Thursday 3 September 2015

Kuasa minda... menarik apa yg di fikirkan!

Anak sulung saya bakal menjadi pelajar tahun 1 pada tahun hadapan. Erm... cepatnya masa berlalu kan. Kalau tgk saiz tubuh badan nya... macam tak percaya je. Alahaiii comel je macam ummi & ayahnya hehe.

Dan saya sbg ummi memang garang dgn anak2. Ya lah... mereka membesar di hadapan mata. Namun saya akui... bila saya gunakan kekerasan... ecehhh cthnya... marah... menjerit... membebel... (merotan belum lagi kerana belum capai tahap umur boleh dirotan). erm... it doesnt work for them. Sebaliknya anak2 saya skrg menjadi anak2 yg suka menjerit. Yup... mereka cerminan diri kita. Akhirnya kita terpaksa berpesan pada mereka... jgn jerit... cakap slow2... slow kn tv tu... slow kn telefon tu... so... salah siapa skrg???

Jadinya... skrg saya cuba utk tidak menjerit wpun kdg2 terjerit juga. Adehhh... apa yg saya buat??? Cthnya nak suruh widad solat & baca iqra'.

... Cubit2... tak jalan.
... Jegil biji mata... tak jalan juga.
... Ajak baik2 setiap kali saya nak solat... kdg2 jadi. Tapi biasanya saya solat sorg2.

Erm... tiba2 saya teringat kuasa minda dan kata hati. Pernah tak uols teringat pada seseorg tu... pastu tiba2 org tu call atau PM kita??? Mcm tu la lebih kurang caranya.

Kisahnya tengahari tadi. Seperti biasa bila widad balik dari sekolah dia mesti lapar & minta nak makan. Dan saya pasti akan menyuruh dia mandi... siap2 utk solat zuhur langsung mengaji selepas solat. Sejam masa berlalu. Widad hanya asyik dgn 'nana nini nunu' di youtube. Erm... baiklah. Takpe. Allah menguji kesabaran kita.

Sambil saya berjalan menuju ke bilik mandi. Ambil wuduk. Dan bersiap untuk solat. Hati saya tidak berhenti henti memanggil nama Widad dan mengajaknya utk bersolat. Memanggil di dalam hati dgn penuh yakin dan penuh harapan. Kemudian saya terus menunaikan solat. Sudah selesai solat, panggilan itu bersambung. Hanya berhenti bila saya mahu mula memasak.

Beberapa minit di dapur, tiba2 widad dth siap dgn memakai telekung. 'Ummi, tolong ikat'. Lantas saya mengikat tali telekungnya dan dia berlalu pergi. Saya ternganga dan mengintainya dgn ekor mata.

Selesai widad solat, dia bawa buku iqra' ke meja makan bersedia utk mengaji pula. Membulat mata saya. Hehe dalam hati syukur tidak terhingga.

Memang benar. Apa yg kita fikir. Apa yg kita rasa. Apa yg kita kata. Apa yg kita sangka. Itu lah yg kita akan dapat. Oleh itu delete segala yg tidak baik agar yg baik2 aje datang kepada kita.

Yakin... segalanya dari Allah.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...