Saturday 18 March 2017

Niat Penyusuan

Breast feeding: Part 2

Niat

Saya masih ingat akan kata- sepupu saya Hanany Mohamad Yazid (4tahun yang lalu ketika mengandungkan Nur Widad Kamilah binti Yuszamir Che Aman):

"Kak Lina... Kalau mahu menyusukan anak, mesti berniat dari sekarang!"

Tapi sayang, pesanan itu tidak saya peduli & ambil kisah.

Akibatnya, saya gagal menyusukan Widad. Widad hanya mendapat hak itu selama sebulan. Sehingga sekarang sebagai ummi, saya sedih! Saya terkilan & MENYESAL.

Namun, kerana Widad saya berazam, berniat & terus menggali limu penyusuan sehingga berjaya menyusukan Khadijah selama setahun. Dan kemudian ia berterusan - menyusukan Fatima selama 18bulan. Umar 14bulan. Dan baby Aamina kini telah mencapai 4bulan & masih berjuang.

2perkara untuk Widad. Maafkan ummi. Terima kasih kerana mengajar ummi menunaikan hak adik-adik untuk mendapat khasiat susu ibu.

...

Oleh itu kawan-kawan. Tetapkan niat anda. In syaa allah. Perjuangan kita menjadi mudah kerana Allah sentiasa membantu kita.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...