Wednesday 25 November 2015

Ummi sayang kamu

Alhamdulillah. Cuaca semakin baik walaupun anggota di dalam rumah bergilir gilir di uji kesihatannya. Saya juga terkena tempiasnya. Namun perisai #vitc terus terusan menjadi sahabat baik.

Ummi perlu kuat untuk kamu. Ummi tak mahu kelihatan lemah di mata kamu. Walaupun tulang temulang kadang kala terasa lemah longlai. Hahaha memang benar kaum ibu, emak, mama, bonda atau ummi gelarannya memang penipu terbesar di dunia. Semuanya demi anak mereka.

19 Sept 15. Cuti sekolah bermula dengan lawatan ke tempat gajah. Widad sangat excited beli tebu untuk di beri makan. Khadijah geliii eeeyekkk. Fatima bye epent bye epent. Umar tiada perasaan.

Pulang ke rumah. Khadijah terus terusan bertanya. Kenapa gajah makan dengan hidung? Kenapa gajah minum banyak? Mana rumah gajah? Ummi jawab dengan geli hati.

Balik semua gembira terus tidur. Tapi ummi tetap tidak lupa beri mereka vitamin C sebagai senjata melawan habuk jerebu. Dan hari ini kita menyorok semula di dalam tempurung ya. Sambil fikir ke mana lagi esok esok hari.

#kttshaklee
#storytellingZi2M
#yesshaklee

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...