Tuesday 31 March 2015

My Story with Shaklee Part 1

Masa arwah mak masih hidup, mak selalu kata saya anak "spoiled". Apa saya nak selalu saya akan dapat! Ya ke? Tapi saya tak pernah pun rasa mcm tu sebab aturan hidup saya umpama di atur oleh mak & abah terutama mengenai pendidikan & kerjaya. Tapi alhamdulillah... Saya di beri hak utk memilih calon suami saya sendiri. Sedikit pun mereka tak pernah mendesak bila saya lah anak yg kahwin paling lambat. Hehe tq mak & abah!

Ceritanya bermula begini... Saya adalah calon SPM tahun 1996. So, uols bole la kira berapa umur saya skrg! Bila keputusan SPM keluar pada tahun1997 results nya biasa2 shj. Wpun pangkat satu! Saya tidak dpt memasuki mana2 IPTA wpun dlm hati saya, saya teringin benar nak ke Sabah Sarawak. Atas alasan mahu jauh dari keluarga agar mak rindukan saya. Benar lah... Sesuatu pekerjaan itu bermula dari niat. Mungkin waktu itu niat saya tak betul, maka Allah tidak mengabulkan keinginan saya atau Allah mmg punya perancangan yg lbh baik utk saya.

Nak di jadikan cerita, arwah mak telah mendaftar saya masuk ke IPB di kampung pandan (kursus Dip. In Business Study). Kerana tak nak menyulitkan keadaan saya pun pegi je la. 3thn stgh di IPB. Maka tamat lah pengajian saya di sana.

Selepas itu... Kerana minat dalam bidang penulisan, dlm diam saya memohon jawatan Reporter Jr. di NST dan alhamdulillah... Permohonan saya di terima. Gembira nya hati bkn main lagi masa tu. Namun berita gembira itu tidak berjaya menggembirakan mak & abah. Sekali lagi saya di arahkan utk menyambung pelajaran (degree) secepat mungkin! Alahai omak... Setahun di YPM KL & 2 tahun saya di MMU Cyberjaya.

Sebelum pulang ke rumah, saya sempat mengisi borang menyambung pelajaran peringkat Master di UPM Serdang beserta bayaran deposit RM300. Semoga tindakan ini dapat menggembirakan hati mak abah. Seperti di jangka permohonan saya diterima. But something came up...

Dan dlm masa yg sama satu syarikat RETAILERS besar & gah memanggil saya utk bekerja. Abah menyuruh saya utk bekerja kerana abah dah pencen, sudah tak mampu membiayai pengajian saya. Lalu, bermula lah episod bekerjaya dalam hidup saya - June 2004!!! 9tahun saya di RETAILERS. Di pendekkan cerita... Pendapatan terakhir saya sekitar RM3000+++. Namun 9tahun itu... Sarat dgn Ilmu & pengalaman yg membuka mata & minda saya. Namun sbg manusia, saya masih mencari harga diri, kepuasan, ketenangan & sesuatu pencapaian yg boleh di banggakan. Sekurang-kurangnya utk diri sendiri!

Saya nekad berhenti pada awal September 2013. Saya merancang memperbaiki diri, membesarkan anak2 & yg utama mendekatkan diri dgn Maha Pencipta. Saya tahu org yg paling risau dgn keputusan saya ini adalah abah & suami. In syaa Allah... Ini adalah sebahagian drpd perancangan Allah utk saya! 

Memasang niat utk Berhenti dgn niat utk mendekatkan diri dgn Maha Pencipta... Allah temukan saya dgn seorg strangers... Master Zura Betty! Bermula lah kehidupan saya bersama Shaklee. Perkenalan yg bermula sekitar awal tahun 2012 tanpa melihat muka, tanpa mendengar suara... Hanya melalui taipan SMS... Kini beliau adalah sebahagian dari keluarga saya...

To be continued...

No comments:

Post a Comment

SEMBELIT DALAM PANTANG

Siapa pernah sembelit sewaktu pantang? Mesti trauma kan. Hari ni saya kongsi 1 testimoni makan ALFALFA boleh bantu selesaikan masalah sembe...