Thursday 23 February 2017

Kenapa eh? Bila mengandung doktor bagi supplement

Saya teringat sekitar 2009. Saya mengandung anak sulung pada usia 30tahun.

Uols tau umur 30tahun. Mengandung anak sulung. Adalah dalam kumpulan LEWAT USIA YANG BERISIKO.

Risiko apa tu?

Berisiko untuk dapat penyakit membahaya lebih tinggi. Contoh darah tinggi, kecing manis, obesiti, anemia dan lain-lain.

Gulppp.

Ko rasa apa? Hahaha

Sampai sekarang saya masih ingat pesanan doktor tu.

...

Bukan tak boleh mengandung. BOLEH. Sampai umur 40 pun boleh mengandung lagi. Tapi mesti TAKE EXTRA CARE.

...

Apa tu doktor? Maksudnya kena jaga pemakanan yang paling penting. Terutamanya sayur-sayuran, buah-buahan, dan sumber protein.

Ambil sayur dan buah berbeza warna setiap hari. Contoh hari ni makan lobak merah & epal hijau. Esok makan sawi & oren. Lusa makan radish & buah naga. Sambung la sampai bersalin. Dalam pantang serta masa breastfeeding.

Kenapa doktor?

Of course la untuk perkembangan & tumbesaran bayi. Dan paling penting adalah KESIHATAN DIRI SENDIRI.

...

Kadang-kadang kita mak-mak ni lupa. Asyik dok jaga anak dan suami. Keluarga tu sangat laaa penting. Sehingga lupa nak jaga diri sendiri.

Ok. Berbalik topik mengandung.

Doktor cakap. Bayi dalam perut kita ni walaupun kecil. Tapi bijak. Sebab dia akan serap semuaaa vitamin dan mineral yang dia perlukan.

Dia sedut banyakkk. Sampai tak tahu apa yang tinggal untuk kita iaitu ibu dia.

Proses ini bersambung juga semasa kita menyusukan bayi nanti. Bayi menyerap nutrisi melalui susu badan.

Itu sebab doktor bagi kita supplement. Bukan bagi saja. Tapi suruh makan. Supaya keperluan vitamin dan mineral cukup untuk ibu dan bayi.

...

Alaaa doktor. Kan saya boleh dapat dari makanan.

Betul. Tapi masa mengandung. Contohnya saya. Dari anak sulung sampai la anak no5. Asyik la dok muntah dari pagi sampai malam. Kadang tengah tidur pun bangun sebab nak muntah.

Kesian.

Asal makan je muntah. Asal minum je muntah. So macamana nak dapat cukup zat dari makanan?

Masa breastfeed pula. Tak kira bekerjaya mahupun suri rumah. Banyak urusan perlu di lakukan. Ada masanya tak sempat pun nak makan. Kalau makan pun belum tentu cukup segala zat nutrisi yang di perlukan.

Belum ambil kira faktor persekitaran, stress serta kurang senaman lagi kan.

Di sini lah keperluan supplement SANGAT PENTING.

...

Doktor cakap lagi. Jangan berhenti ambil supplement. Lepas bersalin. Menyusu. Dan seterusnya.

Proses semulajadi kaum wanita ni banyak memerlukan zat-zat serta nutrisi untuk pastikan mereka perform to the max.

Dari remaja kita kaum wanita datang bulan. Kemudian kahwin. Kemudian lagi mengandung, bersalin serta penyusuan. Semua perlukan tenaga serta kekuatan.

Bagaimana nak perform kalau diri kita sendiri tidak sihat?

...

Uols ingat tak supplement apa yang doktor bagi?

Rata-rata kita mesti dapat asid folik, zat besi, vitamin c, kalsium serta asid lemak omega 3. Tidak kira la check up di hospital swasta mahupun gomen. Sama aje.

Maksudnya supplement ini sangat penting untuk kita kaum wanita.

...

Maka. Kesimpulannya. Supplement sangat penting dalam melengkapi nutrisi harian kita kaum wanita.

Jangan biar diri kita mereput. Gigi rongak. Kulit kusam. Kepala botak. Badan bongkok. Sakit pinggang lutut. Sebelum sampai waktunya.

Serta sayangi lah dan jaga baik-baik diri kita kaum wanita. Supaya kita dapat menjaga ahli keluarga.

...

Nor Maslina Hatar
Makan Supplement Sejak Kecil
012-2671054

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...