Sunday 6 September 2015

Satu dua tiga empat

Pernah tak anda terasa bahawa anda sering diperhatikan?

Atau mungkin semasa anda sedang menikmati juadah tengahari, mereka yg berada di meja hadapan bercakap cakap mengenai diri anda?

Haaa... ini cerita kami.

Hari tu kami sekeluarga jalan-jalan ke KL Sentral naik LRT. Seorang nenek berbangsa Cina bersama cucunya memandang kami sambil tersenyum. Lalu beliau mengira. Satu... dua... tiga... empat. Kemudian bercakap sesuatu dengan cucunya dalam bahasa mandarin. Lantas tersenyum dan menunjuk isyarat bagus.

Kami memang tidak faham. Namun hati terasa mereka mengatakan 'dia ada ramai adik beradik. Semua kecil kecil dan baik baik belaka'. Hehe perasan saya sendiri.

Siang tadi pula di dalam lift di pasaraya Mid Valley. Pasangan mat saleh pula tersenyum & mengira. One... two... three... four. Good katanya. Dan mereka memandang sesama sendiri. Membuat mimik muka. Bahasa tubuh badan tiada suara. Mungkin yg perempuan memberi isyarat 'saya mahu anak comel seperti mereka'. Dan yang lelaki membalas 'ya, saya juga'.

Melihat gelagat mereka yang memerhatikan kami, buat saya ketawa sendiri di dalam hati bagai perasan jadi retis di atas karpet merah. Famous u. Haha

Syukur alhamdulillah. Kita fikir yang baik baik aje walau mereka tidak kenali. Doakan mereka gembira seperti kita.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...