Wednesday 9 November 2016

BELUM BERNAMA

Aku di tolak masuk ke dalam ruangan OT sekitar jam 9am. Di beri penjelasan sekali lagi tentang beberapa procedure yang akan aku lalui.

Ya. Hari ini 9 Nov 2016. Satu lagi detik sejarah yang bakal aku lalui.

Aku agak berdebar sejak semalam setelah di beri penjelasan terperinci dari SURGEON DR. NURUL JANNAH yang hanya berusia 28tahun. Penjelasan berkaitan risiko yang bakal di hadapi. (Kita tulis kemudian ya).

Dan di akhir penjelasan tersebut. Doktor berpesan agar aku menunaikan solat hajat agar pembedahan berjalan lancar.

Sekitar jam 9.10am. Aku di tolak masuk ke dalam Dewan Bedah 1.

Bermula dengan menerima injection epidural di bahagian tulang belakang. Serta memasukkan tiub saluran kencing. Maka pembedahan pun bermula.

Alhamdulillah. Bayi ke5 dalam keluarga ku lahir ke dunia pada jam 9.55am. Aku dengar suara tangisnya. Lalu salah seorang team menunjukkan bayi tersebut kepada ku untuk mengesahkan jantinanya. Ya. Bayi PEREMPUAN.

Prosedur selebihnya agak panjang. Aku ngantuk. Namun feel bersalin sejak anak sulong. Aku gagal melelepkan mata.

Di antara waktu itu. Aku sekali lagi di pertemukan dengan bayi ku. Namun kali ini dalam keadaan yang sudah dibersihkan.

Pembedahan berakhir sekitar jam 11.10pagi. Tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada Dr. Nurul Jannah. Aku dibersihkan segera. Dan ditolak ke RECOVERY ROOM.

BP kurang stabil kerana aku menggigil kesejukan. Pertugas yang bertugas terpaksa menenangkan badan ku yang menggigil. Dan akhirnya BP normal berjaya di ambil. CIK AMIRA namanya.

Suhu badan ku sekitar 36.5'C. Alhamdulillah. Segalanya normal. Darah beku yang masih bersisa juga telah dikeluarkan.

Sekitar jam 12pm. Aku kembali ke wad. Aku melambai suami ku. Kasihan. 3jam menunggu aku di luar. Sempat lah beliau sarapan serta membaca surat khabar. Untuk mengisi masa lapang.

Alhamdulillah. Kata suami ku. Aku kelihatan lebih tenang dan ceria. Berbanding selepas pembedahan yang sebelum ini.

Aku hanya tersenyum. Aku sangat bersyukur. Proses pembedahan berjalan lancar. Aku juga lebih cergas. Kurang merasai kesakitan. Mahu rasanya melakukan sujud syukur.

Namun belum berupaya. Hanya menyambung zikir di dalam hati.

Terima kasih Ya Allah. Atas segala rahmat dan kasih sayang mu. Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.

Amin.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...