Tuesday 3 January 2017

AIR SUAM

Assalamualaikum ibu-ibu gojez.

Jom jadikan meminum 3 liter air suam sehari sebagai amalan kita. Air suam ya. AKA air kosong. Air masak. Air mineral. Air tapisan. Dan seangkatan dengannya.

Bukan kopi. Bukan teh. Bukan milo. Bukan coke. Haaa tu dia.

Kenapa?

Kerana air suam:

☆Membantu memperbanyakkan susu.

Selain dari itu. Ia juga:
☆Membantu melancarkan sistem pencernaan.
☆Membantu memperoleh kulit gebu gebas.
☆Membantu dalam mencapai berat badan ideal.
☆Membuang toksin.
☆Mengurangkan stress dan sakit kepala.

Dan banyak lagi. Banyak sebenarnya kebaikan kita perolehi bila kita minum air suam. So, jangan risau. Jangan rasa loya atau nak muntah hanya dek kerana di paksa minum air suam. Hanya fikirkan kebaikan yang akan kita perolehi.

In syaa allah. Tahun 2017 kita mulakan dengan cara hidup sihat.

#ProjekSusu2017

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...