Monday 27 April 2015

Hari Pertama Menyerahkan Diri ke MH HKL - 7April2015

Low Fetal Movement
===============

Tahukah anda bila utk memulakan pengiraan tendangan bayi anda dlm kandungan? Pengiraan perlu di mulakan seawal minggu ke 33 usia kandungan. Bermula jam 9am - 9pm. Tendangan bayi mesti mencukupi 10x tendangan atau lebih. Kepada ibu yg mempunyai masalah kencing manis, darah tinggi, atau sbg... Mungkin perlu di mulakan seawal minggu ke 28 mengikut nasihat doktor.

Kisah ku pula - mengandung kali ini, sejak aku dpt merasai Tendangannya... aku tidak pernah risau ttg pergerakan bayi krn bayi dlm kandungan sgt aktif. Tendangan nya sgt kuat. Tendangannya pasti bermula seawal waktu subuh. Dan... Tendangan ke 10 biasanya selesai sekitar waktu zuhur atau paling lewat waktu asar.

Namun kuasa Allah tiada siapa boleh menghalang. Pada hari Isnin 6/4/15 bayi dlm kandungan bergerak sgt perlahan. Dan naluri ku sbg ibu mengatakan ia tidak seperti hari kebiasaan. Wpun aku tidak mencatatnya secara formal!!! Hati ibu semakin tidak senang sehingga ke waktu malam krn kebiasaan nya... aku tidak boleh tidur lena krn bayi dlm kandungan sibuk aktiviti futsalnya. Tiada tendangan kejutan seperti mlm2 sblm nya... "Ummi ok?" Soal ayah... Aku hy anggukkan kepala. Padahal... Hy Allah yg tahu!!!

Selesai solat subuh, barulah aku ceritakan perkara yg sbnrnya pada ayah & minta bw aku ke HKL dgn segera. Selesai hantar anak2 ke sekolah & taska, kami terus ke HKL & tiba sekitar 9:30am. Lantas mendaftarkan diri di bahagian PAC - patient accesment centre & melakukan ujian CTG. Hati ku berdebar-debar bila denyutan jantung bayi tidak di temui. Puas mereka mencari... 5min ku rs kan terlalu pjg... Dan akhirnya kedengaran bunyi "kuda berlari" perlahan dan kemudian sedikit kuat minit demi minit. "Dont worry. Ur fetus is There!" Kata Doc. Kugan.

Aku terus d hantar ke MH Wad 1A katil 10. Senior MO yg bertugas... Doc Kamariah yg agak sinis menegurku... "Kenapa tak catat tendangan bayi? Kenapa dtg hospital lambat? Mujur nak dtg hospital kan! Erm..." Aku cuma diam & tadah telinga. Kemudian dtg pula pakar... Doc Azlina yg sgt informative. Yg menyarankan agar aku tggl di hospital sehingga bersalin. Erk... Ada 10hari lagi dr tarikh elective czer yg di berikan - 17/4/15. Hati ku cuma terbayangkan wajah 3org anak syurga. Widad, Khadijah & Fatima! Bagaimanakah mereka bila aku tiada??? Sobbb... Sobbb... Ya Allah... Tolong jaga mereka utk ku...

Menurut Katanya... Esok dh masuk minggu ke 36. Bila2 masa sj puan boleh bersalin jika berlaku sebarang komplikasi. Apa komplikasi yg boleh berlaku? Dalam keadaan bayi melintang, perkara yg paling di takuti adalah tali pusat bayi tersepit ke dalam mana2 lubang yg terbocor pada sarung! Macam complicated plk doc ni ckp. Ok... Apa pentingnya tali pusat? Ia membawa makanan & oksigen dari ibu kpd bayi. Kalo xde makanan mgkn ok sbb kita boleh puasa. Tp apa jd jika puan tutup hidung & mulut puan 1min? Puan akan lemas & mati kan. So, kita tak boleh put ur baby in that risk! Ok saya faham. So, tggl di sini adalah lebih baik jika sebarang perkara kecemasan berlaku. Tindakan segera boleh di ambil! Selain dari itu, puan juga ada masalah uri rendah type1. Wpun tidak begitu bahaya, tapi puan ada sejarah heavy bleeding di rumah pada kandungan ke2 dulu. So, utk elakkan perkara yg sama berlaku, baik lah puan dok kat sini. Lagi pun masalah logistik sedikit sebanyak boleh di elakkan! 

Baik lah doc... Saya akur! 

Nota kaki: Allah maha mendengar & maha mengabulkan doa hamba2nya. Aku mohon utk "bercuti" secara solo tanpa anak2 & suami. So... YES... I got IT! Dalam hati tiada siapa yg tahu. Cuma... Allah maha mengetahui... Semoga aku lebih kuat & tenang di sini. 

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...