Sunday 26 February 2017

FOREMILK & HINDMILK

Allahuakbar. Allah Maha Besar. Sungguh agung ciptaan Mu.

...

Jika di perhatikan. Ketika ibu2 mengepam. Susu yang keluar pada peringkat awal adalah cair umpama air. Ia di panggil FOREMILK. Kerana ciptaan ini lah. Bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air kosong sebagai tambahan.

Air kosong boleh mula diperkenalkan sekitar usia 6bulan. Bila bayi sudah mula mengambil SOLID FOOD.

...

Dan beberapa ketika kemudian. Susu yang keluar adalah lebih pekat. Ini di panggil HINDMILK. Ia mengandungi segala nutriet yang diperlukan oleh bayi. Contohnya karbohidrat, protien, vitamin, mineral dan lain-lain.

...

Kedua-dua foremilk & hindmilk ini terkandung di dalam both breast ibu-ibu menyusu. Tiada erti kata air di sebelah kiri & nasi di sebelah kanan.

...

Itu lah sebabnya. Bila kita menyusu secara terus. Ia perlu dibiarkan sehingga bayi melepaskan puting. Tanda bayi puas atau kenyang atau ia menunjukkan payu dara sudah kosong.

Jika bayi masih kelihatan mahu menyusu. Boleh di teruskan pada payu dara lagi satu.

Atau jika bayi sudah cukup kenyang. Penyusuan yang seterusnya boleh di mula kan pada payu dara yang masih penuh yang belum dihisap oleh bayi anda.

...

Kesimpulannya. Sebelah payu dara adalah air. Dan sebelah lagi adalah nasi adalah AUTA semata-mata.

...

Notakaki: Pada gambar adalah EBM (express breast milk) yang disejukkan di dalam peti sejuk. Kelihatan dibahagian atas adalah lebih pekat (hindmilk). Dan di sebelah bawah adalah lebih cair (foremilk).

Maha hebat ciptaan Mu ya Allah. Mana mungkin ada susu lain setanding susu ibu buat setiap bayi.

Nor Maslina Hatar
Menyimpan EBM untuk ME TIME

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...