Monday 23 January 2017

KURUS & MULUS

Assalam semua.

Hari ini saya suka berkongsi lagi tentang PEMAKANAN SIHAT VS PEMAKANAN TAMBAHAN.

Rata-rata, customer yang datang bertanya.

"Jika saya nak ambil supplement. Dari segi makanan, kena patang tak bagi orang yang darah tinggi, gaut, kolestrol tinggi, kencing manis, asid urik tinggi dan lain-lain?"

Saya senyum terlebih dahulu. Kemudian saya menjawab:

"Kami sering di nasihatkan oleh pakar pemakanan. Bukan orang sakit je perlu berpantang. Orang sihat pun kena jaga makan juga.

Kurangkan gula.
Kurangkan minyak.
Kurangkan lemak.

Lebihkan air.
Lebihkan buah.
Lebihkan sayur.

In syaa allah. Dengan izin Allah kita sihat."

Kemudian ada juga yang bertanya.

"Akak makan apa ya boleh jadi kurus begini? Skin care apa ya akak guna kulit jadi mulus?"

Kurus & mulus bagi saya adalah bonus. Yang lebih penting bagi saya adalah rasa lebih sihat. Terutama selepas bersalin. Seperti yang anda tahu. Saya baru sahaja selesai berpantang bersalin secara czer pada November 2016 yang lalu.

Ramai yang telah tahu. Saya memang pengamal tegar supplememt SHAKLEE sejak tahun 2012. Itu bukan satu rahsia lagi.

Tapi kali ini saya lebih suka share apa yang saya makan dalam pantang. Walaupun saya tak boleh detox 100%. Sebab detox tidak digalakkan untuk wanita berpantang mahupun wanita menyusukan bayi.

So saya ambil langkah-langkah dan amalkan apa yg boleh.

Contoh. Makan sayur mentah. Salad & ulam banyak-banyak. Setiap kali makan mesti makan semangkuk sayur. Semangkuk penuh. Saya guna mangkuk IKEA kanak-kanak yang warna-warni tu ya. Kalau yang masak pun saya cuma bakar atau rebus je. Saya suka carrot. Brokoli. Radish. Sawi.

Sebiji epal adalah menu wajib saya dalam pantang. Waktu bfast. Tak kira la epal merah ke hijau ke. Tapi mesti sebiji habis.

Kemudian. Kurma dan air putih.

Dan supplement shaklee of course.

"Eh kak. Akak langsung tak makan nasi ke? Langsung tak minum air manis?"

"Makan dik oi. Akak ni perut melayu. Perut jawa. Mesti la makan nasi. Tapi dalam pantang akak makan nasi beras perang. Tapi, air manis memang tak minum masa dalam pantang. Banyak minum air suam aje."

Jadinya. Jika anda mampu maintain makan makanan sihat penuh nutrisi dalam kuantiti yang disarankan. TAHNIAH untuk anda.

Tapi jika air suam setengah cawan pun dah terkulat-kulat. Sebiji epal dari pagi bawa ke petang. Sampai malam. Sampai esok pagi pun tak habis-habis. Sayur apatah lagi. Pandang pun tidak.

Yang sedap. Yang lalu hanya lah keepchi. PakDonal. Donut warna warni. Kek bertingkek tingkek. Sagu gula melaka. Pulut mangga hijau kuning. Haaa apa lagi eh? Coklat almond. Hihi

Erm... saya kira golongan ini bukan sekadar memerlukan pemakanan tambahan. Bahkan perlukan azam yang cekal.

So. Tanya diri. Laksana lah sendiri.

😊😊😊

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...