Sunday 9 April 2017

Melaksanakan Penyusuan dengan Ilmu

Breast feeding: Part 4
Perlaksanaan yang betul


Apa jua perkara yg kita ingin kita lakukan, perlulah dilakukan dgn ilmu. Bukan main hentam sahaja. Termasuklah menyusukan anak dengan susu ibu. Jangan ingat ia sesuatu yg natural, maka susu tersebut akan keluar dengan sendirinya & mencurah-curah macam air paip.

Oh tidak sama sekali!

Saya percaya dengan kecanggihan teknologi kini maklumat berkenaan teknik penyusuan boleh dapat di mana-mana. Tinggal lagi nak atau tak nak je. Di sini saya kongsikan dari pengalaman saya sendiri.

Ok. Yang pertama sekali. Kalau boleh (sihat & sedar selepas bersalin), susukan lah anak itu seawal mungkin kerana ia akan merangsang pengeluaran susu tersebut. Selain daripada itu,susu awal ini sangat bagus utk anak anda.

Yang keduanya. Setelah pulang ke rumah (dalam waktu berpantang,) susukan anak anda sekerap mungkin. Setiap 1-2jam (waktu siang) @ 2-3jam (waktu malam) walaupun anak itu tidur. Gunakan kreativity anda utk mengejutkan anak tersebut. Jika tidak berhasil. Pam kedua-dua belah payudara anda sehingga kempis. Simpan susu tersebut di dalam bekas penyimpan yang sesuai di dalam peti sejuk. Lakukannya semula 1-3jam kemudian. Dan seterusnya.

Yang ketiga. Apabila anda kembali bekerja, proses mengepam masih perlu di teruskan sekerap mungkin. Ini adalah contoh yg saya lakukan sewaktu saya bekerja dahulu:

7am: Susukan anak sebelum hantar ke taska.
10am: Sesi Pam yg pertama di pejabat.
1pm: Sesi Pam yg ke2 di pejabat.
4pm: Sesi Pam yg ke3 di pejabat.
7pm & sepanjang berada di rumah: Susukan anak seperti biasa.

Di antara 12am - subuh. Ambil lah peluang untuk mengepam sekurang-kurangnya sekali. Saya suka gunakan waktu ini untuk melakukan Power Pumping.

Yang ke empat. Sayangi diri sendiri. Makanlah makanan yang berkhasiat. Cukup semua kumpulan makanan. Nasi, Ikan, ayam, daging, telur, sayur, buah, madu, kurma, susu. Tak perlu berdiet kerana in syaa Allah dengan breast feeding anda akan kembali slim kerana kalori terbakar lebih banyak berbanding mereka yg tidak breast feeding.

Yang ke lima. Minum air kosong 2-3 liter sehari. Air kosong ya. Bukan coke, bukan kopi, bukan sirap. Tapi air kosong.

Yang ke enam. Jangan kedekut untuk beli supplement. Bukan hanya untuk hasilkan susu ibu yang berkualiti, tetapi untuk memastikan kita sihat, cergas & gembira. Tak kisah lah brand apa, janji ianya halal, selamat, berkesan & mesra alam.

Yang ke tujuh. Selepas kita berusaha sebaik mungkin, jangan lupa berdoa. Doa. Doa. Doa. Doa!!! Kita sebagai manusia perlu kembali kepada pencipta kerana Dia maha berkuasa. Semoga niat suci kita dipermudahkan oleh nya!

Sekian entry untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. In syaa Allah.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...