Thursday 16 February 2017

ALFALFA - MILK BOOSTER TINGGI NUTRISI

Sempena meraikan 100hari penyusuan baby Aamina. Saya terpanggil untuk menulis tentang MILK BOOSTER. Adakah milk booster yang kita ambil untuk memperbanyakkan susu itu cukup berkhasiat? Cukup nutrisi? Dan yang lebih penting. Cukup untuk membuatkan susu berkualiti?

Suatu masa dahulu saya juga wanita bekerjaya. Waktu kerja 9am - 6pm. Namun jarang sekali pulang tepat pada waktunya. Malahan saya juga wajib bertugas di luar kawasan sebulan sekali. 2 3 malam meninggalkan keluarga juga anak kecil.

Pulun habis-habisan mengepam susu di waktu pejabat untuk bekalan anak kecil di TASKA. Pekak telinga bila di katakan sepelet. Letih, lesu, muka ketat, kulit kusam usah di tanya.

Stess melihat susu ibu lain melimpah ruah. Hasil diri sendiri hanya lebih kurang 5oz - 6oz setiap sesi. Bawa pulang kurang dari 20oz setiap hari.

Waktu ini memang sangat-sangat memerlukan milk booster. Cuba lah pelbagai benda itu dan ini. Kopi, halba, lobak putih, kurma/longan kering, daging kambing, durian dan banyak lagi.

Niat asal untuk memenuhi keperluan si kecil kadang kala bertukar menjadi PERLUMBAAN. Susu siapa paling banyak? Pada di satu sisi ia ibarat motivasi. Tapi di satu sisi yang lain kita terlupa. Adakah susu yang banyak itu benar-benar BERKHASIAT atau sekadar air pengering tekak.
Saya tidak berniat meragui SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK SI MANJA. Namun pernah kah kita terfikir kuantiti atau kualiti yang kita cari?

Kerana persoalan ini lah. Maka suka untuk saya berkongsi tentang sejenis herba yang di panggil ALFALFA. Salah satu herba yang digunakan sebagai MILK BOOSTER.

Alfalfa juga di kenali sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN. Dan kerana itu lah Alfalfa merupakan milk booster yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Di mana nutrisi tersebut tidak terdapat pada kebanyakkan buah-buahan & sayur-sayuran.

Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, zat galian, vitamin, enzim & fitokimia.

APAKAH PERBEZAAN ALFALFA COMPLEX SHAKLEE?

.. Ia diperbuat daripada tanaman Alfalfa yang di panggil MEDICAGO SATIVA. Ia di tanam secara organik di California yang bebas dari pestisid & herbasid. Ia menggunakan baja bebas kimia.

.. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa.

.. Ia mengambil masa 2 tahun (tahap kematangan mutlak) untuk membesar & akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

.. Daun-daun Alfalfa Shaklee dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

.. Bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

.. Daun-daun Alfalfa Shaklee yang telah di keringkan akan di biarkan menjadi serbuk sebelum di kompres menjadi tablet.

Bagaimanakah MILK BOOSTER anda? Adakah ia kaya dengan nutrisi bagi menghasilkan susu yang berkualiti?

Klik link ini untuk dapatkan ALFALFA Shaklee dengan segera.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c52caddded0b8beec90aa67a3b812622

Nor Maslina Hatar
Pengguna tegar Milk Booster Alfalfa Shaklee
012-2671054

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...