Monday 9 January 2017

SENTIASA POSITIF SERTA RIANG GEMBIRA

Aku boleh! Aku pasti boleh menyusukan anak aku selama 2tahun!

Ini lah kata-kata yang wajib di sebut sentiasa oleh setiap ibu yang menyusu. Sebutlah berulang-ulang agar ia sebati dalam diri kita.

Sebutlah seawal sebelum melahirkan. Agar hormon kasih sayang itu merembes seawal mungkin. Jangan tunggu sehingga bersalin kerana proses menyusukan bermula dari bayi dalam kandungan. Ya. Niat itu sangat penting. Ia membuatkan kita geram-geram & berusaha untuk menjayakannya.

Jangan mudah patah semangat bila berhadapan dengan segala cabaran.

Pedulikan apa orang nak kata. Bukan sanjungan mereka yang kita perlukan. Mereka tidak berhak mengatakan yang kita tak mampu.

Demi anak syurga, niat serta amalan kebaikan. In syaa allah. Perjalanan penyusuan kita akan di permudahkan.

Yang penting. Bergembira lah melakukan nya. Semoga segala kebaikan juga balasan nya.

Amin.

Nota kaki: Akak pernah di panggil sebagai PENJUAL AIS KRIM SUSU. Hanya kerana polistrin putih adalah teman baik akak tatkala bekerja di luar kawasan dulu. Namun... ada ku kesah! Haha akak jalan terus je.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...