Tuesday 8 September 2015

Petai, Doa & Toleransi

Makanan kegemaran en. Suami adalah sambal tumis petai. Dan aku sangat lah tidak suka petai. Kadang-kadang boleh bergaduh dibuatnya hanya kerana petai. Pernah satu ketika Widad pun suka makan petai sebab ayahnya ajar dia makan petai.

Dan hari ini, untuk pertama kalinya setelah 6+++ tahun kami berkahwin aku masak lauk sambal tumis petai untuk en. Suami. Walaupun aku masih tak suka petai.

Satu keajaiban bukan?

Entri kali ini sebenarnya bukan lah berkisahkan petai semata-mata. Aku ingin kongsikan tentang kuasa doa & sabar.

Selalu kita rasa, kenapa Allah tak makbulkan doa kita? Walaupun kita tahu, kita masih lagi mahu mempersoalkannya.

❤ Kita doa hari belum tentu esok lusa kita dapat.
❤ Apa yang kita mahu, tidak semestinya baik untuk kita. Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita.
❤ Allah mahu kita bersabar kerana Allah akan beri pada masa yg terbaik.
❤ Dan jangan mudah bersangka-sangka. Jika buat tu aku dapat ni. Semuanya datang dari Allah.

Contoh.

Jika kita rasa anak-anak nakal. Tak mahu dengar cakap. Kita doa semoga Allah lembut kan hati dia. Cuba bertoleransi. Atau cuba buang ego kita. Tidak semestinya kita ibubapa sentiasa betul. Ada masa kita buat salah juga. Cuba audit sumber rezeki. Cuba audit values dalam diri kita. Cuba audit amalan harian kita. Jika kita rasa dah cuba semuanya, kita doa berserah pada Allah. In syaa allah satu hari nanti hati anak-anak kita akan jadi lembut.

Dalam kes yang boleh di samakan dengan kes petai. Si isteri memang la tak suka sangat. Tapi perkara tu tak salah di sisi agama pun. Si suami berdoa agar isteri sudi masak & bertoleransi walaupun tak suka. Kerana masakan air tangan isteri menyumbang kebahagiaan rumah tangga.

Sama juga dengan hormat menghormati masa peribadi si isteri. Suami perlu bantu isteri dalam hal rumah tangga. Beri isteri sedikit ruang untuk ke salon atau spa bagi melegakan rasa penat. Keluar dengan kawan-kawan makan kek atau ais krim. Belikan lipstik agar isteri nampak berseri-seri. Tak semestinya yang mahal. Dapat hadiah mesti isteri suka.

Jangan asyik suaminya main futsal subuh hari baru balik. Makan semua makanan yang isteri masak. Tinggal ekor je. Padahal isteri belum makan lagi. Tengok bola liga inggeris terjerit jerit. Biar anak menangis kat tepi.

Haaa banyak lagi kot contoh boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Walau nampak remeh. Nampak kecil. Nampak macam biasa biasa aje. Tapi kesannya sangat besar kan.

Dan yang paling penting syukur selalu. Hehe ini bukan luahan. Tapi peringatan untuk diri saya juga.

Yang baik datang dari Allah.
Segala kelemahan tulisan ini datang dari saya sendiri.
PEACE.

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...