 March 2017

4elemets Penyusuan

Breast feeding: Part 3

Keazaman, hati yg cekal, sabar & sokongan

Saya kumpulkan 4elements ini kerana saya rasa ia perlu bergerak seiring. Dalam melalui perjalanan menyusukan bayi, saya kira kita sebagai emak/mama/ibu/ummi/mommy/bonda (apa jua panggilan yang digunakan) akan berhadapan dengan banyak dugaan & cabaran.

Saya sendiri berpengalaman bekerja di syarikat besar di mana:

1. penyusuan ibu di anggap tidak penting.
2. Berada di mother's room utk memerah susu dianggap "spelet"
3. Outstation bersama polystren putih dianggap penjual aiskrim
4. Mengatakan tidak untuk ke outstation/oversea trip dianggap tiada career development.

Hahaha

Panjang lagi listnya jika mahu dikirakan. Tapi cukup la saya rasa.

Yang ingin saya tekankan di sini, tanpa 4elements yang saya sebutkan tadi, proses penyusuan tidak akan berjaya. Tidak kira apa jua rintangannya, akan ku teruskan juga pengembaraan ini.

Oleh itu SABAR. SABAR dan terus SABAR.

Proses penyusuan bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan. Bermula di hospital, breastfeed should start IMMEDIATELY.

Para suami terutamanya, perlu terus menyokong kami walau apa jua cara. Alhamdulillah, suami saya Yuszamir Che Aman sentiasa menyokong sehingga sekarang. Pulang ke rumah, dalam proses berpantang, ibu mertua saya juga amat menyokong usaha ini. Bapa saya Hatar Karim & makcik Subidah Tumin juga telah menghadiahkan kami deep freezer dalam menjayakan breastfeed feeding.

Siapa lagi? Oh ya. Saya tak lupa team taska Shaz Mokhtaruddin, di mana saya menghantar anak-anak sewaktu bekerja. Bee Bea, Aryanti Primaturi, Nurul Shahida Sheda, Norhidayah Remlee & Norhazila Kurmin terima kasih ya kerana menyayangi anak2 sayang. Saya tabik anda semua!

Kami ibu menyusu, tidak akan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak!

SUPPORT US TO SUPPORT OTHERS.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...