Thursday 9 March 2017

TIPS MEMBERI EBM KEPADA BAYI

Ada beberapa faktor kenapa bayi diberi SUSU PERAHAN atau EBM. Contohnya:

...Masalah puting kecil atau ke dalam
...Ibu bekerjaya
...Bayi di bawah jagaan pengasuh
...Masalah kesihatan bayi yang memerlukan bayi tinggal di hospital
...Bayi sendiri menolak menyusuan secara terus

Dan sebagainya.

...

Bagaimana mahu mulakan?

1. Menyediakan puting susu yang bersesuaian dengan kehendak bayi. Contohnya saiz aliran yang palinggg kecil. SS, XS. Untuk mengelakkan masalah tersedak.

Mungkin ibu-ibu manis boleh memilih jenis material latex ataupun soft silicon yang agak penyek.

2. Botol susu bersaiz 5oz.

3. EBM yang bersuhu lebih kurang 35'c-37'c (suhu badan).

...

Untuk permulaan. Mulakan dengan kuantiti yang sedikit. Lebih kurang 2oz.

Posisi bayi: Riba bayi anda di atas pangku anda. Kepala bayi berkedudukan tinggi sedikit. Gunakan lengan atau bantal sebagai alat menyokong.

Mulakan dengan BISMILLAH.

Letak puting susu di tepi mulut bayi anda. Acah-acah sedikit. Atau cuba bercakap dengan bayi anda agar dia menangkap puting susu dengan sendiri. Beritahu bayi agar minum secara perlahan-lahan.

Setelah habis. Rehat seketika dan ambil masa untuk burp kan bayi anda. Sesudah burp. Cuba letak bayi anda.

Jika bayi masih menangis atau menunjukkan tanda-tanda masih kelaparan. Tambah 2oz lagi. Dan ulangi teknik yang sama.

...

JANGAN mulakan dengan kuantiti yang banyak. Ini akan menyebabkan bayi anda muak/muntah. Ia menyakitkan bayi anda pembaziran EBM.

Beri masa bayi anda untuk menerima  puting susu yang baru. Serta aliran susu botol yang lebih laju berbanding penyusuan semulajadi dari puting ibu.

...

Tips tambahan.

Untuk permulaan. Mungkin ibu-ibu manis boleh meminta bantuan suami untuk menyusukan bayi anda. Ibu-ibu harus lah memerhati dari kedudukan agak jauh sedikit. Ada kes di mana bayi menolak EBM yang di berikan oleh ibu sendiri. Ini kerana dipercayai. Bayi boleh menghidu bau ibunya ataupun bau susu ibunya.

SELAMAT MENCUBA

...

Nor Maslina Hatar
Kak Sue Subur

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...