Monday 20 March 2017

Penyusuan di dalam AlQuran

Breastfeeding: Part 1

Why to choose breastfeeding?

Seluruh dunia mengiktiraf susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi. Ia telah disokong oleh perbagai bangsa & agama kerana ia telah terbukti melalui banyak kajian sains & teknologi.

"Human milk for human".

Namun sebagai muslim, topik penyusuan telah di sebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Surah Al-Baqarah ayat 233. Mari kita baca sama2.

Bismillahirrahmanirrahim.

Al-Baqarah:233 - Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...